Tuesday, May 31, 2011

Kenaikkan letrik: Tahan kenaikkan harga hanya sementara, Tak memadai

Kerajaan mengumumkan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Pengguna diyakini kenaikan tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang. Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan.

Kerajaan juga akan terus memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini. Kebajikan pengguna golongan berpendapatan rendah dalam jumlah 'lifeline band' untuk pengguna domestik akan dikekalkan pada 200kWj sebulan pada kadar unit 21.8 sen/kWj.

Dengan ini bermakna kenaikkan tarif terbaru ini lebih melibatkan pengguna industrial dan golongan berpendapatan tinggi.

Disamping itu, kerajaan mengumumkan struktur harga baru bagi gas yang dibekalkan oleh Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) kepada sektor elektrik dan industri.

Harga gas kepada IPP dan industri dinaikkan sebanyak RM3.00/milion British thermal unit (MMBtu) setiap enam bulan bermula 1 Jun 2011 ke Disember 2015 hingga harga gas mengikut harga pasaran bermula pada 2016. Ini bagi mengurangkan tanggungan subsidi harga gas oleh kerajaan dan PETRONAS.

Sila baca Q&A KETTHA di blog Mat Kilau sini

Terima kasih kepada kerajaan yang masih mengutamakan rakyat.

Bukan hasrat kami untuk tidak tahu berterima kasih, tetapi tindakan kerajaan ini masih berupa sementara dan sedikit demi sedikit harga elektrik, petrol, gula, dan lain-lain bahan asas akan dinaikkan.

Barang-barang lain pun akan naik kerana peniaga tidak bertanggungjawab sudah pasti akan menaikkan harga barang dan kerajaan tidak boleh lakukan apa-apa.

Kerajaan pun menyebut bahawa kerajaan dan PETRONAS pada 2011 masih lagi menanggung subsidi harga gas yang dianggarkan berjumlah RM25.64 bilion. Malahan minyak Ron 95 tidak terusik baru-baru ini bukan dirancang demikian. Ramai pihak yang mahukan harga minyak dinaikkan.

Hala tuju kerajaan pun memang nak naikkan harga barang dan ini menyusahkan rakyat yang berpendapatan rendah.

Suatu yang pihak kerajaan perlu fikirkan adalah Model Ekonomi Baru yang berdasarkan pendapatan yang lebih tinggi itu masih jauh dari tercapai tetapi kos penyelenggeraan hidup bagi rakyat sudah terus meningkat dan tidak henti-henti meningkat. Baca juga Flying Kick sini

Pendapatan yang meningkat hanyalah gaji dan bonus peringkat atasan korporat dan GLC tetapi sikap pihak atasan yang agak sempit terhadap orientasi keuntungan masih di pemikiran takuk lama untuk untung dengan mengekalkan gaji dan pendapatan pekerja di peringkat rendah.

Sepatutnya kerajaan campak CEO begini ke tengah pool renang dan paksa mereka belajar berenang. Naikkan gaji ke tahap berpatutan.

Itu belum cerita lagi peniaga, taukeh, pengusaha kilang dan lain2 yang mengamalkan sikap penindasan dan diskriminasi terhadap rakyat di strata sosial rendah dan kaum yang bukan dari kaum peniaga.

Transformasi yang kerajaan lakukan masih jauh dari membawa impak dan dirasai rakyat. Ianya sesuatu rancangan jangkamasa panjang yang memerlukan masa. Diakui juga kerajaan sedang berusaha membawa perubahan dari struktur political-economy pentadbiran lepas.

Dalam itu, peranan kerajaan tidak boleh bercanggah antara satu peranan dengan peranan yang lain.

Kerajaan memiliki Khazanah, TNB, Petronas, dan lain-lain syarikat strategik yang urusniaga mereka melibatkan kehidupan rakyat. Syarikat-syarikat kerajaan ini sudah ditransformasikan ke arah keuntungan dan mengenepikan agenda negara dan kebangsaan dan ada hingga bersikap untung apa saja.

