Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, July 29, 2011

DAP perlu BERSIHkan diri dulu dari dosa bunuh TBH


Rakan Beng Hock dakwa DAP bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 28 Julai - Sekumpulan rakan mendiang Teoh Beng Hock mendakwa DAP turut bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu.

Jurucakap kumpulan itu, Allan Liew Sin Kim berkata, Beng Hock sebagai ahli DAP terbeban untuk menguruskan dana bagi lebih 200 projek berkaitan parti itu di Selangor yang jelas melampaui kemampuannya sebagai seorang setiausaha politik.

Malah katanya, tiada seorang pun pemimpin DAP yang hadir untuk membantah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Beng Hock yang berlanjutan selama 12 jam sebelum mendiang ditemui mati.

"Bolehkah setiausaha politik uruskan 200 projek dan aliran keluar masuk wang? Sebagai manusia biasa, sudah tentu mendiang tidak dapat mengatasi tekanan itu yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

"Beng Hock sepatutnya tidak terlibat menguruskan projek itu dan Ean Yong tidak patut mengarahkan mendiang untuk menguruskan perkara yang melampaui kemampuannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri lima lagi rakan Beng Hock yang berbaju kuning dengan mendakwa pemakaian baju itu sebagai usaha membersihkan nama mendiang.

Allan pada masa sama mendesak Ean Yong supaya memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mendiang dan orang ramai kerana Exco Selangor itu telah membabitkan Beng Hock untuk menguruskan dana bagi projek di tiga kawasan di negeri itu.

Katanya, mereka percaya Beng Hock tidak bersalah dalam pengurusan peruntukan projek oleh DAP kerana mendiang hanya menjadi saksi bagi siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

"Di mana Ean Yong ketika Beng Hock disiasat SPRM? Beliau seharusnya berusaha menyelamatkan mendiang dengan melakukan protes kerana mungkin dengan usaha itu sekurang-kurangnya mendiang masih hidup.

"Kami amat sedih kerana hanya selepas Beng Hock meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM. Justeru, kita mahu Ean Yong beri penjelasan kepada masyarakat kerana tidak membantu mendiang pada ketika itu," katanya.

Allan juga berharap keluarga Beng Hock boleh menerima usaha mereka dan memikirkan secara di luar kotak punca kematian mendiang.

Katanya, kemunculan mereka selepas dua tahun kematian mendiang adalah kerana berasakan bukan masa yang sesuai bagi mereka membuat kenyataan sewaktu perbicaraan kes sedang berlangsung di mahkamah. - Utusan Malaysia

6 comments:

  • chow chee bai says:
    July 30, 2011 at 9:33:00 AM GMT+8

    The biggest joke of the year--DAP yang bertanggungjawab atas kematian TBH. Pakai otak lah jangan simpan di tempat lain. Kalau MACC tak tahan beliau, beliau masih hidup.

  • Mat Despatch says:
    July 30, 2011 at 9:35:00 AM GMT+8

    DAP sebenar nya cekap utk memutarkan isu utk selamat kan diri. Siasatan SPRM fasal kes salah guna kuasa depa dah tenggelam dgn kes kematian TBH. Harap SPRM sambung siasatan & bongkar habis-habis putar belit pemimpin DAP ni..!

  • Anonymous says:
    July 30, 2011 at 9:49:00 AM GMT+8

    CHow CHee Bai

    Kau yang tak mahu pakai otak. Mana kes rasuah? lupa ke?

    TBH sudah sign kepada 80 lebih kontrak haram yang tak dijalankan.

    Itu yang dia gelabah, bukan pasal orang soal

  • Anonymous says:
    July 30, 2011 at 3:36:00 PM GMT+8

    kalau ikut mafia law....DAP akan jaga family TBH, cuma apa yg perlu terus salahkan SPRM...memang dasar komunis

    dampish_rasta

  • Anonymous says:
    July 30, 2011 at 7:10:00 PM GMT+8

    Oooi chow chee bai... dungu betul kepala otak kamu.. Kamu ni pelawak dari ulu mana? Kalau DAP tak arahkan TBH buat perkara pelik2, tentu dia tak perlu dipanggil untuk disoalsiasat. Tentu dia masih hidup lagi sekarang ini untuk mendedahkan salahlaku orang2 DAP...

  • tembeleng says:
    July 31, 2011 at 1:11:00 AM GMT+8

    Chow Chee Bai menunjukkan taraf pemikiran dan kecerdikan penyokong DAP taklah setinggi yang digembar-gemburkan. Kalau TBH dan tuan DAP dia tak melakukan corruption, maka tak perlupun dia ada di MACC. Itu benda basic pun tak boleh pakai otak, Chow Chee Bai, baiklah sedekah saja otak tu buat makan babi. Sebab kalau otak kelas macam tu, letak atas laksa pun boleh jadi basi kuah.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)