Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Sunday, August 28, 2011

Maaf ... tapi blogger Pahang gagal dalam isu Lynas


Kami memohon maaf tetapi kami akan sebutkan juga. Niat kami supaya kita lebih serius dan aggresif menangkis fitnah, putarbelit dan pembohongan di halaman kita sebelum nak main isu nasional.

Blogger Pahang begitu ramai dan sudah tersusun tetapi agak terkilan kita perlu berharap pada seorang ahli PAS yang ikhlas dan berasa bertanggungjawab untuk menangkis pembohongan ahli Parlimen rakan Pakatan Rakyatnya sendiri.

Jika Dr Rosli tidak ke depan, pembohongan dan drama ini akan berterusan.

Pada mulanya usaha Fuziah Salleh tidak diambil endahkan langsung. Sehinggalah timbul isu nuclear reactor di Jepun ketika gempa bumi. Mereka telah ambil peluang dari publisiti tersebut. Berikut adalah penjelasan dari Double Y:
Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.

Berikut saya ringkaskan 25 fakta penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas :

1) Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

2) Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

3) Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4) 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.


5) China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6) Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7) Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.

8) Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.

9) Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.

10) Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.

11) Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.

12) Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.

13) Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

14) Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.

15) Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

16) Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

17) Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.

18) Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

19) Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.

20) Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

21) Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.

22) Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.


24) Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.

25) Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.

Berdasarkan penerangan ringkas ini, maka wajarlah kita mempercayai bahawa individu dari kalangan kita tahap radiasinya lebih tinggi berbanding loji yang bakal dibina di Gebeng. Malah kawasan persekitaran ofis Fuziah Salleh juga saya difahamkan mengandungi tahap radiasi yang tinggi.

Kami difahamkan blogger Pahang telah bertemu dengan Tok Nan untuk mendapatkan penerangan. Selain itu, Tok Nan pun ada usaha berikan penjelasan.

Tapi kenapa isu ini mati dan tidak dapat ditangani?

Tidak macam blogger dari tempat lain, Pahang tidak ada banyak isu tempatan. Maka blogger Pahang boleh membincangkan isu nasional.

Tetapi sepatutnya bila ada isu di halaman mereka, ianya dapat ditangani dari dibiarkan membiak hingga tidak terkawal.

Di sini blogger Pahang perlu kembali muhasabah dan tanya kenapa satu isu ini pun tidak boleh ditangani.

Apa akan jadi jika lambakan isu masuk ke Pahang seperti berlaku di sebelah pantai barat? Adakah blogger Pahang akan surrender saja?

Selain dari itu, sepatutnya blogger Pahang yang menjuarakan isu felda dan mendedahkan satu demi satu pembohongan dan gerak kerja pihak pembangkang. Ini tiada ...

Kami rasa blogger Pahang perlu lebih serius dan cergas dalam gerak kerja mereka. Bukan hanya mahu syok sendiri sebagai blogger, untuk asyik berbincang pasal blogging.

Maaf jika kami terpaksa berterus terang. Ianya demi kebaikan

17 comments:

  • Semut Hitam says:
    August 28, 2011 at 8:33:00 PM GMT+8

    Maaf diterima tuan. Dah banyak kali kami di Pahang menonjolkan isu ini kepada umum. Tapi dari apa yang dibuat, tidak ramai yang membaca mengenai isu ini di Pahang.
    Malah pendedahan demi pendedahan telah dibuat berkaitan dengan kepentingan peribadi individu tertentu dikalangan pembangkang telah pun kami lakukan.
    Sesi penerangan demi penerangan pun sudah diberikan. Sebelum keluar berita mengenai penjelasan Dr. Che Rosli pun sudah kami lakukan. Kenyataan dia sudah kami keluarkan sejurus pulang dari Sarawak.
    Cuma sambutan mengenai isu ini tidak memberansangkan. Maka sebab itu ianya dilihat sebagai kegagalan oleh pihak lain.
    Kami usaha sekadar termampu. Bantuan dari luar pun sudah kami minta termasuk blog Double Y yang saudara maksudkan dalam artikel ini. Sekian untuk makluman.

