Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Sunday, March 27, 2011

Wartawan Harakah/M'kini ngaku Anwar dalam video?

Wartawan harakah (kiri) bersama rakannya

Dari Langkawi blogger Papa Gomo hubungi saya meminta supaya saya menyertai pertemuan dengan wartawan harakah dan beberapa orang yang lain lagi di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng malam tadi.

Katanya , kau pergi saja, kau jangan risau, itu kawan aku dan orang itu telah pun menonton video seks berkenaan hari isnin yang lepas.

Mengikut cerita wartawan harakah berkenaan yang juga kawan kepada Papa Gomo memang benar beliau telah menonton video tersebut pada hari isnin lepas di Carcosa Seri Negara.

Beliau yakin 100 % lelaki dalam video berkenaan adalah Anwar Ibrahim. Tidak mungkin video itu dipalsukan kerana katanya ianya dirakam dari empat sudut.

Saya tanya dia, "habis itu kenapa harakah tidak laporkan yang betul" ?

Jawabnya, "saya hanya pekerja bro, yang menentukan bos dan itu semua adalah politik".

Dalam hati saya berkata , "parti islam pun menipu juga ke" ?

Katanya lagi, tiga orang teratas dalam harakah semuanya telah dipegang oleh Anwar Ibrahim dan sudah tentu mereka hanya melaporkan berita mengikut selera Anwar.

Fuhhhhh, papa Nurul Izzah memang hebat. Bukan hanya hebat di ranjang, malah hebatnya sehingga boleh menguasai harakah yang dimiliki oleh Pas. Tidak mustahil satu hari nanti, Pas akan dikuasai oleh Anwar. Sekarang pun sudah kelihatan tanda-tanda ke arah itu.

Mengikut wartawan harakah itu, wartawan malaysiakini juga menonton video berkenaan dan cakap benda yang sama kepada beliau, iaitu lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

Katanya dari sudut mana Johari Abdul kata itu bukan Anwar beliau pun tidak tahu melainkan pembohongan semata-mata.

Jadi, apa kita nak kata lagi ? kalau wartawan harakah dan malaysiakini pun kata itu Anwar Ibrahim, kita nak kata bukan lagi ?

Memang sah jawabnya itu Anwar Ibrahim. Jangan lagi anda semua tertipu dengan harakah dan malaysiakini. Apa yang mereka laporkan itu bohong semata-mata. Wartawan mereka yang pergi cari berita sendiri akui itu adalah Anwar Ibrahim.

Balik pejabat, apabila mereka tulis berita benar, bos suruh tukar kerana bos semua telah dilimpahi dengan wang ringgit yang dicurahkan Anwar.

RBF

27 comments:

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 9:43:00 PM GMT+8

    rata2 aku jumpa pensimpati2 PAS, dan yg nyokong PAS dlm 3 p/raya lepas masih berpendirian anwar di fitnah dari isu video klip sex ni...

    mereka hafal apa yg ditulis dlm harakah seolah2 harakah kitab ke3 selepas al-quran dan hadis sahih.

    tak sangka aku, pakai jubah pakai serban tapi bersekongkong menipu rakyat msia melalui politik sempit yg kununnya nak mendaulatkan islam.

    sayang seribu kali sayang, umno kalah bukn dgn berperang , tumpah darah mcm dinegara2 islam lain, tapi kalah hanya dengan permainan persepsi dan fitnah jahat pas dan anwar melaui harakah.

    cuba selak harakah minggu ni, bukan cerita nak cari kebenaran tapi berbagai2 persepsi dan mereka cerita utk divert dari isu utama.

    sepatutnya ulamak2 yg adil dan tidak menyebelah patutnya dah bangkit lawan kemungkaran pas dan anwar. apa??, ingat melawan pembohongan pas tentang anwar dan negara islam tak boleh dapat pahala ke?? pas hari ni terlalu jahat dan zalim, mereka menutup kebenaran dan menyuburkan fitnah atas nama politik, juah berbeza masa zaman fadhil noor.

