Greetings

Sunday, August 28, 2011

Konspirasi politik dan konspirasi pasaran saham


Beberapa kaunter blue chips yang berkaitan dengan GLC mengalami kejatuhan teruk dan luarbiasa sejak 25 Ogos 2011.

Antara kaunter yang mengalami kejatuhan ialah CIMB, RHB, MAYBANK, AXIATA, dan MAS. Sebagai contoh, kejatuhan saham CIMB telah turun sebanyak 35 sen.

Yang anihnya, kaunter-kaunter yang tidak membabitkan GLC tidak terjejas malah meningkat.

Hari berikutnya pada hari Jumaat 26 Ogos, kejatuhan berterusan lagi dan kali ini melibatkan CIMB, RHB, dan BUMI ARMADA.

Kali ini, timbul pula spekulasi pertikaian antara Nazir Razak dan Tun Dr Mahathir ekoran pembolotan CIMB dalam projek kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang telah beredar dalam satu email kepada bankers dan remisier bertajuk ' New Battle in Malaysia , Nazir goes to war and Najib may lose.'

Tiada lojik untuk Tun Dr Mahathir bertikai dengan Nazir kerana bukan lawannya untuk bertikai. Sejak bila CIMB terlibat dalam projek kerajaan?

Ini tiada lain dan tiada bukan adalah pihak yang berkepentingan politik mahu menimbulkan perpecahan di dalam UMNO seperti yang tidak henti-henti dikhabarkan oleh blog pro Ku Li, Aspan Alias bahawa ada persengketaan antara Muhyiddin dan Najib.

Orang-orang Ku Li memang suka mereka-reka konspirasi pelik dan merepek. Disebabkan percaya pada orang Ku Li, Raja Petra terperangkap dan akhirnya menjadi fugitive yang lari dari undang-undang.

Bagi yang faham, Muhyiddin akan sokong pada Najib kerana dia yang mahukan Najib menjadi Perdana Menteri. Ketika Najib tidak menyatakan pendirian secara terbuka dan Muhyiddin digesa bertanding menentang Tun Abdullah, Muhyiddin enggan lakukan dan mahu Najib yang menentukan langkah.

Itu sesuatu prinsip yang sudah dipegang Muhyiddin dan dia tidak mungkin tukar. Muhyiddin tidak impikan jawatan Perdana Menteri dan itulah sebab dia berani ambil risiko suruh Tun Abdullah turun.

Masaalahnya ada pula blog penyokong Najib termakan percaya permainan psywar orang Ku Li bahawa konon ada persekongkolan tiga penjuru antara Ku Li-Muhyiddin-Anwar Ibrahim. Kebolehan Najib jauh melebihi Muhyiddin tetapi reaksi dan pranoia penyokong Najib ini begitu dangkal sekali.

Ku Li tidak mungkin bersekongkol dengan Muhyiddin dan Muhyiddin tidak mungkin sekali selesa bekerjasama dengan Ku Li. Ikut sejarah politik masing-masing, mereka tidak pernah bersama.

Psyche pemikiran orang Johor tidak seiring dengan psyche orang Kelantan. Cara orang Johor negeri maju tidak sama dengan cara Kelantan yang sentiasa membangkang dan emosi, tetapi negeri mundur. Akhir sekali, psyche pemikiran anak raja tidak seiring dengan psyche pemikiran anak orang biasa.

Selain dari konspirasi bodoh sedemikian, pasaran dikatakan oleh pihak tertentu di sabotaj dari pihak luar ekoran tidak puashati kepada kerajaan atas isu kritianisasi.

Ada pula kata pasaran dijatuhkan untuk melemahkan keyakinan pelabur dari negara Timur Tengah yang berhadapan dengan krisis keamanan dari memindahkan dana ke Malaysia.

Tidak menolak kemungkinan ada kaitan dengan perancangan pembangkang khususnya Anwar untuk sabotaj ekonomi negara menggunakan pasaran saham untuk mengurangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

GLC adalah saham syarikat yang dikuasai oleh EPF, Tabung Haji, ASB, Khazanah Nasional dan lain-lain yang banyak membabitkan usaha dan perjuangan UMNO dan membantu orang Melayu dan pribumi.