  • Semut Hitam says:
    August 28, 2011 at 8:37:00 PM GMT+8

    Bukan tujuan saya nak menegakkan benang yang basah, tetapi itulah yang telah kami lakukan.

    Nama kami tidak sehebat blogger - blogger luar seperti tuan. Mungkin sebab itu, isu ini tidak mendapat perhatian umum.

    Jika tidak percaya, saudara boleh cari isu - isu yang dimainkan didalam blog Semut Hitam dengan kata kunci Fuziah 'Reaktor'. Saudara dapat lihat berapa banyak artikel yang sudah dikeluarkan.

    Sekian terima kasih. Salam perjuangan dari Semut Hitam

  • YY says:
    August 28, 2011 at 9:04:00 PM GMT+8

    Agree with you bro... i ada juga ada ckp kpd blogger pahang berhubung isu ni. :)

  • WZWH (Wan Zamzuri bin Wan Hasenan AMP) says:
    August 28, 2011 at 10:03:00 PM GMT+8

    Hello the Unspinners,
    WZWH adalah blogger Pahang yang paling awal membincangkan isu Lynas. Banyak posting WZWH bincangkan hal ini.

    Hal Lynas adalah produk ekslusif dari Putrajaya (MITI). Ianya bukan saja perlu ditangani oleh blogger Pahang saja tapi seluruh blogger pro BN.

    Adakah adil Putrajaya(Zaman Pak Lah) buat keputusan projek Lynas dan kamu semua blogger KL harap blogger Pahang mengendali isu ini tanpa fakta-fakta dan guideline.

    Semua ahli politik Pahang nak cakap apa bila Putrajaya buat keputusan tanpa bincang dengan mereka!

    Apatah lagi blogger Pahang yang dipandang hanya lirikan mata saja tanpa ada pengurusan isu yang profesional.

  • Aku Peduli Apa @ APA says:
    August 28, 2011 at 10:09:00 PM GMT+8

    Salam bro.
    Ada juga terbaca posting isu ini oleh blogger Pahang,tapi nampak lesu dan tk syncronise attack mereka.

    APA sendiri ada buat posting isu Lynas ini setelah menghadhiri taklimat oleh Pusat Atom,Miti dan Lynas sdri hampir 3 jam bbrp bulan lalu.

    Harap kita dapat bekerjasama secara serentak dan padu dalam apa apa isu dilain kali,InsyaAllah.

    Selamat hari raya.

  • The Unspinners says:
    August 28, 2011 at 10:20:00 PM GMT+8

    Sahabat2 Semut Hitam dan WZWH

    Harap anda berdua usah bersikap defensif dan rendah diri.

    Isunya bukan siapa terer dan kenapa blog pusat tidak bantu. Yang boleh faham isu Lynas adalah blogger Pahang. Kenapa mahu dibebankan atas orang lain?

    Isnya bukan sebab tiada blogger Pahang mainkan peranan. Bukan saya persoalkan blogger Pahang tidak mainkan atau tulis?

    Isunya blogger Pahang tidak efektif menangani isu ini.

    Kenapa tidak berkesan? Adakah sebab tiada kesungguhan? Adakah sebab tiada koordinasi? Adakah sebab tiada gerak kerja?

    Ingat ia baru satu isu.

    Kami mungkin tahu sebabnya tapi blogger semua ada keyakinan diri yang tinggi. Lebih baik tahu sendiri dari diberitahu yang mana akan tidak dipersetujui.

  • Anonymous says:
    August 28, 2011 at 10:20:00 PM GMT+8

    Sy dah lama ikuti pendedahan Semut Hitam didalam isu Lynas. Yang jelas isu ini memang sengaja dihidupkan oleh PR walaupun Lynas sudah mendapat green light dari IAEA. Isu 'keselamatan penduduk' lebih mudah dimainkan oleh PR berbanding isu-isu yang lain.

