Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, June 10, 2011

Demo sebahagian amalan fahaman syiah

Demonstrasi anjuran PAS yang turut sama
mengangkat gambar tokoh-tokoh Syi'ah Rafidhah

Di Malaysia hari ini, demonstrasi jalanan yang hampir sama disemarakkan untuk memaki-hamun, mencela, dan mencerca pemerintah atas konon namanya amar ma’ruf nahi mungkar dan jihad. Ia disuburkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Slogan-slogan yang sering dimainkan oleh mereka adalah hak kebebasan bersuara, demokrasi, menetang kezaliman, dan membasmi penindasan. Ini diakui sendiri oleh tokoh-tokoh utama mereka seperti Nik ‘Abdul Aziz Nik Mat dan ‘Abdul Ghani Samsuddin.

Dikuti pula oleh pelopor dan pencetus utama demonstrasi BERSIH antaranya Mat Sabu sebagaimana terpampang dalam laman sesawang beliau.


Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS turut mengakui mendukung idea-idea demonstrasi pasca revolusi Iran oleh Khomeini laknatullah 'alaih.

Bahkan bukan sekadar idea demonstrasi, tetapi Mat Sabu juga turut mengajak masyarakat Malaysia untuk berpedoman kepada Khomeini dalam banyak hal termasuk persoalan ushul aqidah. Ini boleh dilihat dalam banyak rakaman ucapan, ceramah, dan tulisan-tulisan beliau di akhbar Hakarah.

Mat Sabu selain antara tokoh PAS yang begitu jelas cenderung kepada pemikiran sesat Syi’ah, beliau juga mengakui boleh memberontak kepada pemerintah melalui tiket kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan penindasan.

Prinsip Mat Sabu ini sebenarnya saling tak tumpah dengan pemikiran revolusi Khomeini menumbangkan Shah Iran di era 1970an. Juga sebagaimana gerakan 'Abdullah B. Saba' di zaman 'Utsman.

Sedangkan perkara ini begitu jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dalam bermu’amalah terhadap pemerintah yang tidak akan keluar dari ketaatan terhadap pemerintah selagi mana mereka (pemerintah) masih tetap Muslim dan menegakkan syi’ar-syi’ar solat. Bertentangan juga dengan akhlak dan adab ahlus sunnah wal-jama'ah dalam menasihati pemerintah sekiranya pemerintah melakukan kesalahan.

Manakala slogan-slogan kebebasan bersuara yang sering mereka laung-laungkan itu tidak lain antaranya adalah bertujuan supaya media-media yang mereka aturkan berupaya bergerak bebas menyebarkan pemikiran bathil lagi sesat. Selain supaya masyarakat bangkit membenci para pemerintah negara hari ini.

Mereka gembira sekiranya negara menjadi hura-hara dan kelam-kabut. Kerana sekiranya negara huru-hara, maka pelbagai agenda jahat dan buruk yang mereka rancangkan menjadi lebih mudah direncanakan. Ini sebagaimana kesan dan hasil demonstrasi di Timur Tengah seperti di Mesir dan Libya baru-baru ini, pengaruh Yahudi bersama-sama Syi'ah dan Amerika telah mula masuk campur dalam urusan negara mereka. Juga sebagaimana yang telah berlaku di Iran semenjak 1979. Syi'ah Iran sekarang tampak semakin kukuh hasil kerjasama dengan Yahudi dan Amerika. Bahkan sekarang mereka sedang berusaha gigih untuk menguasai negara-negara Timur Tengah lainnya.

Ini adalah antara sekelumit fakta yang menunjukkan ideologi Syi’ah sedang subur berkembang di dalam PAS hari ini. Kewujudan Syi’ah di dalam PAS ini bukan perkara yang baru, malah turut diperakui Tun Dr. Mahathir sendiri ketika menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Bukanlah suatu yang aneh di sisi Syi’ah untuk memberontak kepada pemerintah mana sahaja, kerana bagi mereka Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Utsman sendiri selaku Khalifah al-Rasyidin pun adalah kafir, sesat, dan munafiq. Jika hak kekhalifahan ketiga-tiga mereka ini pun mereka nafikan, apatah lagi kepada para pemimpin umat Islam selain Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Utsman?

