LABIS 28 Jan - Pembangkang nampakanya tidak berputus asa untuk terus menipu pengundi dengan melakukan pelbagai cara sehingga sanggup melakukan penggunaan logo Majlis Daerah Labis (MDL) dalam usaha untuk mengeliru pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Tenang, 30 Januari nanti.
Kejadian terbaru yang dilakukan oleh pembangkang ialah dengan mengedarkan suart palsu MDL dengan mengaitkan penduduk di Labis akan menerima bantuan sebanyak RM300 yang ditandatangani setiausaha majlis.
Ketua Jawatankuasa Peneroka Felda Chempelak, Ahmed Ali menyifatkan surat palsu mengunakan logo MDL dan tanda tangan setiausaha majlis membuktikan Pas sudah hilang pedoman sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara yang bertentangan dengan perjuangan yang kononnya berlandaskan Islam.
?Pas sudah terdesak, sebab itu mereka sanggup menipu, kami di Cempelak tidak akan terpedaya dengan tipu helah Pas, mereka berbuat begitu supaya kami membenci Barisan Nasional (BN) dan akhirnya kamai tidak akan menyokong BN pada, 30 Jan nanti.
?Mereka cuba beli maruah kami dengan RM300, mereka ingat kami akan tertipu dengan surat MDL itu, peneroka di sini tidak akan terpedaya dengan apa yang mereka lakukan itu, apa yang dilakukan itu menguatkan lagi sokongan kami kepada BN dan memastikan BN menang Ahad ini,? katanya selepas membuat laporan Ppolis berhubung penyebaran suart palsu berlogokan MDL.
Peneroka Felda Chempelak membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu MDL yang menyatakan ppenduduk di Tenang akan menerima sumbangkan wang tunai sebanyak RM300 dari MDL
Penyebaran surat palsu itu dilakukan di sekitar kawasan Felda Chempelak, berikutan itu penduduk di situ menghubungi MDL untuk mendapat pengesahan mengenai surat itu dan mendapati ia adalah palsu.
Sementara itu, peneroka Kannan Abdullah, meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
?Kalau nak dapat sokongan, gunalah cara yang betul, perbuatan mengedarkan surat palsu ini satau tindakan tak bermaruah, mereka bukan sahaja menipu tapi cuba menimbulkan rasa benci kami kepada kerajaan, katanya.
Menurutnya, pengundi di DUN Tenang tidak akan terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang dengan pelbagai tipu helah yang mereka lakukan hanya sekadar untuk mendapat sokongan. -MediaUMNO.


PAS ni bukannya ada agama .. fitnah dan menipu adalah kitab utama mereka , sebabtu ramai org PAS dah sesat kata fitnah boleh digunakan utk jatuhkan umno .. itulaa dia manusia yg bertuhankan nik ajis !!!
kadang-kadang kalau difikirkan betul-betul puak-puak ni macam dah takde agama, agama bagi mereka hanya untuk menghalalkan cara..sedih mengenangkan bila org Islam sendiri sanggup membiarkan agama sendiri menjadi boneka semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yg sementara..
Sokongan penting kerana tanpa sokongan rebahlah ia. Sokongan yang diberikan kerana percaya kepada prinsip yang digariskan akan melahirkan sokongan berkualiti.
Tetapi kalau sokongan adalah disebabkan kebencian kepada satu-satu pihak tetapi bukan kerana keyakinan yang sejujur-jujurnya terhadap prinsip yang digariskan makanya sokongan yang nampak gah secara luaran itu rupa-rupanya retorik disebelah dalamnya.
Tanpa berpegang pada prinsip asas dan asal perjuangan, bukan saja sukar buat UMNO tetapi lebih sukar untuk Pas mengekalkan sokongan berkualiti.
AntiRetorik
Mana takde agama ??? PAS tu kan Agama... Ahli mereka adalah PENGANUT PAS.
Adakah PAS sebuah pertubuhan politik?
Adakah siasah PAS satu ajaran baru atau agama baru kepada pendokongnya yang berpaksikan Islam?
SPRM dan polis patut siasat perkara ini.
Kecualilah jika SPRM Johor macam SPRM Kelantan dikuasai oleh orang2 PAS sampai Ariffahmi pun boleh lepas!
Apa lagi bro. ;)
http://www.ottawamasons.ca/index_files/Page576.htm
dah sampai masanya KERAJAAN MALAYSIAN haramkan parti PAS kerana menggunakan Islam dan menyalah-gunakan agama suci Tuhan demi kepentingan politik mereka. Nanti akan ada Parti Kristian SeMalaysia, Parti Yahudi SeMalaysia, Parti Budha SeMalaysia dan Parti Tak Ada Agama SeMalaysia.... Kalau PAS boleh, kenapa yang lain ini tak boleh ditubuhkan?
surat pitnah cengginik zaman reforbasi 98 dulu bleh le lakuu.....
zaman blogger ni, jadik senjata mkn tuann.....ekeke
dulu thn 98 aku ingat lg ada surat pengakuan sukma yg di beri ganja oleh polis.....
padahal surat tu hanya jadi mainan persepsi di website, karangan azmin yg mempitnah polis, tak pernah di bawa ke mahkamah sebagai bahan bukti...
sbb tu tun dr mahathir dulu nak haramkan penggunaan pktaan islam dlm politik, sbb tun dah boleh npk peranan parti politik yg merosakkan agama suci islam.
skrg fitnah , surat palsu , klentong, putar belit sudah jadi mainan bagi parti pas. apa nak risau , serban dan jubah ada utk kelirukan umat islam yg dahagakan kebenaran.