  • Anonymous says:
    August 28, 2011 at 10:29:00 PM GMT+8

    Setuju dengan The Unspinners.

    Pahang Blogger tak nampak take charge dalam isu Lynas.

    Mereka seolah-olah ingat mencukupi setakat beri penerangan berjela-jela panjang.

    Mesej tidak sampai.

    Dalam perang psywar dan propaganda, kena ada attack, defense, counterattack strategy.

    Flanking, preemptive dan lain2.

    Jelas sekali blogger Pahang yang dilatih UMB fail dalam memehamai permainan perang psywar di blogosfera.

    Ini kegagalan UMB yang terlalu angkuh untuk perakui mereka hanya "blind leading the blind".

  • Anonymous says:
    August 28, 2011 at 10:49:00 PM GMT+8

    Okay bro bro sekelian. Tak pelah, komen positif ini untuk pembangunan dan penambah-baikan semua bloggers pendokong UMNO.

    Sama-sama kita tautkan kembali apa yang kurang jelas, dan pergilah lebih jauh lagi dalam mematahkan pakatan haram. Semoga semua bloggers tak kira dari negeri mana pun yang ikhlas berjuang akan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah, dan sama sama kita tegakkan kebenaran, menentang pakatan haram teruatamanya Anwar, LGE dan N.Ajis.

    Wassalam, salam aidilfitri.

  • Anonymous says:
    August 28, 2011 at 10:50:00 PM GMT+8

    August 28, 2011 10:29:00,

    Haha.. UMB jugak salah? Rasanya si YY yg keluarkan facts tu juga dari UMB.

    Letak sesuatu kegagalan di atas bahu org lain?

    Belajar kt mana prinsip mcm ni? Belajar dgn PKR ke?

  • Adik Angkat Papagomo says:
    August 29, 2011 at 12:14:00 AM GMT+8

    Anon 10:50

    Tun Faisal tahu sapa yang terer dalam psywar ni.

    Mudah saja ...

    Cyberwar dah lama dan dari zaman TDM lagi dah ada grup2 dia.

    Carilah ...

    Tapi UMB angkuh ... perasan dah pandai dan tahu semua.

    Kalau orang lain atur, Tun Faisal dengki. Dia lihat sebagai potong jalan dia.

    Alasan dia UMB saja yang boleh dan rasmi. Itu yang berlaku di melaka bila blogger melaka tak perakuinya.

    Dia pun tak malu untuk sabotaj usaha kempen budak2 melaka. Begitulah pendengkinya Tun Faisal

    Tun Faisal pakar dalam kumpul IC dan nama blog untuk ngaku blog2 ini bawah jagaan dia. ENtah apa dia jaga.

    Trick utama dia adalah untuk ngaku blog anonymous macam unspinners, jebat must die, dll sebagai blog dia.

    Jadi dia akan sebat semua peruntukan ...

  • aku says:
    August 29, 2011 at 4:55:00 AM GMT+8

    macam 'abang' teguq 'adik'....akan ada masa jika perlu...'adik' juga akan teguq 'abang'.....

    kesepakatan bukan datang daripada 'semua setuju'.....tapi datang daripada 'saling percaya mempercayai'.......

    perjuangan bukan bermula dengan 'kemenangan'.....tapi dimulakan dengan 'kefahaman'......

    persahabatan bukan kerana 'sape lebih sape kureng'......tapi atas 'kejujuran dan toleransi'....

    semoga korang sumer teguh dalam kesepakatan....perjuangan dan persahabatan.....

    perjuangan haq takkan sama dengan perjuangan bathil....umpama 'air dengan minyak'.....walaupun demikian ianya mestilah secara tersusun agar tidak 'dicantas' dan 'dinafikan'......

    sbb korang (blogger2 yg pro kerajaan) larrr maka setiap isu dapat disebarkan dan ditangani secara bijak...

    selamat berjuang....untuk perjuangan yang belum selesai....

    wallahu'alam....