Baca MIM sini untuk memahami betapa durjana TNB dalam pemikiran mereka dan usaha untuk menipu rakyat. Inilah sikap yang kesan politik akan melantun balik kepada kerajaan dan CEO begini peduli apa?

Bila naik elektrik, macam-macam pihak akan tuntut kenaikkan sedangkan banyak tidak layak. Baca analisa GAP sini

Di pihak lain, kerajaan juga mahu utamakan rakyat dan beri macam-macam bantuan dan subsidi. Kerajaan mahu merapati rakyat yang pada masa lepas tidak berlu didahulukan kerana ketika pertumbuhan yang deras, manafaat kepada rakyat yang hanya tujuan sampingan dapat dicapai. Ini menelan belanja


Dan dipihak lain pula, kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Pemudah, Pemandu, NEC, dan lain-lain organisasi yang mahu meliberalisasikan ekonomi kepada pasaran bebas yang global yang bercanggah langsung dengan peranan kerajaan lain.

Kerajaan melantik konsultan perniagaan dan membenarkan pendekatan korporat diguna untuk merancang ekonomi. Tentu sekali seperti sikap korporat yang hanya berwawasan terbatas agak terpilih, tertumpu kepada satu dua objektif khususnya keuntungan dan persaiangan, dan tidak merangkumi semua kepentingan seperti perancang jurusan lain.

Sudahlah pandangan myopic, mereka dianggotai oleh pekerja yang hanya satu dua dari kaum majoriti Bumiputera. Sudahlah itu, golongan yang bekerja di Pemandu adalah anak golongan ekonomi atasan yang tidak memahamai masaalah rakyat jelata terbanyak dan hanya memahami Bangsar dan Damansara Heights beserta London Paris dan New York.

Metod analisa Pemandu mahu membatas kepada dua tiga faktor kritikal dan menjurus kepada kriteria tertentu dan sampel penduduk tertentu tidak sesuai untuk pentadbiran awam yang perlu mengambilkira semua lapisan masyarakat.

Idris Jala berjaya dalam mencapai tugasan untuk MAS tetapi dia mematikan keupayaan MAS untuk terbang kembali menjadi pemain utama dalam industri penerbangan awam dengan membunuh pembinaan korporat.

Adakah kita mahu negara ini mati dari menjadi sebuah negara yang boleh berdaya maju dan dinamik?

Rakyat melihat dan pengundi boleh berfikir. Jika benar rakyat didahulukan, jangan pula pencapaian korporat yang diutamakan. Mahu menang pilihanraya ke tidak.

Yang akan menangkan bukan pegawai Pemandu, atau pengurusan atasan Khazanah, TNB dan GLC, atau golongan elit tetapi rakyat marhaen pendapatan bawah RM1,500 sebulan yang merupakan lebih dari 40% rakyat Malaysia.

14 comments:

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 12:47:00 PM GMT+08:00

    Kalau TNB rugi aku boleh lagi paham kenapa di perlu kan naik tarif

    Tetapi TNB tak rugi, malah untung berbelion belion.

    Sebelum naik tarif susah kan rakyat akibat tempias kenaikan tarif (harga barang2 AKAN naik atau di jadikan alasan untuk naik) apa kata TNB ambil usaha kurang kan kos

    Gaji dan bonos pegawai atasan patut di kurang kan dan jika itu tak memadai baru jalan terakhir naik kan tarif.

    Kalau macam ini cara nya bibik aku pun boleh jadi CEO TNB

  • Kasim Awang says:
    May 31, 2011 12:58:00 PM GMT+08:00

    Saya cadang kita semua kempen supaya PERKASA didaftarkan sebagai parti politik lepas tu kita seru semua orang-orang Melayu undi perkasa. Biarkan Najib dan barisan kabinetnya jatuh. Masalah sekarang kita tiada parti altenatif yang boleh ganti UMNO. Harapkan PAS jauh sekali la. Jika PERKASA ada dalam kabinet, saya rasa mereka faham kesusahan rakyat. Saya pun dah meluat dengan Najib sebab dia tadbir negara secara koporat (dengan mengambil Idris Jala sebagai .....). Najib sepatutnya ada jiwa rakyat. Yang saya nampak Najib ada jiwa berniaga.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    May 31, 2011 1:12:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    May 31, 2011 1:14:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    May 31, 2011 1:21:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 1:24:00 PM GMT+08:00

    Terima Kasih Najib !

