Apabila Datuk Seri Najib dan isteri mengenepikan sepina dari pasukan pembelaan Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang ramai yang mengatakan Najib dan Rosmah takut untuk berdepan dengan Anwar dan berbagai-bagai tohmahan lagi.
Jika mengikut keterangan-keterangan yang diberikan oleh Saiful kepada mahkamah sebelum ini, Najib dan isteri tidak perlu sama sekali untuk disepina oleh peguam-peguam Anwar. Tujuan mereka lakukan semua itu bukannya dengan niat hendak mencari kebenaran tetapi dengan niat dan tujuan politik.
Saiful dalam keterangan sebelum ini telah menyatakan beliau tidak pernah berjumpa dengan Rosmah, tetapi Saiful mengakui beliau ada berjumpa Najib, dan Najib hanya berkata beliau serahkan kepada Saiful sendiri untuk mengambil apa tindakan yang sepatutnya. Semua peguam-peguam Anwar tahu perkara tersebut. Akan tetapi mereka tetap hendak mengheret Najib dan isteri ke mahkamah untuk tujuan politik mereka serta untuk memalukan Najib.
Memang wajar Najib dan Rosmah mengenepikan sepina tersebut . Kenapa perlu Najib perlu terjerumus dengan kancah permainan Anwar dan peguam-peguamnya ?
Najib dan Rosmah bukan orang yang sepatutnya disepina oleh peguam-peguam Anwar. Orang yang sepatutnya mereka sepina adalah:
-Bekas KPN , Tan Sri Musa HassanMereka-merekalah yang sepatutnya disepina kerana mereka-mereka yang banyak berhubung dengan Saiful berhubung kejadian liwat tersebut. Tetapi Anwar dan barisan peguamnya tidak berani sepina mereka semua kerana takut banyak perkara yang akan terbongkar.
-Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rohdwan Yusof.
-Bekas KP PKR, Ezam Md Nor
-Bekas pembantu peribadi Anwar, Rahimi Othman
(*Mahu kami selit sekali Rashid dan Zulkifli Nordin yang pernah jadi peguam Anwar dan kini sanggup di sapina)
Baca sepenuhnya di Selangordaily dotcom sini








Kalau bagi sapina pada muka ni jawabnya cepat sikit cari nahas ke bamboo river bro....
Tak pun biar pihak pendakwa yg panggil 6 tu sebagai saksi...boleh kan?
Mana mereka ada telor nak panggil individu yang tahu ttg diri yg di tuduh. Nak mati ke?
hairan jugak mengapa kesemua mrk tidak tampil di mahkamah sebagai saksi sukarela??????
tak bolehka terpa masuk mcm dlm cerita hollywood, bollywood, hiongkongwood yg selalu tunjuk saksi terkam masuk semasa perbicaraan & tunjuk siapa yg bersalah & orang ramai desak hakim terima persaksian tersebut?
hisy!! nnt kata tak boleh sbb menghina mahkamah plak?? ha! ha!
nak cari maut panggil 6 org ni...
nak tanya..
kenapa nak kena layan permintaan "orang kena tuduh" yang kenyataannya xde weight?
bagi aku...kalau dari kandang saksi memang wajarlaa dilayan sapina ni.
aiseh...yang dia tu kemain lagi cakap sana sini sinun bla bla bla...pasai tu larr pasai ni larr...sampai perbicaraan pun bertanguh2 dan ditangguh2kan...dengan mcm2 permohonan 'pelik'...panggil apa plak...?
yang dia tak nak disoal balas oleh pendakwa...kat dalam mahkamah tu panggil apa plak..?
ingatkan setakat melenting2 kat wartawan kalau tanya kat dia...soalan yang dia tak boleh nak pusing lagi...
rupa2nye...kat mahkamah pun tak nak angkat sumpah (bukan sumpah laknat pun)...apa kes..?
sbb dia bukan penakut ja..tapi...dayus...munafik...malaun..bla bla bla...
gilerrrr bioll!
Helah Anwar untuk lewatkan kes. Eluk juga 6 orang tu jadi saksi sukarela beri keterangan di mahkamah. Bosan dengan gelagat Anwar dan peguam Karpal Singh. Perbicaraan yang banyak tertangguh mungkin hingga PRU 13?. Anwar muka selamba walaupun ternyata berbohong satu dunia nak jadi PM 16 Sept 2008. Kenapa pemimpin PAS tak nampak putar belit Anwar melewatkan kes, pembohong dan masalah moral?
Kenapa tak suruh orang berenam tu menawarkan diri pada mahkamah untuk menjadi saksi pendakwa atau pembela? Kalau dok bercakap jer tak guna langsung