Visitors

Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak

Kelantan tidak layak untuk terima royalti minyak
Jangan angkuh... terimalah Wang Ehsan

Saturday, July 31, 2010

DAP dah patut diharamkan!

|36 comments

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969.

Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969.

Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu.

Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!!

Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya.

Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya.

Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP.

Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu.

Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini. Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini.

Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini.

Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!

Petikan dari blog Zulkifli Nordin

MCA dan DAP sekata sejiwa?

|17 comments

Hujahnya ada asas.

Kenapa perlu diskaun Bumiputera diberi untuk hartanah mewah? Bumi yang sudah kaya tidak layak untuk mendapat diskaun lagi. Kononnya ini membantu yang kurang berupaya.

Macam mana Melayu kurang berupaya akan dibantu kalau hanya 7% saja diskaun? Apa ke tidak nanti diminta semua kurang berupaya dapat pengurangan 7%.

Maka tiadalah apa yang dikatakan harga istimewa untuk Bumiputera. DIpertingkatkan persoalan ini, bukankah ini langkah yang dibuat dari hak2 keistimewaan Melayu (serta Bumiputera) bawah Artikel 153.

Perkara diskaun tidak lagi dibincangkan di kabinet atau di dalam Mesyuarat BN atau mana2 parti kompenen BN tapi Menteri Perumahan dah buat kenyataan. Baca dalam laporan berita The Star semalam berikut:
Forgo discount to help the poor, rich bumis urged

The Star Online > Nation
Friday July 30, 2010


PETALING JAYA: It would be good if rich bumiputras could agree not to take the 7% discount for high-end homes and commercial property and give the benefit to the poor, said Housing and Local Government Minister Datuk Seri Chor Chee Heung.

Chor, who is MCA vice-president, said those who could afford houses worth RM1.5mil and above were rich enough and did not need the discount.

“There are still many bumiputras who cannot own a house. They need to be helped.

“If we can take away (the discount) from the rich, irrespective of their race, and give it to the poor, we can help them,” he told a press conference after giving a keynote address at the 13th National Housing and Property Summit here yesterday.
Sekarang Presiden MCa tanpa jawatan Menteri dah jadi amcam jurucakap untuk buat macam tuntutan. BAca sterusnya ...
He said party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek brought up the issue two weeks before DAP MP for Petaling Jaya Utara Tony Pua suggested that the discount for bumiputras be scrapped.

Chor said Dr Chua had tasked him to study the matter further before the party made any suggestion.

“We cannot simply take away the discount and say that it will be fair to everybody. It is too simplistic,” he said.
Kenaytaan Chor dan CHua dibuat selepas PM nyatakn berikut:
On Wednesday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that the Barisan Nasional-led states would not do away with the discount enjoyed by bumiputras...
Jika sebelum ini kita lihat Lim Guan Eng menjadi jurucakap untuk MCA dan Gerakan yang di smash Dato Zahid Hamidi, kali ini kita lihat DAP dan MCA seiring sekata dan sekata sejiwa.

Buat apa kita nak layan lagi tuntutan MCA dan Gerakan. Mereka sudah tidak ada sokongan pun lagi. Adakah kita mahu tunggu mereka menikam di saat terakhir?

Itu Cina, Melayu macam mana?

Masih leka dengan perbezaan ideologi dan politiking? Nak berpolitik, imbangkan prinsip dan kepentingan.

Apa guna prinsip tapi tiada manafaat untuk mereka yang kamu perjuangkan, amnya rakyat dan pihak lain yang mendapat labanya? Apa guna kepentingan tanpa panduan prinsip dan moral?

Tahulah sikit malu Anwar ... nak ceramah juga di Batu Pahat

|6 comments

Rancangan Anwar di Sri Gading tidak jadi, lalu dia batalkan dan terima jemputan Cina di sebuah restoren di Batu Pahat.

Tapi sifat gelojoh Anwar yang mengamalkan depan belakang sama saja, tidak puas. Mana tidak, tidak tercapai dia harapan untuk ceramah kepada Melayu Batu Pahat.

Kami terima SMS dari seorang ahli AMK di daerah batu Pahat yang berbunyi berikut:
Pgumuman kpd smua pdokong pjuangan rakyat!!! Ceramah PKR bsama DS Anwar Ibrahim dikawasan lapang Tmn Universiti, Parit Raja, Batu Pahat pd 31 Jul 2010jam 8:30 mlm telah ditukar keMarkas Pas Tongkang Pecah, Jln Besar Batu Pahat pd 1 Ogos 2010 jam 8:30 mlm kerana tidak mendapat permit polis. Ayuh sebarkan
Hai ... dia ingat main police and thief macam di sekolah ke nak pindah2 pakai SMS.

Melayu dan Bumiputera saja perintah Malaysia

|8 comments

PRU ke-13: Mungkin Kerajaan Malaysia Adalah Kerajaan Melayu/Bumiputera

Oleh : Susan Lim

Malaysia sering digambarkan sebagai negara yang unik kerana walaupun bermasyarakat majmuk tetapi bersatu padu dan hidup dalam aman harmoni.

Walaupun terdapat berbagai cabaran dan dugaan namun, rakyat Malaysia cukup matang dan tidak mudah dihasut atau dipengaruhi anasir jahat yang cuba menimbulkan huru-hara dan memecahbelahkan masyarakat.

Malangnya, keunikan Malaysia juga bermakna Malaysia adalah negara yang rapuh. Silap perhitungan segala yang telah terbina bersama akan hancur berkecai.

Semangat toleransi, kerjasama, belas kasihan dan kasih sayang yang kian pudar menyukarkan lagi negara ini mengekalkan keunikan ini.

Keupayaan Malaysia untuk berdiri teguh selama ini ialah kerana semua golongan masyarakat menerima Malaysia dan kedudukan masing-masing di dalam perlembagaan seadanya.

Semua golongan memahami dan menghayati perlembagaan dengan penuh sikap tanggungjawab.

Perlembagaan Malaysia telah mengambil kira semua aspek penting dalam masyarakat bagi menghindarkan mana-mana pihak tertindas dan merasa tidak puas hati dengan menggariskan kedudukan masing-masing mengikut hak sebagai penduduk asal dan bukan penduduk asal secara adil.

Jelas, perlembagaan inilah yang menjadi kunci atau rahsia keamanan dan keteguhan Malaysia selama ini.

Tanpa perlembagaan ini, Malaysia mungkin berada 20 – 30 tahun ke belakang, menyaingi negara-negara yang seusianya.

Melihat apa yang berlaku di dalam negara-negara terbabit, bukan mustahil sejarah Malaysia juga akan dipenuhi dengan darah andainya perlembagaan Malaysia tidak tertulis sedemikian rupa.

Percubaan meleraikan ikatan perlembagaan tersebut oleh beberapa pihak menyebabkan Malaysia sedikit goyah.

Negara yang goyah mudah dicerobohi oleh anasir-anasir asing yang telah lama mengintai peluang untuk menelan kita.

Anasir-anasir asing ini cukup arif bahawa satu-satunya cara yang paling berkesan untuk melemahkan terus Malaysia adalah dengan membuka ikatan perlembagaannya.

Dengan itu, mereka menyerang dari dalam pertamanya dengan mengapi-apikan kaum minoriti kononnya mereka tertindas oleh perlembagaan.

Hakikat bahawa kaum minoriti yang memegang kuasa ekonomi negara ini tidak pula diambil kira. Sedikit sebanyak kaum minoriti mula terhasut dan mula membayangkan keinginan untuk menguasai Malaysia sepenuhnya dan bukan hanya melalui ekonomi.

Perkara ini tidak mungkin menjadi parah sekiranya penekanan terhadap subjek sejarah dan perlembagaan negara diteruskan sepertimana selepas merdeka.

Kelalaian kita menekankan perkara ini di sekolah telah membentuk generasi yang tidak tahu sejarah dan memberontak membabi buta. Kebencian mula meluap apabila perasaan tidak puas hati, dengki serta iri hati menguasai diri.

Semangat cintakan negara dan memahami sejarah Malaysia, bukan sejarah bangsa Cina atau bangsa India harus disemai sejak kecil atau semua impian ke arah satu bangsa Malaysia akan tinggal impian sahaja selamanya.

Sudah sampai masanya perkara ini dibincangkan secara terbuka memandangkan sifat perkauman di dalam bangsa Malaysia juga semakin ditunjukkan secara terbuka.

Tidak perlu lagi kita cuba menjaga hati orang yang langsung tidak menjaga hati kita. Jika benar kita ingin menangani masalah ini, kita harus bertegas dan kembali kepada perlembagaan yang telah menyatukan kita.

Hari ini, kita melihat kaum Cina semakin berpaling dari perlembagaan. Hujah mereka bahawa perlembagaan bersifat perkauman dan menganaktirikan mereka dari segi pendidikan dan juga sosial.

Kaum Melayu pula berhujah balas bahawa perlembagaan masih belum dapat diubah selagi kaum Cina terus bersikap rasis atau perkauman dalam pekerjaan dan perniagaan yang dikuasai mereka.

Kaum Melayu bagaimanapun masih ingin mencari penyelesaian dan menyarankan satu sekolah untuk semua bagi merealisasikan satu Malaysia yang sebenar-benarnya di masa depan di mana rakyat Malaysia tidak lagi dinilai dari segi kaumnya.

Namun, saranan ini ditentang hebat oleh kaum Cina dan bertegas inginkan sekolah berasingan dengan alasan untuk memastikan budaya dan bahasa mereka terus berkembang. Kaum Cina tidak berminat dengan satu budaya Malaysia.

Kaum Melayu berhujah lagi bahawa bahasa dan budaya boleh dipelajari selepas waktu sekolah sepertimana pembelajaran agama bagi anak-anak Melayu.

