Friday, December 31, 2010

PRK Tenang: YB Ayub DUN Sekijang, contoh wakil rakyat prihatin

Felda Chempelak adalah salah satu dari tiga kawasan Felda dalam DUN Chempelak. Felda lain adalah Felda Chempelak Barat dan Tenang.

Ketiga-tiga kawasan Felda ini mempunyai jumlah pengundi 4,000. Dari banyak itu, lalat hijau adalah dalam 100 aje. Aktivis PAS dalam kawasan ini tak ada pun. Yang datang adalah dari pekan Chaah.

Malam bola final Suzuki antara Malaysia dan Indonesia, mereka pasang skrin besar sana sini dan buat kegiatan judi cabutan nombor bertuah untuk tarik hati pengundi.

Tiga Felda di Tenang memang jadi impian Mazlan Aliman dan kumpulan ANAK derhakanya. Dengar2 mereka nak buat kempen tandatangan menuntut macam-macma untuk generasi kedua dan ketiga.

Pelbagai tomahan dan fitnah Mazlan Aliman telah dijawab. Sila baca di blog Jas Salleh sini.

Bohonglah Mazlan kata Felda sini paling mundur. Kemudahan sini baiklah!

Macam mana Mazlan cuba, sini adalah Johor dan bukan negeri lain. BUkan dia tak tahu, bulan tak laku sini. Kasilah banyak mana hamper pun, jiwa UMNO kuat. Semangat Johor dan UMNO tak luntur di ketiga-tiga Felda ini.

Namun begitu generai kedua tidak macam generasi pertama. Generasi pertama yang dah tua-tua dulu bersyukur dan reda saja apa berlaku. Bagi generasi kedua, mereka lebih faham akan hak dan kepentingan mereka. Mereka ada yang lebih berpelajaran dan vokal.

Kalau UMNO tempatan atau pengurusan Felda buat taik, mereka akan bersuara. Mereka tidak mudah untuk dizalimi dan dibodoh-bodohkan. Jika UMNO tak jaga, mereka boleh guna PRK untuk ajar UMNO.

Antara tiga Felda sini, Felda Chempelak perlukan pembelaan. Sebaik arwah YB Sulaiman Taha meninggal dunia, Felda Chempelak serupa macam tidak bertuan yang menjaga.

Oleh kerana kawasan ini bekas kawasan kepada ADUN Sekijang, YB Ayub Rahmat, dia telah mengambil inisiatif untuk datang berjumpa dengan peneroka dan generasi kedua di situ.

Dalam sesi itu, YB Ayub menyatakan sendiri pada penduduk di situ supaya jangan takut untuk suarakan kemusykilan dan masaalah mereka tanpa takut-takut. Sebelum ini dia tidak boleh buat apa-apa walaupun dia dengar mereka ada masaalah. Sebab ada tuannya yang jaga.

Sejak YB Dato Sulaiman meninggal, dia usahakan untuk datang bertemu. Setelah didengari masaalah mereka, langsung dia berkata "banyaknya nak diselesaikan."

Tapi yang baiknya dia, esok hari dia dah talipon dari Kuala Lumpur kepada pengusaha sini. Perkara segera yang dipinta ialah pengurus yang ada ditukar. Segera diberitahu Pengurus tersebut akan ditukar Felda.

Hal hal lain yang senarai ada 14/15 semua sedang diusahakan satu-satu. Sedap hati mereka ada pembelaan. Mengenai hal penyelewengan, siap-siap SPRM muncul aje di pintu karang.

YB Ayub ialah Timbalan Ketua Bahagian Sekijang. Dia datang di Majlis pertemuan dengan membawa anak-anak buahnya dari Bahgaian Sekijang.

Katanya, "saya bawa mereka semua ramai-ramai agar apa yang berlaku di sini tak berlaku di Sekijang. Kami nak belajar dari tuan-tuan."

Dia dah bersedia sebelum berlaku masaalah. Syabas UMNO Sekijang.

Inilah sikap dan sifat seorang wakil rakyat yang prihatin kepada nasib rakyat. YB Ayub patut dicontohi oleh semua pemimpin UMNO, baik yang muda atau yang tua, yang veteran atau yang baru.

Satu lagi yang kami dengar di Tenang ialah ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong.

Timbalan Menteri Pertanian ini begitu rajin sekali bertemu dengan rakyat. Hampir sana sini orang memberi kata-kata baik terhadap anak Chua Soi Lek ini.

