
Unta Belang senyum sendiri bila baca kenyataan seorang tertuduh, Mohd Hairi Sabdin, 27, yang didakwa membunuh warga emas, Abdul Rahman Hussain, 69, di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat, lima tahun lalu.
Tak sangka pula dalam usia setua itu, mangsa masih lagi ‘berkeinginan’ hendak meliwat suspek
Teringat pula kes liwat Saiful Bukhari dengan bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dulu ramai orang kata, mana mungkin Anwar boleh meliwat Saiful sedangkan Anwar sudah tua…jauh beza dengan Saiful yang masih muda belia.
Unta Belang bukan nak kata yang kes Anwar-Saiful itu benar-benar ‘genuine’, kes tu pun masih dalam perbicaraan, biarlah mahkamah saja yang tentukan siapa benar, siapa salah
Cuma berdasarkan kes Mohd. Hairi ini, ia jelas menunjukkan, walau terdapat perbezaan usia, namun tidak mustahil seseorang itu mempunyai nafsu yang tinggi dan mampu untuk melampiaskan nafsu pada orang yang diminatinya!
Ketika membaca kes Mohd. Hairi di dalam akhbar, Unta Belang difahamkan ketika membela diri, tertuduh berkata, dia tidak berniat membunuh mangsa, sebaliknya hanya mahu mencederakannya bagi melemahkannya ketika berlaku pergelutan antara mereka.
Menurut kenyataan yang Unta Belang baca itu, pergelutan berlaku selepas mangsa cuba meliwatnya ketika mengurut pada malam kejadian, selain bertindak agresif termasuk mencekiknya hingga menyukarkannya bernafas ketika bergelut di rumah mangsa selepas dihalang keluar dari rumah.
“Saya hanya berniat mencederakannya, bukan membunuhnya. “Ketika itu, saya menganggap dia akan lemah untuk melawan jika dicederakan dan tidak menyangka perbuatan itu menyebabkan kematiannya,” katanya ketika menjawab soalan peguam belanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, semalam.
Unta Belang taknak ulas lanjut pasal kes itu kerana prosiding masih lagi berjalan, tetapi ada perkara menarik dan boleh kita renungkan daripada kes berkenaan.
Pertamanya, kita kena akui bahawa keinginan seks seseorang itu bukan hanya ketika umurnya muda trang-tang-tang, tetapi di usia senja pun ‘galaknya’ boleh dikatakan dahsyat juga.
Unta Belang diberitahu yang usia bukan penentu kepada aktif atau tidak aktiviti seksual mana-mana pasangan.
Peningkatan usia memberi tanda kepada pertukaran kehidupan dan tabiat seksual, bukannya penamat kepada aktiviti tersebut.
Malah, ia memberi cabaran dan peluang yang lebih luas untuk pasangan meneroka dan mencari penyelesaian kepada masalah berkaitan.
Satu kajian yang Unta Belang baca menunjukkan 7 daripada 10 pasangan yang berusia lebih daripada 60 tahun yang sihat masih aktif melakukan hubungan seksual.
Bagi Unta Belang, ketika di usia senjat, kita mungkin tidak dapat melakukan perkara yang sama semasa berusia 20 tahun, tetapi kita masih dapat menikmati sentuhan intim dan berahi
So pada mereka yang di luar sana, tolong jangan buat stigma kononnya orang tua dah tak boleh ‘perform’, sepertimana yang orang selalu kata mana mungkin Anwar yang dah gayut dapat meliwat Saiful yang ‘bergetah’ itu
Pendek kata, kucing mana tak lentik misai kalau ikan terhidang di depan mata
Bezanya kucing tu walaupun binatang, masih dapat beza mana faraj dan mana dubur
Yang Unta Belang pening sekarang ni, manusia sendiri yang dikurniakan akal boleh minat ‘lubang’ lain daripada ‘lubang’ yang halal buatnya
Nak buat macam mana, nama pun manusia akhir zaman…
Malaysia Instinct