
Suara Keadilan atau mungkin lebih patut dikenali sebagai Suara Keldaian membuat fitnah lagi.
Kali ini mereka menuduh Datuk Dr. Haron Din pula mengatakan bahawa membaca Utusan Malaysia itu haram dari segi Islam.
Ooooooh!
Baca Utusan Malaysia haram, meliwat dan melanggan pelacur tak haram? Keldai mana yang ajar ni? Mesti sekor ketua keldai yang diberi nama Al Juburi oleh Mat Sabu ni.

Datuk Dr. Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas pun telah membuat penafian tentang laporan Suara Keldaian tu.
Haron Din pun meminta supaya perlunya adil kepada semua di mana beliau pun baca Utusan.
Lain yang dia cakap, lain pulak keldaian ulas. Betul-betul keldailah!
Malaysia Instinct


Saya hanya boleh nasihati saudara bahawa Utusan Meloya ini boleh memudaratkan kesihatan seseorang sekiranya membaca surat khabar haprak ini yang sudah tidak ada nilai pada zaman global ini kerana hanya memperjuangkan dasar rasis mereka untuk golongan UMNOputra sahaja.Kadang -kadang apabila membaca akhbar ini pembaca boleh rasa loya, sakit hati, pening kepala dan ada yang terus muntah!
Sekiranya anda seorang yang waras dan berpengetahuan serta cintakan Malaysia sudah pasti akan katakan 'Tak Nak' kepada Utusan Meloya!
Kelakarlah wakmempelam ni. Mesti terlampau banyak sangat membaca haprakah yang ditaja Yahudi dengan artikel2 menyokong dasar Amerika dan IMF serta menyokong tali barut Yahudi Anwar Ibrahim.
Wakmempelam ni mesti ahli pas yang tak masuk suyrga
Timbalan Mursyidul Am yang cakap ni bukan kami .
KUALA LUMPUR 27 April - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam.
"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.
"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah.
Dalam pada itu, beliau masih lagi memikirkan tindakan sewajarnya yang akan diambil ke atas Suara Keadilan ekoran 'kesilapan' laporan berkenaan.
"Saya dihujani panggilan dan khidmat pesanan ringkas pelbagai pihak hari ini akibat kesilapan laporan itu tetapi tengok dahulu keadaan sehingga minggu hadapan (untuk mengambil tindakan ke atas Suara Keadilan)," jelasnya