Thursday, September 30, 2010

ADUN PAS nafikan hak janda, takut diketahui ada harta RM3 juta

|13 comments
Apa dah jadi kat ADUN PAS sekarang?

Sebelum ini mereka kata ADUN UMNO yang tak bermoral, masuk politik sebab nak kumpul harta, minum arak, kaki perempuan… Tetapi bila kena batang hidung sendiri, rupa-rupanya PAS tidak cukup ilmu dalam nak membimbing wakil rakyat sendiri kepada kehidupan telus, jujur dan berpolitik ikut cara Islam.

Semalam TheMalaysianInsider mendedahkan ADUN Melor ada kemungkinan memiliki harta lebih RM3 Juta. Isteri kedua yang dinikahi dulu diceraikan kemudian membuat tuntutan mutaah terhadapnya. Rujuk bekas isteri DUN Melor tuntut RM3 Juta

Dalam pengakuan bekas isterinya yang berketurunan kemboja itu bagitau yang ADUN Melor ini memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya…. Hanya dokumen saja tak ditunjukkan.

Tidak apalah, kalau ada puak PAS yang nak bela ADUN Melor ni terpulanglah. Cuma kita harap kalau ADUN Melor ini menafikan sementara isteri mualafnya berkata benar, kita tahulah apa sifat-sifat pemimpin PAS sekarang. Bukankah orang-orang PAS selalu berkata benar terutama ketika buat takzirah politik menjelang pilihanraya….

Fikir-fikirlah, kalau ada yang kata PAS tak sama dengan UMNO daripada segi hukum Islam memang mereka lagi alim pada zahirnya, tetapi hakikatnya mereka juga tidak lari dari sifat-sifat yang mereka sendiri kejikan..


Bekas isteri yakin ADUN Melor miliki harta lebih RM3 juta

September 29, 2010

KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.

Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

“‘Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.

“Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.

“Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat,” katanya.

Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah.

Keterangan plaintif mengenai pemilikan harta oleh bekas suaminya bagaimanapun menimbulkan persoalan kepada Abdullah sehingga bertanyakan kesahihan dakwaan yang dibuatnya.

Peguam syarie mewakili Aishah, Mohd. Sabri Ismail memberi jaminan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan aset defendan pada perbicaraan akan datang.

Abdullah menetapkan perbicaraan bersambung pada 8 dan 9 Mac tahun hadapan.

Siti Aishah, 25, yang berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail, 55, berkahwin pada 1 November 2004 dan disahkan bercerai pada 18 November 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 5, dan Wan Nor Salwa, 4.

Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan penyandang kerusi DUN Melor, Azmi Ishak (BN) dengan majoriti 1,616

undi setelah beliau memperoleh 8,390 undi.

DUN Melor terletak bawah kerusi parlimen Ketereh yang mempunyai dua lagi kerusi DUN, Kadok dan Kok Lanas.

TheMalaysianInsider


Rajahmas

PRK Galas: PAS sedia 'blueprint' pembangunan mi segera

|7 comments
Menurut laporan sahabat chek di Gua Musang...

Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang sedang menyediakan pelan tanah terkini di Jajahan tersebut terutama di dalam Dewan Undangan Negeri Galas bagi dipersembahkan kepada pihak berkuasa di Kota Bharu.

Pelan tersebut merangkumi status tanah milik persendirian serta milik kerajaan siap dengan status rezab hutan simpan (yang sebenarnya sudah terlalu banyak togel) di lojing hulu kelantan, rezab melayu, tanah pertanian dan perindustrian dan lain lain yang berkaitan.

Ini kerana pihak berkuasa di Kota Bharu akan secepat mungkin untuk menyediakan 'blueprint' bagi pembangunan terancang yang bakal dilaksanakan di DUN Galas seperti mana mafhum tok tok guru mereka yang akan membangunkan Tumpat dengan nilai 4 bilion tu...kah kah kah...cerita tok dalang...penyedap halwa telinga jer la orang Tumpat...
kesian.

Diberitakan puak PAS sedang bersiap untuk meranjau setiap ceruk didalam kawasan Pilihanraya bagi mengambil nama dan no kad pengenalan mereka dengan alasan bahawa kerajaan negeri dibawah pemerintahan ulamak dalam semak nik najis akan mengurniakan tanah bagi penduduk di DUN Galas. hahaha....taktik lama la weii!!!

Itu strategi dunia. Untuk strategi janji syurga, baca seterusnya di Putra Merdeka sini

Cina dah gila ke ... Suruh Melayu Bersatu dianggap rasis?

|29 comments

Adalah tidak adil kepada seorang Timbalan Pengarah BTN yang dikatakan rasis kerana menyuruh melayu bersatu kerana ini adalah tanah Melayu bukan Tanah India atau Tanah Cina.

Kabinet hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lepas.

Kalau setakat menuruh melayu terus bersatu demi untuk negara apalah salahnya, itu bukannya rasis tetapi memberi semangat kepada orang melayu lebih-lebih lagi Puteri UMNO yang belum kenal erti perjuangan melayu. Agak kesal dalam era sekarang melayu disekat dari memberi kata-kata semangat kepada orang melayu sendiri.

Lain pula dengan Namewee celaka ini bebas mengutuk melayu , islam dan negara Malaysia malah disanjung oleh masyarakat cina. Ditambah pula namewee celaka ini di biayai oleh bangsa mereka melancarkan rakaman lagu..

Saya rasa apa yang Hamim buat kena pada masanya dalam orang melayu yang berselisih faham , apa salahnya sebagai seorang yang lebih arif tentang perjuangan orang terdahulu kepada generasi terkini.

Hamim dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata, adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. Adakah ini kata-kata rasis

Komen: Adakah menjadi kesalahan jika menyuruh melayu bersatu demi untuk memerintah tanah melayu, apa lagi yang mampu seorang Timbalan Pengarah BTN buat apabila keadaan orang melayu yang berpecah beberapa kumpulan. Betul la kata dia!

Yang hairan blog melayu pembangkang pun mengutuk bagai nak rak...tetapi bila bab Namewee celaka mereka diam membisu..apa jenis melayu macam niii. sebagai orang melayu yang inginkan orang melayu bersatu kita mesti sokong Hamim

Pengundi Setia SIngai Rapat

Orang PAS pun bantah duit kuda dikasi wargaemas

|21 comments

Sila ke blog MediaPermatangPauh untuk lain-lain gambar


Berlaku di Pusat Khidmat ADUN Penaga petang semalam ialah Majlis Penyerahan Kembali Wang Penghargaan RM100 Wargaemas.

Lebih kurang 80 orang warga-warga emas yang menerima wang penghargaan sebanyak RM100 dari Lim Guan Eng telah memulangkan wang tersebut yang telah diperakui sendiri oleh Lim Guan Eng sebagai wang dari sumber judi.

Hadhir bersama dalam Majlis tersebut ialah Dato Azhar Ibrahim ADUN Penaga, dan Dato Musa Sheikh Fadzir selaku Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang.

Dalam sidang akhbar, Dato Azhar menjelaskan majlis ini diadakan atas desakan daripada sesetengah penerima yang kesal dengan pendedahan tersebut. Kumpulan yang membuat penyerahan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

Dia mendakwa Guan Eng sebagai seorang yang cakap tidak serupa bikin.

Dato Musa Sheikh pula mencabar Timbalan KM 1, Dr Mansor dan Exco Agama, Malik Kassim untuk meletak jawatan. Dia memanggil kedua-dua mereka sebagai kuda tunggangan Guan Eng kerana tidak berani bersuara.

Seramai 40 org wargaemas yang hadir menyerah semula wang RM100 datang dari pelusuk parlimen Kepala Batas telah meyerahkan kepada pihak penganjur majlis untuk diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Temubual wartawan dengan lima wargaemas meluahkan rasa kecewa atas pembohongan Guan Eng.

