Sunday, February 27, 2011

Kerdau dan Merlimau: Takiyah PAS nak bela Melayu



Semasa penamaan calun di Kerdau, PAS mahu berikan tema nak gantikan UMNO. Kelihatan anak muda dan pelajar membawa slogan ini pada scarf/muffler yang dililit di leher.

Mereka berjalan sana sini dalam kumpulan-kumpulan menampakkan penampilan ini di merata pekan temerloh.

Entah di mana Khaled Nordin dan Saifuddin Abdullah dalam memelihara anak muda penuh idealis dari dikeruh oleh pemikiran dan permainan real politik yang penuh kedurjanaan.

Sudahkah PAS tunjukkan hasil dari pentadbiran di Kelantan. Samakah daya maju dan hasil kemajuan dengan UMNO/BN untuk menggantikan?

Kita bandingkan saja Melaka dan Kelantan. Baca Dato Akbar Ali di Darah Tuah sini.

Sediakah ganti UMNO?

PAS hanya bertakiyah atau janji ala syiah untuk bela UMNO. Semua benda mereka rela janji dan layani. Baik kehendak bukan Muslim yang keterlaluan pun dituruti. Nama Allah di gadaikan, arak di biarkan, kemaksiatan di tutup mata, dan semua ini untuk kuasa.

Bolehkah satu kumpulan yang sudah kompromi akedah dan amalan serta janji2 yang diberikan boleh ubah kembali kepada perjuangan yang asal? Ini pula sudah dilumuri dengan maksiat, rasuah, penyelewengan dan kesesatan akidah.

Dalam pragmatisma politik, TIDAK MUNGKIN. PAS akan terus sesat dan lari dari perjuangan mereka.

15 comments:

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 4:04:00 PM GMT+08:00

    nak bela melayu? melayu PAS sahaja kah atau melayu nasionalisme? mengapa skrg baru timbul usaha utk membela melayu? adakah kerana undi atau kerana agama? bagaimana pula dgn dap?

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 4:10:00 PM GMT+08:00

    UMNO sudah diberi peluang 50 tahun untuk bela Melayu, tapi habuk pun tak da.
    Rompak wang rakyat sahaja pandai, DUIT HARAM tau!
    Sudahlah,UMNO cakap tak serupa bikin-Phtui!

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 4:35:00 PM GMT+08:00

    Salam bro UMNO 50 tahun perintah Malaysia syukor alhamdulilah banyak perubahan terjadi pada orang Melayu lihat lah keliling kita,UMNO telah melahirkan ramai professional Melayu disektor swasta dan awam.Termasuklah mereka2 yang menentang dan memburukkan UMNO bersyukor saudara, jangan sampai menyuap nasi ke mulut pun nak suruh UMNO suapkan

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 4:44:00 PM GMT+08:00

    Senyum kambing aku tengok gelagat mahasiswa/wi kita sekarang yang kononnya nak perjuangkan kebenaran Dan sebagainya. Duit belanja pun masih minta kat mak bapak tapi ingat hero nak perjuang Hala tuju negara. Lepas graduate itu entah dapat kerja atau menganggur pun belum tau lagi. Banyak sangat gejala negatif yang dalam otak mereka. Senang dimanipulasi. Facebook Dan Twitter serta alam Maya memang tidak baik kalau disalah gunakan.

    Saya merasakan tiada salahnya jika sesuatu kaum itu memperjuangkan atau mempertahankan keistimewaan kaum mereka selagi tidak menghalang usaha kaum ang lain. Dalam perjuangan mesti Ada keikhlasan. Tapi yang penting adalah keharmonian Dan keamanan negara didahulukan.

    Hari ini HINDRAF demo lagi. Duit seorang RM1 juta yang dibayar kerajaan British dah habis pakai ke? Menyusahkan orang saja. Suara beberapa ratus demo tidak boleh mewakili suara majoriti. Jadi tindakan tegas undang undang adalah disokong sepenuhnya.

