Friday, July 29, 2011

Ahmad Sarbaini dan sindikit kereta curi


Pada pagi 6hb April 2011, Ahmad Sarbaini seorang pegawai Jabatan Kastam telah dijumpai mati di bahagian bumbung rendah bangunan SPRM setelah jatuh daripada tingkat atas bangunan itu.

Beberapa hari sebelum ini, Ahmad Sarbaini telah ditahan dalam satu operasi besar-besaran SPRM terhadap Kastam atas tuduhan rasuah. Dia merupakan salah satu daripada 64 orang pegawai Kastam yang telah di siasat kerana dipercayai terlibat dalam rasuah.

Ahmad Sarbaini memegang jawatan Penolong Pengarah Kastam, Gred 44 yang bertugas di Cawangan Impot Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang. Beliau menjaga barangan impot dan juga kenderaan impot. Sebagai ketua, beliau mempunyai lapan pegawai lain dibawah kawalan beliau.

Imej Ahmad Sarbaini sebagai imam di kawasan rumahnya dan perwatakannya yang simple beserta kejadian kedua kematian saksi atau suspek bawah jagaan SPRM membuat ramai susah mahu memihak kepada SPRM.

Hakikatnya Ahmad Sarbaini dan lapan orang pegawai dibawahnya terlibat dalam kegiatan "mencuri" kereta curi dan kereta yang tidak ada permit AP.

Apabila pasukan Ahmad Sarbaini mengenalpasti kereta yang dibawa masuk secara haram, tanpa AP yang sah, oleh sindiket, mereka akan mengambil rasuah daripada sindiket sebagai ganjaran untuk melepaskan kereta itu.

Jika kereta itu dikenalpasti sebagai kereta curi pula, mereka akan seludup keluar kereta itu untuk dijual kepada sindiket lain. Ini adalah kerana tiada orang yang akan berani menuntut kereta curi.

Wang haram yang diperolehi daripada semua kegiatan haram ini akan diagihkan antara Ahmad Sarbaini, lapan pegawai Kastam dalam pasukan beliau dan juga pihak atasan Kastam mengikut bahagian yang telah ditetapkan.

Ahmad Sarbaini juga menerima arahan daripada pegawai atasan supaya tidak diambil tindakan terhadap kes tertentu yang melibatkan masalah dengan barangan impot.

Ahmad Sarbaini akan salurkan wang haram hasil kegiatan rasuah ini kepada beberapa tempat untuk disembunyikan, termasuk akaun adiknya yang tinggal di Seremban.

Lapan orang pegawai Kastam dibawah penyeliaan Ahmad Sarbaini diketahui orang sebagai 'kaki night club', kaki karaoke dan kaki betina.

Malahan pada malam 6hb April 2011, selepas Ahmad Sarbaini dijumpai mati pada pagi hari itu, lapan orang pegawai dalam pasukan Sarbaini bersama-sama disebuah kelab malam di Kuala Lumpur untuk berseronok.

Mereka merasa lega kerana mereka percaya dengan kematian Sarbaini, siasatan SPRM terhadap kegiatan haram mereka akan menjadi buntu.

Inilah antara kegiatan Ahmad Sarbaini, Pegawai Kastam Gred 44 dan lapan orang pegawai rendah dibawah kawalannya.

16 comments:

  • Den Cdo says:
    July 29, 2011 at 11:36:00 AM GMT+8

    Biar betul bro...kalau u ada facts and figures yg sah oklaa bro...den takut nanti kalau ada 'official req 'u tak boleh buktikan...Den tahu u tak perlu cerita dari sumber mana..tapi yg pentingnya maklumat u tulis nie, mesti ada bukti..dan simpan..keluar hanya bila diperlukan sahaja...

  • LAVENDER says:
    July 29, 2011 at 11:43:00 AM GMT+8

    mohon kemukakan sumber bila membuat paparan.anda bercerita tentang orang yang sudah tiada..

  • Horas! Hulu Langat says:
    July 29, 2011 at 11:47:00 AM GMT+8

    pergghhh!! dahsyat pendedahan ni bro. Itulah akibatnya bila jadi hamba duit.

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 11:59:00 AM GMT+8

    itu pengarah kastam kena jelaskan....!
    ada mata tapi pandang ikut telinga..ada telinga ,tapi tak penah mendengar...!itu la sebab nya ramai kaki tangan kerajaan lari pencen awal...terutama nya group sokongan...meluat tgk bos..buruk lantak...!

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 1:10:00 PM GMT+8

    Hati hati bro..dokumen mau simpan cukup beb..naya lu kena gasak nanti..
    Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

    -incik Telagi Mandiri-

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 1:19:00 PM GMT+8

    nie macam inkues TBH jer..semua benda tersorok..terkeluar!!!..heyyy... seram sejuk jika terdedah!!

