Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, May 5, 2011

Skandal pasar dan bazar Kota Baru



Kira-kira 30 peniaga Pasar Lama MPKB membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini (March 31) bagi menggesa siasatan dibuat berhubung transaksi wang bernilai RM44.8 juta membabitkan urusan jual beli pasar itu, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.

Peniaga terbabit mendakwa, transaksi tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan Kerajaan Pas Kelantan dikatakan telah menjual Pasr Lama MPKB dengan nilai RM3.8 juta kepada sebuah syarikat swasta dan pada masa sama membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka di situ.

Mohd. Zaman Yusoff yang mengetuai kumpulan peniaga terbabit berkata, Bazar Tok Guru juga perlu disiasat, bagaimana bazar itu yang asalnya dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar kelantan (PMBK), akhirnya terpaksa dibeli balik daripada pemaju swasta dengan jumlah RM23 juta.

"Kami mahu tahu kenapa Kerajaan Pas Kelantan jual Pasar Lama MPKB dengan harga hanya RM3.8 juta tapi beli Bazar Tengku Anis dengan harga sangat tinggi bernilai RM18 juta untuk tempatkan peniaga yang asalnya berniaga di Pasar Lama MPKB.

"Lepas tu tanpa pasal-pasal boleh pula beli Bazar Tok Guru berharga RM23 juta, sedangkan asalnya memang milik Kerajaan Pas Kelantan. Kenapa perlu beli balik," tegasnya ketika ditemui di pekarangan pejabat SPRM Kelantan di sini, hari ini

Sg Rapat Online

6 comments:

  • anti bohmau says:
    May 5, 2011 at 5:12:00 PM GMT+8

    pas kelantan pun nak ambik untung atas angin jugak la..selama ni orang lain senang2 buat untung..takkan pas tak boleh buat untung?

    errr..tapi...

    jual pasar lama: RM3.8juta

    beli 1 tingkat bazar tg anis: RM18juta

    beli bazar tok guru RM23 juta

    beli balik? bila jual?
    berapa jual dulu?

    RM18juta+RM23juta= 41juta
    jual pasar lama -RM3.8juta

    untung sebenar -RM37.2juta?????
    haiya! manyak lugila!!!!!
    hehehehe...
    meniaga apa macam ni?

  • Anonymous says:
    May 5, 2011 at 6:55:00 PM GMT+8

    ini niaga namanya...

    untung jangka pendek..dia mentedarah,
    pulun habis...untung jangka panjang
    mampos kau ler...bila orang lain
    jadi YB atau perintah kelantan..

  • Anonymous says:
    May 5, 2011 at 9:41:00 PM GMT+8

    ekekekeke......duit masuk kepiahhh aaaaa broo....

    mana puak2 bahalol ni belajo jual murah beli perpuluh kali ganda....

    kalo nak speculate property pun, apa paedah mpkb dapat??..

    dahh tentu ada org yg kaya raya... busuk2 pun untung atas angin 20 juta sudah gerenti...

    kita mau tau jugak sapa yg dapat....hahaha

    nik aziz kah??

    husam musa kah??

    nik adli kah??

    ahmad yaakob kah??

    kahkahkahkahkah....... penat jual ayat al-quran kat masjid pulau melaka, tapi tak kaya2 jugek.

    skali skala setat nak kaya jugakk mcm org umno, jual la bangunan murah , lepas tu guna duit kjann negeri beli mahal.

    mcm tu la cara nak keluarkan duit dari perbendaharaan negeri..... setatt pas rasa mcm tak salahh, padahal tu clear cut tu ..rasuah...

    masuk sprm jumpa dokumen sah2 masuk penjara...

    boddo punya setat pas.....

  • Anonymous says:
    May 5, 2011 at 9:45:00 PM GMT+8

    ini zalim namanya. bukan kjaan islam tapi kjaan setan.

  • arcadia says:
    May 5, 2011 at 10:18:00 PM GMT+8

    sprm masuk ader yang terjun bangunan karang~

  • Anonymous says:
    May 5, 2011 at 11:28:00 PM GMT+8

    mana mau lari nik ajis anak beranak pak menantu oiii .. aku nak tgk camana orang PAS nak halalkan perbuatan haram dan mungkar PAS kelantan ni

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)