Thursday, June 9, 2011

Mat Sabu ikut fahaman Syiah


Baca posting dalam gambar di blog PAS Kerohi sini

Mohd Sabu dikenali ramai sebagai salah seorang yang begitu meminati dan mengagumi perjuangan Hizbullah di Lubnan dan revolusi Islam Iran sejak dari dulu lagi.

Minat, sokongan dan kecenderungan beliau diterjemahkan dengan kerapnya beliau berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali menggunakan contoh perjuangan mereka di dalam ceramahnya.

Namun sedarkah kita bahawa minat, sokongan dan kecenderungan beliau telah mula bertukar kepada pegangan agama dan aqidah?

Tanyalah beliau tentang aqidah ataupun amalan orang Syiah, nescaya beliau akan dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan begitu terperinci. Tanyalah orang-orang syiah di Malaysia nescaya mereka akan menganggap Sdr. Mohd Sabu adalah sebahagian daripada mereka.

Mungkin atas sebab itulah kita jarang melihat beliau solat jamaah bersama-sama kita. Malah diakui oleh pimpinan peringkat tertinggi bahawa mereka juga tidak pernah melihat beliau solat jamaah bersama (walaupun diimamkan oleh Tn Guru Hj Hadi).

Dan yang lebih malang sekali, beliau telah mula menyebarkan fahaman ini ke dalam parti, terutamanya ke atas golongan pemuda kita.

Pernah dilaporkan apabila beliau membawa petugas-petugas Kuala Kedah melawat Thailand, mereka telah berhenti solat di masjid-masjid yang dikenali ramai sebagai masjid orang syiah di sana.

Mungkin ada yang masih ingat beberapa siri demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dan Wisma Denmark sewaktu ketika dahulu. Ingatkah anda ada satu golongan syiah yang datang membawa sepanduk dan poster besar Imam Khomeini / Khameini sambil membaca selawat cara Iran dengan lahjah Iran.

Dan tahukah anda bahawa semua itu ditaja oleh Sdr. Mohd Sabu dan di dalam kelompok tersebut juga terdapat beberapa pemuda PAS daripada Kuala Kedah!

Bukan setakat itu sahaja, malah ahli-ahli perhubungan negeri Pulau Pinang dan kebanyakan jawatankuasa kawasan di Pulau Pinang juga telah mula diresapi pengaruh syiah. Mereka cukup kagum dengan Mohd Sabu dan syiahnya.

Secara nyata Mohd Sabu telah menggunakan pengaruh dan jawatannya untuk mengembangkan ajaran dan pegangan syiah di kalangan ahli PAS. Sebab itulah tidak hairan kenapa beliau kerap berkunjung ke Lubnan dan Tehran dan seringkali beliau membawa ahli-ahli kita dan pemuda bersama-samanya.

Kadangkala kita tertanya-tanya dari mana mereka memperolehi wang yang banyak untuk kerap berkunjung ke tempat tersebut. Dan seringkali juga beliau menolak dan mengelak untuk melawat ke Lubnan dan Tehran bersama-sama pimpinan PAS yang lain, kerana mungkin dikhuatiri tembelangnya akan pecah.

Suasana ini bukan lagi menjadi rahsia kepada ahli dan pimpinan PAS yang lain. Semoga satu tindakan yang tegas dapat diambil untuk membendung gejala ini yang kalau tidak disekat akan menjadi barah dan nanah yang bisa memecahbelahkan perpaduan di dalam Parti.

Sahabat Mantap 15/1/2008

13 comments:

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 12:27:00 AM GMT+8

    Jangan jangan ada kerja lain juga di san a tu. cuba cuba la teliti dn telek telek sikit. orang bercakap berderau ni biasanya ada penyakit. Mungkin ada kontrak di sana.

    Mat Mungkin, Ipoh.

  • JARI YANG TERBARAI says:
    June 10, 2011 at 1:20:00 AM GMT+8

    hmm gua tak nak komen pasal mat sabu pasal gua tak tau die syiah ke tak, tapi gua nak komen pasal syiah... orang bahlol je ikot ajaran tu... sesat lagi menyesatkan...