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 9:54:00 PM GMT+8

    betuii tu,dlm harakah dan blog pro pas dah heboh kata yg dlm video tu datuk eskay bukan nuar jubo.... diaorg ni byk minum air selipo nik aziz sbb tu boddo...

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 9:56:00 PM GMT+8

    aku tak minat dgn politik umno atau pas, aku punya interest cuma satu iaitu kebenaran. walau seribu versi cerita yg boleh diolah dari kes video sex anwar, walau beratus ustaz yg berjubah, berserban yg pertahankan anwar, aku cuma nak tau dlm video tu anwar atau tak, kalau sah anwar mari kita beramai2 berdemo depan rumah dia. biat apa buang masa demo depan tugu negara, kita anak jantan bukan pondan macam anwar. kita demo depan rumah dia. siapa sanggup???? angkat tangan.

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 9:58:00 PM GMT+8

    aku ...aku ...akuuu....

    aku dpt ludah pago romah dia pun jadi aaaaaa..... hahakss

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 10:00:00 PM GMT+8

    POlitik hidup atas pembohongan dan tipu daya tidak lama dan tidak akan berjaya...mereka pun tau tu tapi sebabkan mengikut nafsu serakah mereka pekakkan telinga dan pejamkan mata butakan hati...sebab itu dulu kini dan selamanya tidak dapat perintah malaysia...ingat tu kalau macam ini cara mereka TIDAK AKAN DAPAT PERINTAH MALAYSIA SELAMANYA...

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 10:01:00 PM GMT+8

    kalau dah ramai yg sahkan video tu kompom anwar yg berzina dengan amoii...apa kita nak tunggu lagi....dosa kita kalau diam kan jee..

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 10:13:00 PM GMT+8

    kjaan kene ber/jawab bukan dlm soal pemerintah dan ekonomi saja. tapi kjaan kene juga b/jawab urus soal persepsi dan fitnah yg berat. tengok saja blog anak2 muda dan pelajar2 universiti. fikirn mereka diracun begitu teruk sampai langsung tidak ada hati dan perasaan utk rasa b/jawab pada negara.

    mereka hidup dan berkawan dalam kelompok mereka saja. sedangkan fitnah dialam siber ini dilakukan dengan penyamaran yg teliti dan cekap. mungkin saja yg menyamar bersama2 dgn mereka dinaungi oleh melayu2 kristian dari dalam gereja dsbnya.

    kalau diikutkan proses biasa bdak2 begitu kurang2 20thn lagi akan pulih dan kembali rasional fikiran mereka dan baru nak menyokong kjaan. tapi berapa peratus pula yg terus hanyut tenggelam dgn dakyah pembangkang??

    kjaan perlu mula dampingi golongan pelajar dan betulkan persepsi mereka dari terus hanyut di racun anwar dan anasir2 jahat yg berkepentingan.

    setiap kali pemimpin umno mahu dampingi pelajar2 ni kenapa isu auku yg jadi keutamaan?? mereka tak pelajarikah apa yg berlaku di iran dan di mesir. pemberontakan dtg dari golongan pelajar yg otak mereka masih mentah dan mudah dimanipulate.

    umno kene dekati dan perjuangkan masalah mereka dan betulkan persepsi mereka supaya pelajar2 hari ni jadi alat yg memajukan negara bukan yg menjahanamkan negara 30thn lagi.

  • Jo says:
    March 27, 2011 at 10:30:00 PM GMT+8

    Tunjukan muka anwar dlm video tu cukup..cut bahagian yg. tak perlu tunjuk....tapi kalu dah desak dimana dr asri pun nak buat huruhara...expose semua...x haram tonton..bukan untuk sahwat..tapi menyelamatkan negara...

