Greetings

Monday, August 29, 2011

Menunggu Khalid Gereja tentang Unit Selamat Akidah


Exco hal ehwal agama Islam Selangor Datuk Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah – satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.

Hasan berkata, unit berkenaan ditubuhkan memandangkan "masalah yang dihadapi oleh orang Islam di Selangor, khasnya berhubung dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum."

Kenyatannya hari ini timbul ekoran kontroversi yang tercetus daripada serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Gereja yang diperiksa kerana disyaki menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam itu juga didakwa sering memberi bantuan kepada orang Islam.

"Pejabat exco Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mengurangkan beban kehidupan saudara-saudara muslim dan mengelakkan mereka terjebak dalam perangkap memurtadkan mereka.

"Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan-pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi kerajaan negeri, badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini.

Katanya lagi, beliau juga berharap supaya orang Islam -- yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian -- supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

Tambahnya, pejabat beliau akan mengambil butiran yang perlu bagi membolehkan permohonan tersebut diproses dan supaya bantuan tersebut disalurkan dengan segera.

"Diharapkan langkah ini akan memudahkan pihak-pihak yang terbabit untuk mendapatkan pembelaan," katanya lagi.

6 comments:

  • Anonymous says:
    August 29, 2011 at 5:21:00 PM GMT+8

    makanya apa yang mampu ummah lakukan hanyalah bertindak secara ad hoc. bila terhantuk baru terngadah.

    kalau timbul isu arak makanya akan adalah unit itu dan ini dan selepas ini kalau timbul isu cinadol maka akan muncul pula unit baikpulih cinadol?

    semua ini gara-gara parti ummah sengaja buat-buat tidak tahu siapakah dan apakah agenda tersirat rakan poltik sendiri.

  • Anonymous says:
    August 29, 2011 at 5:28:00 PM GMT+8

    mcm mana dgn nasib penduduk seksyen 7 shah alam yg mana tapak masjid telah di'makan' oleh projek apartmen.kenapa tapak masjid harus digadaikan??????????????????????PKR is serius puppet!!!!!

  • Anonymous says:
    August 29, 2011 at 6:30:00 PM GMT+8

    buddha, hindu dan taois tidaklah terlalu mengejar kuantiti tetapi kuantiti yang dikejar oleh kristian tak boleh dipandang tidak ada apa-apa.

    dalam usaha pihak ini mengejar kuantiti, sesiapa saja bakal menjadi sasaran asalkan mereka bukan batu dan kayu.

    ini bermakna bukan akidah satu golongan saja yang perlu di inta-intai malah semua sekali termasuk yang dah berjanggoat.

  • Anonymous says:
    August 29, 2011 at 8:08:00 PM GMT+8

    MB Khalid bila nak umum kes JAIS vs DUMB ??

    bila? bila? bila? bila? bila? bila?

    JanGAn iNgaT kaMI dAH LUpa!!!!!

  • arcadia says:
    August 29, 2011 at 11:23:00 PM GMT+8

    saya sokong usaha hasan ali. yg baik kita sokong~ tp tuk si 2 ekor khalid tu~ walaupun esok aidilfitri, humbankan saja ke dlm kolam iwk.

  • Anonymous says:
    August 30, 2011 at 10:58:00 PM GMT+8

    syabas para penganut kristian yang terdiri daripada DAP. anda telah berjaya memainan sentimen orang melayu yang gila kuasa. apa pun mereka tak bantah tetapi kalau sesama melayu fitnah,cemuh, hasad dan khianat sekalipun kerana tak bersama puak depa diulas dengan baik bagi terus kaut sokongan pengikut fanatik yang asalnya jahat serta mahu berselindung di bali ugama islam semata.


    setiap hari walaupun bulan ramadhan diadakan ceramah memfitnah dan burukkan orang lain.

    Mat Sapu Anti Komunis, Ipoh.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)