Friday, January 28, 2011

Tenang: Pengundi Tenang alu-alukan kehadhiran blogger ulung


Blogger Turut Meriahkan 'Liputan' Di Tenang

LABIS, 28 Jan (Bernama) -- Lazimnya sesuatu pilihan raya kecil akan diwarnai dengan kehadiran ramai wartawan selain ahli dan pemimpin politik serta anggota polis.

Namun, dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang yang bermula Sabtu lepas, yang turut menonjol ialah kehadiran ramai penulis blog sehingga menimbulkan persoalan apa tujuan mereka di sini, siapa yang menanggung mereka dan siapa mereka sebenarnya.

Peranan blogger dilihat mempunyai fungsi yang sama dengan wartawan media biasa, kecuali mereka lebih bebas untuk mengeluarkan artikel dan melakukan analisis tanpa perlu terikat dengan polisi organisasi media, bergantung kepada pihak mana yang mereka sokong -- kerajaan atau pembangkang.

Malah, isu yang sering mereka mainkan dilihat turut mampu mempengaruhi pengundi dalam menentukan menang kalah seseorang calon yang bertanding.

Isu serangan peribadi yang dimainkan oleh sesetengah blogger, "tidak berani" ditulis oleh media tradisional yang tertakluk kepada undang-undang. Jika tersalah lapor boleh membawa padah disaman di mahkamah.

Dalam pilihan raya kecil Tenang ini, ramai blogger telah berkampung di sini jauh lebih awal daripada kumpulan lain, sekaligus membuktikan kesungguhan mereka dalam memberikan sedikit sumbangan kepada kerancakan kempen.

Antara blogger yang sedang berada di kawasan Tenang sekarang ialah PapaGomo, Parpukari, Pisau.net, Badut Rakyat, Malay Dilemma, Gerakan-anti-PKR dan Ruang Bicara Faisal, sekadar menyebut beberapa nama.

Menurut blogger PapaGomo, kehadiran beliau dan yang lain bukan ditaja oleh sesiapa, hanya berbekalkan semangat perjuangan dalam 'peperangan' antara sesama blogger.

"Semua (belanja) sendiri, semua berjuang sendiri, bila kita datang cuma kita perlukan rumah, tempat tinggal.

"Jadi peruntukan tu terpulang, bila datang ada yang bagi sikit, kalau pasal makan, tiap kali pilihan raya kecil, tiap khemah kempen ada disediakan makanan, jadi sehari tu empat lima kali makan free...cuma kadang-kadang ada pemimpin menghulur duit minyak untuk memudahkan kami keluar cari bahan, buat susulan daripada program, temu bual dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Ditanya mengenai cara mereka bekerja, PapaGomo berkata, kebiasaannya jika ada maklumat baru, mereka akan sama-sama mengupas dan membincangkannya.

Ditanya sama ada mereka ingin mengambil peranan media tradisional, PapaGomo berkata itu bukannya matlamat blogger kerana mereka sendiri bergantung harap pada media tradisional bagi mendapatkan maklumat.

"Media massa yang ada, sebagai contoh Bernama, kita banyak copy paste dari Bernama...tapi kita buat ulasan, kita tak ada pas media, kita tak boleh masuk semua tempat," katanya.

Menurut pengendali blog "Gelombang Rakyat" yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, mereka banyak menggunakan ruang siber seperti blogspot dan wordpress, facebook, serta twitter untuk menulis.

"Kita boleh tengok golongan blogger pro-kerajaan lebih menguasai ruang dalam Internet berbanding pro-pembangkang," katanya.

Pilihan raya kecil Tenang melibatkan Mohd Azahar Ibrahim, 39, daripada Barisan Nasional dan Normala Sudirman, 38, daripada PAS. Ia diadakan berikutan kematian Datuk sulaiman Taha daripada BN pada 17 Dis tahun lepas.

Pengundian ialah pada Ahad ini.