Kaum Cina menolak mentah-mentah dan bertindak balas dengan memohon lebih banyak peruntukan untuk sekolah-sekolah mereka.

Tidak boleh tidak, mana-mana pihak berkecuali akan melihat bahawa adanya semacam muslihat kaum Cina untuk menggagalkan usaha ke arah satu bangsa Malaysia.

Perkara ini telah berlanjutan sekian lama, namun dengan kewarasan segolongan pemimpin-pemimpin kaum Cina di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional, titik tengah toleransi dapat dicapai di mana sekolah Cina masih beroperasi dan Melayu juga tetap kekal menikmati hak yang ada.

Malangnya, parti-parti komponen Barisan Nasional kini mula menari sama rentak dengan pembangkang Cina dan menuntut agar ikatan perlembagaan yang sekian lama menyatukan kita, dilonggarkan atau dibuka terus.

Sifat ini dilihat sebagai pentingkan diri, tamak serta angkuh kerana ia secara jelas memberi faedah hanya kepada satu pihak iaitu kaum Cina.

Kaum Melayu dan Bumiputera jelas akan tertindas terus melalui percaturan ekonomi di dalam pekerjaan dan perniagaan.

Penindasan ekonomi akan secara langsung membawa kepada penindasan dari segi sosial dan pendidikan.

Apabila kaum Melayu tertindas dari segala segi, maka logiknya juga kuasa politik juga akan hilang sama sekali.

Inikah muslihat kaum Cina? Tidak perlu berdalih kononnya mereka tidak mendiskriminasi kaum lain di tempat kerja dan perniagaan mereka. Mengaku sajalah kerana diskriminasi kaum majoriti oleh minoriti seolah-olah sudah diterima sebagai ‘cara hidup’ di Malaysia.

Berdasarkan sikap parti-parti komponen yang mewakili kaum Cina di dalam BN yang seolah-olah dingin dan enggan bekerjasama untuk memulihkan sokongan kaum mereka kepada BN, maka tidak mustahil selepas Pilihanraya ke-13 nanti, kerajaan Malaysia akan menjadi kerajaan Melayu/Bumiputera semata-mata.

Andainya kaum Cina langsung tidak memberi undi kepada BN juga, BN akan tetap mampu membentuk kerajaan kerana jumlah wakil Cina di dalam BN tidak signifikan.

Begitu juga dengan Sabah dan Sarawak di mana majoriti pengundinya adalah kaum bumiputera. Tidak mungkin Menteri dan Timbalan Menteri dilantik dari kaum Cina.

Andainya ini benar-benar berlaku, maka kaum Cina tidak akan ada lagi wakil dalam kerajaan kerana pastinya Melayu di dalam UMNO akan mendesak supaya peruntukan kaum Cina di dalam kabinet dihapuskan sekiranya semua dari mereka tewas dalam pilihanraya.

Kaum Cina di Malaysia harus berbalik kepada perlembagaan yang mengikat tali perpaduan negara ini jika mereka benar-benar sayangkan negara, serius ingin membentuk satu bangsa Malaysia dan tidak punya apa-apa muslihat untuk menguasai dan menindas sesiapa.

Jika benar kaum Cina tidak punya sebarang muslihat dan niat jahat, mereka seharusnya akur bahawa satu-satunya cara untuk membentuk satu bangsa Malaysia adalah melalui sistem Satu Sekolah Untuk Semua.

Selagi kita masih membeza-bezakan sekolah, kita akan terus membeza-bezakan kaum. Selagi kita terus membeza-bezakan kaum, cita-cita untuk membentuk satu bangsa Malaysia tidak mungkin dicapai.

Selagi satu bangsa Malaysia tidak tercapai, selagi itulah perlembagaan tetap perlu dipelihara dan didokong oleh semua bagi menjamin keamanan dan keadilan untuk semua.

SUmber: Malaysia Instinct

Hak Melayu Bumiputera tidak boleh dipersoalkan

|20 comments

Hak Istimewa Melayu Tidak Boleh Dipolitikkan

KUALA LUMPUR 30 Julai – Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun membidas pihak pembangkang khususnya DAP yang seringkali menimbulkan hal-hal berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.

Katanya, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.

“Saya melihat situasi ini seolah-olah mencabar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana kalau kita kaji sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan juga Perlembagaan Persekutuan 1957, Artikel 153 adalah salah satu artikel berbentuk ‘entrenched’,” katanya kepada umno-online.com.

Jelasnya lagi, Artikel 153 tersebut adalah tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan iatu hak orang Melayu sama ada berkenaan dengan permit dan juga perkhidmatan; termasuk di dalamnya biasiswa dan sebagainya, adalah hak yang telah dilindungi termaktub.

“Oleh itu ia tidak boleh dicabar atau dibincangkan sekalipun, malah tidak boleh dicela atau dicaci oleh mana-mana pihak,” tegasnya merujuk berkenaan i DAP dan juga beberapa kumpulan-kumpulan pendesak yang kebanyakannya bukan Melayu mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dalam beberapa perkara.

Menurut beliau, apabila DAP membangkitkan hal sedemikian, dapat dilihat bahawa perjuangannya tersasar daripada sebuah parti sosialis menjadi rasis.

“Pihak sedemikian cuba untuk menimbulkan perasaan benci, rasa tidak sama rata dan perasaan bahawa sesuatu kaum itu lebih superior dari kaum yang lain. Ini adalah permainan politik yang bahaya kerana boleh menimbulkan masalah dan dikaitkan dengan hasutan.

“Menerusi Akta Hasutan 1948, secara ringkas menerangkan bahawa, ia adalah satu perbuatan menghasut apabila mempertikaikan apa jua perkara, hak, posisi, keistimewaan dan sebagainya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Justeru, katanya jika ianya dibiarkan berterusan maka akan mewujudkan satu perkara yang boleh menimbulkan satu-satu kaum dalam masyarakat bersikap prejudis dan jika dilihat dari aspek perundangan maka tindakan boleh dilakukan di bawah Akta Hasutan.

“Saya sendiri perlu berhati-hati apabila memperkatakan tentang Artikel 153 ini kerana tidak mahu melanggar undang-undang dengan dikaitkan di bawah Akta Hasutan atau dicap serbagai ultra Melayu dengan kenyataan saya disalahguna,” tegasnya.

Menurut beliau, ultra Melayu ini sendiri mula diperkatakan sejak penerbitan buku ‘Malay Dilemma’ oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga hari ini dan ia telah diberi satu konotasi yang berbentuk negatif.

“Kita tidak boleh nafikan di dalam diri kita masing-masing ada ultranya tetapi apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bawa dalam konsep 1Malaysia adalah satu prinsip toleransi yang berbentuk penerimaan iaitu setiap bangsa perlulah menerima hak kewujudan, keistimewaan, kelebihan kaum-kaum lain agar semua dapat hidup dalam masyarakat yang harmoni.”

Hafarizam turut menyatakan kekesalannya berkaitan perkara terbabit dan berharap agar pihak pembangkang menggunakan isu-isu lain dalam hal politik.

“Carilah perkara lain untuk dipolitikkan dan lakukanlah secara matang agar tidak menyebabkan timbulnya persaaan marah terhadap orang bukan Melayu atau UMNO sendiri.

“Kalau DAP betul-betul parti yang memperjuangkan sosialis, iaitu berteraskan kerajaan mengatasi segalanya maka tentu mereka tidak bersifat rasis. Dalam keadaan ini double standard atau tidak konsisten diamalkan kerana posisi mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.”

Apa yang jelas, tegasnya lagi jika dihayati Artikel 153 itu sendiri menyatakan bahawa hak-hak orang Melayu adalah dilindungi tetapi dalam masa yang sama tidak pernah mendiskriminasi hak-hak kaum-kaum lain.

“Sebagai contoh kita lihat Artikel 152 yang mana mengatakan bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu tetapi tidak menghalang selain daripada tujuan rasmi untuk penggunaan atau pun pengajaran atau pembelajaran bahasa-bahasa lain. Daripada artikel 152 inilah maka sekolah vernikular, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diwujudkan,” katanya.

Sumber: Penasihat Undang-Undang UMNO

Buka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Lagi jelas ...

Friday, July 30, 2010

John Mallot, handler CIA untuk Anwar di Malaysia

|17 comments
Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot adalah satu-satunya pegawai kedutaan yang tidak segan silu dengan terbuka mempertahankan Anwar semasa kes sodomi pertama.

Memang pelik seorang Duta boleh memperjudikan hubungan diplomasi antara dua negara yang makan masa untuk dibina dan mudah jadi tegang dari kesilapan2 sedikit.

Mallot ini diketahui sangat rapat hingga dianggap sebagai family friend keapda keluarga Anwar. Sehingga dia membantu menguruskan urusan pelajaran Nurul Izzah di Georgetown University, Washington.

Hubungan rapat lain macam antara Anwar dan Mallot ini sangat anih. Tidak lama selepas Mallot bising di KL semasa dia Duta, dia terus ditarik pulang dan hilang hingga muncul di Malaysiakini.

TIdak diketahui sangat apa yang dilakukan Mallot selepas pulang kembali ke California melainkan surat2nya yang lepas yang selalunya menyuarakan kesangsiaannya dengan proses mahkamah untuk kes sodomi pertama dan menghentam Mahathir.

Dia seolah-olah orang yang secara terus menjaga hal ehwal Anwar. Itu yang terbina hubungan yang sudah sampai tahap peribadi.

Perkara ini masih berterusan. Pada awal Jun Mallot ada datang ke Kuala Lumpur. Anwar telah meraikan Mallot ke satu majlis makan tengahhari di sebuah restoren Thai di Pacific Regency Hotel.