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 2:21:00 PM GMT+8

    Mohandas Gandhi pun ditembak semasa duk jalan, oleh Nathuram Godse, seorang extremist BINDU yang tidak senang hal2 Human Rights..

    Ada pulak yang berlakon mati hidup semula.

    Ni semua dah mula terikut2 ala pemikiran DNA keturunan Ambiga?

  • Longchepoh says:
    July 29, 2011 at 3:28:00 PM GMT+8

    Kastam dan rasuah ibarat lagu dan irama. Tak boleh dipisahkan. Ini realiti bro. Tanyalah kakitangan sokongan macam mana puak-puak ni terima rasuah. Kalau terima secara sendiket memang susah nak proof punya. Tapi terima tetap terima. Kalau setakat gred 44 ada dua rumah hebat-hebat, cuba tanya mana dapat duit? Itu baru satu contoh saja.
    Tapi bila jadi kes macam ni, puak yang ada kepentingan politik akan spin sepenuhnya untuk dapat faedah politik. Apa faedah politiknya? Supaya tambah kebencian kepada kerajaan dan sokong pembangkang. Tu saja....

  • The Unspinners says:
    July 29, 2011 at 3:37:00 PM GMT+8

    Untuk cari bukti, ianya untuk tujuan mahkamah. Biarlah AG dan SPRM buat kerja. Kalau orang tak kacau SPRM menyiasat, itulah yang akan ditemui.

    Setakap The Unspinners, tujuan kami dedahkan adalah untuk dedahkan pembohongan pihak yang nak defend orang bersalah (walaupun dah mati dan berimej Pak Imam ... apa peduli kami).


    Untuk dapat info bengini, kenalah ada connection tertentu. Sebelum ini, tiada siapa yang ada dedahkan maklumat ini. Macam mana kami boleh tahu?

    Semestinya kami tidak main reka kerana ia datang dari sumber yang terlibat dari dalam kastam dan player dalam kereta haram.

  • benci rasuah! says:
    July 29, 2011 at 3:56:00 PM GMT+8

    wah...hebat info ni bro unspinners.
    cayala.

    camtula baru blogger yg dedikasi, buat entry yg betul2 ada bukti sahih je. bukan main fitnah je cam blogger pembangkang!

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 3:59:00 PM GMT+8

    SYABAS BRO UNSPINNERS
    CERITA BRO SANGAT LOGIK WALAUPUN SUMBERNYA AGAK KABUR. MEMANG BEGITU KATANYA MODUS OPERANDI PUAK2 KASTAM NI. DARI ATAS HINGGA PALING BAWAH TERLIBAT. NAK BUKTIKAN DI MAHKAMAH AGAK MUSTAHIL KERANA RASUAH MANA ADA DOKUMEN BERTULIS ATAU BERESIT RASMI. CERITA2 YG TERSEBAR TENTANG PENGKHIANATAN DAN RASUAH PIHAK JKDM MEMANG TERJADI JIKA TIDAK MANA BOLEH KERETA IMPORT BOLEH MASUK KE SINI TANPA DOKUMEN SAH. TENTU MELIBATKAN ORANG DALAM KASTAM. TENTU SEKALI BUDAK KASTAM ITU MENERIMA HABUAN HARAM DARIPADA PENGKHIANAT NEGARA TAK BERIMAN ITU.

    HATI2 BRO UNSPINNERS NANTI DISAMAN PULA OLEH AMBIGA DAN ORANG2NYA.

    wmwi

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 4:00:00 PM GMT+8

    Imam tak bererti tak buat salah. Ingat tak Affandi (kalau tak salah) salah seorang anggota geng styer juga berserban dan imam di di kampungnya sapa sangka boleh terbabit dalam siri rompakan bersenjata. Imam pun ade merogol juga. Si Nuar tu pun imam juga. Kes liwat dan zina langsung.Ada bukti pulak tu.Kalau tak de sebab takkan SPRM siasat Sarbaini ni. Takkan bengap sangat SPRM ni. Seperti Beng Hock keluarganya yang lebih-lebih sangat.Tak nak terima hakikat.

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 6:48:00 PM GMT+8

    Sumber atau pemberi maklumat hanya boleh di dedahkan bila mahkamah arahkan, kalau tak apa guna ada akta yang mahu sumber di "protect". Kalau sumber pun buka maka tak ada siapa nak bagi info kepada kita. Gue sangat sokong sama Unspinners yang kasi tau perkara sebenar. Pegi lah siasat sendiri kalau nak tau sebab "leadnya" dah ada.... he he

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 7:53:00 PM GMT+8

    adakah kes ini tiada kemusykilan?

  • Anonymous says:
    July 29, 2011 at 7:57:00 PM GMT+8

    adakah kes ini tiada kemusykilan?

  • Anonymous says:
    July 30, 2011 at 6:45:00 PM GMT+8

    RASUAH dan KASTAM macam KENTUT dgn TAIK...macam LAGU dan IRAMA..hehehehehheheheh

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)