    Kerana menyusah kan kami menangkan BN

    ha ha ha ..menang sorak (TNB) kampung tergadai (BN kalah)

    Nak sangat negara berpendapatan tinggi tak ada erti kalau nilai RM dah jadi "Rupiah Malaysia'

    Si Peliwat kau mesti ambil kesempatan ini

  • The Unspinners says:
    May 31, 2011 1:50:00 PM GMT+08:00

    anon

    kalau takde benda penting nak komen, tak perlu komen. luar tajuk pulak tu

  • Abu Garcia says:
    May 31, 2011 2:06:00 PM GMT+08:00

    INILAH MASALAHNYA!

    Bila kita bermati-matian pertahankan dasar kerajaan BN, tindakan GLC pulak sebaliknya.

    Rasanya para ahli lembaga pengarah GLC patut dipecat semuanya. Begitu juga dgn puak pengurusan tertinggi GLC. Gaji berjuta-juta setahun, ditambah pulak bonus berbulan-bulan. Dah la semua jawatan dlm tu dok kira anak beranak saja macam bapak dia punya syarikat!

    Lepas ni apa pulak nak naik? Telekom? Caj bank? Cukai Pendapatan? Apa lagi? Buat penat DS Najib saja pi kempen 1Malaysia sana sini.

    Akhirnya yang nak tanggung kekalahan BN lah jugak.

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 4:11:00 PM GMT+08:00

    A wat BN/Umno buat kami macam ni. Kalau lah rakyat didahulukan kenapa dok naikkan bayaran letrik. Bukan kah akhirnya nanti kami semua akan terpaksa bayar lebih, mengurangkan disposable income kami, bagi peniaga tentunya mereka akan recover kekurangan pendapatan ini dengan menaikkan harga barang, benda ni orang kata'vicious circle' dan penghujungnya kadar inflasi akan menular tinggi, mengecilkan lagi disposable income kami. A wat kerajaan ingat RM77 per bulan kos belanja letrik tu kami orang mewah ka? Rata2 orang hak belanja RM77 sebulan untuk letrik tu orang biasa aja, bukan kami nak duduk selesa duk pasang kipas saja saja, pasang api luar rumah. Pertama kos unit letrik tu memang dah sedia mahal ( kalau murah tak lah kami kena RM77, 2. Pasang kipas ka air cond ka, memang cuaca negara kiat ni sangat2 panas. 3. dok pasang lampu luar rumah tu sebab penyangak banyak sangat la ni. Tok Najib kenaingatlah kita rakyat ni otak sangat simple, hang buat pelekeh kami, sat ni kami pelekeh pulak kat kamu. PRU 13 ni sapa yang nak trulong rakyat kami sokong

  • Tunggu Nak Bonus says:
    May 31, 2011 4:24:00 PM GMT+08:00

    Salam,

    Kenaikan tetap kenaikan. Kita rakyat bleh buat apa? Nak protes atau berdemo? Mana boleh...negara demokrasi kata KDN, kena ikut saluran yang betul. Kepala hangguk dia. Cukup masa nanti tahulah nasib korang.

    Yang aku sakit hati lagi ni TNB sekarang ni baca meter 2 bulan sekali (bulan pertama bil anggaran, bulan kedua baru bacaan sebenar). Kita ambik senario ayah aku dikampung. Bil bulan pertamanya bil anggaran tapi ok la bila penggunaan anggaran adalah 200kwj so tak kena la bayar bilnya. Masuk bulan kedua, cuti sekolah anak cucu balik kampung dua minggu katakanlah. Penggunaan elektrik bulan kedua masa bacaan sebenar mencatatkan peningkatan penggunaan lebih dari 300kwj untuk bulan kedua sahaja. TNB akan buat bacaan sebenar untuk 2 bulan iaitu bermula dari bulan pertama masa bil anggaran campur bil bulan kedua. Ini bermakna penggunaan untuk 2 bulan tersebut adalah 500kwj. Kenaikan yang terpaksa ditanggung adalah 10%. Cuba bayangkan bila semua rumah cam tu. Aku cadangkan korang cuba teliti bil tiap tiap bulan korang dan cuba fahamkan. Adios.