Penyerahan dilakukan dengan simbolik oleh 9 org wargaemas yang mmasukkan wang dalam kotak khas yang dipegang Dato Azhar. Majlis serupa ini dijangka akan dilakukan oleh UMNO bahagian-bahagian yang lain.

Isu ini ekoran dari pendedahan surat dari penumbang tuan punya syarikat judi oleh blogger Pisau yang disebut oleh Dato Rezal Merican pada 24/9 lalu.

Menurut Pisau , penyokong PAS turut membantah dan lebih 20 orang pergi ke pusat khidmat PAS KADUN Bayan Lepas untuk mendapatkan penjelasan.

Malangnya penjelasan yang diberi oleh pegawai yang bertugas hanya mengelirukan. Antara mereka turut melahirkan rasa tertipu dan marah apabila menyedari Guan Eng sendiri mengaku menerima sumbangan unsur judi daripada Kelab Lumba Kuda.

Mereka turut mahu menyerahkan kembali wang sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kerana tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan terang terangan oleh Guan Eng


Hehehehe ... Guan Eng, Guan Eng ... dahlah kasi cuma RM100, duit haram pulak

Woit! N.Ajis ada Mercedes baru ... ah!!!

|31 comments

Dari Abu Hurairah r.a katanya, ”Rasulullah s.a.w bersabda Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

PAS selalu kata Umno zalim, taghut, agen Yahudi dan lain2 ... tapi jika berpegang pada hadis nabi di atas boleh bolehkah ulamak2 di Malaysia ni terutamanya dari pembangkang memiliki dan menaiki Mercedes Benz, BMW, Alphard dll?

Takkan nak kata hadis di atas tu tidak betul pulak???

Jadi jawapannya, samada Umno sebenarnya tidaklah sekejam dan sejahat yang diperkatakan ataupun "ulamak-ulamak" Pas sebenarnya bukanlah muslim yang mukmin seperti yang disangkakan...

Bukan nak suruh ulamak dan tok-tok guru sentiasa hidup susah, tetapi sebagai panduan untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Nabi dan para sahabat hanya duduk beralaskan pelepah tamar ...

Atas komen Bumiyang mengenai Mercedes N.Ajis

KOMEN kami mana ada Menteri Besar Tok Guru yang kononnya orang zuhud yang tak mencari kemewahan di dunia, amanah hingga pen pejabat tak guna untuk urusan peribadi, sederhana kehidupan, dan lain2?

Sebaik naik jadi MB, dia menggelarkan dirinya sendiri sebagai Tok Guru secara rasmi dan bukan orang gelarkan dia Tok Guru sebagai penghormatan. Dia sendiri mengeluarkan circular.

Zuhud itu sudah kasi menantu dan adik projek2 bermeliyon-meliyon berbeliyon?

Amanah apa hingga dibiar Husam, Takiyuddin dan Nik Amar menyamun hutan yang kononnya dibersihkan ajdi ladang rakyat tapi elek jadinya tapi taukeh CIna dah sapu balaknya.

Nak makan kek pun kek yang di caj kerajaan.

Apa punya zuhud jika tiap2 kali mulutnya terbuka mengeluarkan suara, perpaduan umat terjejas dan kata nesta yang keluar?

PRK Galas: Apa kata Ku Li tanding?

|14 comments

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan calun untuk PRK Galas akan diambil dari kalangan calun tempatan. Semalam pula dia mengumumkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil untuk Galas. Berikut berita Bernama:
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

Pada PRU 2008, BN kalah tempat itu kerana beberapa faktor. Antara faktor mungkin faktor tsunami. Satu lagi adalah faktor calun atau incumbent situ yang tidak diperkenan orang ramai dan rakyat setempat.

Ada baiknya BN kalah pada tahun 2008. Kalau masih ada calun itu, tentu dia akan bercita2 untuk kekal dan mintak terus bertanding pada PRU13. INi memberi peluang untuk meletakkan calun baru.

Setiap kali nak PRK, BN membuang terlalu banyak masa untuk memilih calun. Seperti di Hulu Terengganu, sampai ke penghujung masa baru nak umumkan Kamalanathan. Apa kata kita umum segera jadi mudah untuk kita sediakan isu, gambar poster dan tidaklah last minite baru nak terhegeh2.

Di PRK Bagan Pinang, satu precedent telah set di mana kehendak rakyat tempatan dan akarumbi perlu di layani. Tidak lagi jadi isu orang yang dipilih Tan Sri Isa Samad itu bekas MB.

Buat masa ini, suara rakyat tempatan tidak didengari lagi. Biar suara rakyat yang ini bersuara dulu.

Jika bekas MB dan Naib Presiden UMNO Tan Sri Isa boleh bertanding, kami lihat tiada masaalah untuk bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden UMNO Ku Li bertanding kerusi Galas.

Dengan pengalamannya dan muga kehadhirannya di DUN Kelantan, diharap Ku Li boleh mengurangkan perpecahan antara Melayu di Kelantan yang mana merebak-rebak ke seluruh negara.

Ku Li telah menyuarakan isu royalti minyak dan dengan meletakkan Ku Li, maka tiadalah isu ini untuk dimainkan terhadap Ku Li. Disamping itu, Ku Li boleh berperanan membantu menyelesaikan isu ini.

Kerajaan negeri Kelantan banyak berhadapan dengan masaalah seperti air dan lain-lain. Dari menyelesaikan masaalah, kerajaan negeri hanya mempolitikkan isu-isu.

Kehadhiran Ku Li sebagai orang lama dan dihormati tentu boleh membantu rakyat Kelantan dengan menyelesaikan isu-isu. Kerajaan PAS pun agak malu untuk memutarbelit dan memusingkan fakta. Kurang-kurang dapat melonggarkan ketengang politik antara kaum dan lebih fokus ahli2 politik dalam membantu rakyat.

Sebagai orang Kelantan, sentimennya terhadap negeri tumpah darahnya pasti begitu kuat. Maka apa salahnya Ku Li yang tiada ada peranan khusus dalam kerajaan dan hanya ahli Parlimen biasa diberikan peranan untuk menjadi ahli DUN Kelantan.

Pasti ada sebab-sebab lain, dan ada yang mahu berbeza pendapaat, ayuh kit abincangkan. Tapi jangan masukkan faktor faction. Membuang masa saja membincang perakra tidak rasional.

Wednesday, September 29, 2010

Ku Li pegang 'trump card' untuk BN menang Galas

|5 comments

Takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima di atas pemergiannya ke rahmatullah semalam. Biarpun kita dari ideologi dan fahaman politik yang berbeza tetapi sebagai sesama Islam kita mesti mendoakan agar rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang soleh. Amin....

Dalam tempoh 60 hari, satu lagi pilihanraya kecil akan di adakan. Benar, menang kalah BN di Galas tidak menjadi kudis dan kurap kepada PAS di Kelantan. Tetapi sekali lagi pilihanraya kecil akan menjadi kayu pengukur untuk mengukur sejauh mana kecenderungan pengundi di dalam memilih wakil parti politik yang bertanding sebelum diadakan pilihanraya umum ke 13.

Bila bercakap soal DUN Galas yang terletak di dalam kawasan Parlimen Gua Musang, semua orang akan terbayang wajah Ku Li. Ku Li yang sudah lama bertapa di Gua Musang, dilihat sebagai faktor utama untuk menggalas tanggungjawab menang kalah BN. PAS pasti agak berkerut dahi memikirkan tentang kehebatan Ku Li di situ.

Dan pastinya PAS sedar, pertembungan sengit seperti yang berlaku di Manek Urai akan berulang. Laluan PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut pastinya akan penuh dengan ranjau dan duri. Tak apalah..masih terlalu awal untuk kita menduga.