  • GABAI says:
    March 27, 2011 at 10:45:00 PM GMT+8

    HANGPA CEKAP MACAM JAMES BOND

    KALAU PUAK PAKATAN HARAM TU KENAI REPORTER HARAKAH TU, JAHANAM DEPA TAK LEH CARI MAKAN DAH

    KAU CAKAPLA PADA DEPA, CARI MAKAN PUN JANGAN SAMPAI NEGARA HANCUR BRO

  • anti bohmau says:
    March 27, 2011 at 10:52:00 PM GMT+8

    juak2 pas & pkr akan terus menafikan kebenaran jika tidak menguntungkan mereka. mrk hanya akan mengaku jika ianya memberi keuntungan kpd mrk iaitu UNDI. mrk tidak lagi mengutamakan Islam tp lebih berpegang kpd prinsip pakatan rebah bersama. setakat ini dap play safe. yg terpekik terlolong terguling menolak bukti hanya pkr & pas. pandai dap makan gu!

    jika yg buat benda ni pemimpin bn, sudah tentu pr desak pemimpin tersebut utk letak jawatan, diheret ke mahkamah atau paling tidak mrk mencemuh, menghina sehina-hinanya walaupun mrk belum tahu tidak betulnya! inilah lumrah juak2 pr terutamanya pas.

  • Umno Paria says:
    March 27, 2011 at 10:57:00 PM GMT+8

    perogol bersiri umno, rahim tambi cik dah mulakan langkah menonjolkan diri sebagai hero melayu umno terakhir. almaklumlah, pru 13 dah makin dekat. untung2 najib calonkan dia nanti. nampak gaya juak2 umngok ni masih buta hati. tak dapat bezakan yang mana batu permata dan yg mana batu-bata.

    yg polis pun satu bingai. dah ternyata 3 ekoq barua umno jadi dalang dalam video blue ni, lagi mau siasat siapa dalang dia. ini bukan saja buta hati, malah buta perut. esok lusa org yg buat fitnah terlepas, org yg kena fitnah masuk penjara lagi.

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 11:00:00 PM GMT+8

    " jika yg buat benda ni pemimpin bn, sudah tentu pr desak pemimpin tersebut utk letak jawatan, diheret ke mahkamah atau paling tidak mrk mencemuh, menghina sehina-hinanya walaupun mrk belum tahu tidak betulnya! inilah lumrah juak2 pr terutamanya pas."

    anti bohmau, kenyataan hang agak menarik. boleh bagi contoh?

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 11:10:00 PM GMT+8

    oh malunya aku sebagai penyokong BN selama ni.. tak habis2 kerja memfitnah....nampaknya hayatku bersama BN dah semakin hampir..Selamat tinggal BN

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 11:15:00 PM GMT+8

    nampak sangat barua2 umno dah takdak keja lain. kalau tak fitnah, mesti spin...

    Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob menafikan fitnah blogger Umno yang mendakwa beliau ada menyatakan kononnya imej dalam video seks membabitkan seorang tokoh pembangkang itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim......

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31547:video-seks-wartawan-harakah-pula-difitnah&catid=1:utama&Itemid=50

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 11:24:00 PM GMT+8

    Apa nak heran bro, pengikut pas karat turut saja apa pemimpin kata kerana selindung "Islam". Tengok la yang kader2nya pandai politik Islam saja tapi ilmu Islamnya tak berapa ada.Kalau video klip tu dibawa oleh Rahim dikatakan kerana dendam, habis yang pas dan anuar dendam dengan orang lama dalam umno tu ape cerita? Ringkas saja ubah saja p a s kepada p h d. Tak ada punya cara sederhana, bijaksana dan membina tetapi lebih menghina,mengena dan berdemo untuk meruntuh.Percayalah!(Dapat Apa Pun = Pasti Akan Sapu).

    Geram Cogankata.Bgn Serai.

  • Umno Paria says:
    March 27, 2011 at 11:31:00 PM GMT+8

    apa yg hang bebelkan ni anon March 27, 2011 11:24:00 PM

    baru pukul 11 dah mabuk. memang dasar barua umngok.