    Apek Kampung

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 5:08:00 PM GMT+08:00

    nak bela melayu...? bukan kah itu assabiyyah.....atau sudah tukar...? sebab sebenarnya assabiyyah didefinisikan ikut kerangka fahaman 'pembolehubah' mereka...?

    mahasiswa ni...indah khabar dari rupa jer....bercanggah pendapat dengan ibu bapa....menengking2 itu dikatakan jihad....perkenalan antara lelaki dan perempuan....dibolehkan atas nama jihad....apa sahaja kehendak pimpinan...itu adalah untuk jihad....

    sini jihad sana jihad...walhal...cuma berada di tempat sendiri...dalam kepompong pimpinan bertunjangkan perlembagaan yang mendaulatkan agama ISLAM sebagai agama rasmi...cakap sana sini...tapi kecut bile disuruh ber'jihad' ke Palestin....tapi cakap depa ni di'tindas' macam Pelestin (takkan boleh terjangkau fikiran depa macamana seksa nya rakyat Palestin...diseksa...dibunuh...tergamak depa ibaratkan macam tu...?!)lagi boleh nak cakap kerajaan ni macam Israel....masa di antara depa ada kat Mesir...kenapa tak sama2 saudara ISLAM yang depa kata perjuangan sama dengan depa tu....berdemo...? kenapa tak amik peluang ber'jihad'..? kenapa tak amik kesempatan 'mati syahid'...?

    baru2 ni depa cakap komunis tu perjuang kemerdekaan...sedang yang paling ramai dibunuh adalah orang Melayu ISLAM itu sendiri...dan yang paling banyak sekali strategi pengecut Komunis ialah...serang hendap...jerangkap samar...

    sekarang nak ckp psal perjuangan..? perjuangan apa..? kuasa? untuk apa...? diri sendiri semata2..? atas nama apa..? pengkhianatan....manipulasi...kesesatan...?

    giler biol!

    wallahua'alam..

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 5:22:00 PM GMT+08:00

    Bila perkasa atau UMNO cakap nak bela melayu terasa keikhlasannya. Boleh rasa ia turun dari hati.Bila PAS cakap nak bela Melayu macam seorang vegetarian cuba nak convince orang bahawa daging tu sedap. Boleh caya ke?

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 5:28:00 PM GMT+08:00

    Melayu kat Pulau Pinang tu pun tak terbela. Yg di bela ialah TBH yg nyata membunuh diri. Apa punya autalah PAs ni. Kalau betul nak bela Melayu buktikan dengan membela Melayu di Negeri yg diperintah oleh pembangkan. Tak payahlah menabur janji saje. Hanya irang2 yg bodoh tahap lembu je yg tertipu dengan PAS.

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 5:58:00 PM GMT+08:00

    anon 4.10

    kau antara buta, bodoh atau bisu untuk kata tidak ada pembelaan atas melayu.



    pas tak ngaku melayu. macam mana nak bela melayu?

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 6:18:00 PM GMT+08:00

    Pada mereka yang tak habis habis kutuk umno tanyalah diri sendiri dimanakah kamu lebih rela berada; di Egypt atau Libya atau Malaysia? Kalau pilih Malaysia ingat sikitlah jasa umno.

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 6:56:00 PM GMT+08:00

    sebelum nak berhajat tadbir negara, bersihkan dulu tandas2 di masjid kelantan.

    pok nik mengaku kebanyakan tandas masjid di negeri nya kotor!!

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 8:32:00 PM GMT+08:00

    ini yg di katakan taib mahmud sebagai bohong yg paling keji ni. bohong sebab nak undi. sanggup jadi munafik, sanggup jadi kafir, sanggup jual agama semata2 mahukan undi. bohong paling jahat oleh pas. tahniah pas.

    kg tedung
    melaka

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 8:35:00 PM GMT+08:00

    tangkap bdak2 U tu, kasi penampo sekor2, ...bak kata org melakaa...

    betul ke bdak2 U, tah2 mat rempit import kelate mari...

  • Anonymous says:
    February 27, 2011 8:42:00 PM GMT+08:00

    nik aziz tua kutuk malu nak ngaku melayu, masih terngiang2 kat telinga aku ni, tua kutuk tu kata tak guna satu sen pun jadi melayu. tapi nak bela melayu?? nak ganti umno???

    dah buang tebiat ke tua kutuk tu...

  • Anonymous says:
    February 28, 2011 8:29:00 PM GMT+08:00

    buat anon 4:10
    kalau ko tak ade point nk comment.. tak payah lah comment..
    sb comment ko tu menunjukan kebodohan kedunguan ko sendiri..
    ko idup ke mati selama ni?..

  • Anonymous says:
    February 28, 2011 8:29:00 PM GMT+08:00

    buat anon 4:10
    kalau ko tak ade point nk comment.. tak payah lah comment..
    sb comment ko tu menunjukan kebodohan kedunguan ko sendiri..
    ko idup ke mati selama ni?..

fda