Makan tengahhari itu diatur oleh diatur oleh Dato’ Michael Bong dan dihadiri oleh beberapa peguambela seperti Sankara Nair, Param Cumaraswamy, Faez Abdullah, dan Karpal Singh.

Turut sama adalah Chua Jui Meng, Datin Paduka Tan Yee Kew, Mustafa Kamil ayub, dan Dato’ David Yeoh, bekas Senator Dewan Negara.

Steven Gan dari Malaysiakini.com yang sering beri ruang kepada Mallot turut serta.

Sekembalinya ke Amerika, Mallot menulis mempersoalkan kes yang ada tapi masih berlegar kepada hujah cerita sodomi pertama.

Tambahan kali ini adalah dia memanggil Perkasa sebagai satu kumpulan militan Melayu, satu spin baru yang dia dapat dari perjumpaan itu. Motivasi mereka jelas kerana baik PAS mahupun PKR sedang desperado mahukan undi Melayu dan Perkasa dilihat sebagai mengacau kerana mereka menarik sokongan Melayu.

Dengan Mallot menulis demikian di Wall Street Journal, mereka berharap untuk menakutkan Ibrahim Ali dan Perkasa.

Setelah diamati lama-lama, kemungkinan besar Mallot ini adalah handler CIA khusus untuk Anwar dan menjadi Duta khusus untuk memastikan tiada perkara yang menghalang Anwar menggantikan Dr Mahathir semasa itu.

Boleh bayang betapa kekecewaan Mallot tidak dapat menyelesaikan tugas yang dah menunggu masa untuk tercapai. Sampai sekarang dia frust? Itu yang dia tak habis2 meroyan.

Nizar kaitkan Hadi dengan APCO .... hehehe si bengong

|12 comments


Surat diatas diperolehi dari blog Taiping Mali.

Dua surat atas adalah sungguh melucukan dan menunjukkan tahap ke bengongongan si Nizar sudah tahap gaban. Dua kali ngong.

Nizar dijemput ke Terengganu untuk satu Majlis untuk berceramah. Biasalah PAS ceramah ceramah ceramah ...

Dalam ceramah dia bedal isu kerajaan perpaduan UMNO-PAS. Dalam bedal, dia sudah spin bahawa ini adalah usaha yang diarahkan oleh APCO. Konon sambil menyelam sambil minum air. Nak cuba redakan tekanan Paderi Besar Erdogan Malaysia, Sheikh Anwar Al Jub.

Bengong Nizar memang dah sampai tahap gaban. Dia terlupa kerajaan perpaduan itu dimulakan oleh Haji Hadi. Mengikut spin Nizar, kalau gitu, Haji Hadi telah diarahkan oleh APCO lah.

Dalam PAs nak cuba menZioniskan Najib, rupanya telah Zioniskan Haji Hadi. Langsung mailah surat dari Pemuda PAS memperingati Nizar.

Pemuda PAS Tganu suruh dia ikut ketetapan AJK PUsat yang tidak akan layan cerita2 kerajaan perpaduan. Pendik kata, Pemuda PAS Tganu sebenarnya suruh Nizar diam jangan cakap. Asal dia dah jadi robot Ngeh Nga yang tak ada otak ... keh keh keh.

Mana dia ada otak nak faham bahawa kerajaan perpaduan ini ada orang dalam PAS juga yang start. Pemimpin PAS tersebut menyedari Melayu akan kerugian. Mereka tahu juga PKR akan bolot kerusi akan datang dan PAS akan tergolong dalam orang2 yang rugi.

Berapa allocation PAS akan diberi? Kalau ikut kerusi yang ada, pemimpin PAS itu dapat rasa mereka akan kalah dan tinggal hanya dalam 15 kerusi saja.

Trend pemilihan adalah dikebanyakkan kawasan Melayu akan kasi UMNO dan Cina akan kasi DAP. PKR dan PAS ikut kawasan akan berharap pada undi Cina. Oleh kerana lawan PAS adalah UMNO, tidak ada pertambahan kerusi Melayu. UMNO boleh kalah pada PKR di kerusi campur yang ada peratusan tinggi Cina.

UMNO rugi, PAS rugi, PKR untung. PKR lebih pada bukan Melayu. Kalau BN dan MCa berunah dan perkuatkan diri, BN boleh bertambah baik.

Kira2 macam ini, Nizar mana faham ...

Mr Bean cakap pasal FDI ... kah kah kah

|27 comments

Bukanlah kita nak menghina Mahfuz atau PAS, tetapi kita tak dapat menahan ketawa bila Mahfuz yang hanya mempunyai kelulusan SRP mempersoalkan perihal ekonomi.

Bukannya ekonomi rumahtangga seperti beras, gula dan minyak di dapur rumahnya, tetapi ekonomi negara. Lebih dari itu, bukan pula berkenaan harga gula atau minyak di pasaran tetapi tentang pelaburan langsung asing (FDI).

Tetapi, tak perlulah kita ketawakan Mahfuz sampai terguling-guling, tak baik.

Lebih baik kita tumpukan kepada penjelasan kenapa FDI merosot sebanyak 81 peratus kepada RM4.43 billion pada 2009 berbanding RM23.47 billion pada 2008.

Untuk memudahkan pemahaman Mahfuz, kita terangkan dalam bahasa yang boleh difahami oleh rakyat biasa.

Malaysia kini tidak lagi menumpukan kepada industri berasaskan tenaga buruh. Sebaliknya, negara menekankan perindustrian berasaskan kemahiran dan pengalaman.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing. Ini antara salah satu sebab yang mungkin menyebabkan syarikat-syarikat yang mementingkan kos buruh yang rendah tidak memilih Malaysia.

Bagaimanapun, langkah ini adalah tepat dan memberi manfaat kepada Malaysia dari segi sosial dan jangka panjang.

Krisis ekonomi dunia juga memberi kesan langsung kepada FDI. Sebelum ini, kebanyakan syarikat-syarikat yang melabur di Malaysia melaburkan kembali keuntungan mereka di sini.

Tetapi, memandangkan seluruh negara di dunia, termasuk negara-negara kuasa besar juga terjejas dengan krisis ini, maka pelabur-pelabur perlu lebih teliti dalam menangani belanjawan syarikat.

Perancangan, pemantauan dan kawalan kewangan lebih ketat dan dibuat terus oleh syarikat induk di negara-negara masing-masing.

Oleh yang demikian kebanyakan syarikat-syarikat ini memilih untuk tidak melaburkan semula keuntungan mereka sebagai langkah menangani krisis ini.

Malaysia kini berada dalam proses transisi di mana Model Ekonomi Baru baru saja diperkenalkan.

Pelabur-pelabur perlu mengambil masa memahami dan menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan.

Selain itu, tanggungjawab membawa masuk FDI juga lebih banyak dipikul oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri pada ketika ini mengambil langkah kurang aktif dalam mempromosi pelaburan kerana menunggu masa yang lebih sesuai iaitu setelah pelabur-pelabur membiasakan diri dengan perubahan-perubahan yang dibuat serta apabila keadaan ekonomi menjadi lebih stabil.

Untuk pengetahuan Mahfuz, khususnya, dan pembangkang, amnya, merancang FDI memerlukan masa yang panjang, bukannya seperti melabur dalam Kohilal.

Kita percaya FDI akan meningkat pada tahun 2010 ini, dan akan terus melonjak di tahun hadapan bila RMK-10 mula dilaksanakan pada Januari nanti.

Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya membawa Malaysia mengharungi krisis ekonomi dunia dengan tenang dan bergaya.

Namun, sedar atau tidak, usaha kerajaan itu seringkali disabotaj oleh puak-puak Mahfuz juga.

Dalam kerajaan bertungkus lumus mentadbir dan berkhidmat agar negara ini terus maju, aman dan makmur, puak-puak Mahfuz atau pembangkang pula tak jemu-jemu cuba membuat onar dan huru-hara.

Tidak cukup dengan menghasut dan menyukarkan kerajaan mengambil langkah terbaik untuk Malaysia, misalnya dalam soal pengurangan subsidi, pembangkang juga turut memburukkan nama Malaysia tanpa henti di luar negara.

Tindakan pembangkang mengecam dan menghina sistem, undang-undang dan kerajaan sendiri pastinya membangkitkan keraguan di kalangan pelabur luar negara.

Kerana tindakan pembangkang ini, kerajaan terpaksa memperuntukkan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk mentadbir, untuk menangani perkara sampingan seperti menangkis tohmahan dan membersihkan nama Malaysia di mata dunia.

Semua ini semata-mata kerana kerajaan ingin memastikan negara dan rakyat Malaysia tidak terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab dan khianat oleh puak pembangkang.

Justeru, jika FDI Malaysia tidak dapat dilonjakkan pada tahun hadapan mengikut jangkaan, pembangkang tidak boleh tidak, harus dipersalahkan.

Daripada mengutuk dan menghentam kerajaan pusat, ada baiknya jika Mahfuz menegur kerajaan di negeri yang diperintah oleh pihaknya, khasnya Kedah yang juga negerinya.

Rumah Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah tidaklah begitu jauh dari Pokok Sena. Untuk menegur Ustaz Azizan, bukan sukar, jika ada keikhlasan, kemahuan dan sedikit akal.

Tanyalah Ustaz Azizan, apa yang terjadi dengan Kulim Hi-Tech Park yang merupakan cabang FDI negeri Kedah yang suatu ketika dulu menjadi kebanggaan negeri dan negara?

Tanyalah Ustaz Azizan, apakah yang terjadi atau telah dicapai sejak PAS memerintah Kedah dan menendang secara langsung dan tidak langsung mereka yang bertanggungjawab membawa kejayaan kepada Kulim Hi-Tech Park?