Cuma yang sedang aku kira kira dan fikir fikirkan adalah tentang sejauh mana Ku Li akan mengambil tanggungjawab untuk menggalas tanggungjawab SEPENUHNYA untuk membantu kemenangan calon BN.

Umum tahu isu royalti minyak pasti akan menjadi modal perang PAS untuk membelasah BN dan tambah mengerutkan kening bila terbayang wajah Ku Li berucap di stadium di Kota Bharu di atas platform PAS untuk membicarakan isu royalti minyak.

Kita berharap Ku Li akan teguh memegang panji dan mengibarkan bendera Barisan Nasional di Galas. Orang lama tidak mudah lupa asas perjuangan.

Sumber: Jebat Berkokok

Kalau Ku Li mengetuai BN di Galas, PAS tak dapat guna modal royalti minyak.

Helah murah PAS hadapi Galas

|12 comments

Mimpi ke apa ni? Tiba-tiba dok bangkit balik soal perpaduan Melayu? Ishh la.. sejak bila Pas jadi Melayu?

Bukankah puak-puak Pas ni kata diorang ni bukan melayu tapi hanya beragama Islam. Jadi apa perlunya perpaduan lagi dengan puak Pas?? Sedangkan Nik Aziz sendiri pun malu nak mengaku melayu, ini pulak puak bawahan, lagi la malu, betul tak?

Mc rasa Takiyuddin ni demam panas kot masa dia bagi kenyataan ni. Cuba baca apa yang dia cakap kat bawah,
PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita.- Bernama

Puak ni sebenarnya nak ambil balik kerusi dun tu. Mereka saja nak menang free (percuma), sebab tu buat alasan guna perpaduan melayu. Jangan dok menipu la puak Pas wehh..

Kalau betul korang nak perpaduan Melayu, semasa Hadi Awang dan konco-konconya cadangkan dulu, korang patut dah setuju dengan perpaduan melayu. Kalau nak sekarang ni, harap maaf la kot. Dah terlambat.

Mungkin lepas PRK ni kita boleh bangkit semula soal perpaduan. Tu pun kalau Pas dah tak murtad melayu la. Al-maklumlah..

puak Pas semuanya dari geng international mana nak mengaku melayu. Mahfuz sendiri pun kata dia mai asal keling naik kapal. Mana standard puak international nak kawan dengan melayu local. Ye tak?? he he he..


P/s: Depa geng naik kapal, mana boleh kawan dengan kita geng naik perahu jaa.. he he he..

Mctheory:
Keling, keling, keling, keling (bunyi loceng) jangan salah faham! ha ha ha...

P/S: Hari tu N.Ajis kata dia tidak lagi Melayu. Nak jawab senang saja, ini tanggungjawab pada demokrasi.

Apa salahnya PAS pula yang tidak bertanding? Beri saja pada BN. Bukan mengubah pun kuasa PAS dalam negeri Kelantan.

Solat mayat pun nak spin

|13 comments

Harakahdaily hari ini melaporkan kononnya 3000 orang hadir solat jenazah Adun Galas yang diimani oleh Nik Aziz sebaik sahaja jenazah tiba di Masjid Tengku Faiz Gua Musang malam tadi. Klik sini

Saya sungguh terkejut melihat berita tersebut. Ini kerana pada jam 3.30 pagi tadi saya melihat satu-satu blog untuk mengetahui berita pengkebumian Adun Galas.

Blog yang paling awal melaporkan berita tersebut dan menyiarkan gambar adalah blog Guano Manik Urai. Klik sini

Malam ini apabila saya buka harakahdaily, saya sungguh terkejut apabila melihat mereka melaporkan 3000 orang yang hadir solat jenazah.

Gambar dibawah saya petik dari blog tersebut.

Adakah ada 3000 orang jemaah dalam gambar itu ?

Kalau benar 3000 orang sudah pasti harakahdaily akan menyiarkan gambar tersebut, bukannya menyiarkan gambar jenazah dalam van.

Soal solat pun mereka nak menipu. Apa faedahnya ?

Pembohongan dan harakah sudah tidak dapat dipisah lagi walaupun serban sebesar bakul atas kepala.

Ingat harakah, ingat bohong dan ingat fitnah.



Anwar nak Galas untuk larikan perhatian

|2 comments

KECOH DAN KECOH

Mesyuarat PAS dijalan Raja Laut petang tadi berkeras tidak akan menyerahkan seat Galas kepada PKR kerana seat itu mmg menjadi milik PAS sejak sekian lama.

Anwar yang berada diluar negara sekarang ini menelefon Tuan Guru Hadi Awang nak menyatakan pendirian PKR berminat nak bertanding dikerusi DUN Galas..

Perkara itu dibawa ke mesyuarat petang tadi dan PAS Pusat berkeras tidak akan menyerahkan kerusi yang hanya menang dgn majoriti 600 undi sahaja..

Alasan yang diberi anwar untuk kerusi ini ialah mereka nak divert isu dan PKR merasakan DUN Galas kerusi selamat untuk mana-mana Parti dalam Pakatan...

Apakah kontroversi ini akan berlanjutan?? atau ini wayang untuk menutup aib kekecohan yang berlaku pada Ahad lepas???

Sama-sama lah kita renungkan

Keris Putra

ANALISA: Anwar risau Wan Azizah serahkan jawatan pada Zaid

|8 comments

Anwar nampak sangat tengah dalam keadaan gelabah. Satu demi satu panglimanya kecundang di peringkat cabang.

Ada dapat diselamatkan melalui tipu helah. Sekali, dua kali keputusan lain, tapi kiraan ketiga semua berubah. Selain bermain taktik menahan orang dari mengundi atau bertanding, Anwar juga menggunakan khidmat gangster untuk menimbulkan kekecuhan.

Ada kekecuhan timbul kerana pihak tertipu oleh permainan jentera Azmin, menentang penipuan dan terjadi tikam lidah yang berakhir dengan pergaduhan hingga tumbuk menumbuk.

Selain itu, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution akan digunakan untuk membatalkan MAT cabang2 yang tidak selari dengan kehendaknya.

Anwar telah dapatkan Saifuddin Nasution untuk memberi isyarat kekecuhan disebabkan 'pihak luar.' Pihak terlibat menyambut hingga UMNO dituduh. Bagaimana UMNO terlibat jika yang berada dalam kancah pergaduhan adalah dari kaum India?

Anwar sendiri mencuba 'diversion' dengan melawat Jakarta dan menuduh media Malaysia yang memanaskan perselisihan antara Indinesia dan Malaysia.

Saifuddin sekali, Anwar pun sama-sama baling batu sorok tangan.

Utusan hanya mendedahkan komplot Anwar, Jabar Sadik Malaysian Insiders, dan pemain media Indoinesia Surya Paloh. Surya Paloh yang menguasai MetroTV Indonesia dan beberapa majallah yang menghangatkan suasana untuk disambut pendemo professional Bendera.

Macam mana pula Malaysia yang dipersalahkan,. Demo itu di Indonesia. G to G tak ada masaalah. Betullah Tan Sri Muhyiddin memanggil Anwar pembohong.

Malah dia sedang cuba untuk PKR bertanding di Galas untuk menyatupadukan PKR. Jika dibiarkan, permusuhan dalam parti akan berterusan dan sokongan akan surut.

Pemilihan ini sudah pun membawa perpecahan kepada keluarganya. Walaupun dia berjaya mendapatkan Wan Azizah untuk kekal sebagai Presiden Boneka, dia tidak dapat mengawal rancangan politik Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Dia tahu kedua-dua mereka tidak akan menyokong Azmin. Wan Azizah yang menyokong Khalid untuk kekal MB Selangor dan menahan dari Azmin merasa jawatan tersebut.

