... dia hanya mahu publisiti politik dan capai tujuan politik. Pergi mampus orang Felda padanya. Kamu hanya kuda tunggangan untuk Mazlan Aliman! Nak selesai masaalah, pergi balik jua kepada Ahmad Maslan.
Lojik akal dapat membuat kesimpulan jika Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman benar ikhlas mahu menyelesaikan 20 isu yang didakwa tidak betul tentang Felda... cabaran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan agar mereka berdailog secara tertutup adalah jalan terbaik.
Masalahnya di sini nampaknya Mazlan yang juga Timbalan Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya PAS dalam pilihanraya kecil Tenang lebih cenderung hendak memekak dan mencari milage politik dari memikirkan nasib untung masyarakat Felda.
Betul seperti kata Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia mana cukup waktu untuk mencari jawapan kepada 20 perkara itu dalam satu perdebatan satu jam.
Katanya pada wartawan di Pusat Media PRK Tenang di Labis,Rabu beliau mahu berdialog secara tertutup bersama Mazlan disertai pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden ANAK itu.
Masa yang diberi bukan sejam,dua jam atau tiga jam tetapi beliau sanggup sampai dua hari untuk berdailog pun boleh.
"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya.
"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi,”katanya lagi.
ANAK menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.
Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan Selasa untuk berdebat mengenai isu tersebut.
Dalam DUN Tenang ada tiga kawasan Felda dan PAS berhempas pulas berusaha untuk meraih undi dengan membuat berbagai dakwaan mengenai agensi itu.
Dalam seperti diduga Mazlan menolak cabaran Ahmad Maslan.
Mungkin beliau merasa tidak ada peluang nak jadi hero dalam dialog tertutup.
Siapa tahu mungkin Mazlan gabra takut silap haribulan semua tembelangnya terburai kerana semua pegawai tinggi Felda ada hadir sama untuk menjawab segala dakwaanya satu per satu.
Modalnya ialah mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu penakut dan tidak berani bertanggungjawab kepada peneroka.
Beliau dipetik oleh Harakahdaily.net sebagai berkata , “"Kalau dia nak ajak dialog tertutup, tak payah la saya susah-susah cabar debat. Saya ada nombor telefon dia, sembang kedai kopi pun boleh," katanya.
Mazlan kata beliau tetap mahu berdebat bukan dialog.
Alasannya tujuan lebih besar cabaran debat terbuka tersebut adalah mahu rakyat khususnya peneroka mendengar sendiri penjelasan Ahmad, dan boleh bertanya terus tentang masalah yang dihadapi peneroka.
Nawaitunya sudah terserlah dengan kenyataan itu.
Itulah mentaliti orang yang lebih suka bercakap untuk tunjuk hebat semata-mata sedangkan peluang sudah terbuka luas baginya untuk berdailog secara terperinci dan tenang keatas segala isu yang dijajanya tidak kena tentang Felda.- Agendadaily 26/1/2011


ANAK ni pun bukannya berdaftar dengan ROS
lebih sesuai dipanggil persatuan anak haram
sama macam fuckatan rakyat jugak
Kalau ada yang tidak betul, gunakanlah saluran yang betul - dialog, PSRM, saman dsbnya.
Apa nak buat banyak perkara pelik berlaku kebelakangan ini dan salah satunya ialah menggunakan saluran salah untuk sampai kepada penyelesaian masalah.
he he
Berdebat untuk selesaikan masalah hak hanya akan menegangkan lagi urat leher malah mungkin boleh terputus.
hik hik
1.anak maslan tu!!nak berdebat!!adakah pulak dia kata!!dia cabar puak PR untuk turunkan harga barang!!oii!!puak yang dapat memainkan peranan paling penting untuk tutunkan harga ilah kerajaan!!dengan menguatkuasakan undang-undang!!dah dok makan rasuah memanjang!!nak kuatkuasa undang-undang macam mana!!!
2.lebih kurang ilmu tak dak macam mail bry jee!!adaka pulak dia kata!!untuk turunkan harga barang!!pakat-pakat tanam sayoq!!!yang dia tak tanak sayoq pun!!asyik dapat sayoq dan minyak free jeee!!