Kita ingin melihat senarai jelas pelaburan baru yang diomongkan oleh pemimpin PAS Kedah.

Umum tahu bahawa satu-satunya pelaburan baru yang besar iaitu First Solar yang masuk setelah PAS memerintah juga bukanlah atas usaha PAS.

Perundingan dan kata putus pelaburan First Solar ke Kulim Hi-Tech Park telah dibuat di era Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin lagi, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kulim Techonology Park Corporation sebelum ini.

Dato’ Ahmad Shukri telah ditendang oleh PAS dari Kulim Hi-Tech Park dengan meninggalkan pelaburan berjumlah RM23 billion.

Sejak Kulim Hi-Tech Park diterajui oleh suami kepada sepupu Ustaz Azizan, iaitu En. Sobri, yang kini bergelar Presiden syarikat, tiada satu pun pelaburan baru yang masuk.

Sedangkan orang kuat En. Sobri ini, iaitu En. Annuar Saffar yang dinasihatkan berhenti oleh Teknologi Park Malaysia kerana korupsi suatu ketika dahulu, sering keluar negara menghabiskan duit syarikat dan duit negeri konon untuk mempromosi projek ini.

Yang ada di Kulim Hi-Tech Park kini hanyalah masalah demi masalah serta rungutan oleh para pelabur sedia ada.

Rungutan juga boleh didengari di kalangan pekerja, yang selalunya berbunyi, ‘tak ada kerja’. Yang ada hanyalah tazkirah dan majlis-majlis agama.

Kulim Hi-Tech Park hari ini telah bertukar menjadi sekolah agama dewasa dan hanya berurusan dengan pelaburan sesudah mati.

Ini terbukti bila penilaian prestasi pekerja juga dibuat bukan atas dasar kredibiliti dan dedikasi tetapi atas dasar ‘penampilan luaran’. Mana-mana pekerja wanita yang tak memakai tudung, walaupun rajin akan dianggap tidak bekerja.

Kita sudah dapat mengagak jawapan Mahfuz dan PAS Kedah sekiranya prestasi Kulim Hi-Tech Park ini dipersoalkan. Jawapan mereka pastinya akan berbunyi lebih kurang sama dengan jawapan kerajaan pusat mengenai masalah penurunan jumlah FDI di Malaysia juga.

Namun, membandingkan Malaysia dengan Kedah adalah tindakan dangkal. Malaysia terdiri dari 13 negeri dan 1 wilayah yang mana bukan semuanya di bawah kuasa penuh kerajaan pusat. Apatah lagi FDI selalunya adalah tanggungjawab langsung kerajaan negeri.

Kerajaan pusat tidak dapat membantu Kedah dan negeri-negeri di bawah kuasa pembangkang secara langsung.

Dan kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa pelabur juga sebenarnya agak keberatan melabur di negeri-negeri di bawah pembangkang kerana tidak yakin dengan kredibiliti pembangkang.

Buktinya, di kala Kulim Hi-Tech Park di bawah Presiden baru ketandusan pelabur, Senai Hi-Tech Park di Johor berjaya menarik pelabur-pelabur baru walaupun baru setahun jagung beroperasi.

Setakat hari ini, Senai telah berjaya membawa masuk 3 projek iaitu EQ Solar (USD 500 million), MOX-Linde (RM60 million) dan STX Technology (USD 500million).

Ini adalah satu jumlah yang besar bagi sebuah projek baru. Sedangkan, perundingan bagi FDI selalunya berjalan sehingga 2 – 3 tahun sebelum berjaya memeterai perjanjian.

Adalah difahamkan banyak lagi FDI yang telah bersedia masuk ke Senai apabila infrastruktur siap sepenuhnya nanti.

Justeru, apakah alasan PAS dalam membandingkan pencapaian Senai dalam masa setahun dengan Kulim Hi-Tech Park yang ditinggalkan dalam keadaan lengkap dan tersedia oleh Ketua Eksekutif terdahulu?

Jawapannya ialah tendangan PAS begitu kuat sehingga Dato’ Ahmad Shukri terdampar di Senai, Johor.

Inilah bukti kedangkalan PAS dalam membuat keputusan. Kerana ego dan jahil, PAS telah menendang aset berharga negeri ke negeri lain.

Andainya peneraju Kulim Hi-Tech Park adalah orang yang sama, pastinya semua pelaburan baru itu menjadi milik Kedah, bukan Johor atau milik PAS, bukan BN.

Oleh itu, kepada Mahfuz, dan keseluruhan pemimpin serta penyokong pembangkang atau pembangang, hentikanlah menghentam kerajaan mengenai perkara yang anda sendiri ‘tak faham kepala ekor’, kata orang Kedah.

Kalau tak tahu buat kerja, sekurang-kurangnya janganlah ganggu kerajaan nak bekerja.

Sumber: Malaysia Instinct

Bertepek kena Mr Bean ...bukan 11 ni boleh ambik SPM kan?

Anwar diboikot pengundi di Sri Gading Batu Pahat

|14 comments

Anwar dijadualkan untuk melawat Batu Pahat pada hari Sabtu ini. Dia merancang untuk berucap ke Sri Gading, satu kawasan yang sedang meleleh air liur CHua Jui Meng yang hilang semua Dato.

Ahli Parlimen yang sekarang, Dato Mohamad Aziz minta pengundi Sri Gading boikot dan Pemuda UMNO yang akan ramai-ramai hadhiri ceramah Anwar.

Apabila disampaikan kepada Anwar bahawa yang akan hadhir adalah Pemuda UMNO dan bukan rakyat, lalu terus batal rancangannnya.

Anwar beritahu orang kelilingnya dia tak jadi ke Sri Gading pasal tak dapat sambutan. Entah apa yang dia akan mengata pasal orang Sri Gading kelak.

Langsung dia pindah ke bandar Batu Pahat sendiri kerana ada sedikit sambutan dari Cina banda. Kononnya ada sokongan dari Cina Batu Pahat. Tidaklah malu Anwar dari terpaksa batalkan semua ceramah.

Buat masa ini, rancangan di bandar Batu Pahat adalah di sebuah restoren Cina dari pukul 7:30 ke 10:30 malam. Dijadualkan bercakap adalah Anwar, Tuan Syed Hamid Ali, Chua Jui Meng tanpa Dato, dan Dato’ Dr Mahfodz Mohamed.

Mahfodz ini adalah orang kuat Pakatan yang sedang cuba membawa masuk Pakatan Rakyat ke Johor.

Sejak Chua Jui Meng yang jadi Pengerusi PKR di Johor, dengarnya ramai AMK Johor tak setuju. Indicator akan dapat dilihat nanti.

Sementara itu, perjumpaan di bandar ini belum dapat permit polis, tapi Ketua Cabang BP akan tetap teruskan.

Rancangan seterusnya di Markas PAS Rengit, antara beberapa markas yang wujud. Akan turut sama bersyarah di situ adalah Dr Boo Cheng Hau dan Siti Aishah Shaik Ismail.

Thursday, July 29, 2010

Kalimullah's column that defended Anwar

|6 comments

New Sunday Times 4 September 2004

By Kalimullah Hassan

YEARS from now, how will our history books record these last six years? Will people know what really happened? Will they just remember the pain of the financial crisis, the political turmoil, the violent street demonstrations, the fall from grace of a Deputy Prime Minister and forget how it all started?

How will history judge the principal personalities involved - Tun Dr Mahathir Mohamad and Datuk Seri Anwar Ibrahim? Who knows?

Anwar Ibrahim is a free man now. He fought for close to six years to get that freedom and for a major part of that time, a nation divided watched the drama unfold.

The tremors of Anwar's sacking as Deputy Prime Minister on Sept 2, 1998, were most felt in Kuala Lumpur where his supporters took their dissatisfaction to the streets in sometimes violent demonstrations.

It was not the fact that he was sacked that shocked people so much. That was a political process. But what troubled Malaysians were the subsequent events.

Anwar was beaten up in detention by no less than the country's top policeman then, Inspector-General of Police Tan Sri Rahim Noor.

The black eye that Anwar appeared with in court when he was charged with corruption and sodomy shocked a nation, even those who were not comfortable with Anwar's politics.

And the comedy, or maybe tragedy is a better word, of errors continued.

Affidavits, depicting in lurid detail sexual accounts allegedly involving him, were leaked to the public and the Press even before they were filed in court.

A stained mattress on which these sexual acts were allegedly performed was brought to court.

A VCD of interviews with witnesses accusing Anwar of sexual acts found its way into the market. Police interrogated Anwar's friends and business contacts.

It became too much for even the most neutral person to bear and many people were angered.

From the black eye incident onwards, the authorities bungled, one after another. So much so, that people began wondering whether it was really a conspiracy as Anwar and his supporters claimed.

Therefore, when Anwar's lawyer, Karpal Singh, and wife, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, accused the Government of trying to poison Anwar with arsenic, people wondered whether it was really true.

There was worldwide concern and condemnation of the Malaysian authorities then but eventually, as Anwar proved when he went home on Thursday, the claims of arsenic poisoning were certainly not true.

Maybe even Dr Wan Azizah, a wife and mother who many Malaysians sympathised with, was ready to believe the worst after she saw the beating her husband had received.

The negative perceptions that had formed saw the ruling Barisan Nasional suffer in the 1999 general election.

Although it still won 75 per cent of the seats, its popular votes dropped drastically and it lost control of two States - Kelantan and Terengganu - to an opposition alliance of Pas, the Democratic Action Party and Wan Azizah's Parti Keadilan.

That, for many middle of the road Malaysians, was their payback to Dr Mahathir's BN and Umno. For, after all, Dr Mahathir was the central target of the attacks.