Tetapi dia tidak menyangka Wan Azizah dan Nurul Izzah akan menyokong Zaid Ibrahim secara terbuka. Dia malu kerana dilihat Anwar ambil jalan lain dan keluarganya sendiri ambil jalan lain.

Apabila Nurul Izzah mengumumkan dia akan ambil jalan neutral, Anwar ingat Nurul telah berjaya dipujuk dan menarik sokongan kepada Zaid.

Rupa-rupanya tidak, Nurul menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden.

Ini menimbulkan masaalah baru untuknya apabila dia kini dihujani dengan tuduhan nepotisma dan mengamalkan kepartian anak beranak.

Walaupun Nurul tahu dia susah untuk menang tapi itu hanya helah Nurul untuk memburukkan nama Anwar dan membantu Zaid.

Zaid sudah terang terang mengkritik Anwar. Walaupun ramai pihak kepimpinan menganggap Zaid tidak layak berkata demikian kerana dia orang baru dalam PKR, kritikan Zaid akan menyentuh akarumbi yang sudah mula bosan dengan politik persepsi dan samseng yang dimainkan PKR.

Pembaharuan dan reformasi yang Anwar war-warkan terbuang ke tingkap sebaik saja dia perlu mempertahankan kuasanya.

Anwar dia berhadapan dengan Dream Team yang tercabar sana sini. Adakah Fuziah Salleh boleh pertahankan dirinya di Kuantan?

Dia tahu dalam keadaan sekarang, dia boleh hilang terus kuasa pada pemilihan bulan November.

Jika Azmin kalah, kemungkinan besar Wan Azizah akan serahkan jawatan Prersiden kepada Zaid. Wan Azizah dah penat dan mahu bersara lama. Sebaik Anwar keluar, sepatutnya Anwar ambilkalih jawatan ini. Tapi Anwar masih nak bergelek dan bergelok.

Rancangan Anwar tergendela kerana laporan polis Saiful yang kini sudah jadi kes jenayah.

Dengan Anwar sedang berdepan dengan prospek untuk kembali masuk Sg Buloh, tanpa Azmin atau Wan Azizah menguasai PKR, Anwar sedang melihat dirinya akan merengkok dalam penjara tanpa pembelaan dari luar.

Itu yang merisaukan Anwar sekarang.

Pemuda UMNO, PAS dan PKR terima jemputan Perkasa

|5 comments

28 Sept: Kepimpinan Pemuda UMNO, Dewan Pemuda PAS dan PKR bersetuju dan bersedia menimbang ajakan Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan isu perpaduan Melayu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata pergerakan itu bersetuju dengan cadangan Wira PERKASA dan sentiasa terbuka berbincang mengenai isu perpaduan Melayu.

“Perpaduan Melayu bukan milik UMNO saja tetapi merangkumi semua orang Melayu termasuk orang Melayu dalam PAS, PKR dan badan bukan kerajaan yang berteraskan Melayu.

“Cadangan persidangan meja bulat membincangkan perpaduan Melayu mesti dijadikan kenyataan membabitkan parti politik, termasuk pertubuhan Melayu dan bukan hanya cakap-cakap saja,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Wira PERKASA Kedah, Shaharol Niza Omar mengajak pemimpin sayap Pemuda UMNO, PAS dan PKR menyertai rundingan meja bulat bagi membincangkan isu perpaduan Melayu.

Shaharol Niza berkata, pihaknya berpendapat perpecahan bangsa Melayu sudah sampai ke tahap serius dan pihaknya bersedia menjadi orang tengah menemukan pemimpin sayap pemuda tiga parti itu mencari jalan penyelesaian demi masa depan perjuangan Melayu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, pula berkata cadangan rundingan meja bulat antara pemimpin sayap UMNO, PAS dan PKR adalah idea yang baik.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat bersedia untuk memberikan kerjasama kerana rundingan berkenaan membawa kepada kebaikan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amirudin Shari, berkata pihaknya berminat dengan cadangan berkenaan bagi membincangkan masalah sebenar orang Melayu dan bukannya isu perpaduan semata-mata.

“AMK mahu perbincangan intelek dan sihat dalam hal ini dan ia harus mengambil berat masalah sebenar orang Melayu pada zaman sekarang dan bukan isu perpaduan Melayu berdasarkan emosi,” katanya.

http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=3250

Wira Perkasa anak jantan berhimpun hingga Namewee cabut lari

|25 comments


Gambar Namewee celaka dibakar di hadapan Dewan perhimpunan Cina

Suasana di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur kini dikatakan sedang kecoh kerana hampir 100 ahli Perkasa berdemo di hadapan dewan itu membantah pelancaran album pencemar lagu Negaraku, Namewee celaka

Istilah pengkhianat dilaungkan secara berleluasa di hadapan Dewan Perhimpunan Cina oleh ahli perkasa. Polis berjaya menahan seorang pemuda cina yang dikatakan mabuk mencetuskan pergaduhan

Namewee dikatakan lari ikut pintu belakang dengan menggunakan sebuah kereta kalau tidak nahas budak niii.

Beberapa jam kemudian 100 ahli Perkasa diminta bersurai oleh pihak Polis yang mengawal ketat perhimpunan tersebut.

Petik dari Pengundi Setia Sungai Rapat sini
Kejantanan Perkasa begitu terserlah. Itu komen Warisan 2057 sini.

Tuesday, September 28, 2010

Zuraidah @Pantat Ayam akan dicabar

|5 comments


Setakat ini orang yang paling selesa untuk menghadapi pemilihan PKR peringkat pusat adalah orang yang dalam gambar di sebelah (atas).

Namanya Zuraidah Kamaruddin@Mak Tam Mulut Pantat Ayam. Setakat ini hanya dia sahaja calon untuk jawatan Ketua Wanita.

Itulah sebab sekarang dia senyum lebar dan boleh meronda sana sini dan bertindak sebagai ejen kempen untuk Azmin Ali. Kerana dia yakin yang dia tidak akan dicabar dan sudah hampir pasti menang tanpa bertanding.

Bagaimana senyum lebar Mak Tam Mulut Pantat Ayam dijangka tidak lama. Berita yang sampai kepada kami mengatakan akan ada seorang wanita yang bakal mengumumkan dia akan bertanding untuk melawan Mak Tam.

Pencabarnya akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat ini. Berita ini sudah pasti akan membuatkan Mak Tam Mulut Pantat Ayam tidak lena tidur.

Selangordaily

PKR takda modal jawab, Lalu tuduh UMNO ...

|14 comments
Sempat juga saya berborak dengan salah seorang AMK Cabang Gombak, Selangor sebentar tadi. Beliau memaklumkan bahawa mereka yang melakukan kekecohan itu bukan ahli PKR dan telah menjadi Ahli UMNO? Saya hanya membuat muka pelik.

Ianya mengesahkan bahawa PKR sememangnya tidak pernah mengaku kesilapan yang telah mereka lakukan.

Semua yang buruk datangnya dari parti lawan walaupun berlaku di dalam parti sendiri. Mereka juga tidak pernah memikirkan punca kekecohan tersebut berlaku. Mudah sahaja. Apa yang buruk semuanya ditujukan ke parti lawan. Yang baik datang dari PKR.

Jika benar mereka telah menyertai UMNO, kenapa pula mereka dibenarkan untuk mengundi? Kenapa mereka dibenarkan berada di dalam perkarangan dewan.

Saya pasti senarai nama ahli PKR telah dikemaskini sebelum Pemilihan PKR berlangsung? Kan?? Atau tidak??

Entahlah...