Demikianlah juga dakwah PAS dalam arena Malaysia hari ini. Jika Syi'ah dikenali dengan dakwah caci-maki dan melaknat para sahabat serta bersatu-padu dengan Amerika dan Yahudi, maka dakwah PAS adalah dakwah yang dikenali dengan maki hamun dan memusuhi pemerintah. Dakwah yang mengajak bersatu dan bersekongkol dengan apa jua bentuk firqah termasuk Syi'ah, orang kafir, DAP, PKR, al-Arqam, liberal, dan seumpamanya. Asalkan bukan sahaja bersatu dengan pemerintah.

Tidak dikenali dari dakwah PAS di Malaysia sebagai dakwah yang mengajak kepada tauhid dan ilmu-ilmu agama. Melainkan mereka cukup dikenali sebagai dakwah yang mengajak bersatu atas nama menentang, membenci, dan memusuhi pemerintah dalam rangka alasan demokrasi dan kuasa.

Lebih mendedahkan wajah sebenar mereka hari ini, adalah apabila tersebar dengan meluasnya gambar-gambar perhimpunan anjuran PAS dan BERSIH ini di mana mereka turut sama mengangkat potret-potret imam-imam Syi’ah ketika demonstrasi berlangsung.

Selain itu, gambar-gambar tokoh-tokoh utama PAS menghadiri sidang penyatuan dan kerjasama dengan tokoh-tokoh ulama Syi’ah Iran juga telah mula tersebar di internet.

Petikan dari 127 - Malapetaka Syi’ah Bersama Demonstrasi BERSIH 2.0 di blog Bahaya Syirik sini.

16 comments:

  • 1ISLAM says:
    June 10, 2011 at 2:05:00 PM GMT+8

    AMBOI2 GENG KAPLA PUSING NIH, SELAMBA BEWAK JE KO GELAR KHOMEINI TU LAKNATULLAH, MAKNANYA KO MENYANJUNG HAMAREKA YAHUDI LA, SEBAB DORANG TU JE YANG ANTI REPUBLIK ISLAM IRAN, SEBUSUK2 ALLAHYARHAM Sayyed Ruhollah Mostafavi Moosavi Khomeini TU, DAH SAH2 DIA ORNG ISLAM YG MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH WALOPUN BERLAINAN MAZHAB, SAPA YG BETUL CUMA ALLAH YG TENTUKAN KEMUDIAN, INSYAALLAH...

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 2:17:00 PM GMT+8

    1islam: oiii syahadah yang ali khomeinei tu betul kew dengan menambah ALI kat syahadah....ckp biar pakai otak bukan pakai pungkok.. aduh susah betol geng2 MAT SABUN NEYH...

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 2:32:00 PM GMT+8

    KAH KAH KAH
    TUNGGU DAN LIHAT
    9 JULAI 2011
    HARI PENENTUAN
    KAH KAH KAH

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 2:33:00 PM GMT+8

    Islam satu saja
    Tak ada dua atau tiga
    Haprak

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 2:51:00 PM GMT+8

    pelik aku tengok org Islam di malaysia.sibuk bagai nak rak bila cakap pasal Islam siapa lagi betul.padahal waktu subuh masjid2 lengang.tau tak hukum solat subuh di rumah bagi yg laki2?org yahudi pernah berkata,selagi masjid2 kosong di waktu subuh,jgn takut pada org Islam.marilah kita ramaikan masjid di waktu subuh semoga ALLAH s.w.t merahmati kita semua.InsyaALLAH.

