Thursday, June 30, 2011

Kami tidak akan berdiam diri - Mahaguru Omar Din


KUALA LUMPUR 26 Jun - Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.

Mahagurunya, Tan Sri Omardin Mauju berkata, adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

"PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.

"Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri. Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan, kami akan dianggap dayus.

"Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan. Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Omardin, PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

"Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya. - Gerakan Timor

19 comments:

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 6:19:00 AM GMT+08:00

    Spill in more idiots into the scene.

  • jo says:
    June 30, 2011 6:22:00 AM GMT+08:00

    Betul uan mahaguru...Jika tidak silat kita hanya SILAT PENGANTIN sahaja...

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 6:57:00 AM GMT+08:00

    melayu bn bersilat dengan melayu pr, siapa yang untung? find the settlement in the Quran, is guaranteed selamat dan selasai by ALLAH SWT

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 7:08:00 AM GMT+08:00

    Saya dah beberapa kali post kan.... untuk kedua dua pihak ( pro dan anti kerajaan), ELAKKAN pertembungan sesama umat. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Musuh musuh Melayu / Islam yang sebenarnya menang tanpa bertanding jika berlaku juga pertembungan.
    Angkatan patriot saya cadangkan agihkan juga ahli ahli untuk berdemo di sekeliling rumah kediaman ambiga, anuar, khalid, Nic ajis, Lge, LKS, Koh su koon, Chua SL dan termasuk saudara mara mereka. Biar dia orang rasa macam perasaan rakyat jika berlaku demo yang PANAS. Jangan asyik berseronok melihat majoriti rakyat ditimpa kesusahan sementara dia orang bersenang lenang sahaja.

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 7:12:00 AM GMT+08:00

    silat kerusi roda...kah kah kah kah

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 7:26:00 AM GMT+08:00

    Bodoh nak mampos la ko ni. Mahaguru konon, OTAK MANA? Yang berdemo tu Melayu jugaklah, BODOH! Melayu sama Melayu gaduh, keling gelak2 guling atas jalan! Settle dengan Ambiga je sudahlah, bahlol!

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 7:26:00 AM GMT+08:00

    They keep saying 'rule of law', but this is just empty slogans. Don't they know the law? Why can't they follow [roper channels and make appointment and meet with SPRM?

    It's been 3 years since the last election, Why didn't those idiots march in 2008? Why now?

    Fu*k you CIA sponsored idiots.

  • zat says:
    June 30, 2011 8:11:00 AM GMT+08:00

    Skrang ni nampak nya ramai org yg tak relevan sudah mula bercakap spt hero..apa tok guru ni ingat dia macho mcm clint eastwood ka ckp mcm tu...

    sepatutnya anda yg digelar to guru ni berckp dgn lebih berhemah...cuba tenangkan keadaan yg tegang skrang..ni awak la plak yg mengugut org ramai...who the hell do u think u are !!

  • zat says:
    June 30, 2011 8:16:00 AM GMT+08:00

    Anon 7:08AM

    awak nk dtg demo depan rumah saya silakan..itu hak anda sbg rakyat dlm negara demokrasi...tp jgn ugut nk bakar umah saya mcm Pemuda nk bakar HQ PKR atau mcm menyalak mcm Tok Guru ni..itu dh jd perangai beruk namanya..

    Anyway don't be so sure u r the majority ok..

  • mualaf says:
    June 30, 2011 8:25:00 AM GMT+08:00

    anon... yg dok berlarak kat jalan tu lagi berok sbb menyusahkan org... persatuan silat hanya ingin menyekat berok2 d jalanraya.hrp berok2 jgn perasan la depa pejuang .

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 8:25:00 AM GMT+08:00

    Silat adalah untuk mempertahankan diri, kalau nak mengancam orang lain itu zionis atau yahudi namanya.

    Ini bukan sikap seorang Mahaguru, ini adalah sikap umpama Maharaja Lawak.....

  • This comment has been removed by the author.
    zas says:
    June 30, 2011 8:26:00 AM GMT+08:00

    This comment has been removed by the author.