He was the man who sacked Anwar for allegedly being a homosexual. The "Mahathir" police beat him up; the "Mahathir-controlled" judiciary was trying Anwar; and the "Mahathir administration" prosecuted him.

Dr Mahathir's reasons for sacking Anwar were that he believed Anwar was not fit to succeed him in a Malaysia where Islam is the official religion and where homosexuality is taboo.

But in 1998, when Malaysia was mired in a severe economic downturn amidst its currency crisis, Dr Mahathir was viewed as a leader fighting for his survival and Anwar's sacking was seen by some, and the numbers grew as the bungling continued, as a move to remove his strongest rival and cling on to power.

Anwar is a consummate politician. Malaysians knew that even before he was sacked and arrested. And he continued to fight the battle on a political platform, even in court.

He capitalised on the injustices done to him - the beating, the obvious transgression of due process in releasing affidavits, the harassment of his friends, the public humiliation and the unwitting roll out of all this in front of a wife and six children who were innocent.

It was easy to sympathise with Anwar. He was young, a good orator, good looking, witty, knew what to say to different audiences and, most of all, he symbolised success.

He was, after all, a bohemian, an idealistic student leader who clawed his way up to become Deputy Prime Minister.

But there were also many who did not like his politics. When his supporters attempted to embarrass Dr Mahathir into resigning by talking about "cronyism, corruption and collusion" in the awarding of government projects at the 1998 Umno general assembly, the equally astute politician in Dr Mahathir turned the tables on him by releasing a whole list of contracts which Anwar's friends and family had received.

All of Malaysia read this list and all of Malaysia knew that there was a move by Anwar to oust Dr Mahathir, the man who had brought Anwar into Umno to contest the 1982 general election.

But because of Anwar's attempted challenge in 1997, it was easy to believe that Dr Mahathir "got rid" of Anwar to save his own position.

Rahim Noor, a man respected by his policemen for looking after their interests, but feared by others for his hair-trigger temper, was easy to be reviled, especially after what he did to Anwar.

Rahim paid the price for his inexcusable viciousness by losing his job, going to jail and now living life almost as a recluse.

That one unforgivable act caused Rahim everything he had worked for all his life. Maybe, history will also not forget that Rahim had also served his nation by engineering the surrender of the Communist Party of Malaya that had killed thousands of our people, policemen and soldiers in its 41- year insurgency.

But not many could sympathise with him after the black-eye affair that also damaged Malaysia's reputation internationally. Yes, Rahim has paid the price and will continue to pay for it for the rest of his days.

Dr Mahathir faced the fallout of all these bungling and watched as US Vice-President Al Gore, a man caught up in the popular sentiment of the day, humiliated Malaysia by snubbing and insulting him and encouraging the reformasi demonstrations which were keeping Malaysians at home in fear almost every night.

After staving off the currency crisis, after being reviled both by his countrymen and the international community in the initial years following Anwar's incarceration, the revitalised economy and the resulting feel-good factor saw support slowly returning to both Dr Mahathir and Umno.

He chose Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as his deputy, to replace Anwar, and just when his popularity peaked again, in June 2002, he confounded the world by announcing his retirement from politics and announcing Abdullah as his successor.

For a time, those who had continued to believe that his act of sacking Anwar was because he wanted to cling on to power, still speculated that Dr Mahathir would change his mind and that Abdullah, just like Anwar and Tan Sri Musa Hitam before that, would not succeed to the prime ministership.

It did not work out that way. Dr Mahathir retired on Oct 31 last year and Abdullah became Prime Minister.

Did he pick a worthy successor in Abdullah?

Time will tell; but if initial indicators are anything to go by, it must be remembered that six months into the job of Prime Minister, Abdullah went to the hustings, asking for Malaysians to support him and his agenda.

Malaysians gave the Abdullah-led BN its best ever victory since independence in the March 2004 general election, winning more than 90 per cent of the seats in Parliament, winning back Terengganu and coming within a whisker of defeating Pas in Kelantan.

All Keadilan got was one parliamentary seat which Dr Wan Azizah won in Permatang Pauh..

After Anwar's release, opposition party leaders, including Anwar, and NGOs heaped praises on Abdullah, saying he was genuine about reforms. Their interpretation was Abdullah had restored the independence of the judiciary.

But why should people be surprised? Abdullah had told the judges when he had dinner with them shortly after he took office as Prime Minister that they must preserve the independence of the judiciary and act without fear or favour.

Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh, the NGOs and critics who had opposed Dr Mahathir welcomed the Federal Court's judgment that overturned Anwar's sodomy conviction and nine-year jail term because the prosecution had not proved the case beyond reasonable doubt.

The impression one would have got from their comments was that there was meddling with the judiciary under the Mahathir administration. Was there meddling?

The two judges who ruled to free Anwar - Justice Abdul Hamid Mohamad and Justice Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud - were both appointed when Dr Mahathir was Prime Minister.

Hamid, when delivering the majority judgment, spoke about the bunglings of the authorities - the beating up of Anwar; the length of time Anwar's adopted brother Sukma Dermawan was interrogated before making a confession, leading to doubts whether the confession was voluntary; key witness Azizan Abu Bakar's failure to remember exact dates and times of the alleged incident.

He ruled that the prosecution had not proved its case beyond reasonable doubt.

What Hamid said was something many Malaysians who had followed the court case also perceived. But what Hamid and Baharuddin also said was that they found evidence to confirm that Anwar and Sukma were involved in homosexual activities.

The judgment reads:

" ... we find evidence to confirm that the appellants (Anwar and Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident in Tivoli Villa did happen (at) sometime."

However, the judges said there was no conclusive evidence to suggest that the incident happened at the time and place as stated in the charges and this raised doubts. As such, they had to free the two appellants.

What the judges are saying is that after having gone through the evidence, they, like Dr Mahathir who says he interviewed Anwar's accusers himself, believe that Anwar and Sukma "were involved in homosexual activities".

Rahim has paid his price; the judiciary is deemed to have regained its credibility; and Dr Mahathir's stated reasons for sacking Anwar are backed up by all the judges.

Generally, Malaysians are pleased to put a close to this divisive issue and Anwar is a free man, and, his wife and family have their husband and father back after a long time.

Many people have been hurt because of this issue the last six years. Friends have become enemies; brothers have fought sisters; the reputation of the country has been dragged through mud.

Nothing can wipe away the pain some people may still feel; nothing can give Anwar back that lofty position he held six years ago; nothing can give Rahim the respectability he once enjoyed.

But it is time to move on; close this ugly chapter in our history, no matter how the future interprets it, and get on with life, hoping that we have all learnt our lessons. If not, then it will be another tragedy for us and our country.

Rencana Kalimullah yang bela Anwar

|15 comments

Berita Minggu 4hb September 2004

Oeh Kalimullah Hassan

BAGAIMANA agaknya rupa catatan buku sejarah tahun-tahun mendatang dalam merekodkan segala yang berlaku dalam tempoh enam tahun terakhir ini?

Apakah rakyat akan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku? Apakah mereka hanya akan mengingati keperitan krisis kewangan, kegawatan politik, keganasan tunjuk perasaan, kejatuhan seorang Timbalan Perdana Menteri dan lupa bagaimana semuanya bermula?

Bagaimanakah sejarah akan mengadili dua individu utama yang terbabit secara langsung - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Siapa yang dapat memberi jawapannya?

Kini Anwar sudah bebas. Beliau bertarung hampir enam tahun bagi mendapatkan nikmat kebebasan itu dan jalan ceritanya diikuti dari mula hingga ke akhir oleh rakyat negara ini walaupun dari kaca mata berbeza.

Gegaran berikutan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 paling kuat dirasakan di Kuala Lumpur apabila penyokongnya meluahkan rasa tidak puas hati menerusi demonstrasi jalanan yang kebiasaannya disulami keganasan.

Rakyat bukannya terkejut kerana Anwar dipecat. Itu cuma proses perjalanan politik. Sebaliknya, perkara yang mengusutkan pemikiran masyarakat ialah apa yang menyusul selepas beliau digugurkan.

Ketika dalam tahanan, Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Apabila Anwar tampil di mahkamah bagi menghadapi tuduhan rasuah dan liwat dengan mata lebamnya, seluruh negara terpempan dan tergamam, termasuk golongan yang kurang senang dengan cara politik Anwar selama ini.

Maka bermulalah jenaka, atau lebih tepat lagi - tragedi - kesilapan demi kesilapan. Afidavit mengandungi butiran terperinci perlakuan seksual yang didakwa membabitkan beliau, sampai ke pengetahuan umum dan media sebelum ia difailkan di mahkamah. Tilam yang didakwa mempunyai kesan hasil hubungan seks turut dibawa ke mahkamah. Sahabat dan rakan perniagaan Anwar turut disoal siasat oleh polis.

Segala-galanya semakin menjadi-jadi hingga sukar diterima oleh mereka yang tidak berpihak kepada sesiapa pun, manakala kemarahan turut memuncak di dada kebanyakan rakyat.

Bertitik tolak daripada insiden mata lebam, pihak berkuasa kian menampakkan ketidakcekapannya hinggakan rakyat mula berfikir apakah benar wujud konspirasi seperti mana didakwa Anwar dan penyokongnya.

Apabila peguamnya, Karpal Singh dan isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail, menuduh kerajaan cuba meracun Anwar dengan arsenik, ramai yang tertanya-tanya mungkinkah ia ada kebenarannya.

Pelbagai pihak di seluruh dunia meluahkan keprihatinan dan kecaman terhadap pihak berkuasa Malaysia ketika itu walaupun di akhirnya, dakwaan keracunan arsenik itu terbukti tidak benar apabila Anwar selamat pulang ke kediamannya, Khamis lalu.

