Thursday, March 31, 2011

Kelab Che Det boleh percaya Anuar Reform?


Jangan Terpedaya Dengan Lakonan Anuar Umno Reform

Beberapa hari kebelakangan ini banyak blog-blog pro Pas dan PKR menulis tentang seorang blogger pro Umno yang telah menonton video seks Anwar Ibrahim mengatakan bukan Anwar dalam video itu.

Blogger yang dimaksudkan ialah Anuar Mohd Noor pengendali Umno Reform.

Dalam hal ini Umno telah terperangkap dengan lakonan Anuar. Misi Anuar Mohd Noor dan Anwar Ibrahim untuk memerangkap Umno telah berjaya iaitu dengan menghantar orangnya menyertai kem Umno dan berlakon seolah-olah penyokong Umno.

Sebelum ini kelibat Anuar Mohd Noor sering kelihatan dalam majlis-majlis yang melibatkan blogger-blogger pro kerajaan. Kami di Selangor Daily pun naik hairan dengan perkara tersebut. Ada kalanya pertemuan yang dia sertai itu pertemuan-pertemuan penting bagi membincangkan soal strategi.

Krew Selangor Daily pernah berbisik dengan orang-orang tertentu mengenai dia, tetapi seolah-olah tiada tindakan. Anuar terus dibiarkan menyertai program-program blogger pro kerajaan.

Daripada lagak dan gayanya sepanjang pertemuan kami dapat melihat gelagatnya seperti orang yang menyamar.

Ramai daripada blogger-blogger atau facebooker yang wujud pada hari ini tidak tahu siapa sebenarnya Anuar dan mereka terpesona dengan cerita-cerita Anuar kononnya dia adalah pemain lama dalam dunia cyber. Itulah yang membuatkan mereka terpesona dengan dia dan menjadikan dia sebagai ketua tanpa merujuk latar belakang beliau.

Bukan kami nak bercakap besar atau nak berlagak. Kami adalah pemain lama dalam dunia cyber dan kami kenal siapa Anuar Mohd Noor.

Dia adalah ahli PKR totok dan tak mungkin dia boleh menyokong Umno. Dialah orang yang mewujudkan laman web, mahazalim dan mahafiraun yang memaki hamun Tun Dr Mahathir secukup-cukupnya pada tahun 1998. Hari ini ada orang dari Kelab Che Det yang meletakkan Anuar sebagai penasihatnya dalam dunia cyber.

Anuar juga adalah kawan sehidup semati dengan Badrul Hisham, Nora reformis dan Nazree, bekas pengerusi Gerak. Sehingga ke hari ini hubungan mereka tidak pernah putus.

Pernah satu ketika Anuar hadir satu program yang melibatkan blogger-blogger pro kerajaan dan semasa hendak pulang kenderaan yang datang mengambilnya terdapat Badrul Hisham di dalamnya. Itukah blogger Umno ?

Baca seterusnya di Selangor Daily sini

Yang kami hairan, kenapa Dato Norza Zakaria terus menyaranya selama beberapa tahun ini di bawah Yayasannya?

9 comments:

  • dzimba MMIM says:
    March 31, 2011 at 7:00:00 PM GMT+8

    dato norza tu talibarut KJ bro.. biar faham

  • anti bohmau says:
    March 31, 2011 at 7:14:00 PM GMT+8

    halllamak! talam 40 muka, gergaji 4000 mata ka? aisey! apasal tak peka sgt ni?!!!

  • Anonymous says:
    March 31, 2011 at 7:33:00 PM GMT+8

    mykmu tak ada modal lagi ke ?

  • Anonymous says:
    March 31, 2011 at 7:45:00 PM GMT+8

    Anuar, dato Norza dan KJ tu semuanya musuh dalam selimut yg dihantar oleh anwar!

  • Anonymous says:
    March 31, 2011 at 8:39:00 PM GMT+8

    anon 7:45,

    dalam konteks hujah yang kamu berikan, adakah kamu akan katakan nasarudin tantawil adalah musuh dalam selimut Pas yang dihantar oleh Umno cuma kerana dia menyarankan satu suruhan jaya ditubuhkan?

  • Anonymous says:
    March 31, 2011 at 8:43:00 PM GMT+8

    Anuar md nor dah tengok video dengan chegu bard dan johari abdul.

    Bila mat reformasi dan orang dibelakang mahafiraun nak ngaku orang dalam video itu adalah anwar ibrahim?

  • blogenstarz says:
    March 31, 2011 at 10:12:00 PM GMT+8

    Bro:
    Hendak saja dipanggang hidup2 Anuar ni.

    Kalau benarlah dia ni saorang penyamar.... memang jenis BANGSAT punya manusia sepanjang zaman !

  • umno-reform_sucks says:
    March 31, 2011 at 10:15:00 PM GMT+8

    aku berenti baca blog dia ni lama dah. elizabeth wong pun nak dibelanya. bengong betul.

  • Anonymous says:
    April 1, 2011 at 12:25:00 AM GMT+8

    apasal cetek benar cara orang melayu berpolitik? asal ada blogger pro-umno/bn ada hubungan yg akrab dgn pemimpin / bekas pemimpin pembangkang, dia dilabel tali barut pas/pkr/dap. asal ada blogger pro-pembangkang yg kamcing dgn pemimpin umno-bn, dia dilabel barua umno-bn.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)