Friday, December 31, 2010

Rasuah kewartawanan, SPRM patut siasat!

Sesuatu yang tidak menyenangkan hati dijumpai di blog Just Read sini. Seorang Menteri menyebut kata-kata berikut mengenai blogger-blogger:
"Dioghang tu semuo pembohong bosa. Jangan pecayolah!'
Perkara yang dimaksud adalah berkenaan tuduhan terhadap "the minister, his officials, his sec-gen, his ministry and this and that scandals."

Beberapa blogger disebut dan The Unspinners terpalit sekali.

Kami biasa dimaki dan dituduh bohong oleh pembangkang. Tapi dituduh seorang Menteri yang mana kerajaan yang ia anggotai adalah kerajaan yang kami sokong!!!!

Jarang sekali kami menegur kerajaan BN.

Adakah sesekali kami meluahkan apa yang disuarakan PM dan orang ramai mengenai birokrasi kerajaan, dengan menujukan keapda KSU-KSU, maka kami sudah dibenci?

The Unspinners dipalit dan didendamkan dalam kata-kata Rais (berikut) dalam interviewnya yang tersiar hari ini yang tersirat ditujukan kepada kami:
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk internet sebagai pemangkin masyarakat e-pengetahuan dan e-ekonomi menjadi ladang subur bagi golongan tidak bertanggungjawab dan berkepentingan sempit menyemai fitnah dan bibit perpecahan dan memperluas jurang perbezaan antara rakyat.
Inikah sikap Rais Yatim sebagai Menteri kepada kami, blog-blog yang penuh berdedikasi tanpa penat lelah menyokong dan mempertahankan kerajaan BN dan menyerang Pakatan?

Baiklah kalau demikian sikap Rais.

Berikut adalah interview Rais yang ditulis oleh Bernama yang masuk dalam dua akhbar NST dan Utusan Malaysia.



Dalam interview tersebut, Rais kata:
Tugas berat menyebar luas maklumat untuk membentuk kesatuan fikiran dan aspirasi rakyat bagi membina negara menuju Wawasan 2020 menjadi semakin sukar akibat budaya politik negatif dalam persaingan sengit merebut kuasa antara parti-parti politik yang mengeksploitasi media baru.
Sebenarnya, tugas ini berat kerana masalaah dan sikap Rais.

Rais ini ketinggalan zaman. Dia tak tahu, dan tidak faham dunia dan budaya digital ini. Caranya masih dizaman typewriter dan posmen yang mana maklumat susah diperolehi dan komunikasi susah.

Ditambah dengan sikapnya yang terlalu sensitif dan angkuh kepada teguran, kritikan dan soalan yang sedikit aggresif terhadapnya.

Blogger Sakmongkol sini ada menyebut masaalah UMNO yang tidak menjawab tomahan pembangkang tapi asyik kerja menahan orang bercakap. Ini yang lazim dilakukan mereka seperti Rais.

Tak percaya kita tengok reaksi Rais kepada perkhabaran berikut nanti.

Khabar kuat dari sumber-sumber mengatakan Rais/Kementeriaan bayar akhbar-akhbar siarkan berita mengenainya. Kemungkinan temuramah ini sekali.

Jika benar, ia adalah salahlaku rasuah dan etika ... rasuah kewartawanan dan penyelewengan dana rakyat. Juga akhbar yang tidak beretika.

Kami harap SPRM masuk menyiasat untuk mempastikan perkara ini. Ada kes, harap AG caj di mahkamah.

Hai ... macam mana nak meyakinkan dan mengekalkan sokongan rakyat dengan pe'el dan sikap begini???

15 comments:

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 2:52:00 PM GMT+08:00

    bila org macam Rais dan worih nya jenal jaga media baru..mampuih lah

    sengal otak sume tu

  • ameen says:
    December 31, 2010 2:59:00 PM GMT+08:00

    Menteri kalau berlagak dan tak ambil kisah pandangan atau teguran rakyat, jawap lah dalam pilihanraya ya..
    Kami bukan nak mempertahankan individu tapi nak mempertahankan BN, tu pun sebab BN yang nampak mcm boleh harap..
    Kalau dah nampak nak menang dan kuat, naik takbur semula..
    tahula kau nanti,,
    Aku dah meluat sgt dah dengan Nazri, Hisyamuddin, Rais, Khairi.. Ada lagi 2/3 nama..
    Cuba blogger buat cabutan suara rakyat sikit dlm blog ni kita lihat siapa dlm ranking tertinggi tokoh2 UMNO dibenci dan bawahnya kita tulis sebab2 benci tu..
    So diaorang boleh sedar diri sikit..
    Diaorang byk perasan rakyat dah sokong, sebenarbya bukan rakyat sokong tapi rakyat takut dgn anwar dan agenda yahudinya..

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 3:19:00 PM GMT+08:00

    Cutenya adik maznah. Budak rupanya ... padan sensitif. kikiki ...

  • bujai says:
    December 31, 2010 4:29:00 PM GMT+08:00

    salam,

    amat malang bagi melayu yang diangkat sebagai pemimpin tetapi enggan menerima sebarang teguran dan nasihat, seolah-olah jawatan yang disandang mengecualikannya daripada sebarang natijah kesilapan dan dosa...

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 4:37:00 PM GMT+08:00

    siapa adviser rais ni?

    ado ko bayar newspaper untuk masuk newspaper.

    nampak sah kementeriaan penerangan bangang dan ketiggalan zaman.

    mereka tak tahu newsworthy statement untuk dpaat perhatian akhbar.

    bodoh benar ko setiausaha akhbar rais?

    mesti budak sekolah kampung ni.

