Tuesday, May 31, 2011

Pas sudah hilang tujuan - Tok Him


KUALA LUMPUR, 29 Mei — Datuk Ibrahim Ali yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan, komponen Pakatan Rakyat (PR) itu akan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Sebaliknya, Ibrahim (gambar) yang juga Presiden Perkasa mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR.

“Yang tak tahu penyokong tegar PAS yang benar-benar ikhlas berjuang untuk Islam. Kesian kepada mereka,” kata wakil rakyat kerusi Parlimen Pasir Mas ini.

Pada 8 Mac 2008, Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS tetapi memutuskan untuk bertindak sebagai anggota Bebas di Dewan Rakyat selepas menang.

Dalam kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, Ibrahim berkata, muktamar minggu depan yang turut menyaksikan pemilihan PAS merupakan ‘ajakkan’ PAS yang dulunya, walaupun ia parti politik, tetapi dakwah dan perjuangan Islam menjadi utama, menang kalah dalam pilihan raya umum tidak menjadi soal penting.

“Tetapi kini, PAS sudah menjurus ke arah menang pilihan raya tanpa mengira apa jadi, malah buat apa saja asal menang iaitu cara menghalal matlamat.
Baca seterusnya di Gerakan Timor sini


Disamping itu, SMS berikut diterima:

CERITA BENAR: PAS dan pemimpin2 kanan nya rasa terhina dgn Perjuangan PERKASA.

Ini kerana Isu Isu PENGHINAAN TERHADAP ISLAM (pelbagai isu dan muntakhir perjumpaan paderi2 kristian d p. pinang - ahli dap yg hadzir buat lapuran polis), PAS membisu seribu bahasa malah adakala membela puak yg anti Islam kerana mahu menjaga kepentingan jalinan politik dengan DAP.

Kerjasama politik dgn DAP lebeh penting pada Pas dari menjaga kemulian dan kedaulatan Islam. Hati Kit Siang, Guang Eng dan karpal singh mesti d jaga oleh Pas. Perpaduan sesama melayu yg beragama Islam tidak penting.

Bila Pas terkunci mulut dgn kelantangan Negara Islam dan Hudud sebelum ini, maka kemunculan PERKASA memainkan peranan ATAS BANYAK ISU yg berkaitan dgn kepentingan Islam dan Umat Melayu, maka PAS rasa terhina. Maka sebab itu, mereka serang Perkasa dgn berbagai tuduhan dan lebel, terutama terhadap Dato Ibrahim Ali.

Lihat saja, terbaru isu Biasiswa, PAS langsung PEKAK dan membisu. Kenapa PAS TIDAK BERSUARA HAK BIASISWA MELAYU yg makin TERHAKIS. Skg pemimpin Pas sibuk menjelaskan Dato Ibrahim Ali tidak layak nak jadi Salahudin Al Ayubi, spt ceramah d Dengkil pd 29.5.2OII.

Dato Ibrahim tak pernah kata dia sama dgn Salahudin Al Ayubi cuma dato ibrahim ali kata dia sanggup berjuang dan berjihad sama spt Salahudin Al Ayubi jika Islam terus d hina.

Kita patut rasa bangga atas semangat yg d tunjukan oleh Dato Ibrahim Ali. Tapi PAS persoal Barisan Dato Ibrahim Ali tak layak kerana bersama Dato Trio. kesitu pula.

saya nampak Pas hilang punca dan malu dgn Perkasa.

ini pandangan ikhlas saya..Ripin(anak kel yg hadzir d Dengkil-Ceramah Temumata Anak Kel dgn Tok Guru, Salahudin PKR. majlis anjuran PERANTAUAN) SEBARKAN.

4 comments:

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 6:44:00 PM GMT+08:00

    Dua mahluk batu penhalang PENYATUAN orang orang melayu ialah

    1. wali terompah Nik Aziz

    2. Wali Jubur Anwar Ibrahim

    Kedua dua ini mesti di tentang habis habisan

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 11:05:00 PM GMT+08:00

    bukannya hilang tujuan bang brahimmm....tapi dah jadi parti sesat.....

  • Anonymous says:
    June 1, 2011 12:42:00 AM GMT+08:00

    kurang kan pembaziran boleh lah libeh biasiswa. kurangkan rasuah boleh libeh biasiswa - bagi pada orng melayu.tk ada hal nya.

    ibrahim ali bertanding pasir mas di pru 13 atas tikik apa? dah bercerai dgn pas. rasa nya kalau bertanding bebas hilang deposit.

  • anti bohmau says:
    June 1, 2011 12:00:00 PM GMT+08:00

    ibrahim ali bertanding atas tiket pas dulu krn pas izinkan malah berkempen habis2an krn ingin MEMPERGUNAKAN KEHEBATAN HJ IBRAHIM ALI yg pas nampak boleh memikat pengundi2 melayu yg sayangkan hj him...

    sekarang pas marah krn hj him memilih utk membebaskan dirinya dari ikatan pas yg sememangnya tak bertali selama ni. silap pas jugak krn tak paksa hj him berbai'ah ari tu! kalau hj him buat bai'ah, dah tentu hj him tak berani keluar pas!!

    silap pas juga jika masih menggunakan isu TIDAK MAHU MEMBELA NASIB ORANG MELAYU kerana rata2 orang melayu masih lagi Islam!!! melayu kampung di klantan mungkin masih kuat menyokong walaupun pas dah tidak seperti dulu krn mengambil dap sebagai sahabat seperjuangan(?) namun melayu bandar tidak mudah terima krn mrk nampak bahaya yg wujud hasil perkongsian yg tidak bijak mana ni! sbb pas akan selamanya diketepikan oleh dap dlm pr! negara Islam ke mana?...memalukan bangsa & agama shj...

fda