3.hanya puak peneroka dan anak peneroka jee!!yang tau felda dok tipu peneroka!!dari dulu hingga sekarang!!
4.yang syok!!isa samad!!dapat elaun berpuluh ribu!!hasil keringat peneroka!!
5.yang syokkk!!calon umno!!bekas anak adun!!tak pernahb rasasusah senang peneroka!!tapi akan jadi wakil peneroka!!
3
tu maknanya bukan nak tolong felda.... tapi mau nipuu...
bila debat nnt ckp terjerit2....
org kg nengok kalu terjerit2 tu betul laaa....
kepala bapak ko mazlan...
kalau masalah boleh diselesai dengan berdebat. baik la kita tak payah pergi kerja. jom la kita berdebat. tutup pejabat, tutup kilang, tutup airport, moh la kita berdebat.
agak bdak kecik si mazlan ni, bru 42....ekekeke
dah la bdak kecik, boddo plak tu..
apa kelulusan dia nak bela org felda??
bdak2 felda pun dah melambak yg ada degree....ko jgn nak jual minyak la mazelann....
kalo bdak2 tepi jln, bleh la ko klentong...
Gunalah saluran yang betul:
1. Untuk jadi wakil rakyat kenalah masuk bertanding. Kalau berkokok di luar gelanggang siapa pun boleh.
2. Kalau sakit jangan pergi pusat khidmat adun sebaliknya pergilah berjumpa dukun/doktor.
3. Kalau isteri ada hal penting, suami kenalah ambil cuti atau ponteng tetapi bukannya ambil SIJIL SAKIT.
KAH! KAH! KAH!
bini nama cikgu mala
laki pulak nama cikgu malas
bini kalah PRK orang akan panggil cikgu malang
laki kantoi tipu MC kalau kena buang kerja dapat la malapetaka
malaun betoi puak2 ni
1.anak maslan tu!!nak berdebat!!adakah pulak dia kata!!dia cabar puak PR untuk turunkan harga barang!!oii!!puak yang dapat memainkan peranan paling penting untuk tutunkan harga ilah kerajaan!!dengan menguatkuasakan undang-undang!!dah dok makan rasuah memanjang!!nak kuatkuasa undang-undang macam mana!!!
2.lebih kurang ilmu tak dak macam mail bry jee!!adaka pulak dia kata!!untuk turunkan harga barang!!pakat-pakat tanam sayoq!!!yang dia tak tanak sayoq pun!!asyik dapat sayoq dan minyak free jeee!!
3.hanya puak peneroka dan anak peneroka jee!!yang tau felda dok tipu peneroka!!dari dulu hingga sekarang!!
4.yang syok!!isa samad!!dapat elaun berpuluh ribu!!hasil keringat peneroka!!
5.yang syokkk!!calon umno!!bekas anak adun!!tak pernahb rasasusah senang peneroka!!tapi akan jadi wakil peneroka!!
3
January 27, 2011 7:26:00 PM GMT+08:00
APO TETIBE HARGO BARANG NI??
Kita ni blm smpai lg standard negara maju..Kalau berdebat pon penonton lbh tertumpu pd SIAPA YG PLG BERDEGAR2 BERCAKAP..Kalau siapa yg plg lantang bercakap, lancar pertuturan wpon perkara sama diulang2, maka org 2 lah PEMENANG wpon hujah dn fakta entah kemana tp retorik je lbh..
Kalau setakat nk terjerit2 dn hentak rostrum 2 dikira pemenang x pyh la..Rentikan jela..Bkn x biasa tgk pon ceramah2 pas di mana2 pon..Ckp terjerit2 disulami dgn lwk2 lucah(mat sabu), maka org pon menyambut dgn ketwa terbahak2 dn TAKBIR!
kita masih jauh utk menilai dari sudut keintelektualan. majoriti rakyat msia masih menilai melalui emosi. emosi terlalu mudah utk di manipulasi. lebih2 lagi org2 melayu yg dekat dengan emosi marah dan amok.