Wednesday, March 30, 2011

Nak blog atau kebudak2an, Topeng Perak?


The Unspinners tidak suka masuk campur dalam pergaduhan sesama blogger.

Kali terakhir, kami hanya suarakan jika seseorang itu tidak layak dan berkemampuan mengetuai sesuatu organisasi itu, undur sajalah. Tidak lebih dari itu.

Kali ini pula ialah tindakan seorang blogger pembangkang mengeluarkan gambar seseorang blogger dan mendedahkan sesuatu yang mana dia pun tidak sahih betul atau tidak. Lainlah kalau gambar atau video itu jelas menunjukkan rupa sesorang dalam keadaan yang memalukan.

Melihat gambar Topeng Perak di atas, adakah boleh dianggap Topeng Perak, blogger PAS berzina dengan dua wanita asing kerana bergambar rapat dengannya?

Tentu tidak. Begitu juga, dengan menunjukkan gambar berikut, adakah ini bermakna orang yang dikatakan sebagai Parpukari sedang minum arak berjenama Guiness?


Belum tentu. Mungkin minuman dihadapannya itu kepunyaan orang lain. Orang yang dikatakan Parpukari hanya duduk sebentar di tempat peminum.

Kemungkinan ayer itu hanya kopi O mengunakan gelas Guiness Anchor yang sudah bercuci. Warna Kopi O dengan Guniness Stout sama saja. Bezanya adalah buih atas minuman pada awal Stout dituang.

Akhir sekali, kemungkinan juga ianya hanya Guiness Malta yang bukan arak dan mengandungi alkohol.

Tanya orang tu sendiri samada dia minum atau tidak. Kalau tidak ada bukti, usahlah buat tuduhan sedemikian.

Permainan Topeng Perak ini perangai mengenakan cara kebudak-budakan. Kalau nak blogging, adalah etika minima seperti tidak mendedahkan identiti anonymous seseorang blogger.

Sebagai penyebar berita, tidak perlu nak berbalah sesama blogger, walaupun berlainan parti atau ideologi.

Jika anda perjuangkan ideologi atau parti apa sekali pun, apa perlunya jadikan blogger lain dan blogging sebagai tajuk? Macam orang syok sendiri.

Wartawan jarang menulis mengenai kewartawanan. Wartawan tiada menghentam wartawan atau akhbar lain. Blogger seperti juga wartawan bukan yang perlu didedahkan atau dijadikan bahan berita.

Hormatilah peribadi atau identiti seseorang yang bukan public figure. Juruskan urusan anda kepada mereka yang mahu dan memang public figure.

Jangan mulakan main kasar, sebelah sini pun tahu main kasar. Sini balas, sana balas balik dan akhirnya semua yang rugi.

Sepatutnya ada ruang tertentu di mana blogger sesama blogger bekerjasama untuk merapatkan jurang kommunikasi dan meningkatkan mutu blogging.

21 comments:

  • Naga Biru says:
    March 30, 2011 at 10:43:00 AM GMT+8

    salam tuan tolong pautkan lestarisatok. Selamat berjuang

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 10:48:00 AM GMT+8

    Alangkan video sepanjang 20 minit kelam kabut pembangkang menafikan ketulenannya yakni berkemungkinan telah di ubahsuai, kenapa pula bloger pembangkang yakin bahawa sekeping gambar tidak boleh dipinda?

    Maksudnya bukanlah sukar untuk menambah objek gelas minuman dalam sekeping gambar yang mana pada asalnya tidak ada objek berkenaan. Orang ulu atau para penyokong yang fanatik bolehlah di kelirukan tetapi tidak orang hilir atau yang celik internet.

    Makanya kalau pembangkang tidak mahu rakyat mempercayai video seks sebagai tulen, janganlah pula diputarbelitkan sekeping gambar bagi tujuan membuatkan para penyokong mereka mempercayainya sebagai tulen.

