Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, August 24, 2011

Siapa Menteri campurtangan hal mahkamah untuk kenakan Khir Toyo?


Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Baca sepenuhnya di Anak Seberang sini

7 comments:

  • Anonymous says:
    August 24, 2011 at 10:31:00 PM GMT+8

    Dakwaan Dr Khir Toyo amat berbahaya dan tidak berasas sama sekali. Kerana ia memberi maksud seolah2 mahkamah adalah dibawah telunjuk UMNO sedangkan sistem keadilan adalah bebas dari ganguan orang2 politik. Bagi Dr Khir Toyo, tuan yang melakukan kesalahan harus terima akibatnya. Jangan salahkan kepada konspirasi politik seperti yang sering didakwa oleh DSAI.

  • Anonymous says:
    August 25, 2011 at 12:06:00 AM GMT+8

    Pembangkang Kat Malaysia bertuah sebab tak payah Susah payah jatuhkan pemimpin kerajaan memerintah Dari politik. Sebelum mahkamah jatuhkan hukuman semua pengikut dah lari dan bos besar dah berebut kerusi. Zaman PM tidur, lihat saja mangsanya Tan Sri ISA Samad kena dakwa salah laku Wang masa pemilihan UMNO. Walaupun menang tak dilucutkan jawatan sebab Ada pihak rasa terancam.

    Dapatlah Barua Rembau naik. Mana Ada pemimpin politik yang tak selok saku bila penyokong minta duit makan dan tambang bas.

    Jadi kes bekas MB ini memang tak mustahil tetapi sistem Kehakiman kita masih Utuh dan berintegrasi. Sebab itu peliwat bersiri masih berkeliaran sebab demokrasi katakan.

    Buktikan Kat mahkamah dan rakyat pun sekarang dah pandai menilai. Sebarkan maklumat perbicaraan secara telus.

  • KeranaMU says:
    August 25, 2011 at 4:07:00 AM GMT+8

    Katakan suadah pada Khir Toyo, Saya rakyat selangor telah membuktikan kerakusan Khir toyo telah di Balas!! tiada lagi kuasa, jadikan pengajaran!! Bila sudah tiada kuasa mula mencari salah orang lain... tgk diri sendiri, cermon diri tu wahai DS khir toyo... kalau pentadbiran betul dan saksama sebelumnya takan kalah Khir toyo... Mungkin Menang besar.... Sudahlah musnah kan selangor ni "Khir Toyo"

  • Anonymous says:
    August 25, 2011 at 8:31:00 AM GMT+8

    Bila YDP Majlis Perbandaran dapat PENYAPU, orang hilang hormat kepada Khir. Wpun katanya niat baik tetapi cara yang menjatuhkan maruah orang lain tetap salah. Allah bayar CASH sekarang ni, jadi kepada sapa-sapa yang teringat nak buat dosa tu, tak kira kepada sesiapa jua makhluk Allah, berhati-hatilah.

  • Anonymous says:
    August 25, 2011 at 9:34:00 AM GMT+8

    Khir Toyo pun dah jadi Al-Juburi daaa...Konspirasi Konspirasi

  • Anonymous says:
    August 25, 2011 at 11:08:00 AM GMT+8

    saya rasa comment anonymous yg pertama perlu ditambah sikit... sistem kehakiman memang telus.. maksud dakwaan khir toyo ialah konspirasi untuk menjatuhkan dia bukan dari segi hakim, dari segi bukti2 yg akan dikemukakan.. contoh seperti fitnah pembangkang, ada je bukti2 celup yg dibawa, itu pon merupakan konspirasi utk menjatuhkan kerajaan..

  • Anonymous says:
    August 25, 2011 at 12:23:00 PM GMT+8

    kalau bukti celup komfem ble kantoi.. kalau bukti betul camne? tetibe si toyo ni yg bg bukti ade konspirasikat mahkamah.. camne umno nak menjawab nih?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)