Monday, August 29, 2011

Ulamak PKR berdiam, AMK 'coverup' usaha murtad


Dimana ahli-ahli JIM yang begitu ramai dalam PKR? Sebagai contoh adalah Zuraidah Kamaruddin.

Apa jadi dengan aktivis ABIM yang masuk dalam PKR seperti Dr Mohd Nor Manuty dan Ustaz Badrul Amin?

Jumaat lepas, AMK Selangor kononnya menghantar memorandum di bangunan SUK Shah Alam memberi sokongan moral kepada perbuatan tiada moral kerajaan Selangor dalam isu JAIS/DUMC.

Malangnya hanya tiga orang saja AMK tinggal. Memo sokongan itu disampaikan oleh Ketua AMK Selangor, Wan Ismail kepada Setiausaha Politik MB, Faekah Husin.

Isi kandung memo tersebut pun menampakkan AMK pun samar dan hanya memutarbelit, bukan ikhlas mahu menyelesaikan isu ini. Lebih tiga minggu, isu ini pun tidak boleh selesai sampai perlu ada sokongan dan deviation?

Dalam memo, mereka menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja agar di selesaikan dengan secara baik. Kalau sungguh, kenapa tidak dikecam MB Khalid kerana cuba menjual nama baik DYMM Sultan dalam usaha untuk menutup dengan menggunakan Majlis Syura?

Mereka nyatakan sokongan kepada kerajaan negeri selangor berkenaan keputusan serta tindakan yang bersesuaian kepada individu yang cuba mencetuskan suasana tidak harmoni di Selangor.

Siapa maksud mereka? Beranikah mereka sebutkan DUMC kerana melanggar isi kandung artikel 11(4) dan enakmen-enakmen kerajaan negeri?

Mereka menyatakan institusi agama islam di bawah kerajaan Selangor perlu diperkasakan dengan menambahbaikan sistem pengagihan bantuan zakat kepada rakyat Selangor. Setuju tetapi di mana sokongan kepada JAIS yang begitu berhemat menjalankan kerja mereka untuk mengimplementasi undang-undang?

Mereka desak penyiasatan dan pendedahan tentang dalang disebalik isu ini harus di maklumkan segera bagi mengelakkan persepsi negatif dikalangan rakyat.

Kenapa menjalankan undang-undang dipanggil dalang? Adakah JAIS yang menjalankan tugas di bawah naungan Sultan Selangor yang dinyatakan taat setia dipanggil dalang?

Kenapa laporan begitu lambat? Ada coverup ke? Kenapa pihak kumpulan 12 yang enggan bekerjasama tidak dikecam?

Akhir sekali, golongan muda menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu memanipulasi isu tersebut. Siapa pula disebaliktabir yang memaksa MB meminta maaf kepada gereja sedangkan laporan tidak siap?

Tindakan ini hanya permainan untuk menolak tomahan konon PR tak sensitif dengan isu tersebut tetapi masih takut nak sebut mengenai kegiatan murtad.

Samalah usaha untuk mengalih pandang isu ini dengan menyalahkan institusi zakat dan Anwar mengatakan tiada salah menerima bantuan dari ugama lain.

Isunya tetap usaha gereja mahu murtadkan orang Islam. Bolehkah gereja berjanji tidak campuradukkan dakwah dan kerja kebajikan seperti ugama lain?

Kenapa AMK berdiam? Kenapa ulamak PKR berdiam? Ngaku sajalah umarak ...

4 comments:

  • aku says:
    August 30, 2011 at 6:47:00 AM GMT+8

    asik lah nak pertikaikan fungsi zakat....dan meletakkan 'isu' zakat sbg penyebab utama....

    apakah org yang hidup nya 'senang'...'berilmu'....bla bla tak cenderung untuk 'songsang akidahnya'....?

    apa pun prinsip kena jelas...kalau depa ni rasa depa 'perjuangkan' prinsip mempertahankan akidah umat ISLAM khasnya...kenapa selain 'memo' (yang 'content' pun mcm 'memanipulasi' keadaan...)...tak ada kah cara lain...? usul kat dewan undangan negeri ka...? atau apa2 saja yang boleh memartabatkan tiap tindakan atas lunas undang2 yang sah berkaitan agama ISLAM....

    awat jadi sadissss sungguh....biler tang nak pecahbelahkan ummat dan perpaduan rakyat....timbulkan segala macam syak wasangka....depa lah paling lantang 'bersuara' dan 'meleret2' sampai melibatkan negara asing la....tu la...ni lah...padahal tak pernah nyer depa konsisten...dan tidak pun berhujah atas fakta....melainkan 'andaian' dan pertuduhan ikut 'imaginasi' depa belaka.......

    gilerrrr biollll!

  • Anonymous says:
    August 30, 2011 at 11:01:00 AM GMT+8

    Salam buat muslimin/muslimat,

    Manusia tidak lekang dari melakukan kesilapan dan kekhilafan makanya adalah menjadi tanggungjawab sesama insan untuk menegur sesiapa saja yang tidak betul termasuklah Pas dan mengkritik sesiapa saja yang bertindak tersasar/tersesarat haluan termasuklah Pas. Semoga teguran dan kritikan dilihat dari sudut positif dan bukannya negatif.

    Dan oleh kerana manusia tidak lekang dari melakukan kesilapan dan kekhilafan dalam membuat penilaian, teguran dan kritikanlah makanya kami (pengundi atas pagar) menyususn sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua pihak (ummah, UMNO, PKR dan Pas) yang mungkin tel;ah tersentuh hati baik secara sedar atau tidak sedar.

    Akhirulkalam, kami ingin mengucapkan selamat merayakan kemeriahan eidulfitri kepada semua mukmin (terutama pelayar-pelayar maya) semoga kemeriahan ini berterusan untuk tempoh-tempoh yang akan datang. Sesungguhnya jadikanlah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh ummah di lain-lain negara sebagai pemangkin untuk kita terus bersyukur dengan kebebasan yang dinikmati di sini.

    Wassalam,

    Atas Pagar

  • Anonymous says:
    August 30, 2011 at 2:36:00 PM GMT+8

    sebelum nak marahkan isu zakat...cuba tgk video tu betul2....yg berspeaking tu layak ke terima zakat? betul ke 12 org tu fakir miskin belaka? takan kerana sorang dua terus nak dimakihamunnya pusat zakat.

  • Anonymous says:
    August 30, 2011 at 6:26:00 PM GMT+8

    SEMUANYA NAK KENA PANAH PETIR... TUNGGU AJE...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)