Tuesday, February 15, 2011

Ingati Leftenan Adnan


Petang semalam adalah ulangtahun kematian Leftenan Adnan yang terkorban pada tahun 14 Februari 1942 di Singapura. PERKASA telah mengadakan Majlis Tahlil di Kampung Baru lepas magrib.

The Unspinners ingin menggunakan peluang ini untuk mengingati hero negara dan bangsa ini. Kami memtik tulisan blog penulis sejarah Abdul Latip Talib berikut :

Leftenan Adnan bin Saidi gugur di Permatang Pasir Panjang Singapura, semasa mempertahankan Tanah Melayu dari serangan tentera Jepun dalam perang dunia kedua. Beliau telah menunjukkan keberanian yang luar biasa, tidak mahu menyerah kalah dan sanggup berjuang hingga ketitisan darah terakhir. Keperwiraannya bukan sahaja membanggakan orang Melayu malah mendapat pujian dari pihak Inggeris.


Menurut Lt General A.E Percival dalam perutusannya berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:

"Selepas dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Pasir Panjang. Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan dengan Tentera Jepun.”

Korporal Yaakob, yang mendapat pingat keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran di Bukit Candu.

Menurut Korporal Yaakob, semasa pertempuran sedang berlaku, dia turut terkena tembakan musuh dan terjatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Dia terselamat kerana berpura-pura mati dan melihat kematian mengerikan Leftenan Adnan.

Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri.

Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat sendiri oleh Koperal Yaakob.

Bersambung sini
Baca juga kisahnya di Wikipedia sini dan sini.

Kita semua hari ini merasai keamanan dan kemakmuran dari perjuangan mereka-mereka seperti ini. KIta patut bersyukur dan sentiasa mengingati mereka yang menggadaikan nyawa untuk kesejahteraan kita semua.

Al Fatihah!

9 comments:

  • Anonymous says:
    February 15, 2011 at 10:06:00 AM GMT+8

    betul tu, kjaan kene warta 14Feb sebagai hari memperingati leftenan adnan. biar anak muda di masa depan diasuh sikap petriotik dan keislaman daripada terus hanyut digula2kan pope velentino.

    leftenan adnan adalah lambang jihad bagi org2 melayu yg cintakan tanahair dan sanggup mati kerana pertahankan agama.

  • Anonymous says:
    February 15, 2011 at 10:16:00 AM GMT+8

    sejarah bukit kepung juga mesti dimasukkan dlm selibus wajib negara. menteri yg b/jawab mesti kene pro-aktif mengekplotasi warisan sejarah utk memupuk semangat 1 msia.

    jgn nampak sejarah bkt.kepung sebagai melayu lawan cina sehingga mahu dipadam dari sejarah negara tapi kene di exploitasi betul2 sebagai semangat patriotik melawan pengkhianat negara.

    abg rais jgn nampak surat rasmi YB zul saja, automatik haram konsert. tu cara lama. rajin2 tgk blog.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    February 15, 2011 at 10:17:00 AM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    February 15, 2011 at 10:21:00 AM GMT+8

    al-fatihah..

  • Anonymous says:
    February 15, 2011 at 10:26:00 AM GMT+8

    ha'ahh dak2 skrg ni terutama dak2 bando, anak org kekaya lebih kenal sir winston churchill dari kenal leftenan adnan.... pelikk2

  • Anonymous says:
    February 15, 2011 at 10:48:00 AM GMT+8

    anak2 aku cukup suka beli buku cerita karangan abdul latip. ada byk di MPH. bagus2.

  • Anonymous says:
    February 15, 2011 at 1:15:00 PM GMT+8

    sia2 saja Leftenan Adnan mati berjuang...last last Singapura jatuh ke tangan cina

  • Anonymous says:
    February 15, 2011 at 7:26:00 PM GMT+8

    nasib baik perak cuma jatuh sethn ketangan cina hasil pertolongan besar nik aziz menipu org melayu...

  • MOHAMED says:
    February 16, 2011 at 1:34:00 PM GMT+8

    Saya ada membeli buku Lt. Adnan karangan Abdul Latip Talib dan diterbitkan PTS Publication yang menceritakan tentang perjuangan beliau. Yang saya cukup terkilan anak2 muda generasi sekarang kurang berminat dengan kisah2 sejarah macamni, tapi kalau bab tuduh menuduh sesama banga/agama, gosip2 panas cukup kehadapan pulak? Bila Teoh Boon Hock mati entah pasal jatuh sendiri atau bunuh diri adik beradik PKM bukan main bising satu Malaysia??? Apa jasa dia kat Malaysia??? PKM diagungkan...tapi jasa perwira negara macam Lt. Adnan???? Adakah sebab dia orang Melayu beragama Islam so tak jasa2 dia patut dilupakan?? Ini lah yang saki baki PAP di Malaysia cuba buat, memgelirukan sejarah tanah air kita dan Pak Pandir Nik Aziz dan Anwar Al Juburi adalah pengkhianat Melayu yang memang sentiasa ada di dalam sejarah Tanah Melayu akan membantu mereka...Sejarah tidak menipu..yang lupa akan sejarah akan mengulanginya...

fda

Link2Me WeLinkBk (254)