Felda Chempelak adalah salah satu dari tiga kawasan Felda dalam DUN Chempelak. Felda lain adalah Felda Chempelak Barat dan Tenang.Ketiga-tiga kawasan Felda ini mempunyai jumlah pengundi 4,000. Dari banyak itu, lalat hijau adalah dalam 100 aje. Aktivis PAS dalam kawasan ini tak ada pun. Yang datang adalah dari pekan Chaah.
Malam bola final Suzuki antara Malaysia dan Indonesia, mereka pasang skrin besar sana sini dan buat kegiatan judi cabutan nombor bertuah untuk tarik hati pengundi.
Tiga Felda di Tenang memang jadi impian Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK derhakanya. Dengar2 mereka nak buat kempen tandatangan menuntut macam-macma untuk generasi kedua dan ketiga.
Pelbagai tomahan dan fitnah Mazlan Aliman telah dijawab. Sila baca di blog Jas Salleh sini.
Bohonglah Mazlan kata Felda sini paling mundur. Kemudahan sini baiklah!
Macam mana Mazlan cuba, sini adalah Johor dan bukan negeri lain. BUkan dia tak tahu, bulan tak laku sini. Kasilah banyak mana hamper pun, jiwa UMNO kuat. Semangat Johor dan UMNO tak luntur di ketiga-tiga Felda ini.
Namun begitu generai kedua tidak macam generasi pertama. Generasi pertama yang dah tua-tua dulu bersyukur dan reda saja apa berlaku. Bagi generasi kedua, mereka lebih faham akan hak dan kepentingan mereka. Mereka ada yang lebih berpelajaran dan vokal.
Kalau UMNO tempatan atau pengurusan Felda buat taik, mereka akan bersuara. Mereka tidak mudah untuk dizalimi dan dibodoh-bodohkan. Jika UMNO tak jaga, mereka boleh guna PRK untuk ajar UMNO.
Antara tiga Felda sini, Felda Chempelak perlukan pembelaan. Sebaik arwah YB Sulaiman Taha meninggal dunia, Felda Chempelak serupa macam tidak bertuan yang menjaga.
Oleh kerana kawasan ini bekas kawasan kepada ADUN Sekijang, YB Ayub Rahmat, dia telah mengambil inisiatif untuk datang berjumpa dengan peneroka dan generasi kedua di situ.
Dalam sesi itu, YB Ayub menyatakan sendiri pada penduduk di situ supaya jangan takut untuk suarakan kemusykilan dan masaalah mereka tanpa takut-takut. Sebelum ini dia tidak boleh buat apa-apa walaupun dia dengar mereka ada masaalah. Sebab ada tuannya yang jaga.
Sejak YB Dato Sulaiman meninggal, dia usahakan untuk datang bertemu. Setelah didengari masaalah mereka, langsung dia berkata "banyaknya nak diselesaikan."
Tapi yang baiknya dia, esok hari dia dah talipon dari Kuala Lumpur kepada pengusaha sini. Perkara segera yang dipinta ialah pengurus yang ada ditukar. Segera diberitahu Pengurus tersebut akan ditukar Felda.
Hal hal lain yang senarai ada 14/15 semua sedang diusahakan satu-satu. Sedap hati mereka ada pembelaan. Mengenai hal penyelewengan, siap-siap SPRM muncul aje di pintu karang.
YB Ayub ialah Timbalan Ketua Bahagian Sekijang. Dia datang di Majlis pertemuan dengan membawa anak-anak buahnya dari Bahgaian Sekijang.
Katanya, "saya bawa mereka semua ramai-ramai agar apa yang berlaku di sini tak berlaku di Sekijang. Kami nak belajar dari tuan-tuan."
Dia dah bersedia sebelum berlaku masaalah. Syabas UMNO Sekijang.
Inilah sikap dan sifat seorang wakil rakyat yang prihatin kepada nasib rakyat. YB Ayub patut dicontohi oleh semua pemimpin UMNO, baik yang muda atau yang tua, yang veteran atau yang baru.
Satu lagi yang kami dengar di Tenang ialah ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong.Timbalan Menteri Pertanian ini begitu rajin sekali bertemu dengan rakyat. Hampir sana sini orang memberi kata-kata baik terhadap anak Chua Soi Lek ini.
Tak kira bangsa Melayu, Cina atau India semua diziarahi, dihampiri dan didengari kerenah dan rintihan rakyat. Betul2 dia hayati 1Malaysia: Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan.
Muga lebih ramai lagi wakil2 rakyat dan pemimpin-pemimpin tempatan seperti mereka berdua ini timbul.
SELAMAT TAHUN BARU 2011.







