  • Anonymous says:
    August 29, 2011 at 5:49:00 AM GMT+8

    Sebagai seorang yang dah duduk Kuantan selama lebih dua dekad, saya minta saling tegur-menegur segala ini dilihat secara positif untuk memperkemaskan usaha. Saya warga Kuantan yang selalu cuba disuapkan sentimen anti-Lynas ni, tapi sebab saya ada sedikit pengetahuan tentang fizik berkaitan radiasi ni, serta bersikap objektif, saya tak termakan suapan mereka tu.

    Saya cuma minta semua bloggers, tak kiralah dari mana, untuk memperkuatkan pendedahan tentang fakta sebenar berkaitan kilang Lynas ni, agar masyarakat umum menyedari putar-belit yang dilakukan Fuziah. Bawakan fakta, bukan political atau sentimental statements, supaya tak ada lagi hujah yang boleh dipatahkan akan di-spin puak-puak tu.

    Dan sila ambil tahu (jika belum tahu), pergerakan anti-Lynas ni akan buat perhimpunan di Teluk Chempedak, pada waktu matahari terbit dalam bulan Oktober / November, kononnya untuk buat human wave dan entah apa-apa lagi. Jangan biarkan diorang saja di sana; penentang mereka ayuh pergi juga in full force untuk tunjukkan bahawa bukan mereka suara majoriti di Kuantan ni!

  • Tun Faisal Ismail bin Aziz says:
    August 30, 2011 at 2:07:00 AM GMT+8

    ish3, org cerita isu Lynas pun, msh nak fitnah saya & umb juga? inilah masalah org yg dilatih utk menipu dan memfitnah setiap masa. salah didikan masa kecik, salah didikan oleh blogger otai yg mengajarnya.

    1. fahamkan apa yg unspinners tulis, ceritanya uneffectiveness. cuma pd pandangan saya, ia bukanlg isu pahang, ia isu nasional. siapa yg attend penerangan dr pahang, lynas patut nilai semua setiap strategi yg digunakan.

    2. fahami pula - apa struktur blogger pahangku sebelum nak menuduh tak tentu pasal. bagaimanakah kaitannya dgn UMB.

    3. sori beb, saya bukan mcm sesetengah yg bg nama jebat, unspinners, pisau, novandri, empayar pemuda dan claim. itu kerja kita tau siapa la. dah dapat duit buat kerja, jgn menuduh org lain. makan benda haram tu. tp klu dah biasa minum benda haram, nak ckp mcm mana kan...

    tak apa bro, u all fitnah aku, tp x brani nak jumpa dan bersumpah depan aku. aku cabar siapa yg berani utk bermubahalah dgn aku. sama2 kita tengok siapa kena laknat. ada brani? :)

    Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Bati kepada semua, melainkan yang memfitnah aku. mari kita setel, klu x leh setel sini, kita setel di padang mahsyar :)

  • Me? says:
    August 30, 2011 at 10:35:00 PM GMT+8

    Alamak - dari isu nasional tukar jadi isu lain pulak - tak payah la nak bertegang urat sarap....nanti nasi di tangan pulak dicuri orang...

  • Gelombang Wangsa Maju says:
    August 31, 2011 at 7:21:00 AM GMT+8

    TUN FAISAL ...

    STOP TALKING NONSENSE! BLOGGERS KNEW HOW MUCH MONEY BEING TAKEN BY UMB DURING SARAWAK ELECTION PREVIOUSLY!

    IF YOU'RE ASKING FOR WITNESS, I'M SURE AHMAD MASLAN WILL VOLUNTARILY BE THE ONE!

    DON'T TALK ABOUT PDG MAHSYAR IF YOU'RE THE ONE WHO WERE NOT READY TO BE TAKEN TO THE TASK!

    STOP BULLSHITTING ...

  • Anonymous says:
    September 6, 2011 at 1:14:00 PM GMT+8

    Lynas ni bukan propaganda Cina ke sebab byk kontrak2 setup Lynas ni dapat kat company bumiputera...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)