Inilah realiti politik kita. Kita seringkali memikirkan yang terbaik untuk parti yang kita dukung, tapi sebenarnya lebih kurang sama ja.. Tapi jika kesemua ahli PKR mempunyai pendirian dan pandangan seperti ahli AMK Cabang Gombak yang saya temui sebentar tadi, hancurlah PKR..

Sumber: Gelombang Wangsa Maju!

Inilah yang dituduh juga oleh Cifutdin Nasusyen. Baca di Media Permatang Pauh sini. PSSR kata nak tutup bangkai gajah di sini.

Xavier tuduh blog pro UMNO tapi diam pasal laporan polis S Kottapan. Baca di Flying Kick sini

Sivarasa hanya dapat 5 undi pun salahkan UMNO. Baca Media Cyber sini.

Anwar tuduh UMNO, rupanya dia lagi teruk!!!!

|2 comments

1. Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih. Itulah bidalan paling tepat terhadap apa yang berlaku dalam pemilihan PKR sekarang. Jika dulu menuduh UMNO/BN mengamalkan kronisme dan nepotisme, kini PKR lebih dahsyat! 3 sekeluarga bakal mengisi jawatan tertinggi PKR.

2. Jika dulu mengatakan pemilihan UMNO/BN tidak telus serta SPR memihak kepada kerajaan, kini pemilihan PKR 'teramat' telus. Insiden baling kerusi, tendang meja, koyak kertas undi, nama calon ketua cabang hilang mewarnai pemilihan PKR. Badan bebas yang dilantik memantau pemilihan PKR 'amat adil dan telus' dengan berpihak kepada AnWAR dan Azmin.

3. Jika dulu AnWAR menyatakan pemilihan UMNO bergelumang dengan politik wang, kini perkara sama berlaku dalam pemilihan PKR. AnWAR dilaporkan telah memanggil ketua-ketua cabang tertentu di Pulau Pinang selepas jamuan rumah terbuka beliau di sana. AnWAR dilaporkan mengagihkankan sejumlah nilai wang tunai.

4. Konon atas nama perjuangan, wang diberi kepada ketua-ketua cabang tertentu bagi mengadakan Majlis Rumah terbuka cabang-cabang PKR dan menjemput Azmin atau wakil khas sebagai tetamu kehormat. Memang AnWAR sangat berkesan sebagai Pengurus kempen bagi Azmin yang sangat disayanginya.

5. Perlu diingat, ketua-ketua cabang yang langsung tidak menunjukkan minat terhadap Azmin akan di ketepikan dan wang diagihkan kepada pesaing mereka. Contoh terbaik ialah bagaimana Mustafa Kamil Ayub tersungkur di cabang sendiri kepada orang Azmin yang telah umumkan 'bersara' dari PKR.

6. Kesimpulannya, AnWAR memang pengamal rasuah tegar dulu dan kini. Jika dulu memperkenal dan menyemarakkan politik wang dalam UMNO dan kerajaan, kini AnWAR terus mengamalkannya dalam PKR, malahan telah memperkenalkan budaya ini dalam PAS! AnWAR tidak peduli kerana bagi beliau, matlamat menghalalkan cara, dan yang lebih penting lagi ialah cita-citanya tercapai biar apapun cara yang akan digunakan.........

Sekian.

X-PKR

Dream Team pilihan Anwar ....

|3 comments

Presiden: Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden: Azmin Ali

Naib Presiden: Dr. Mansor Othman
Dr. Lee Boon Chye
R. Sivarasah
(Wakil dari Sabah/Sarawak)

Naib Presiden (yang dilantik)
Fuziah Salleh
Chua Jui Meng
Sorang dari Sabah/sarawak

Ketua wanita: Zuraidah
Ketua AMK: Rafizi Ramli

Inilah yang digembar gemburkan dikalangan penyokong tegar Anwar sebagai barisan Dream Team Anwar untuk menerajui PKR. Sangat menarik dan sangat licik permainan Anwar didalam pemilihan PKR kali ini.

Inilah juga salah satu sebab mengapa Wan Azizah dan juga anaknya Nurul Izzah bergabung menentang Azmin serta menyatakan sokongan kepada Zaid Ibrahim. Dan Nurul sendiri telah bersedia untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR bagi menidakkan pengaruh total Azmin jika dia ditakdirkan menang.

Satu perkara penting yang patut dilihat disini ialah, untuk menghalang Nurul Izzah dari memenangi kerusi Naib Presiden, Azmin harus memenangkan Fuziah Salleh walaupun sebelum ini Azmin diketahui mempunyai hubungan buruk dengan Fuziah.

Menghalang Nurul Izzah juga bermakna menghalang Zaid Ibrahim kerana Nurul menyokong Zaid di jawatan Timbalan Presiden yang juga ditandingi oleh Azmin. Suka ataupun tidak.., jika Azmin mahukan kemenangan, Fuziah harus diangkat namanya sebagai Naib Presiden oleh Azmin.

Dan seperti kata Zaid semalam, Anwar pasti akan mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan Presiden PKR disaat-saat akhir. Sekarang ini, semua penolakan Anwar cumalah satu lagi sandiwara klasik dari MP Permatang Pauh ini.

Anwar sekarang dikhabarkan sibuk mencatur strategi bagi memastikan kemenangan calon-calon Dream Team nya ini terjamin. Selepas itu barulah dia akan muncul untuk menawarkan diri bertanding.

Seperti yang pernah saya katakan dulu, Pemilihan PKR kali ini bukanlah satu pemilihan yang biasa. Ianya merupakan medan tempur untuk menentukan siapa paling berkuasa diantara kem Wan Azizah dan juga kem Anwar di dalam PKR!

Media Permatang Pauh

Ada ke Naib Presiden dilantik?

AJK tak pelah juga untuk dilantik.

Politik wang dalam pemilihan Permatang Pauh

|2 comments

Anwar bapak kepada segala rasuah dan kejahatan telah melihat hasil benih benih beliau tumbuh subur didalam parti yang memperjuangkan kerja liwat beliau.

Lubok atau sarang PKR di Permatang Pauh menjadi pusat kepada segala rasuah politik,Anwar Ibrahim yang menjadi ahli Parlimen di Permatang Pauh benar benar membajai kawasan parlimen ini dengan amalan rasuah politik wang.

Pemilihan diperingkat cabang Permatang Pauh menyaksikan Dr Mansor menang tanpa bertanding. Ini kerana penyandang yang dicalonkan dikenali sebagai Pak Tam telah diarahkan menarik diri daripada bertanding oleh Anwar dengan membuat satu panggilan telefon sahaja. Dr Mansor menang tanpa bertanding.Perkara ini telah mendapat bantahan para penyokong Pak Tam.

Pada masa yang sama Pak Tam telah dirasuah RM8 ribu oleh dua orang yang pro kepada kem Anwar Azmin.Ini sebagai imbuhan kerana Pak Tam akur atas kehendak Anwar menarik diri daripada bertanding.

Blog ini juga difahamkan setiap pencalonan terhadap calon yang bertanding diperingkat tertinggi di akan bayar RM200-RM500 untuk satu undi.Perkiraan sudah dibuat oleh Azmin dan gerembolannya untuk terus mengawal pengundi mereka.

YB Yusmadi kononnya menjadi badan pemantau kepada pemilihan kali ini hanyalah dilihat sebagai tonggol kayu yang tidak mampu berbuat apa apa.Ini kerana segala percaturan politik wang adalah datangnya daripada ketua umum parti Anwar Ibrahim.

Inilah akibatnya apabila sipeliwat dan pembohong yang rosak akhlaknya menjadi peneraju parti. Dari atas hingga kebawah semuanya rosak.

Anwar Pembohong

Azmizam kaki kelab tanding Ketua AMK Kota Raja?

|0 comments

Wak baru pulang dari Shah Alam dan Klang. Ada kawan beritahu wak yang suasana di Shah Alam dan Klang meriah sekarang ini. Meriah dengan kain-kain rentang, pemidang dan bunting kempen pemilihan PKR yang bakal diadakan hujung minggu ini.