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 11:37:00 PM GMT+8

    Tiba2 saja nak elak daripada isu sebenar. Kalau 3 Dato beri penerangan tertutup kepada mereka yang ada otak kemudian serah kes kepada polis untuk siasat apa salahnya.Kau notis lah lepas ni anuar tu akan bersumpah. Jalan terakhir baginya,kalau sebelum ni tak terdesak lagi. Apa buta2 perut ni kata nanti, itu sumpah sebenarnya selepas sekian lama pak syeikh bersabar,berdemo,bertazkirah dan berkuliah di masjid dan surau.Juak2 juga akan kata dah sah video tipu. pi la mengaji di Timur tengah!50 tahun cakap tak pernah buat!!!

    Selamat Tinggal PAS.Tg Malim.

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 11:43:00 PM GMT+8

    VK : look like me, sound like me, but not me.
    NAJIB : yes.. not him.

    DSAI : shorter than me, stomach bigger than me, fairer than me.
    NAJIB : must be him.

    (cartoon kini)

    http://www.malaysiakini.com/cartoons/v/?id=1

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 11:46:00 PM GMT+8

    anon March 27, 2011 11:37:00 PM

    kalau anwar bersumpah kes boleh tutup la... gitu ke maksud engko?

  • Anonymous says:
    March 27, 2011 at 11:53:00 PM GMT+8

    Harakah dan Malaysiakini telus??? Telus kepala bapak PAS dan PKR. Cuba ente bagi komen pro BN, kejap je muncul...pastu kena remove bebbbb...Patut la ana tgok semua komen pro mereka...yang bangkang dah kena delete...

  • Anonymous says:
    March 28, 2011 at 11:55:00 AM GMT+8

    Tak payah sumpah lah anuar. Pi lari luar negeri saj.


    Yie,taiping.

  • Anonymous says:
    March 28, 2011 at 2:14:00 PM GMT+8

    PENIPU BESAR LAH PUAK UMNO NI... MANA ADA WARTAWAN HARAKAH CKP MCM TU... UMNI DAH LA PENIPU... PUTAR ALAM PULAK TU... PATUTLA UTUSAN MALAYSIA DAH TAK LAKU...

  • Anonymous says:
    March 28, 2011 at 2:50:00 PM GMT+8

    Wartawan mesti berdiri di pihak yang benar bukan pelari dan fitnah isu. kalau harakah pun berbohong apa gunanya Islam..


    Pak mat Tempe, Bgn Serai.

  • Anonymous says:
    March 28, 2011 at 4:23:00 PM GMT+8

    Pak mat Tempe, Bgn Serai - kalau mcm tu eloklah baca utusan ...semuanya betul..... betul-betul menipu.

  • Anonymous says:
    March 28, 2011 at 9:53:00 PM GMT+8

    apa2 pun berita online yg tertinggi rating dimalaysia ni ialah utusan. tu yg harakah angauu tu. aku beli harakah utk alas reban arnab aku jeek. ekeke...

  • Anonymous says:
    March 29, 2011 at 12:05:00 AM GMT+8

    anwar ni bahaya ni dua dua boleh....bahaya kat anak dara dan anak bujang kita...takkan tu pon konspirasi????

  • Anonymous says:
    March 29, 2011 at 10:47:00 AM GMT+8

    Salam.

    Semalam PKR buat sembahyang hajat dan doa lagi di Stadium Malawati. Ramai yang hadir.

    Saya amat kesal dengan orag Islam Malaysia sekarang. Dulu depa sembahyang hajat macam tu juga minta allah tunjuk kebenaran. Allah tunjuk kebenaran Saiful mengadu diliwat dan buat sumpah laknat. Depa sembahyang hajat lagi minta allah tunjukkan kebenaran. Kemudia allah beri kebenaran dan terdedah video seks Anwar, depa tolak lagi dan depa sembahyang hajat lagi..

    Mereka adalah golongan yang allah maksudkan sebagai sesat kerana menolak petunjuknya. Mereka ini tergolong dalam kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Luth.

    Kita bimbang jika allah turunkan bala tidak hanya mereka kita juga akan kena..

    Nau'zubillah.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)