Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Wednesday, March 30, 2011

PRU Sarawak: Campurtangan asing dalam pilihanraya Sarawak


Tahap Foreign Direct Intervention atau Campurtangan Langsung Asing kini semakin memuncak di Sarawak apabila pertubuhan dan ejen asing yang berkepetingan ekonomi terus mengasak kerajaan negeri yang dilantik secara demokratik demi menurut perintah ketua ketua mereka yang berpengkalan di Eropah dan Amerika Syarikat.


Dalang yang mengetuai gerombolan asing yang menyebarkan racun minda ini ialah adik kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, Clare Brown.

Gordon Brown paling terkenal dengan kejayaannya menipu rakyat Britain tentang wujudnya senjata pemusnah awam di Iraq dan menyokong keputusan Tony Blair untuk menyerang Iraq.


Setelah hampir satu dekad, kini rakyat duni mula sedar bahwa Gordon dan Blair adalah penipu besar yang telah menyebabkan kematian beribu ribu anak muda Britain yang dihantar ke Iraq dalam misi menakluk kekayaan minyak negara timur tengah tersebut.

Kini Brown menghantar adiknya untuk menjadi pengacau di Sarawak dan ini adalah sebahagian dari usaha mereka untuk menggugat keamanan di Malaysia dengan menyebar fitnah tentang kerajaan Negeri Sarawak.

Kempen fitnah dan bohong ini disambut oleh media alternatif yang di sokong oleh dana barat dan juga oleh Pakatan Penipu yang mengaku sebagai pembela rakyat.

BMF telah mengutip berbilion dolar tetapi wang itu entah ke mana, mereka menggunakan Sarawak sebagai modal mengutip derma - sama lah macam cara pembangkang di Malaysia beroperasi dengan mengadakan ceramah sensasi tentang isu semasa bagi mengutip derma walaupun yang diveritakan sebenarnya fitnah dan penipuan belaka.

Meskipun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud sudah mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Ketua Menteri Sarawak yang dipegangnya sejak tahun 1981 itu selepas Pilihanraya Dewan Negeri Sarawak kelak, namun ‘serangan demi serangan’ tetap dilancarkan oleh pihak pembangkang di Sarawak melalui media propagandanya.

Terbaru, media propaganda pembangkang telah berniat jahat apabila melakukan serangan bersifat peribadi kepada Taib Mahmud lagi. Kali ini, berkenaan anak perempuan Ketua Menteri itu, Jamilah Taib dan suaminya, Sean Murray, yang dikatakan hidup mewah dan kaya raya di Kanada.

Baca sepenuhnya di Sarawak Sun sini

Kepentingan asing ini semua menyokong pembangkang untuk menahan usaha pembangunan untuk memajukan negeri dan memakmurkan rakyat atas macam-macam alasan menentang pembalakan, penanaman kelapa sawit, mengekalkan binatang liar, mempertahankan hak rakyat pribumi, menjaga iklim, biodiversity, lingkupan hutan dan lain-lain.

Terselindung disebalik adalah untuk mengekalkan industeri perhutanan mereka, industri minyak tanaman mereka, kesalalahn negara mereka yang tidak jaga hutan dan lingkupan hutan, dan lain-lain.

Adakah pembangkang buta kepada agenda-agenda disebalik ini? Apakah agenda pembangkang?

Nampaknya pembangkang mahu bekerjasama dengan campurtangan sing untuk memundurkan sarawak dan memiskinkan rakyat jelata?

1 comments:

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 4:21:00 PM GMT+8

    Pakatan Haram Jadah amat sukar untuk menang kerusi di Sarawak kecuali menenggek di kawasan majoriti kaum Cina yang di dominasi penyokong Dapig. Majoriti masyarkat bumiputra di Sarawak memandang sinis kepada Anwar Ibrahim yang prilakunya di ragui. Anwar memang sedar tahap kekuatan partinya di Sarawak yang di pimpin oleh pemimpin yang setengah masak berbanding dengan Komponen Barisan Nasional Sarawak yang matang berpolitik. Kita lihat Dapig memang berkeras mahu bertanding di 18 kawasan bagaimanapun terpaksa melepaskan peluang keemasan setelah Anwar Ibrahim menangis air mata darah. Mahukah Dapig Sarawak membiarkan parti yang gelap masa depan memimpin penduduk Sarawak serta kepimpinan di selubungi dengan kontroversi.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)