    Kalau inilah kemahiran blogger pembangkang, maka memang tidak berbaloilah pelaburan yang telah dibuat oleh Pas, PKR dan Dap terhadap mereka. Mudah kata menghabihkan boras saja.

    keh keh

  • ddinbunga says:
    March 30, 2011 at 10:58:00 AM GMT+8

    SALAM, NYATA FITNAH, DAN SIKAP BEGINI BOLEH MERUNTUHKAN SEBUAH MASJID, INSTITUSI RUMAHTANGGA, JAHAT!!!! MEMANG JAHAT!!!

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 11:05:00 AM GMT+8

    tu Coke lah, HA HA HA

    hitam dan ada buih, mahal wooo dari pasbark

  • sejahtera39 says:
    March 30, 2011 at 11:09:00 AM GMT+8

    salam bro...

    saya selalu juga melawati blog pakatan haram ni... mereka memang tidak gentle dlm sesuatu isu.. mereka mahu siapa melawat blogg mereka mesti setuju dengan apa yang blogger sampaikan.. klu kita komen menetang arus mereka sudah tentu komen kita tidak disiarkan... blogger mereka mudah melatah.. tidak spt papagomo tidak amek pot apa yg blogger katakan sehinggakan mempermainkan makbapak dan peribadinya..

    semoga semua blogger pro kerajaan BN bersatu menentang segala fitnah dan dakyah blogger pakatanharam.. kami sebagai pengikut setia blogger pto kerajaan BN sentiasa memberi sokongan..

  • Penditakainsingkat says:
    March 30, 2011 at 11:10:00 AM GMT+8

    Salam,

    Nasihat yang baik ini akan jadi sia-sia jika ditujukan kepada puak2 yang pro Gerombolan Pakatan Pembangkang.

    Mereka merujuk kepada kitab Khawarij yang menjadi amalan Pas, DAP dan PKR.

    Pada puka2 ini, matlamat menghalakan cara.

    Sebab itu pemimpinnya sampai hati mengajak penyokong mengadakan SOLAT POLITIK yang mereka namakan sloat hajat, diadakan pula di stadium, bukannya di mesjid.

  • AnakJohorLama says:
    March 30, 2011 at 11:32:00 AM GMT+8

    hahaha..

    MEMANG MINUMAN TU BUKAN ARAK PUN..

    BLOGGER UMNO KAN SEMUANYA "BAIK-BAIK".. MANA MINUM ARAK MANA MAKAN RASUAH.. UMNO LA MENEGAKKAN ISLAM..

    TAPI BLOGGER DLM GAMBAR TU TAK BUAT APA-APA PENAFIAN PUN.. ATLEAST BUAT REPORT POLIS KER ATAU BERSUMPAH KER, OK LA JUGA..

    STATEMENT KO NI ACTUALLY KENA MUKA KO BALIK BRO..

    KEHKEHKEH.. CILI KASI TARUK SKET..

    JGN LUPA TAU.. KAMI BLOGGER UMNO MMG MAKSUM :)

  • Antibarua says:
    March 30, 2011 at 11:42:00 AM GMT+8

    Nak tunggu bloger Topeng Perak buat laporan polis..

    Ngeh ngeh ngeh.. ada brani?

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 11:44:00 AM GMT+8

    Macam budak-budak daa... Apa yang ditulis tu memang betul, fokus lah pada isu yang ditimbulkan, bukannya cara salah orang lain bagi menimbulkan curiga kepada orang ramai.

    Yang pastinya blogger pro pembangkang ni tak tahu nak cari isu dan tak boleh nak berhujah secara berhemah dan ilmiah..

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 11:45:00 AM GMT+8

    Wa tak minat cakap2 pasal orang. Kalau blogger ti minum kena check secara saintifik. DNA Test? kih kih

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 11:54:00 AM GMT+8

    Tanpa menggunakan kaedah fitnah (tuduhan memiliki WMD) tak mungkin AS dapat tumbangkan Saddam Husin dan memonopoli industri petroleum.

    Sebagai peminat AS, sudah tentu PR sedikit sebanyak terpengaruh dengan taktik kotor yang digunakan oleh AS ke atas musuh politiknya (Saddam H).