Pada mulanya wak agak terkejut melihatnya, ialah mana terkejutnya bila melihat suasana seolah-olah bagaikan pilihanraya kecil. Tetapi selepas 10 minit rasa terkejut wak hilang setelah terlintas dalam fikiran wak yang manusia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kuasa dan demokrasi dijadikan alasannya.

Wak singgah di sebuah kedai di Kg.Jawa bagi berjumpa rakan lama iaitu Wak Jeman. Wak cuba korek-korek cerita dengan Wak Jeman. Bersama-sama dengan Wak Jeman ada lagi beberapa rakannya.


Kata mereka semasa penamaan calon bagi calon-calon yang bakal bertanding tempohari suasananya bagaikan penamaan calon pilihanraya kecil. Siap berarak dan berkompang lagi.

Dalam sedang rancak berbual, seorang rakan Wak Jeman memberitahu wak tentang isu yang sedang hangat diperkatakan oleh ahli-ahli PKR Kota Raja sekarang ialah tentang perangai calon Ketua Amk bagi Cabang Kota Raja yang mana dia juga adalah penyandang jawatan tersebut sekarang.

Namanya Azmizam, sekarang dia memegang jawatan ahli majlis di Majlis Perbandaran Klang. Mula menyibuk dalam PKR selepas kemenangan PKR dalam PRU 2008.

Wak difahamkan yang orang ini banyak menggunakan kedudukannya sebagai ahli majlis untuk membuat duit bagi dirinya. Pow sana pow sini, katanya. Dia juga didakwa sering dan boleh dikatakan hampir setiap malam dibawa berhibur di kelab-kelab malam dan lounge hotel lima bintang oleh tauke-tauke cina yang mempunyai kepentingan projek dengan MPK.

Kata orang-orang Kota Raja, kelab-kelab malam yang sering dikunjungi oleh Azmizam ialah di DV Eight (Syabas Club PJ), Mercury Club dan juga di Klang Executive Club (KEC). Jika benarlah semua dakwaaan-dakwaan ini maka wak rasa si budak Azmizam tidak patut diangkat menjadi seorang pemimpin.

Orang-orang di Kota Raja minta wak tolong tanyakan Azmizam dan minta dia jawab. Wak harap Azmizam dapat menjawab segala dakwaan-dakwaan di bawah ini. Jika beliau gagal menjawabnya dalam masa 24 jam kita anggap segala dakwaan itu benar.

* Benarkah anda tidak pernah mendapat apa-apa faedah pun dari kontraktor-kontraktor yang menjalankan projek dengan MPK ?

* Benarkah atau tidak anda sering berhibur di kelab-kelab malam atau lounge hotel bersama dengan kontraktor-kontraktor yang menjalankan projek dengan MPK ?

Selangordaily

Rafizi mula roadshow, Anwar bela masa di MC Gay Gay?

|12 comments

Oleh Tom Yam

Persaingan merebut jawatan Ketua AMK dijangka semakin hangat apabila calon pilihan Anwar Ibrahim Rafizi Ramly dikatakan akan mula menggerakan jentera kempennya bermula malam esok apabila kumpulan akan melancarkan Program Generasi Reformasi dengan menjadikan Kelab Darul Ehsan di Ampang sebagai tapak pelancaran RoadShow seluruh Negara tersebut.

Adalah dipercayai program yang diaturkan Rafizi ini adalah bagi membendung kemaraan kumpulan pesaingnya Che Gu Bard (Badrul Hisham )yang dikatakan mendapat restu dari Ketua AMK sekarang Shamsul Iskandar.

Jumlah pencalonan buat masa ini dikatakan lebih memihak kepada Che Gu Bard dan meninggalkan Rafizi Ramli dan Hasmi Hashim.

Dikatakan juga Rafizi Ramli mula diserang dari kumpulan Che Gu Bard dengan pelbagai dakwaan dengan memperlehkan kredibiliti yang ada pada dirinya. Hingga menyebabkan Nik Nazmi tampil membersihkan bekas Pengurus kanan di Petronas Carigali tersebut.

Rafizi Ramli yang mengenali Anwar dan tertarik dengan Ketua umum PKR tersebut semenjak beliau masih belajar di MCKK , dikatakan memainkan peranan penting dengan menasihat Anwar di dalam aspek Ekonomi dinegeri Selangor.

Malah segala apa yang dipertuturkan oleh Anwar berkaitan ekonomi kebanyakkannya adalah idea dari Rafizy. Hari ini Anwar menempatkan beliau dikerusi empuk sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi negeri Selangor.

Nik Nazmi Adun Seri Setia dan bekas Setpol MB Selangor, kini merupakan Pengarah Komunikasi PKR merupakan anak didik Rafizi Ramly. Oleh itu tidak menghairankan jika kita melihat Nik Nazmi berkerja keras agar Rafizy Ramli memenangi jawatan Ketua AMK.

Di dalam persaingan merebut jawatan ketua AMK tersebut, Rafizy menjadikan Amirudin Shaari sebagai regunya dalam kumpulan Generasi Reformasi tersebut sebagai calon TIMBALAN KETUA, sementara SIM TZE TZIN dan Kesavan Subramanian sebagai calon Naib Ketua AMK.


Dengan 19 Road Show diaturkan oleh kumpulan Generasi Reformasi ini untuk melawan kerja Che Gua Bard dan Hasmi Hashim adalah dijangkan persaingan merebut jawatan Ketua AMK PKR kali ini adalah sengit.


Lebih-lebih lagi kumpulan Che Gu Bard mendapat sokongan penuh daripada Shamsul Iskandar. Walaupun Che Gu Bard tidak mempunyai latar belakang Akademik yang hebat seperti mana dimiliki Rafizi Ramli, namun dipercayai akar umbi PKR dikatakan lebih selesa dengan gerak kerja Che Gu Bard yang datangnya dari kelompok biasa PKR.


Begitu juga dengan Hasmi Hashim yang dikatakan akan mendapat sokongan dari kelompok tengah dan sosialis di dalam AMK. Dilabel sebagai kumpulan Pencerahan, tindakan agresif Hasmi Hashim dalam melontarkan idea dijangka menarik perhatikan banyak pihak di dalam AMK PKR untuk menyokongnya.


Walaupun Hasmi Hashim tidak segah nama Rafizy Ramli dan Che Gu Bard namun dia rapat dengan akar umbi PKR. Oleh itu lawannya tidak boleh mengambil mudah ancaman daripada Ketua PKR Parit Sulong tersebut.


Tom Yam Pok Tek

Kuching Christian preacher call Muhammad mentally unstable

|48 comments


Why is this Benjamin Stephen left free to insult Islam and the Prophet?

Where is his respect as a man of cloth to insult other religion and call Muhammad the Prophet of Islam as mentally derranged?

Is this a ploy to incite anger among Semenanjung Muslim that will eventually pit the Sarawakian Christians against Muslims?

DAP used the church to incite anger against BN in SIbu.

Is this another use of religion as political tools by Pakatan?

Video from Mahaguru58 posting here

Umar Abdul Aziz akui guna duit judi kasi kafir miskin Islam

|3 comments
Gambar dari Berani Membuat Pilihan sini

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Selepas pelbagai pendedahan dibuat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Pengakuannya itu bertentangan dengan penafiannya sebelum ini iaitu, kos untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil daripada penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

"Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi," katanya dalam laman sosial twitter, hari ini.

Beliau menjawab pendedahan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam mengenai sepucuk surat kerajaan negeri yang dihantar kepada Pengarah Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.

Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M. Yacob itu mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima oleh kerajaan negeri walaupun sebelum ini dinafikan.