  • WARAS says:
    May 31, 2011 4:43:00 PM GMT+08:00

    KEJAP...KEJAP...
    KEPADA SAPE2 YG MEROKOK ATAU MINUM ARAK ATAU KUAT BERJUDI YG KOMEN KAT SINI,
    BAIK KORANG BERHENTI MEROKOK/MINUM ARAK/BERJUDI DULU SEBELUM KOMPLEN..
    KALAU MASIH SUKA DGN TABIAT KORANG, KORANG TAK LAYAK PUN KOMPLEN. SEKIAN

  • arcadia says:
    June 1, 2011 12:01:00 AM GMT+08:00

    aku xnak cakap byk tp td aku tengok kedai kat times square, sungei wang banyak dh pakat tukar harga- start esok kater diorang~ haih

  • Anonymous says:
    June 1, 2011 9:33:00 AM GMT+08:00

    Tolong faham kesusahan rakyat. Byk sgt yg naik skrg ni.. bermula drpd BLR, harga gula, elektrik, Govt. Tax pasni tak tau lerr apa lagi.

    Kami syg BN tp kalau ini hadiah BN untuk kami rakyat marhaen, maka kami tak teragak2 untuk tukar kepimpinan BN kepada PR.

    Kami yg pilih kerajaan BN.. Pemimpina BN datang dan pergi tetapi kami (rakyat) kekal disini.

    Apa tindakan kerajaan skrg? Adakah memadai dengan cakap ianya tak membebankan rakyat? Rakyat akan terbeban, peniaga akan menaikkan harga utk cover operation cost yang meningkat. Apa kerajaan boleh buat? NOTHING..

    Nxt time tolong pikir betul2 sblm buat keputusan. Apa fungsi BNM, EPU, MTEN? Kenapa plak nk PEMANDU, DRIVER, TUKANG BANCUH TEH?

    DS Najib tak bayar bil macam kami semua sbb semua kerj tanggung. DS Najib tak bayar tol mcm kami, kena speed trap mcm kami, byr mkn mahal mcm kami sbb semua kerj tanggung.

    So kalau tak faham perasaan rakyat mcm kami mcm mana nk jadi pemimpin? Ayah saya selalu pesan nk jadi pemimpin kenalah selalu peka pd yg dipimpin.

    Sama ada komen ni sampai pada DS Najib atau tak terpulanglah sbb komen ni akan ditunjukkan pada PRU13 nanti. Tunggu sahajalah..

  • anti bohmau says:
    June 1, 2011 11:34:00 AM GMT+08:00

    kalau yg guna letrik sikit2 tu, tak perlu komen apa2 di sini...

    yg guna perkakasan letrik banyak tu - tv kecik besar,flat screen astro24jam, hi-fi, computer & internet 24jam, kipas semua ruang sampai dlm jamban pun ada, kerusi urut, treadmill la, twisterla, apa alat senaman eletrik, semua ada..aircond pun stiap bilik, sistem alarm 24jam, peti ais 2,3 bijik, microwave oven, sandwhich maker, toaster, blender, juicer, coffee maker, hot shower, hair dryer, shaver... sendiri mo pikir...kalau mampu beli semua perkakasan yg tak perlu ni tak payah la nak bising2, bayar sj la letrik yg diguna...
    bukan salah ibu mengandung, silap badan menanggung bala. sapa suruh belagak & cari susah?..elok juga bagi orang yg suka benda hebat2 gini merasa gundah gulana dgn letrik naik ni!

    kita ni habih2 hebat guna mesin basuh tak otomatik pun dok basuh baju hari2 sbb anak ramai!! kdg2 anak2 rendam, pijak2, bilas & guna spinner sj bagi cepat kering..nak jimat!

fda