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 2:56:00 PM GMT+8

    betul juga tu...macam demo UMNO bawa kepala lembu di Shah Alam, macam demo UMNO di P Pinang di depan bangunan pejabat Ketua Menteri di KOMTAR, macam demo Pemuda UMNO di depan Kedutaan Amerika, demo membantah BERSIH yg dirancang...maknanya UMNO juga Syiah? Demo di Eropah pun orang SYiah buat juga? Di Tiananmen Square pun orang Syiah? Merapu dan putar alam betul 'unspinners'. Patut tukar nama dari 'unspinners' ke 'champion spinners'.

    sri hartamas

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 3:15:00 PM GMT+8

    Demo2 ni satu kebajikan ke?

  • necdo says:
    June 10, 2011 at 4:04:00 PM GMT+8

    ya komeini dan syiah tu kafir
    menyamar sebagai islam
    nak tau sembahyang sunat tasbih 40 hari.nanti anda akan dibukakan yg mana intan dan permata

  • Pelir Aku lumSunat says:
    June 10, 2011 at 4:31:00 PM GMT+8

    KAH KAH KAH
    TUNGGU DAN KETAWA
    9 JULAI 2011. SABU DAN SAM KETOT.
    TERKENCING BERLARI MACAM PUKI
    MARI KITA LIHAT, BODOHNYA SABU DAN KAFIR PAS
    KAH KAH KAH

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 4:39:00 PM GMT+8

    Macam-macam.Aku tak heran PAS ada unsur-unsur syiah.Lebih-lebih lagi Mat Sapu bersih 121 dah jadi timbalan presiden.

    Sepatutnya langkah pertama kebajikan yang di ambil adalah menyeru orang-orang Islam meramaikan masjid.Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti terpuji di masjid.

    Ini tidak, langkah kebajingan pandikutty pulak di ambik.Demo bersih konon.Kalau berguling-guling atas jalan raya tu kasih bersih clear jalan tu takpe jugak.Ini cuma menambah semak aje.Mat Sapu bersih 121 hanya memperbodohkan kita semua dan juga dirinya sendiri yang sememangnya sudah sedia bodoh.

    -pulun habis-

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 5:02:00 PM GMT+8

    Aku setuju dgn hujah sri hartamas.....dan aku nak tambah lagi isu Khir Toyol ubah suai rumah sampai mencecah 6.5 juta tak pulak diheboh2nya.....

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 6:08:00 PM GMT+8

    Tu kes dah di bawah mahkawah boddo. Tapi kes mat sabu khalwat dgn norma yg nik aziz ajar saksi berbohong, lagi dasattt...

  • Anonymous says:
    June 10, 2011 at 10:53:00 PM GMT+8

    Perlu di ingat golongan Syiah lah yg mula mula menyambut Maulid Nabi dan sampai sekarang di ikuti oleh Ahli Sunah Waljamaah di Malaysia..Apabila kerajaan P.Penang tidak mahu terlibat semua orang bising macam nak rak....aleh aleh sekarang bantai Syiah pulak....Seperti juga golongan WAHABI,bukan main lagi orang kita menentang mereka/tangkap mereka sehinggakan ada yang menuduh WAHABI menyeleweng atau bukan Islam...tapi bila ke MEKAH berimamkan Imam WAHABI..senang saja jawapannya iaitu dharurat??????Inilah masaalah orang pandai di Malaysia semua orang lain buat itu salah hanya dia saja yg betul...sebab segala galanya di lihat dari kacamata kepartian....

  • Tuan Tanah says:
    June 11, 2011 at 12:16:00 AM GMT+8

    JOM KITA DESAK PUAK2 FUCKATAN TUKAR TEMPAT DEMO KE BUKIT BINTANG..KITA TENGOK DAP BAGI KE TIDAK

    MARI KITA DESAK KERAJAAN HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN UNTUK BINA BANGSA MALAYSIA!!!

  • Al-Qutub says:
    June 15, 2011 at 1:22:00 AM GMT+8

    Betulker???
    Kalau pemimpin syiah berkuasa mereka diminta untuk bunuh semua umat Islam yg bermahzab sunni dengan kaedah pancung dan gantung untuk pahala ke syurga?

  • insidewinme says:
    March 30, 2012 at 2:56:00 PM GMT+8

    Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)