Sebelum ini, sebuah blog, Pisau.net turut mendakwa bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas termasuk masyarakat Islam di negeri itu adalah dari sumber perjudian.

Dalam pada itu, Guan Eng berang dengan pendedahan isu tersebut apabila mempersoalkan kenapa Pemuda UMNO dan beberapa blog sengaja buat 'bising' berhubung isu sumbangan kepada warga emas.

"RM100 kepada warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri tak makan duit itu sebab ia boleh diberi kepada rakyat. Dulu Barisan Nasional (BN) tidak bagi duit masa memerintah, jadi mengapa bising?," soalnya.

Baca MIM sini ... seronok

Monday, September 27, 2010

Eli Wong 'nafsu besar' bantah bila kalah saja

|9 comments


Selepas calon-calon mengemukakan kertas pencalonan masing-masing, mereka akan diberi tempoh masa untuk membuat bantahan terhadap lawan masing-masing. Oleh yang demikian, mana-mana calon yang tidak berpuashati terhadap lawan mereka boleh mengemukakan bantahan semasa tempoh bantahan dibuka.

Sistem yang diguna pakai sama seperti sistem pilihanraya oleh SPR yang sering dikatakan tidak betul dan tidak telus oleh orang-orang PKR. Tetapi hari ini mereka mengiktiraf sistem itu apabila mereka mengguna pakainya, dan ternyata sistem itu betul serta yang terbaik. Apa yang mereka tuduh terhadap SPR sebelum ini adalah fitnah semata-mata.

Apa yang terjadi dalam pemilihan di PJU semalam adalah satu kepelikan. Elizabeth Wong membuat bantahan terhadap lawannya selepas keputusan diumumkan dan dia kalah ditangan lawannya.

Katanya, lawannya itu bukan ahli PKR dari PJU , sebaliknya ahli PKR dari PJS. Sini

Apa punya bangang ?

Semasa tempoh bantahan pada hari penamaan calon dia tidak membantah, tetapi apabila kalah dia membuat bantahan. Tak lain tak bukan adalah kerana dia tidak boleh menerima kekalahannya dan dia berharap agar jawatankuasa pemilihan melakukan sesuatu supaya keputusan tersebut dibatalkan atau keputusan ditukar supaya memihak kepadanya.

Sebagai contoh, Elizabeth Wong berkenalan dengan seorang lelaki. Selepas berkenalan dan berbual mesra mereka mula terasa ghairah dan bersetuju untuk melakukan hubungan seks. Apabila sudah suka sama suka maka mereka bergerak menuju kesebuah hotel untuk melakukan seks.

Untuk meneruskan contoh yang mengghairahkan ini sila baca di Selangordaily sini.

Exco Selangor Xavier merusuh tak boleh terima kekalahan

|14 comments


.... seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Sri Andalas, Xavier Jeyakumar telah hilang tahap kesabarannya dengan menyerang, menendang dan menumbuk calon Ketua Cabang Kota Raja, KS Kotappan dalam dewan …

Aksi ganas dan budaya samseng Xavier telah menyemarakkan lagi bahang kepanasan penyokong kedua dua pihak dan berlakulah pergaduhan sehingga memaksa campurtangan polis untuk menyuraikan keadaan.

Dilaporkan dua orang anak kepada KS Kotappan yang berusia 19 tahun dan 13 tahun juga dibelasah oleh samseng samseng upahan Xavier…! Ini menyebabkan budak berusia 13 tahun itu patah tangan, ketika updates ini dibuat, KS Kotappan dan anaknya itu masih dirawat di Hospital Sri Kota Klang.

Tindakan samseng Xavier yang berang terus menyerang KS Kotappan turut mengakibatkan seorang wanita melayu yang dikenali sebagai ‘Kak Cik’ pengsan. Difahamkan wanita tersebut berada dalam “maximum state of shock” kerana tidak menyangka seorang Ahli Kerajaan Negeri boleh berkelakuan seperti samseng jalanan sanggup mencederakan orang ditempat awam dikhalayak ramai…!

Manakala seorang calon Naib Ketua Cabang Mr Ayasamy yang menyokong KS Kotappan pula cedera teruk dipukul dengan kaki besi kerusi oleh calon Ketua AMK yang menyokong Xavier. Diberitakan Ayasamy cedera parah dan sewaktu dikejarkan hospital badannya berlumuran darah..!

Baca drama Tamil ini sepenuhnya dengan gambar2 di Medan Info Kita sini.

Johari Abdul dikalah penukang besi, Anwar arah Rashid Din undur

|8 comments

Johari Abdul, MP Sg. Petani, tewas dalam pemilihan ketua cabang PKR Sg. Petani kepada calon 'pilihan rakyat' En. Kumar.

Kumar hanya bekerja sebagai seorang tukang besi di pekan Sg Petani.

Johari yang mendapat sokongan kuat Azmin Ali adalah antara MP yang telah mengumum secara terbuka menyokong Azmin untuk Timbalan presiden PKR.

PKR Cabang Sg Petani berhadapan risiko digantung kerana calon pilihan Anwar dan Azmin tewas.


PKR Cabang Merbuk turut kecuh setelah terjadi tumbuk menumbuk akibat ahli tidak puashati apabila calon Ketua Cabang, Datuk Rashid Din menarik diri setelah mendapat tekanan dari Anwar untuk berundur.

Calon pilihan Anwar, Saiful Izham Ramli menang tanpa bertanding seperti dikehendaki Anwar, Azmin dan Saifudin.

Akibat insiden tumbuk, YB Manikumar, Adun Merbau Pulas exco k'jaan Kedah terpaksa ke IPD Kuala Muda untuk selesaikan ahli PKR yang buat laporan polis setelah ditumbuk.

Nurul Izzah pun menipu di Lembah Pantai!!!!

|18 comments

Kalau GAP yang sampai panggil Nurul Izah anak puaka untuk belasah pemilihan cibai Lembah Pantai, kita boleh fahamlah. Dia memang anti betul PKR.

Kalau orang support PKR pun dah panggil bangsat dan mual, dah teruk sangat PKR ni. Sebelum ini banyak kes orang Azmin. rupanya Zaid pun sama juga. Kita orang pro BN dah lama tahu.

Baca blog orang PKR Semangat 98 bawah ni:

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana.

Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni.

Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses?

Kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun.

Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

Kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!

Kalau macam ni lah PKR, nampak gayanya boleh lah dimasukkan dalam kolam taik Indah Water je lah.

PKR K Langat sampai bertumbuk dan kertas undi disepah

|12 comments


Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kuala Langat telah diadakan semalam di Dewan Wawasan Batu 9 Telok Panglima garang pukul 10 pagi. Pada pukul 3:30 petang begitu, peti undi telah dipecahkan dan kertas undi disepahkan dalam dewan tempat pengundian.

Turut berlaku sekali insiden baling kerusi (isyyy ... ingat macam MIC dulu-dulu) dan tumbuk menumbuk antara kumpulan ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Azmi Tahir dan calon Ketua cabang, Syukor.


Punca protes datang dari bekas Ketua Cabang, Abdul Razak Halidi dan lebih kurang 40 penyokong yang dinafikan kelayakan mengundi bersama 2 calon lain yang menentang Abdullah Sani.

MAT terpaksa di tunda ke Nov 2010. Macam cerita Tamil saja ini.

Yok Yolah reformasi, lebih demokrasi, bersih, ..... loya dengar si liwat lalak.

ADUN PAS Galas tenat

|6 comments

Dari semalam Kami The Unspinners dah dengar bahawa ADUN PAS untuk kawasan Galas di parlimen Gua Musang Kelantan sedang sakit tenat di Pusrawi.