Pastinya cuti hari raya yang mana jumlah dagangan yang rendah hanya membesarkan efek dari jualan cergas.

Suatu yang tidak disebut lagi adalah musuh dalam selimut yang ada peranan dan pegangan dalam polisi kerajaan dan institusi tertentu.

Seorang "civil servant in Putrajaya, the consultant in PMO" membuat blog dan konon membuat pendedahan ada usaha-usaha untuk menjatuhkan Najib. Mereka yang sudah didedah adalah Rocky Bru, Hishamuddin, Muhyiddin, Alies Nor, dan entah siapa lagi yang akan disebut.

Konspirator ini ingat dia pandai. Pendedahan itu dibuat dengan dikompang oleh satu blog bekas wartawan pro Kalimullah bernama ... (isyy isyyy ... tak boleh lah sebut dulu :) ). Ia disambut oleh blog-blog pembangkang.

Kemudian disambut oleh sekumpulan kecil blog-blog pro UMNO. Salah satu blog itu konon anonymous tetapi kita tahu blog itu ada ke condongan ke PKR dan ada orang percaya Anwar tidak meliwat dalamnya.

Pendedahan konspirator itu boleh dianggap permainan anak-anak. Buat apa Hishamuddin mahu jatuhkan Najib? Nama-nama yang disebutkan adalah mereka-mereka yang bersama Najib.

Cara konspirator ini begitu sembrono macam khinzir. Tidak halus permainan. Sah tidak menghayati seni pencak silat. Motif begitu terdedah sekali. Maka orangnya sekali dah diketahui.

Bagi orang yang membantu menyambut, jangan ingat kamu pandai sangat, orang muda. Helah dan trick kamu baru sebungkus, belum sebakul.

Konspirasi dan power game yang bunyi macam dongeng selalu tidak masuk akal dan penuh kelemahan. Akhirnya kembali pada asas atau fundamental.

Begitu juga pasaran saham, berbalik kepada asas pelaburan. Naik turun saham berasaskan konspirasi dan spekulasi tidak pernah kekal.

5 comments:

  • Anonymous says:
    August 28, 2011 at 4:24:00 PM GMT+8

    Investors blah coz financial performance untuk quarter nih x memenuhi expectation kot. Kalau perhatikan, semua jatuh a day after financial result keluar.

  • Anonymous says:
    August 28, 2011 at 4:49:00 PM GMT+8

    belit belit tak paham aku. ingat je lah akhirat

  • Anonymous says:
    August 28, 2011 at 6:43:00 PM GMT+8

    Diorang keluar bukan sebab performance tak bagus, sebab dia jual pada orang yang tengok performance bagus, lepas tu jual sampai target rendah lepas tu beli masa harga murah.

    ini dinamakan jual tinggi beli murah, beli murah lepas tu jual tinggi. kalau tak buat macam ni bila lah KWSP, Khazanah dan lain lai nak untung untuk bayar dividen.

  • Neuro6 says:
    August 28, 2011 at 6:49:00 PM GMT+8

    kalau lah pelabur2 negara OPEC(middle east) tu pindahkan semua pelaburan besar mereka dari negara2 barat seperti america dan europe ke negara kita atau mana2 negara islam yang stabil, sudah tentu economy barat akan ranap! kalau negara2 OPEC tu melabur di malaysia, sudah tentu singapore dan hong kong akan tergugat!

    Kalau ni lah antara sebabnya, tak hairan lah mereka nak jatuhkan kerajaan islam!

  • Anonymous says:
    August 28, 2011 at 7:14:00 PM GMT+8

    "Anonymous said...
    belit belit tak paham aku. ingat je lah akhirat
    August 28, 2011 4:49:00 PM GMT+08:00"


    Benda mudah macam ni pun susah nak faham.Patut la mudah sangat kena spin korang ni.Bawak-bawak la berfikir sama.Akhirat semua orang ingat,dunia pun kena usaha jugak kena jaga negara.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)