16 comments:

  • dzimba MMIM says:
    January 28, 2011 at 3:08:00 PM GMT+08:00

    tahniah... agi hidup agi berjuang

  • aha says:
    January 28, 2011 at 3:15:00 PM GMT+08:00

    Teruskan Perjuagan
    Pertahankan Agama Bangsa Dan Negara

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 3:25:00 PM GMT+08:00

    Berhati-hatilah, takut nnt ad yg PUTAR kata sdr2 sume makan suap & kalot panggil:
    SPRM/SPR/PSRM?MSRP & mcm2 lg nenekmoyangmonyet depa!

    Kalu depa makan depan blakang atas bawah hukumnya HALAL & membawa ke SOORRGEEE gerentiknye!! Cube try cek ngan Nikki,Hadi,Nijar & sume puaka2 amPEH nuh.

  • Megat Alam Gempita says:
    January 28, 2011 at 3:36:00 PM GMT+08:00

    Teruskan perjuangan, Teman akan selak dan beri maklumat kepada BN /BPN tanpa miker semua sedo apa jua maklumat dari dalam kain fuckatan dan PAS. Kalau deme semua lihat Teman dan skuad Teman beria-ia bebenor dalam kem PAS tu pepaham aje la dah memang tugas kami jadi kuda trojan ni...

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 3:38:00 PM GMT+08:00

    Terima Kasih Bloggers
    Senantiasa Berjuang
    Salam Selamat
    Semoga Berjaya

    Cakap Pasal

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 4:12:00 PM GMT+08:00

    Kadang kala sesuatu isu tidak dikeluarkan dlm media arus perdana, jdnya sebagai penggantinya,sy byk merujuk ke dlm blog2..Teruskan usaha anda untuk menangkis fitnah PR yg kini dilihat semakin melampau2..

    Kepada pengundi DUN Tenang, undilah calon Barisan Nasional..

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 4:13:00 PM GMT+08:00

    lepas p/raya ni silap2 mala bercerai dgn laki dia .... kawin ngan blogger plak....ekekeke

    sbb blogger tak yah nipu sijil MC...huhu

    impak tipu sijil MC ni buatkan pengundi tenang bergegar...

    dah la aritu depa terkejuit dgn pitnah solat jenazah pas...

    ari ni sijil tipu MC palkk....silap2 mala hilang wang pertaruhan...

    anyway TQ blogger pro-kjaan seme ....

    wa caya luu...

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 4:50:00 PM GMT+08:00

    MUHAHHAHA
    BN LINGKUP KERANA PARPUKARI
    HE HE HE HE
    TUNGGULAH

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 4:55:00 PM GMT+08:00

    btul la brooo. muka mala ada iras2 samsidar lahh bila time dia senyum. perghh. bahya ni. jgn temukan dia dgn nuar jubo. sing malam kene perambat kang.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    January 28, 2011 at 5:33:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 5:47:00 PM GMT+08:00

    hehe..jawapan mudah sja.sbb dlm kerajaan pun penyokong pembangkang.x mustahil yang buat kerja2 ni puak2 tu jugak.contoh paling dekat pn mala ni yg kerja dgn kerajaan sblm ni.ada byk lg parasit2 mcm ni.pastu tuduh orang lain..pasal nuar napa x tanya dr mana dpt hasil kewangan juta2?...hehe

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 5:55:00 PM GMT+08:00

    Lepas ni kerajaan wajib bertegas kepada mana2 penjawat awam yang mengabaikan tugas yg tidak berkaitan dgn tugas rasmi.sepatutnya kerajaan perlu amalkan pembuangan pekerja yang tiada komitmen terhadap tugas..klo tetap tu diberikan hukuman menjadi status kontrak.klo x pun jd sambilan shj.biar menjadi pengajaran buat yang lain..