Kami baru terima SMS dari Agendadaily berikut:

YB KRITIKAL Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sahkan pada Agendanews tadi ADUN Galas Kelantan, Chek Hashim Sulaiman yang mengidap barah kritikal dirawat di Pusrawi, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, kami dengar beliau sudah pergi buat rawatan di China dan masuk keluar hospital banyak kali.

Kami hanya mohon yang terbaik buat beliau.

Hoi UMNO Kelantan ... cukup2 cah keting. Gi atur dan perkemas jentera. Bukan nok dia mati tapi nanti baru nak PRK, baru tu nak mesyuarat, baru nak jupo pengundi dan nak pilih2 calun.

GEMPAR! Anwar batalkan pemilihan PKR?

|21 comments

Ini baru kedengaran sedang tersebar.

Dipercayai pada pukul 11 malam tadi di Tropicana, Anwar sudah ada ura-ura merancang untuk membatalkan semua pemilihan Ketua Cabang setelah ramai org kuatnya tewas dalam pemilihan peringkat cabang.

Macam tsunami, Anwar tidak mengawal keadaan. Satu-satu orangnya kecundang di Cabang. Pelbagai trick kotor sana sini telah ditentang ahli hingga berlaku pergaduhan. Ini menarik reaksi buruk terhadap PKR.

Petikan dari Warisan 2057 berikut:

Kejutan demi kejutan berlaku dalam pemilihan kepimpinan. YB Datuk Kamarul Baharin kalah di Telok Kemang. YB Eli Lenjan kalah di PJu. YB Sivarasa kalah di Subang, dia cuma dapat 5 undi. YB Mike kalah di Kapar. Keempat-empat YB ini merupakan orang kanan Azmin Ali.

[Xavier kalah dan dalam kejadian tumbuk menumbuk, dia ditumbuk.]

Bagi menutup kekalahan di Kapar dan Subang, Sivarasa dan Mike telah buat kecoh dan akhirnya mesyuarat cabang mereka di tangguhkan dan dibatalkan.

Gaduh di Klang, Kapar, Subang, Kota Raja, Kuala Langat, PJS dan Lembah Pantai. Ini semua sebenarnya membuka tembelang yang besar lagi nyata politik gangters Pkr. Ini adalah politik ganas.


Warisan 2057 menyalahkan ini sebagai kegagalan Azmin sebagai Ketua PKR Selangor.

Jika betul Anwar nak membatalkan, ini bermakna Anwar bukan saja mengamalkan politik bohong, politik nepotisma keluarga dan kawan, malahan politik kuku besi ala Komunis Korea Utara yang diamalkan Kim Jong Siang.

Mesyuarat AMK Cabang Batu ... elek kosong?

|8 comments

Huyoooo..ramainya ahli mesyuarat AMK Keadilan Cabang Batu. Berduyunnnn tiba ......

Nasionalis 1982

Sunday, September 26, 2010

Kapar pun gaduh ...

|8 comments

Mesyuarat agong cabang Pkr terus dihiasi insiden-insiden pergaduhan dan semakin ganas.

Pergaduhan berlaku antara penyokong calun-calun yang bertanding yang biasanya menyaksikan pertanding pelbagai penjuru dalam setiap jawatan.

Di cabang kapar, rusuhan dan pergaduhan berlaku antara 3 kumpulan utama. 6 kem bertanding jawatan ketua cabang. Masing-masing tidak berpuas hati terhadap pelbagai kempen dari pihak lawan.

Ia bermula bila ada kumpulan yang mempertikaikan senarai perwakilan yg hadir. Bilangan ahli yang meningkat mendadak adalah mencurigakan. Jumlah tersebut jauh berbeza dengan senarai yang dikeluarkan minggu lalu. Adalah difahamkan senarai itu baru disahkan malam tadi.

Proses pengundian juga kucar kacir. Undi belum bermula tetapi sudah ada kertas yang telah dipangkah. Kertas undi kemudiannya dikoyak oleh mereka yang tidak berpuas hati dan dibaling ke lantai.

Perang mulut akhir nya memulakan kejadian pergaduhan antara kumpulan melayu dan kumpulan India. Kerusi juga kelihatan melayang bagaikan ada sayap.

Mesyuarat agong itu kemudian ditangguhkan dan terus dibatalkan.

Ada pihak yang sangat tidak berpuas hati dan bercadang untuk membuat lapuran polis.

JOM GADUH, itu lah makna baru dalam perjuangan Parti Pkr.

Demokrasi oh demokrasi, semakin jauh dan terus lari.

Warisan 2057

Mesyuarat Agung PKR Pair Sulong pun gaduh

|8 comments
Dahsyat sungguh perebutan kuasa pada pemilihan PKR kali ini.. ada yang bergaduh seperti di Merbok dan Sg Petani dan ada yang mengamuk seperti di Permatang Pauh..

Terbaru ramai perwakilan PKR yang memulaukan mesyurat cabang di Parit Sulong. Ianya berpunca salah seorang Calon ketua cabang mangadakan mesyuarat cabang di rumah beliau [rujuk sini].
Katanya, kira-kira 20 orang perwakilan membantah mesyuarat itu diadakan di kediaman timbalan pengerusi tetap cabang itu, Alias Samsir yang turut bertanding jawatan ketua cabang.
Yang keduanya adalah disebabkan cara notis panggilan mesyuarat di keluarkan yang didakwa melanggar etika dan perlembagaan parti itu. Kerana notis tersebut - yang dikeluarkan pihak pusat - sepatutnya ditandatangani oleh setiausaha cabang berkenaan.

Ianya adalah pelanggaran terhadap etika dan perlembagaan parti yang banyak cabang PKR sengaja melakukannya..

Inilah akibatnya jika gila kuasa.. tapi ini bukan sesuatu yang mengejutkan, Bos Borek, pengikut rintik... kiranya perangai ahli PKR dan Aljuburi sama sahaja.. gilakan kuasa.. Inilah sebenarnya yang telah melanda PKR.. gila kuasa...

Kalau Juburi dah nak bagi kuasa pada anak beranak dan keluarga.. inikan pula ahli parti mereka..

Sumber: Aspirasi Bangsa

Perkasa Pasir Mas: Baik Melayu dibalas dengan tuntut hak mereka dihapuskan

|11 comments

Laungan “Hidup Melayu” yang begitu bergemuruh semasa ketibaan Tun Dr Mahathir adalah menhidupkan kembali semangat dan roh yang menyatukan orang Melayu sehingga berjayagg mengagalkan Malayan Union pada 1946.

Kebangkitan perjuangan nasionalism orang Melayu merupakan usaha yang mampun membuahkan hasil sehingga Kemerdekaan berjaya dicapai, termasuk mendapatkan kerjasama DYMM Raja Raja Melayu.

Namun hari ini, apabila orang Melayu membangkitkan isu berkenaan mempertahankan kepentingan orang Melayu, mereka dianggap sebagai ‘Rasis’.

Beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia bukanlah untuk orang Melayu sahaja tetapi adalah kepunyaan Bukan Melayu juga, kerana mereka diberikan hak sebagai wargangara semasa Kemerdekaan mahu dicapai walaupun mereka tidak bangkit untuk menentang Malayan Union.

“Orang Melayu amat murah hati kerana sanggup berkongsi negara dengan Bukan Melayu yang satu masa dulu tiada berwarga negara. Hari ini apa yang dituntut ialah Hak Istimewa Orang Melayu hendak dihapuskan. Inikah balasan kebaikan orang Melayu menerima mereka?”.

“Saya amat sedih kerana orang Melayu tidak sedar kedudukan mereka diancam oleh semua tuntutan ini. Orang Melayu kini berpecah dan tidak lagi mempunyai kekuatan sebagai kuasa yang bersatu padu”.

Petikan dari Bigdogdotcom













fda

Link2Me WeLinkBk (254)