Dr Wan Azizah yang menerima simpati ramai rakyat Malaysia, bersedia mempercayai apa juga kemungkinan selepas melihat layanan yang diterima suaminya, termasuk kesan lebam di mata.

Pelbagai tanggapan negatif yang timbul menyebabkan Barisan Nasional (BN) menerima padah pada pilihan raya umum 1999. Walaupun masih memperoleh 75 peratus daripada kerusi dipertandingkan, undi popular parti pemerintah itu jatuh secara mendadak di samping kehilangan kuasa memerintah di dua negeri - Kelantan dan Terengganu - kepada pakatan pembangkang yang dibarisi Pas, DAP serta Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pimpinan Dr Wan Azizah.

Bagi kebanyakan rakyat yang tidak berpihak kepada sesiapa, keputusan itu adalah pembalasan mereka kepada BN dan Umno pimpinan Dr Mahathir. Ketika itu, segala sasaran dan kecaman dilontar kepada Dr Mahathir kerana beliaulah yang memecat Anwar kerana didakwa seorang homoseks. `Polis Mahathir' yang membelasah Anwar, `sistem kehakiman Mahathir' yang membicarakan Anwar dan `pentadbiran Mahathir' yang mendakwa Anwar.

Dr Mahathir memecat Anwar atas alasan timbalannya itu tidak layak menjadi penggantinya kerana Malaysia menjunjung Islam sebagai agama rasmi dan homoseksualiti dilarang dalam Islam.

Ketika Malaysia bergelumang dengan kegawatan ekonomi di tengah-tengah krisis mata wang pada 1998, Dr Mahathir dilihat sebagai pemimpin yang berhempas-pulas mempertahankan kedudukannya. Sesetengah pihak menganggap pemecatan Anwar adalah usaha menyingkirkan pesaing utamanya bagi membolehkan Dr Mahathir terus berkuasa.

Anwar adalah ahli politik yang handal. Rakyat Malaysia mengetahui hakikat itu sebelum beliau dipecat dan ditangkap lagi. Dan Anwar meneruskan perjuangannya di pentas politik, walaupun ketika di mahkamah.

Beliau menjadikan ketidakadilan yang dilaluinya sebagai modal - detik dipukul, pelanggaran proses perundangan dalam penyebaran afidavit, gangguan ke atas sahabatnya dan penghinaan secara terbuka di hadapan isteri serta enam anaknya yang tidak bersalah.

Memang mudah untuk bersimpati dengan Anwar. Beliau muda, pandai berhujah, kacak, kelakar, tahu apa yang patut diperkatakan depan khalayak berbeza dan paling utama, Anwar adalah simbol kejayaan. Beliau sentiasa memaparkan kelainan dan asalnya pemimpin pelajar yang meniti anak tangga untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Namun demikian, ramai juga yang tidak gemar dengan cara Anwar berpolitik. Ketika penyokong Anwar cuba memalukan Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno 1998 menerusi ucapan mengenai `kronisme, rasuah dan pakatan' dalam pemberian projek kerajaan, Dr Mahathir selaku ahli politik berpengalaman bertindak balas apabila mendedahkan senarai kontrak yang diperoleh rakan serta ahli keluarga Anwar.

Satu negara membaca senarai itu dan seluruh Malaysia juga mengetahui mengenai cubaan Anwar menyingkirkan Dr Mahathir - individu yang membawa Anwar menyertai Umno untuk bertanding pada pilihan raya umum 1982.

Gara-gara percubaan Anwar pada 1997, mudah untuk mempercayai bahawa Dr Mahathir membuang' Anwar untuk menyelamatkan kedudukannya.

Tidak sukar juga untuk memandang rendah terhadap Abdul Rahim - individu yang dihormati anak buahnya kerana sentiasa menjaga kebajikan mereka tetapi digeruni pihak lain berikutan sikap pemarahnya - lebih-lebih lagi atas apa yang dilakukannya ke atas Anwar. Abdul Rahim terpaksa menerima padah atas tindakan melampaunya. Beliau kehilangan pekerjaan, dipenjarakan dan kini meneruskan hidup sendirian.

Hanya dengan satu tindakan, Abdul Rahim kehilangan segala-gala yang diusahakannya sepanjang hayat. Mungkin sejarah juga tidak akan melupakan peranan Abdul Rahim sebagai perencana hingga mendorong pemimpin dan Parti Komunis Malaya menyerah diri - parti yang membunuh ribuan rakyat, anggota polis dan tentera tanah air sepanjang 41 tahun pemberontakannya.

Begitupun, tidak ramai mampu menghulurkan simpati kepada Abdul Rahim selepas insiden mata lebam Anwar yang turut mencalar reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa. Benar, Abdul Rahim Noor sudah membayar harganya dan perlu terus berbuat demikian hingga akhir hayatnya.

Dr Mahathir terpaksa mendepani segala permasalahan itu dan melihat Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore, memalukan Malaysia apabila mencemuh serta menghina Perdana Menteri, di samping menggalakkan demonstrasi `reformasi' yang pada hakikatnya, membelenggu rakyat Malaysia dengan ketakutan hampir setiap malam.

Selepas berjaya melepasi krisis mata wang, setelah dicerca rakyat sendiri dan masyarakat antarabangsa sepanjang Anwar dipenjarakan, sokongan beransur-ansur memihak semula kepada Dr Mahathir dan Umno apabila pemulihan ekonomi serta keselesaan kembali dikecapi.

Beliau memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalannya menggantikan Anwar. Dan pada ketika popularitinya kembali memuncak, Dr Mahathir mengejutkan seluruh dunia pada Jun 2002 apabila mengumumkan persaraannya daripada politik dan menamakan Abdullah menjadi pengganti.

Buat seketika, mereka yang masih mempercayai pemecatan Anwar bertujuan membolehkan Dr Mahathir bertahan dengan kuasanya, meramalkan Dr Mahathir akan mengubah fikiran. Seperti mana Anwar dan Tan Sri Musa Hitam sebelum itu, mereka yakin Abdullah tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Hakikatnya tidak begitu. Dr Mahathir bersara pada 31 Oktober tahun lalu dan Abdullah menjadi Perdana Menteri. Adakah Dr Mahathir memilih pengganti yang sesuai?

Masa yang menentukan. Namun jika tanda-tanda awal boleh dijadikan panduan, kita harus ingat bahawa enam bulan selepas menjadi Perdana Menteri, Abdullah berkempen ke seluruh negara bagi meminta sokongan rakyat, terhadap dirinya dan agenda yang dibawanya.

Rakyat Malaysia memberi kemenangan terbaik kepada BN pimpinan Abdullah pada pilihan raya umum Mac lalu - pencapaian paling cemerlang sejak merdeka - menerusi perolehan lebih daripada 90 peratus kerusi Parlimen, merampas kembali Terengganu dan hampir mengetepikan Pas di Kelantan. Keadilan cuma mendapat satu kerusi Parlimen, iaitu yang disandang Dr Wan Azizah di Permatang Pauh.

Selepas Anwar dibebaskan, pemimpin parti pembangkang termasuk Anwar dan badan bukan kerajaan (NGO) memuji Abdullah dengan mengatakan beliau benar- benar ikhlas mahukan perubahan. Mereka menyifatkan Abdullah berjaya mengembalikan kebebasan sistem kehakiman.

Begitupun, mengapa rakyat perlu terkejut? Ketika makan malam bersama hakim tidak lama selepas beliau menjadi Perdana Menteri, Abdullah memberitahu mereka bertanggungjawab mengekalkan kebebasan kehakiman dan bertindak tanpa berasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.

Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh, NGO dan pengkritik yang menentang Dr Mahathir, ternyata gembira dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan sabitan kes liwat serta hukuman penjara sembilan tahun Anwar kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah kes mereka.

Melihat kepada komen mereka, kita tidak dapat lari daripada memikirkan mungkinkah wujud campur tangan dalam sistem kehakiman di bawah pentadbiran Dr Mahathir. Benarkah begitu?

Hakim yang membebaskan Anwar - Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud - masing-masing dilantik menyandang jawatan mereka ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Ketika membaca penghakiman, Abdul Hamid menyentuh mengenai pelbagai perkara luar biasa yang berlaku - Anwar dipukul, tempoh adik angkat Anwar, Sukma Darmawan, disoal siasat sebelum membuat pengakuan yang membawa kepada keraguan sama ada pengakuan itu adalah sukarela atau sebaliknya, kegagalan saksi utama, Azizan Abu Bakar mengingati tarikh dan waktu sebenar kejadian dan mendapati pendakwaan gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah kes mereka.

Apa yang diperkatakan Abdul Hamid adalah sesuatu yang dapat turut disedari oleh mereka yang mengikuti perbicaraan itu. Bagaimanapun, Abdul Hamid dan Tengku Baharuddin turut berkata, mereka menemui bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terbabit dalam kegiatan homoseksual.

Penghakiman itu berbunyi: "... kami mendapati bukti untuk mengesahkan bahawa perayu terbabit dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih terdorong untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivoli Villa, benar terjadi."

Bagaimanapun, hakim mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan insiden yang didakwa dilakukan Anwar itu berlaku di waktu dan tempat seperti dinyatakan dalam pertuduhan, sekali gus menimbulkan keraguan. Justeru, kedua-dua perayu perlu dibebaskan.

Apa yang diperkatakan oleh hakim terbabit ialah selepas meneliti bukti, mereka - seperti juga Dr Mahathir yang berkata beliau sendiri menemubual pihak yang menuduh Anwar - yakin Anwar dan Sukma "terbabit dalam kegiatan homoseksual."