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 7:11:00 PM GMT+08:00

    anon 5.33

    ko cakap cantik je ye macam ape dalam pemikiran ko tu benar dan logik belaka.

    boleh ke kamu jamin kalau pembangkang memerintah tidak akan berlaku rasuah.Sedap perasaan ko je cakap mcam ko bagus.

    hakikat nye segala skandal terbongkar dan dibongkar menunjukan bahawa kerajaan tidak menyimpan di bawah karpet. Itu petanda kerajan telus. Ko tau tak yang perasuah skandal besar2 tu sape. Tu!tu la mereka yang penyokong pembangkang tapi berada dalam kerajaan. kamu tau ke hakikat ini. Contoh paling ketara sekali anwar ibrahim la. Pelik aku Ko cakap macam ko bagus je ye. Kamu pernah buat kajian tak pasal anwar ibrahim ni, perangai dia, atau ape yang dia telah accomplished atau kamu dengar je nama anwar kamu ingat dia dah jadi malaikat . Cuba kamu kaji pulak ronald liu.. cina pukmak tu. Study dan research sikit laa..

    Weii anon 5:33 bangkai. Semua bangsa dalam malaysia ni rasis kamu tau tak. Paling kuat rasis bangsa cina la.

    Kamu bangkai anon 5:33 , dalam politik ni kamu kena tengok total picture keseluruhan la. Mana pihak yang benar2 akan menjaga kepentingan bangsa kamu dan juga bangsa malaysia keseluruhan nye.

    Kamu perasan tak si anwar ibrahim tak peduli pasal itu semua. Yang dia peduli hanye la nak jadi PM.

    aku nak tanye kamu yang kau sokong pembangkang buta tuli tu kenape.

    Ni aku bagi tau kamu , baca betul2 haa..
    blogger yang pro kerajaan ni kalau ada pekara tak betuk atau ada anggota kabinet menyeleweng mereka hantam semacam jugak.

    kamu rasa kamu pernah hamtam lim guan eng si kominis tu tak..?

    pundek kamu...otak cam seliper.

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 9:41:00 PM GMT+08:00

    anon 5:33:00

    skandal BMF....hahaha ....tu skandal jurassic park tuhh...

    kenapa kuli dlm smgt 46 dulu ko tak tanya dia, kenapa nik aziz jilat bontot kuli dulu...

    coba ko jawab...

    rasuah?? aku ingat rasuah dlm komuniti cina lagi banyak. sbb org cina ni mmg kuat rasuah.

    org melayu tak brapa geti nak rasuah sbb tu la banyak yg sangkut. dah berapa banyak pemimpin umno masuk penjara pasal rasuah.

    tgk kes pkrz...betapa elit dan rapinya perancangan cina dap dan diketuai bekas president mca nak songlap berbilion duit kjaan melayu.

    org melayu stakat rasuah alahaii... kontraktor kelas F, projek 80 ribu buat parit. rasuah 5 ribu. tapi parit siap juga. lurus dan boleh mengalirkan air.

    duit rasuah 5 ribu cuma nak pastikan dpt projek lagi. tu sajaa.

    tulisan barry warry tu, sbb dia cemburu tgk kejayaan msia. kalau habis 1 trilion tapi tak dak klcc, putrajaya, klia, pelabuhan tanjung pelepas, lrt, erl, proton, perodua, dll. mungkin aku marahh.

    cuba tgk indon, brapa govn mereka spend utk pembangunan indon satu thn. lepas tu tgk hasilnya, kemana duit tu pergi. jln teruk, masjid busuk, infra jahanam. mcm tu baru ko bleh kata rasuah.

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 at 11:16:00 PM GMT+08:00

    tabik dan tahniah untuk bloggers pro kerajaan....terus kan perjuangan suci ini semuga mendapat berkat yang maha esa...

  • Anonymous says:
    January 29, 2011 at 4:09:00 AM GMT+08:00

    Yang banyak beri rasuah siapa? Golongan mana? Dan apakah golongan pemberi rasuah akan menghentikan perbuatan ini di negeri-negeri dibawah pentadbiran pakatan rasuah (PR)? Makanya, kalau isunya adalah rasuah, jangan terlalu yakin kerajaan yang anda harap-harapkan akan lahir akan terjamin bebas rasuah selagi tidak ada tindakan jelas dan berkesan bagi mengurangkan populasi kaki-kaki penyogok ini.

    hik hik

fda

Link2Me WeLinkBk (275)