Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Tuesday, September 13, 2011

Penyokong murtad berada di pejabat PAS Shah Alam



Lepas satu satu yang terbongkar tentang kisah gereja haram di Damansara DUMC. Dikatakan haram sebab pembinaan gereja tersebut tidak mendapat kelulusan Majlis, yang diluluskan adalah dewan komuniti, bukannya gereja.

Tapi kita tak minat nak sentuh isu itu sangat, dengan separuh dari Exco Selangor dikuasai puak kristian dan Exco Islam yang ada pun (tolak 1) jenis menurut saja tanpa membantah, kelulusan untuk menukar sebuah pusat komuniti kepada sebuah gereja bukanlah satu masalah.

Yang lebih penting kesalahan yang berlaku dalam gereja tersebut pada hari kejadian.

Kesalahan yang berlaku dalam gereja haram DUMC bukannya perkara kecil tapi perkara besar. Kesalahan yang cuba dilanggar dalam gereja tersebut bukan undang-undang biasa tapi PERLEMBAGAAN.

Apa yang lebih besar dari itu dalam konteks sebuah negara?

Kalau ikutkan darjah kesalahan, apa ’class’ JAIS yang datang serbu? Sepatutnya dalam isu sebesar ini pasukan khas polis seperti UTK atau VAT69 yang patut serbu gereja tersebut, kalau tidak komando darat, laut dan udara. Lepas serbu gereja, serbu pulak pejabat PAS Shah Alam.

Sebab apa?

Sebab yang nak murtadkan orang Islam ada dalam gereja, yang menyokong cubaan memurtadkan orang Islam ada di pejabat PAS Shah Alam. Dan kalau diikutkan, yang di dalam pejabat PAS Shah Alam tu lebih bahaya sebab mereka adalah orang yang sama-sama keluar masuk masjid, sembahyang macam kita semua. Atau lebih mudah faham, musuh dalam selimut.

Senada dengan gereja, PAS dakwa itu majlis makan malam. Walhal dengan segala aturcara, program yang diadakan (rujuk gambar), makan malam apa macam tu?

Jelas sangat PAS sokong cubaan nak memurtadkan orang Islam dalam gereja DUMC sebab tak sempat menunggu mana-mana pihak bagi penjelasan, JAIS baik, Hassan Ali baik, polis baik, mereka dah memihak kepada pihak gereja. Khalid Ibrahim lagi best, siap mintak maaf dengan pastor gereja tersebut dan kutuk JAIS dalam masa yang sama kerana konon ‘serbu’ gereja tersebut.

Baca seterusnya di Pejuang melaka

4 comments:

  • Anonymous says:
    September 13, 2011 at 8:53:00 AM GMT+8

    Kalau dari sudut strateji PRU 13 ,pas akan kurang menerima undi melayu tetapi akan menerima undi lebih dari kafir.
    Maka pas akan meletak calon calon nya di kawasan majoriti di selangor dan sekutu sekuta nya juga akan meraih undi kafir di kawasan majoriti kafir.
    Olih kerana tidak lagi pati Islam, pas akan letak calon kafir di kawasan yang samar majoriti melayu agar undi kafir akan menyebelahi pas.
    Jelas nyata dan terang bahawa sehingga kini pas tidak bela Jais dan terus menyokong DUMC.
    Saya berpendapat sehingga kini semua bahasan dan hujah kritik teguran terhadap pas tidak memberi kesan hebat terhadap pas.
    Malang sekali umno tidak tahu macam mana mencari peluru dan tak tahu mengguna peluru dan tak kesah pun.
    Contoh nya kes DUMC di persepsi umum adalah selangor saja terlibat.
    Tetapi, contoh kes Telco flom pdrm pm najib mas eo dah mengambil tempat di persada melampaui batas batas kenegerian.
    Walaupun di cadang pru13 di tangguh hingga 2013,tetapi dengan ada nya saluran maya, semua isu akan di arkib kan untuk di muntah menjelang pru sama ada 2012 atau 2013.Jangan lupa ya pas sudah nampak lebih melayu dari umno.
    arjuna waspada.
    changkat lobak.

  • C L J says:
    September 13, 2011 at 9:03:00 AM GMT+8

    Orang tak tahu nama sebenar dia ialah: KHALID BIN UBAI.

  • cityiklan says:
    September 13, 2011 at 11:29:00 AM GMT+8

    kita tak tahu kebenaran di sebalik semua kejadian itu..dan kenapa sesebuah kejadian yang berlaku mesti melibatkan politik??supaya dapat pancing pengundi??kenapa pilihanraya sebelum ini dan sekarang berbeza?di mana matlamat kerajaan sebenarnya?mana slogan 1 malaysia?rakyat di dahulukan?

    slogan lebih tepat lebih baik pilihanraya didahulukan,rakyat kemudian?tak begitu?

  • Anonymous says:
    September 13, 2011 at 11:35:00 AM GMT+8

    JAWATANKUASA PUSAT PAS la nih dah terbahagi kepada 4 kumpulan

    KUMPULAN 1
    - ELITE ULAMA yang diketuai Nasaruddin
    KUMPULAN 2
    - ELITE ERDOGAN
    KUMPULAN 3 yang diketuai Kamaruddin Jaafar
    - ELITE TRINITY(KEBAJIKAN, ISLAM, KRISTINITI)Yang di ketuai Khalid Samad
    KUMPULAN 4
    -ELITE NASAKOM ala Sokaerno pra GESTAPU(NASIONALISMA, AGAMA, KOMUNISMA)yang diketuai Mat Sabu.

    Prof Awe Kecik

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)