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 8:29:00 AM GMT+08:00

    Berapa pastikah Tok Guru bahawa tiada pengikut2 Tok Guru yang sama bangkit hendak menentang kerajaan sekarang?
    kita tidak mahu kejadian 13 Mei berulang; sekiranya terjadi lagi seumpamanya yang akan menang ialah kaum2 kafir dan mereka2 yg mungkar.

  • kelana says:
    June 30, 2011 8:38:00 AM GMT+08:00

    Sejauh mana pun kebolehan BERSIH untuk mengajak rakyat berhimpun untuk mencapai hasrat utama mereka untuk memantap proses demokrasi, apakah perlu UMNO untuk mewakilkan suara Melayu kpd PERKASA dan ahli2 silat ini, sehingga sampai ketahap untuk membawa senjata, membunuh dan menikam, kalau tidak pun penumbuk akan sampai kemuka2 ahli kelompok BERSIH.

    Beginikah caranya UMNO ingin menangani cabaran dari kumpulan BERSIH? Tidak masuk akal sama sekali cara penyelesaian begini rupa.

    Samalah ceritanya: UMNO hilang 30 kerusi, justru itu UMNO bukannya ingin menstruktur semula barisan dalaman UMNO tetapi UMNO khusyuk untuk memenjarakan Anwar. Apakah apabila Anwar masuk penjara, kerusi masih menurun, apakah tindakan UMNO seterusnya? Penjarakan dan videokan pula mangsa2 yg lain, atau mencari scape goat yg baru.

    UMNO sehingga skrg masih lg tidak dpt menerima kelemahan dalaman UMNO. UMNO sudah gagal menjd suara org Melayu (walaupun sy sedih keadaan ini berlaku kerana Melayu sudah berpecah dan UMNO sudah berkecai).

    kelana

    p.s. pendapat sebagai pemerhati bebas shj

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 8:58:00 AM GMT+08:00

    BN bodoh peMbanGkang pun bOdoH..ha2 omar din lagi Bodoh...sapa tak kenak samseng ni...ha2 cuba tnya org pangkoq..

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 9:08:00 AM GMT+08:00

    Semua bodoh, pasal tu ramai professional tinggalkan msia kerja oversea. Ini contoh bodoh yg terang terang. Bersih v anti bersih. Yg bersih ni dikutuai india, yg pergi perang melayu. Yang anti bersih pulak, duduk atas kerusi roda nak perang. aduh!

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 11:29:00 AM GMT+08:00

    KPD PRO BN AND PRO PR...TERBUKTI DGN JELAS NYATA JITU...TINDAKAN TDM MEMENJARAKAN ANWAR SECEPAT MUNGKIN ADALAH PALING3 TEPAT...LIHAT NATIJAH..LIHAT QONSEQENTNYA...LIHAT AKIBAT...KESIMPULAN MAHATHIR TEPAT TENTANG RENTAK POLITIK ANWAR YG BOLEH BAWA PADAH PD NEGARA

    JGN BANYAK CAKAP..ANWAR KATA DAH BOLEH TAHAN AMBIGA..TP SKRG AMBIGA DIKAWAL PULAK PIHAK ASING..AMBIGA XBOLEH DIKAWAL .DIA YG MENGAWAL PEMBANGKANG SKRG..

    DIA LIHAT MASA SAMPAI UTK LUNYAIKAN ORG2 MELAYU..TAK PAYAH PAKAI TENTERA LAIN..PAKAI MELAYU JUGAK LUNYAIKAN MELAYU..

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 11:43:00 AM GMT+08:00

    anon June 30, 2011 8:16:00 AM GMT+08:00

    DO U THINK? U R MAJORITY?

  • Anonymous says:
    June 30, 2011 1:16:00 PM GMT+08:00

    Sesama umat melayu islam nak bergaduh,nak berperang..dah tau samseng pulau jerejak pi la palestin nuh lagi berfaedah..gerakkan anak2 murid tu g sana amacam? mahaguruk..

fda