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 7:24:00 AM GMT+8

    Ini tuduhan yg membabi buta. Penuh dgn retorik, tapi habuk bukti pun tak dak.

    sri hartamas

  • mat sabu sial says:
    June 10, 2011 at 9:46:00 AM GMT+8

    kau salah la. bukan ikut syiah. dia ikut syial.. syial sesyial nye. he he he.

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 5:43:00 PM GMT+8

    The Unspinners,
    Setengah orang ingat, Syiah tu Islam jugak. Lagi2 orang PAS yang tak faham agama. Saya cadang saudara postkan azan orang Syiah. Biar semua tahu Syiah ni sesat ke tak. Di Youtube, ada juga video cara orang Syiah sembahyang.

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 5:45:00 PM GMT+8

    Tuduhan membabi buta?
    Habuk bukti pun tak dak?

    Korang percaya kat bukti ke?
    Bukti video seks pun tak nak percaya.
    Nak bukti buat apa.

  • Anonymous says:
    June 11, 2011 at 12:29:00 AM GMT+8

    bukti apa pun tak guna kalau taksub. tang orang nak bukti, tang dia sumpah takut.walhal berani kerana benar,takut kerana salah dah jadi pematah.

  • Anonymous says:
    June 12, 2011 at 4:33:00 PM GMT+8

    Tak tahulah takut memfitnah pulak, tetapi yang pasti ada satu mesyuarat puak syiah di KL kira-kira setahun lalu, tempat aku tak nak sebut secara spesifik (di sebuah IPT).

    IPT ini sudah dikuasai oleh puak Syiah melalui ramai pensyarah (dikenalpasti). Khabarnya polis tengah susun nama-nama nak ISAkan pengkhinat ni.

    Banyak projek promosi kemasukan pelajar baru ke IPT itu dibuat di IRAN, hah!! halus dan teratur sekali gerak kerja mereka. Galak lagi mereka bila nak bina masjid khusus untuk puak syiah di IPT tu.

    Keputusan mesyuarat tersebut ialah untuk menyerap secara lebih agresif tetapi halus ke dalam parti politk berteraskan Islam PAS)untuk memperkasakan Syiah di negara ini.

    Bibit bencana kepada negara dikhuatiri akan bermula dengan kealpaan penyokong PAS. Bukan sekarang tetapi beberapa tahun akan datang. Tak percaya?...Tunggguuuu.

  • aku pening says:
    June 15, 2011 at 1:50:00 PM GMT+8

    ya Allah.. ini rupanya kebenaran yang kau dah tunjukkan kepada golongan yang sering solat hajat memohon petunjuk.nampaknya golongan parti ini semakin terhina kerana di kurniakan Allah pemimpin yang munafik dan fasik dengan pembongkaran rahsia dan tembelang wajah mereka yang sebenar.smga Allah menyelamatkan kt semua dari tertipu dgn dakyah pemimpin seperti ini.

  • Anonymous says:
    October 17, 2011 at 11:34:00 PM GMT+8

    mat sabu tu memang bijak dan berani.patutlah syiah tu hebat.orang bangang je tinggal kat wahabi suni totok yangtak nak berfikir.kalau gunakan akal skit je pasti dah tak tertipu lagi ngan sejarah muwayiah laknat hanjing tu.

  • Anonymous says:
    January 3, 2012 at 9:36:00 PM GMT+8

    Tentang Mat Sabu ikut ajaran Syiah tak de le pulak aku dengar dia mengaku.

    Cuma kalau nak bukti andainya rajin pergilah tanya bekas orang kuat Pas di Pasir Puteh Kelantan. Dia mungkin tahu. Tanyalah orang yang ikut perjalanan PAS secara dekat (yang lebih takutkan Allah dari sayangkan parti)

  • Anonymous says:
    May 10, 2012 at 9:37:00 PM GMT+8

    ramai pengikut PAS da dpengaruhi syiah... tp pemimpin diowg takut nk baiki akidah ahli2nya yg dpengaruhi syiah bimbang hilang sokongan utk pilihanraya nt .... sedar sesat tp xbrani nk ambik tindakan.... arap yg silap kembalilah ke pangkal jalan...

  • Anonymous says:
    May 10, 2012 at 9:46:00 PM GMT+8

    skrg da byk pemimpin dkalangan syiah dlm IPT, kesian pelajar2 jika tpengaruh dgn fahaman syiah sesat ni, pihak btanggungjwb selamatkan diowg ni sume ....

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)