Abdul Rahim sudah menerima pembalasannya; sistem kehakiman mendapat kredibilitinya kembali; alasan Dr Mahathir memecat Anwar disokong oleh hakim; dan secara amnya, rakyat Malaysia mahu meletak noktah terhadap isu yang memecah-belahkan mereka.

Anwar kini bebas. Selepas sekian lama, isteri dan anaknya kembali mempunyai suami dan ayah.

Isu ini membuatkan banyak pihak terluka sejak enam tahun lalu. Rakan menjadi lawan, abang dan adik saling bertelagah, negara dipalit lumpur menjijikkan.

Masanya sudah tiba untuk hidup ini diteruskan. Episod buruk sejarah ini perlu ditutup tidak kiralah bagaimana masa depan menterjemahkannya, dengan harapan kita mendapat pengajarannya. Jika tidak, ia akan menjadi satu lagi tragedi buat kita dan negara.

Khalid biarkan kepala dipijak Eli Wong pemalas

|24 comments
Elizabeth Wong, ADUN (Ter)Lanjan kononnya adalah Exco kerajaan negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, kononnya.

Sekarang merata-rata tempat perlombongan pasir besar-besaran yang tak payah dikaji dan cukup dengan hanya melihat ternampak jelas telah mencemar alam sekitar. Satu pembohongan jika dikatakan ianya tidak mencemar alam sekitar.

Mana hilangnya Eli Wong?

Pasti kita akan kata ini sebahagian dari komplot kerajaan Selangor untuk mendiamkan salah laku mereka sendiri. Walaupun ada kebenaran, sebenarnya Eli Wong ini pemalas nak mampus.

Pada 20 Mei 2010, Khalid mendpaat sepucuk surat dari Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPM). Surat itu berikut:

Lalu Khalid pun cop dan hala tujukan surat itu kepada YB ELi Wong.



Lebih 10 hari lepas tarikh surat itu, Khalid pun baca dan diarahkan surat itu kepada YB Eli Wong pada Jun 2hb.



Eli Wong terima dan terus tinggalkan komen pada surat dari pejabat MB pada hari itu juga. Ditulis bukan bawah bidang kuasa Pengguna dan diminta dihantar kepada President Parti Politik yang berkenaan dengan portfolio ini.



Punya pemalas dan kurang ajar Amoi kuat mengengkang kaki, dia boleh hantar balik surat itu kepada Khalid dan cc kepada Nik Aziz. Apa salahnya dia membantu Menteri Besar?


Dah tentu NGO yang hantar itu ada kaitan dengan Pengguna, apa salah dibantu urusan ini. Cakap pada orang ramai, kerajaan mereka mesra rakyat????

Episod ini juga menunjukkan keperibadian Khalid Ibrahim.

Nampak sah amoi ini dah pijak kepala dia. Dia tak hormat pun Khalid sebagai MB sampai berani pulangkan balik surat kepada MB dan tak mahu lakukan apa2. Dia sebenarnya suruh Khalid buat kerja sendiri. Apa cerita disebalik tabir Khalid?

Eli ini pun satu hal. Apa punya protokol boleh main hantar surat terus pada Nik Aziz? Anwar Ibrahim dia tak hantar pun ...

Dah exco standard pemikiran pelayan bar.

Adakah PKR/PAS sedia ikut arahan Tony bankrupt?

|35 comments
Terlanjur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan persetujuan berhubung cadangan DAP yang meminta supaya pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah dimansuhkan, bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip hari ini mencabar beliau melaksanakan segera cadangan berkenaan.
Ini kerana katanya, cadangan berkenaan merupakan “arahan” daripada DAP dan tidak boleh ditangguhkan lagi atau perlu dibincangkan bersama rakan sekutunya, Pas.
“Pas umpama ibarat melukut di tepi gantang, masuk tidak bertambah, dan keluar tidak berkurang. Pada saya, Pas ini tidak relevan pada kaca mata Khalid Ibrahim dan DAP.
“Lagi pun bukankah Khalid merupakan ketua kerajaan negeri dan beliau ada kuasa. Laksanakan segera. Saya cabar kalau dia anak jantan, laksanakan secepat mungkin “arahan” berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Sambil menyifatkan Menteri Besar itu dan PKR sebagai budak suruhan DAP, bekas pemimpin PKR itu menganggap bantahan Pas Selangor hanyalah seperti “anjing menyalak bukit”.
“PKR dan Pas sebenarnya sudah dirantai DAP. Mereka tak boleh buat apa-apa dan terpaksa ikut telunjuk DAP.
“Ini bukan satu perkara baru sebagai contoh dalam kes penjualan arak, pembukaan ladang babi premis rumah urut dan sebagainya PKR dan Pas hanya jadi “Pak Angguk” dalam pakatan pembangkang”, katanya. - MediaUMNO
Sementara itu, kami bertanya kenapa DAP anggap Tony Pua sebagai pakar ekonomi. Urus syarikat sampai bankrupt! Baca Apanama sini.

Mr Bean PAS: Jahat, busuk ... bodoh

|25 comments

Biarlah umat Islam menilai Mahfuz – Harussani

PUTRAJAYA 27 Julai – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyerahkan kepada kebijaksanaan umat Islam di negara ini untuk membuat penilaian dalam isu tindakan Pas mempersoalkan penglibatannya dalam usaha mengukuhkan ikatan Islam UMNO-Pas.

Katanya, beliau tidak mempunyai komen tertentu terhadap kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkannya sebagai pecacai UMNO dalam isu yang menimbulkan kontroversi di kalangan para pemimpin kanan Pas itu.

”Terpulang kepada dia (Mahfuz), biarlah orang ramai menilai. Bagi saya, saya tetap mempertahankan kenyataan saya sebelum ini (menyatakan ada kalangan pemimpin Pas menemuinya bagi mendapatkan pandangan bagaimana untuk mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahfuz semalam menyifatkan Harussani sebagai pecacai UMNO kerana didakwanya berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang dikatakan menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.

Naib Presiden Pas itu menjelaskan, Hassan telah mengaku yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama Pas-UMNO.

Wednesday, July 28, 2010

JAWI pernah terima aduan Anwar-Shamsidar 1999

|30 comments


KUALA LUMPUR 5 Jan. - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengesahkan telah menerima secara rasmi aduan berhubung dakwaan wujud hubungan sulit antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Taharin dan memberi jaminan akan menjalankan siasatan terperinci mengenainya.

Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAWI, Maizura Shamsuddin ketika dihubungi hari ini turut mengesahkan beliau sendiri telah menandatangani pada borang aduan rasmi yang ditulis tangan oleh Khairuddin Abu Hassan di pejabat JAWI pada 31 Disember lalu.

Borang 5 itu merupakan borang aduan rasmi yang mengandungi maklumat kepada pegawai penguat kuasa agama untuk diambil tindakan mengikut Subseksyen 54(2) Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut borang bernombor rujukan M 929/98 itu, aduan tersebut dibuat oleh Khairuddin pada 12.15 petang, Khamis lalu.

''Memandangkan kita telah menerima aduan rasmi, siasatan akan dijalankan,'' kata Maizura.

Kes itu akan disiasat oleh pegawai penyiasat JAWI, Abd. Khawi Che Abd. Rahman.

Sementara itu Khairuddin dalam kenyataan akhbarnya hari ini memberitahu aduan tersebut dibuat berdasarkan bukti terbaru penemuan kesan air mani Anwar dan Shamsidar pada tilam yang diperoleh dari Pangsapuri Tivoli Villa, Bangsar, seperti yang telah diumumkan oleh Pakar DNA, Lim Kong Boon, semasa perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah.

Khairuddin mendakwa tindakannya melaporkan perkara itu bertujuan menentang amalan kemungkaran yang dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau darjat.

Utusan Malaysia 1999

Apa jadi siasatan????

Ahli pasukan pendakwa bercinta dgn Saiful?

|30 comments

Raja Bodoh Kamaruddin mendakwa dalam laman web Malaysia Today bahawa salah seorang dari pasukan pendakwaraya, Farah Azlina Latif ada hubungan romantis dengan Saiful.

Bagi mengelakkan perkara ini dari melarat menjadi isu, Penguam Negara Tan Sri Gani Patail telah memutuskan Farah dihentikan dari menganggotai pasukan pendakwaan kes sodomi II.

Walaupun ketua pendakwa Dato Yusof ada menafikan perkara tersebut dan menyatakan peranan yang dimainkan adalah kecil dan bukan “anggota rasmi” dalam pasukan, tindakan yang tegas dan segera oleh pihak pendakwa adalah tepas sekali.

Sebelum ini, pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Farah hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Baca seterusnya di Apa yang tersirat sini.

Lain kali, bila berhadapan dengan sebarang pertuduhan dari pihak-pihak Anwar dan pasukan panglima psywar, harus diingat salah satu prinsip yang dimainkan mereka iaitu menyalahkan atau menuduh orang lain untuk kesalahan atau kelemahan sama yang Anwar hadapi.

Jika pihak mereka memainkan cerita ada hubungan cinta antara pasukan DPP dengan Saiful, jawapannya adalah kemungkinan ini semua untuk menutup perkara sebenar yang berlaku.

Mana tahu sebenarnya Anwar ada hubungan cinta dengan salah seorang ahli pasukan peguambelanya tetapi mengatakan kejadian ini berlaku disebelah pihak pendakwa. Memandangkan orientasi seksual Anwar yang kita sedia maklum, tidak boleh ditolak Anwar ada hubungan dengan salah seorang peguam lelaki dalam pasukan peguambela.

Melihat Karpal Singh yang tiba-tiba jatuh skit paru-paru, tidak timbulkah kesangsian di situ? Hehehe ...kena cekap dengan puak2 mereka ini.

