Greetings

Monday, August 29, 2011

Layakkah Mat Sbau claim perubatan dari PBAPP?

Kerajaan DAP P.Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih Rm8,000.

Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.

"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Julai lalu Mohamad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya terkoyak.

Terdahulu, pada 14 Julai lalu, Mat Sabu membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan beliau dikepung dua Proton Waja polis dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

Dalam laporan polis yang dimuat naik dalam blognya, Mat Sabu mendakwa Proton Waja polis itu melanggar motosikal diboncengnya sewaktu dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Anak Seberang

6 comments:

  • Anonymous says:
    August 29, 2011 at 7:36:00 AM GMT+8

    Mula mula kasi minum teh
    Lepas tu tolong bayar bil
    Lepas tu sponsor pi Mekah
    Lepas tu sponsor family holiday
    Lepas tu bulan2 duit masuk direct a/c
    Lepas nanti booking Cina Doll
    Lepas nanti belikan kereta
    Lepas tu sedekah shares
    Lepas tu bayar overseas anak2 belajar
    Lepas tu bagi jadi Director
    Lepas tu bagi jadi Pengerusi Sykt
    Lepas tu beli sebiji bangalo
    Lepas semua ni, mereka repot kata Mamat ni kaki rasuah..

    Last2 Mamat kena tangkap RASUAH, Apek jadi billionaire..

  • Anonymous says:
    August 29, 2011 at 8:15:00 AM GMT+8

    alaaa.. 3k jer... anuar maen lagi banyak...

  • Anonymous says:
    August 29, 2011 at 8:36:00 AM GMT+8

    Orang PAS yang konon nya tiada rasuah,bila dah ada kuasa kadang lagi teruk dari parti yang dikutuknya sebab semua benda dia kait kan dengan Allah.So bila Allah pun dia seleweng,yang lain-lain tiada masalah.Pikir balik orang yang beretika walau pun tiada beragama ,tinggi moralnya,tiada akan berperangai seperti mat Sabu ini yang ramai dlm PAS terutama sekali diakar umbi,jenis manusia yang percaya pada benda tak masuk akal sebab nereka jenis tak guna otak ibarat babi utan meluru tanpa sebab. .Saya rasa anjing kat rumah Lim Guan Eng tu lagi boleh dipercayai dari Timb Presiden parti Islam ini.

  • Anonymous says:
    August 30, 2011 at 8:37:00 PM GMT+8

    Seronok saya baca istilah orang politik ni...kalau negeri di perintah pakatan di katakan" wang rakyat' tapi kalau negeri di bawah BN selalunya di katakan "satu lagi projek kerajaan barisan Nasional"dan bukanya projek rakyat atau wang rakyat.....politik politik.

  • Anonymous says:
    September 2, 2011 at 10:39:00 AM GMT+8

    Janganlah marah sangat kat mat sabu ni. Dia sebenarnya tidak sehat ajer...

    Lepas terjatuh moto otak dan fius otaknya rosak sikit. Sebab tu mula-mula dia kata land-rover polis langgar dia. Lepas tu kata dia tak perasan apa yang terjadi sebab dia hanya membonceng dan pemandu motosikal tu yang cakap land rover yang langgar. Lepas tu dia kata pulak kereta proton yang langgar..

    Kemudia dia terima bil rawatan RM5000.00, tapi buat claim RM8,000.00. Dia kan kata dia lupa berapa dia claim sebab nombor 5 dan 8 tu dekat-dekat sama...

    Kemudia dia kata komunis pula hero sebenar dan pejuang kemerdekaan Malaysia. Bila kena pressure dia kata dia tak ingat apa dia cakap selama 3 MINIT tuu.. (3 minit tau bukan 3 saat)...

    Saya rasa, disebabkan dia dah selalu lupa dan tak ingat eloklah bawa dia jumpa pakar sakit mental untuk tentukan tahap mental dia... Kalau sahih otak dia dah tek berapa betul, baiklah masukkan ajer ke Tanjung Rambutan atau Tampoi untuk pemulihan.... sebelum dia membuat banyak lagi kerosakan...

  • Anonymous says:
    September 3, 2011 at 4:45:00 PM GMT+8

    Anjing kat rumah jiran aku baru je mati, sakit buruk telinga kena gigit...errrrr..nama dia Mat Sabu. Bila anak aku dengar nama Mat Sabu disebut kat TV, dia kata..aikk..Mat Sabu dah mati kan?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)