Monday, March 28, 2011

PRU Sarawak: Polis bersedia hadapi 'gangster' pembangkang Semenanjung


KUCHING: Polis berkeyakinan mampu menangani kemungkinan gengster diupah untuk mengganggu keharmonian ketika pilihan raya.

Bercakap ketika sidang media sempena Hari Polis Ke-204 semalam, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon berkata isu tersebut tidak harus dirisaukan.

“Setakat ini tiada insiden berkaitan gengster upahan daripada parti untuk merosakkan keharmonian pilihan raya, tetapi kami tetap berwaspada.

“Kami percaya ia tidak akan berlaku dan kami masih lagi berupaya untuk menangani situasi sebegini,” katanya.

Beliau melabelkan isu ini sebagai gembar-gembur sesetengah pihak untuk menghangatkan lagi cerita dan mereka-reka situasi ketika pilihan raya.

“Saya menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan sesuatu perkara sehingga semua orang takut untuk mengundi, kami pihak polis menjamin keselamatan rakyat terutamanya pada hari mereka memilih pemimpin mereka,” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan spekulasi sebegitu kerana ia merupakan permainan politik ketika pilihan raya menjelang.

“Sekiranya anda diugut atau anda menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku, laporkan segera kepada pihak polis agar tindakan pencegahan dapat diambil segera,” katanya.

Baca sepenuhnya di Borneo Post sini.

7 comments:

  • Anonymous says:
    March 29, 2011 at 1:24:00 AM GMT+8

    This is cheap. Gangsterism is the domain of UMNO dude.

  • eXception says:
    March 29, 2011 at 1:50:00 AM GMT+8

    Salam kunjungan, ini adalah guide untuk elakkan blog diserang penggodam:
    Bagaimana Mengelakkan Blog Kena Godam

  • Anonymous says:
    March 29, 2011 at 7:12:00 AM GMT+8

    Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

    Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan...malaysiakini

    1.kih!kih!kih!

  • Anonymous says:
    March 29, 2011 at 7:16:00 AM GMT+8

    sambung...

    1.kemarahan!kebencian!rasa nak termuntah!!rakyat pada puak-puak umno selama 50 tahun tak dapat diatasi dengan kes liwatka!kes videoka!!
    2.legasi mat det!hussin on!tun razak!!dan seangkatannya !!yang kaki rasuah!kaki minum!!kaki betina!jahil agama!!mesti dinyahkan!!

  • Anonymous says:
    March 29, 2011 at 11:01:00 AM GMT+8

    Anon 1.24am,

    Hang dah lupa ke gangster yang paling besaq sekali tu bukankah Saifuddin Nasution?


    Anon 7.12am & 7.16am,

    Tolong pergi cari cermin ya dan tengok muka hangpa sendiri, ok?

    Sepanjang hayat hang, hang buat apa yang memanfaatkan? Lain pada mencaci la!

  • Anonymous says:
    March 29, 2011 at 12:45:00 PM GMT+8

    Anon pro pakatan. Cuba test kalau hangpa rasa pemimpin hangpa layak memimpin.

    Katuihhhh

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 8:44:00 AM GMT+8

    ha ha.bukan puak bn ke gengster.biasa la gengster bn dan polis satu geng.tak payah la nak report polis.2x5 je

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)