Surat Teoh dirahsia peguam untuk DAP mainkan perkauman

|6 comments
Benarkah Peguam Sembunyikan Surat Teoh Beng Hock??

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tampil pada hari ini untuk memberikan kenyataan berkenaan kredibiliti peguam yang mengendali inkues mendiang Teoh Beng Hock.

JMM telah mendapat maklumat bahawa peguam yang dilantik oleh pihak Kerajaan bagi mewakili mengendalikan inkues tersebut telah menyembunyikan satu maklumat penting yang tidak didedahkan dan dibentangkan untuk inkues tersebut.

Tan Hock Chuan, peguam yang dilantik disebut telah menyembunyi 'surat berbahasa cina tulisan tangan Teoh Beng Hock yang menyatakan rasa tidak tenteram/gusar/bimbang tentang masalah yang melanda beliau. Dan di dalam surat tulisan mendiang Teoh itu, dia telah menerima ancaman dan mahu membunuh diri.’

JMM mendesak pihak berkuasa menyiasat segera mengenai kebenaran kewujudan surat tersebut supaya mendiang Teoh beng Hock dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat inkues yang adil dan peguam-peguam yang mewakili inkues tersebut tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda jahat di dalam memecah belahkan perpaduan di dalam negara.

JMM menyatakan kebimbangan mengenai sentimen mengapi-apikan kebencian masyarakat Cina terhadap SPRM dan orang-orang Melayu amnya. Tindakan beberapa golongan ini dilihat sangat berbahaya dan mengancam keselamatan negara.

Inkues yang dijalankan bagi menentukan sebab kematian mendiang Teoh Beng Hock ada unsur-unsur jenayah atau sebaliknya bagi tindakan pendakwaan jenayah telah diekploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memperburuk-burukkan SPRM sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan pihak kerajaan dengan tujuan bagi meraih simpati daripada masyarakat Cina.

Maka kebenaran kandungan surat tersebut adalah penting untuk dijadikan bahan bukti di dalam inkues bahawa mendiang Teoh Beng Hock telah mendapat ancaman yang membahayakan diri beliau dan niat beliau untuk membunuh diri.

Kandungan surat yang ditulis oleh mendiang Teoh beng Hock adalah bahan bukti dan tidak boleh disembunyikan oleh mana-mana pihak.

Sekiranya benar ada perbuatan menyembunyikan surat ini oleh peguam tersebut, beliau wajib disiasat segera bagi mengenal pasti individu-individu dan organisasi lain yang terbabit dan tujuan serta agenda mereka berkomplot menyembunyikan surat yang ditulis sendiri oleh mendiang Teoh Beng Hock.

Sumber: Jaringan Melayu Malaysia

Propaganda rasis Pakatan di Johor?

|26 comments

Ekoran posting kami "Awas Johor! Chua Jui Meng ada PAKATAN SULIT dengan MCA Johor" tempoh hari, komentar Megat Alam Gempita berpandangan bahawa:
Bukan semua Cina jahat ada yang masih setia dengan BN dan sanggup bersama dengan BN sampai mati. Namun tak mustahil mereka ini akan termakan pujuk rayu dan provokasi Harbi DAP. Namun, perbincangan sulit sering diadakan antara para pemimpin Harbi DAP dgn Ngo-Ngo Cina, antaranya;
1. Bagaimana mengaitkan kekejaman askar Melayu terhadap orang Cina sewaktu darurat. Contoh yg akan dikaitkan adalah perjuangan Kiyai Hj Saleh dan kumpulan selendang merah menentang komunis.

2.Satu VCD ciptaan DAP yang memaparkan insiden filem Bukit Kepong sedang dibuat untuk membangkitkan sentimen perkauman dan untuk memecahbelahkan Melayu dan Bukan Melayu seterusnya menanam fahaman komunis.

3.Satu VCD mengenai isu Pulau Batu Putih sedang dibuat oleh PKR untuk menunjukkan kelemahan kerajaan Melayu kepada Singapura. Byk spin dalam isu ini.

4.Roadshow mengenai penguasaan Singapura di Johor dan Iskandar serta isu jambatan bengkok akan digunakan oleh PAS untuk menghasut orang Melayu. Satu VCD juga sedang diusahakan

5.Pihak pakatan merancang membuat ceramah mega sepanjang Ramadhan di kawasan Felda di Johor untuk memburuk-burukkan kerajaan BN.

6.Pihak pembangkang telah bersetuju menyerang konglomerat Melayu Johor Corporation setelah TS Hashim Ali melepaskan jawatan.

7.Beberapa tokoh Melayu Johor seperti TS Muhyiddin Yassin, Nur Jazlan, Ahmad Maslan, Hishamuddin Hussien, Razali, Nuh Gadot akan diserang habis-habisan untuk lemahkan kekuatan Melayu.
Ini sebahagian sahaja…UMNO Johor, Perkasa dan Sendeng Johor sila ambil tindakan sebelum terlambat!!!!

Siapa Lord Reid lidah biawak? Guan Eng ke siapa?

|31 comments

Mari kita lihat siapa yang lidah biawak?



Siapa kat atas pentas tu? Bukankah Guan Eng?



Sekarang siapa biawak?





Dipetik dari Pisau sini

Tuesday, July 27, 2010

Kedurjanaan Kalimullah memesong pemikiran ramai

|13 comments

Syabas TV3 yang dalam Buletin Utamanya sejak minggu lalu dengan berani membongkar penglibatan Kalimullah Hassan seorang wartawan dan hartawan dalam usaha untuk menggagalkan Datuk Seri Najib dari menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya memburukkan kerajaannya.

Secara profesional Kalimullah telah menafikan penglibatannya dengan Malaysian Insider dan kekayaannya dari bantuan kerajaan Malaysia tetapi siasatan tidak hanya harus ditumpukan di bidang ini sebaliknya mestilah dilihat gerakan bawah tanah yang dilakukannya sejak dia menjadi penasihat kepada NST.

Sebuah Kementerian Dalam Negeri yang cekap tentunya mempunyai simpanan bukti tentang peranan Kalimullah yang menyebabkan ramai wartawan Melayu meninggalkan NST sejak Kalimullah menjadi penasihatnya dan menggantikan mereka dengan wartawan wartawan yang tidak bersifat Malaysian untuk menjalankan usaha menentang dasar-dasar nasional, memainkan isu Dasar Ekonomi Baru, menggugat kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi dan lain lain isu sensitif termasuk kartun Nabi Muhammad.

Yang lebih tahu dalam pekara ini ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin, Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa TV3 Datuk Kamaruzzaman, bekas Ketua Pengarang Berita Harian Datuk Hishamuddin dan juga beberapa orang di tingkat empat. Mereka boleh membantu siasatan terhadap Kalimullah.

Kebijaksanaan Kalimullah memainkan jurnalisme untuk mencapai matlamatnya sedikit demi sedikit dalam suasana kebebasan yang diberikan oleh bekas Perdana Abdullah Badawi menyebabkan rakyat tidak nampak sabotaj yang dilakukannya yang telah mencedera parahkan, memporak-perandakan dan meruntuhkan asas pembangunan dan perpaduan negara yang dibangunkan sejak merdeka.

Masa itu kesedaran timbul di kalangan para nasionalis dalam UMNO tetapi teguran mereka tidak berkesan dan tidak dihiraukan.

Lee Kuan Yew gagal untuk melakukan sabotaj terhadap dasar asas negara ini ketika Singapura berada dalam Malaysia tetapi telah berjaya dilakukan oleh Kalimullah dan rakan rakannya yang berjaya menyeludup dan menguasai media di Malaysia. Dengan kedudukan dan pengaruh Kalimullah,NST, The Sun dan The Star telah berkonspirasi melakukan jenayah politik.

Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya hanya menerima bulat-bulat penafian Kalimullah bahawa dia tidak terlibat dengan Malaysia Insider yang ditubuhkian hampir serentak dengan pemberhentiannya dan rakan-rakan wartawannya dari NST dan The Star, Brendranparia meninggalkan NST dan Wong Sulong meninggalkan Star untuk menyertai sebuah syarikat PR kepada Koridor Selatan yang berada di belakang Malaysian Insider.

Kajian terhadap berita dan rencana yang sensitif kepada masyarakat Malaysia dan juga pendekatan NST dalam mempromosikan Malaysian Malaysia mestilah dilihat semula oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membuktikan bahawa NST telah menjadi anasir subversif melakukan sabotaj terhadap dasar negara.

Harsulah diingatkan kembali sejarah pendek Kalimullah disingkirkan hanya beberapa hari sahaja selepas beliau dilantik menjadi pegawai akhbar Timbalan Menteri Perdana Ghafar Baba kerana disyaki sebagai ejen Singapura tetapi beliau telah dapat menyusup semula ke dalam kerajaan sebagai ejen Anwar Ibrahim yang bermula dengan membantu Abdulah Badawi pada pilihan raya 2004.


Kita berharap TV3 terus menjalankan tanggungjawabnya kepada bangsa dan negara dengan mendedahkan semua kerosakan yang telah dilakukan oleh Kalimullah ke atas dasar-dasar negara ini yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga usaha pemulihannya yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak beliau mengambil alih kuasa negara. Peranan licik Malaysian Insider dalam hal ini tidak boleh dinafikan lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin sebagai sepupu kepada Datuk Seri Najib mesti berani untuk membuka fail baru terhadap Kalimullah untuk membasuh dosanya kerana mendengar nasihat Kalimullah untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengangkat keris yang sekali gus telah memberikan impak seolah-olah UMNO menggunakan lambang keganasan.

Hishamuddin mestilah membasuh dosanya sebelum Mesyuarat Agung UMNO yang akan datang jika tidak mahu menerima suatu keadaan yang akan menyukarkannya.

Malayisa Aktif
fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)