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 5:48:00 PM GMT+08:00

    Masih ramai pemimpin Kerajaan dan pembangkang masih menganggap diri mereka tahu segalanya, kedatangan mesti di sambut dengan karpet merah, mesti ada eskot pasukan keselamatan, mesti ada majlis besar besaran kalau nak jemput mereka datang, naik pentas berucap, makanan di hidang percuma, kena tatang bagaikan minyak yang penuh. Malahan ada yang menganggap diri mereka tu above the law dan tak boleh di tegur. Yang menegur itu salah di sisi undang-undang. Macam undang-undang zaman batu. Pemimpin politik kena ingat bahawa jawatan dan pangkat yang ada pada mereka kerana sokongan rakyat dan boleh di lucutkan rakyat setiap lima tahun. Oleh itu jika dah di pilih rakyat maka pemimpin perlu bersifat rendah diri dan pandai menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan. Tak payahlah cakap tinggi dan sombong tidak bertempat.

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 5:59:00 PM GMT+08:00

    suka benor aku nengok gambor ni .....
    memang cute mcm anon 3:19:00 tulis....kehkehkeh...

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 6:07:00 PM GMT+08:00

    Kena tunggu Karpal Singh bawa isu ini dalam Dewan Rakyat..dulu masa Anwar punya kes, dia yang bawa masuk dalam Dewan Rakyat.

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 6:11:00 PM GMT+08:00

    menteri ni dilantik...if tak perform ke apa ke...tak dilantik lagi lah....

    tapi ahli parlimen ni dipilih...sama ada dia perform ke apa ke kat kwsn dia...pnddk yang akan pilih...

    tapi walau apapun perjuangan blogger2 yang proBN esp UMNO ni ikhlas...sebab sayangkan negara...sayangkan agama ISLAM....yang da sah2 pentadbir sekarang ni je lah yang layak....

    walaupun kita kdg2 kecik ati dgn individu2 tertentu...tapi dlm hal ni....PM dll yang masih berpendirian teguh dan konsisten dalam mempertahankan kedaulatan negara sudah seharusnya disokong...

    anggap jek sape2 yang tak ikhlas...yang ego...dan seangkatan dengannya lambat laun akan tersingkir...atau pun disingkirkan dengan cara yang depa sendiri dipertanggungjawabkan....

    wallahu'alam...

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 6:35:00 PM GMT+08:00

    Tuan,

    Baru baru ini aku terbaca bahawa menteri ini terlibat dalam kes rogol pembantu rumahnya--orang Indon. Betulkah tuan.

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 8:47:00 PM GMT+08:00

    Sejak dia ni jadi menteri bertarabur cerita2 dalam tv, penuh dgn cerita tahyul dan bahlol. Sudah byk kali rakyat suarakan hal ini dlm paper tp dia wat pekak badak je. Sepatutnya dah lama cerita HINDUstan & HINDUNIsial di hapuskan dari siaran.
    Hari ini pengarah tanahairpun terikut2 cara org luar wat film.

    Sumpah jadi "PUTERA KATAK' baru tau !!

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 9:12:00 PM GMT+08:00

    unspinners,saya rasa blog ni mula mempertikaikan kuasa Sultan Selangor,apa tindakkan tuan?adakah ia menghina dan menghasut?

    http://rights2write.wordpress.com/2010/12/31/bn-making-people-hates-them/#comments

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 8:39:00 AM GMT+08:00

    Masa dia jadi MB dulu Rais adalah menteri yang paling kaya dalam Malaysia.

    Masa itu Guthrie, Felda, etc membuka ladang di Negeri Sembilan.

    Nak buka hutan dan balak kasi cuci mangkuk hutan bawah kuasa kerajaan negeri.

    Rais sapu big time brader2. He was never clean.

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 1:19:00 PM GMT+08:00

    Aku diberitau di Kementerian Penerangan ada satu bahagian yang kerja mereka setiap hari memantau dan buat laporan bertulis tentang isu yang dibangkitkan oleh media siber. Yang dikatakan 'isu' ni tentulah dari media pro pembangkang dan yang anti kerajaan. Oleh kerana senarai yang anti kerajaan dan isu yang dibangkitkan terlalu banyak, dan apa yang ditulis oleh blog pro kerajaan tidak dilaporkan (kerana dianggap tidak membahayakan) satu gambaran terbentuk di kepala menteri ni bahawa semua media siber menjurus kepada memmfitnah kerajaan. Ini sama dengan keadaan selepas pru 12 lalu bila ada menteri kata blogers adalah goblok. Sebabnya masa itu orang yang boleh akses internet hanya jumpa blog yang anti kerajaan saja. Adalah dua tiga blog yang jadi tumpuan hingga membentuk pemikiran rakyat. Selepas tu baru blog pro kerajaan beranak pinak dengan giatnya.
    Aku bukannya nak sebelah menteri ni. Tak dapat sekupangpun selama ni. Bersalampun tak pernah. Tapi aku dapat rasakan keadaan ni sama macam sorang bapa yang ada lima atau enam anak. Oleh kerana ada dua yang jahat macam aprit, maka bila dia meluahkan perasaan pada kawan-kawan, dia akan kata "anak-anak sekarang memang setan" tanpa sedar tiga lagi anak dia amat baik dan selalu beri dia duit.

  • Anonymous says:
    January 2, 2011 9:36:00 AM GMT+08:00

    Helo anonymous 8:47,

    Kalau u tonton sinetron Hindun(indon) seperti cerita Asko dan Madina serta Cahaya, ia sungguh menghayatkan hati. Berbanding dengan cerita cerita Ingeris, cerita Indon lebih sedap ditontoni.

fda