    Makanya, tidak hairan kalau kalau kaedah sama (fitnah) yang digunakan ke atas Saddam, akan diaplikasikan oleh PR dalam usahanya menumbangkan lawannya dan seterusnya memonopoli khazanah bumi Tanah Melayu.

    keh keh

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 12:07:00 PM GMT+8

    Blogger apek pun minum jugak tetapi itu tidak membuatkan mereka di benci oleh para pembaca.

    Ini menunjukkan keperibadian para bloger tidak memberi kesan kepada isu yang dibawa. Contohnya RPK.

    meskipun RPK terang-terang mengaku ambik pasberg tetapi tidak pula blogger pembangkang jadikannya sebagai isu.

    Apa yang tersirat di sini ialah kehampaan dan keputusasaan blogger pembangkang dalam meneruskan dominasi siber. Memang kesian tapi tak dapek nak nolongnya.

    Kalau dulu mereka top tetapi apabila drop ke flop, siapa tak frust Yoep. Justeru jalan singkat untuk naik ke top kembali ialah dengan terus bermain kotor!

    Fikir-Fikirkan

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    March 30, 2011 at 12:25:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 1:05:00 PM GMT+8

    anon 12.25
    1.Tak kira BN atau Pakatan, dua2 penyokong mesti ada yang baik dan sebaliknya.
    2. Parti politik x menentukan iman seseorang muslim.Dok dalam Pas x semestinya masuk syurga dan dok dalam Umno x semestinya akan masuk neraka.
    3. Kalau cai sekalipon, benda yang baik kena ikut, benda jahat jangan dok buat.
    4. Tapi kalau dah nak jadikan Malaysia negara Islam pon "over my dead body", jangan dok kawan dengan depa...dah semestinya musuh yang nyata...

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 1:06:00 PM GMT+8

    Dulu masa Hulu Selangor, kenapa topeng perak tak timbulkan isu zaid ibrahim kaki minum?

    Kenapa pas defend rpk yang peminum arak?

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 1:55:00 PM GMT+8

    Ini harus mengingatkan blogger sekelian akan bahayanya mempercayai blogger dan wartawan sebelah pembangkang.

    Mereka pejenis tikam dari belakang.

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 3:14:00 PM GMT+8

    SEBAB DEPA GUNAPAKAI POLITIK MUNAFIK
    ORG LAIN SEMUA SALAH, SEMUA HARAM, SEMUA BURUK
    KAT DEPA SEMUA BETUL, SEMUA HALAL, SEMUA OK
    ITULAH PUAK PEMBANGKANG ZAMAN SKRG, TAKDE DAH ISTILAH CHECK AND BALANCE
    CONTOH TERBAIK, NURUL IZZAH LA...DLM KES VIDEO, MUKA SERUPA ANWAR, BUAT TAK TAHU JE. SORRY LA KALAU NAK SURUH SIASAT DGN SEGERA. TAPI KES KOMIK LUCAH, BOLEH PULAK BUAT REPORT POLIS UTK SIASAT DGN SEGERA SEBAB KONONNYA MUKA MACAM PAPA...KAH KAH KAH...MUNAFIK KAN?

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 3:48:00 PM GMT+8

    Bagus jugak bloggers2 ni bergaduh.. Barulah boleh check credibility diorang menyampaikan maklumat.. Mana yang boleh percaya 80% atau mana yang boleh percaya hanya 20% je.. Pembaca berhak untuk tidak digoreng atau dikencing oleh bloggers yang cakap tak serupa bikin..

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 7:23:00 PM GMT+8

    adat berperang...Jangan bunuh atau ganggu utusan, penyampai berita!

    pihak yg membunuh utusan, dgn sendirinya telah menjatuhkan martabat dan karisma pemimpinnya.

  • Anonymous says:
    March 30, 2011 at 9:23:00 PM GMT+8

    Man, your buddy ParpuKari s/o ParpuPuki is sure one ugly SOB!

  • Anonymous says:
    March 31, 2011 at 12:09:00 AM GMT+8

    setuju dengan pndp the unspinners., blogger bukn public figure., sepatutnya tidak perlu berperang., n jalinkn hubungan dgn lebih akrab., ketepikan idealogi n pegangan politik., smapi mklumat dgn berkesan itu lebih baek., kongsi maklumat

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)