Tak kira bangsa Melayu, Cina atau India semua diziarahi, dihampiri dan didengari kerenah dan rintihan rakyat. Betul2 dia hayati 1Malaysia: Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan.

Muga lebih ramai lagi wakil2 rakyat dan pemimpin-pemimpin tempatan seperti mereka berdua ini timbul.

SELAMAT TAHUN BARU 2011.

13 comments:

  • Anonymous says:
    December 31, 2010 10:35:00 PM GMT+08:00

    Alhamdullilah...sejuk hati dapat laporan cam ni. Tq Unspinner.Happy New Year 2011.Selamat Maju Jaya

  • Suram Muram says:
    December 31, 2010 11:07:00 PM GMT+08:00

    Alhamdullilah...
    Berita Baik...
    Tp kita jgn selesa...
    Kita Nak Kemenangan Yg TOTALLY...
    jgn mudah Tersenyum Bangga...
    kita mesti ingt...
    Air yg TENANG...
    X semestinya tiada BUAYA...
    Buaya sekarang da bnyk gerak...
    Dalam Air yg Tenang...
    Jgn kita Pulak jd MANGSA...
    Beringatlah seperti PARPU...
    CHILI KASI TARUK!!!

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 12:23:00 AM GMT+08:00

    Salam..

    YB Ayub ADUN Kemelah, yg terletak dalam kawasan Parlimen Sekijang (YB Datuk Hj Baharum bin Mohamed)...

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 12:33:00 AM GMT+08:00

    Yang penting tu wakik yang di pilih oleh rakyat rajin, maka kena sayang lah tapi kalau wakil yang di pilih rakyat tu hidung tinggi alamatnya tak lama lah jadi raja kawasan tu. Jangan kira cina atau india atau melayu mesti jadi wakil rakyat yang rajin masuk kawasan. Janji saja tak guna sebab rakyat dan bijak. Ramai pengundi dah ada Phd lah. Tahu menilai siapa yang baik dan buruk. Kalau Mazlan Aliman datang jual ubat di felda ramai ramai bangun dan suruh dia balik kampung sendiri jual ubat sebab semua penduduk felda di dun tenang dah sihat belaka. Tak perlu ubat kuat lah.

  • maae says:
    January 1, 2011 1:26:00 AM GMT+08:00

    Ni yang kita nak tengok! Generasi yang boleh di percayai..

    Berniat baik dan amalkan yang baik! Guna kaedah 'pap smear' untuk kesan penyakit barah atau yang boleh jadi sakit kronik.

    Berjuang bukan kerana nama..Selamat Menyambut Tahun 2011 dengan lebih telus dan yakin.Insyaallah.

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 8:14:00 AM GMT+08:00

    anak chua soi lek dari dulu memang begitu, saya cukup gemarkan beliau sebab dia sangat objektif dalam apa jua yang dia lakukan, at least dia tak kiasu macam typical chinese, pemimpin chinese yg lain perlu contohi beliau

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 9:00:00 AM GMT+08:00

    Ayub ni wakil rakyat mana?Ingat orang Labis tak tau jaga kawasan ke????

    Buat baik berpada2


    PRU13 nak muncul, kena jadi hero lah mulai sekarang,,, kalau tidak,, orang atas tak pandang ...

    INi musim promo ...

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 9:54:00 AM GMT+08:00

    Apa salah kalau nak tolong orang, kawasan mana tak penting sebab semuanya rakyat. Tapi kalau yang cakap kosong macam tin buruk tu apa faedahnya. Nak bantu rakyat kena minta izin Pas dulu. Harapkan serban dan ketayap putih saja tak cukup lah. Mana itu father Chua Jui Meng, datanglah ke Tenang kempen dan temberang. Dah lama jadi menteri bn, kaya raya, anak dah besar tapi bila tak dapat apa yang di minta lompat katak konon berjuang. Berapa penggal jadi wakil rakyat bn di bakri hingga penduduk sana naik muak dan menyampah tapi masih nak kerusi bakri juga.

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 12:14:00 PM GMT+08:00

    yang baik...dikekal...dan ditambahbaikkan...

    yang tak baik...diubah...dinyahkan...

    apa pun moga UMNO terus maju ke hadapan...dalam membangunkan negara...mempertahankan kedaulatan...dan menentang pengkhianat agama, bangsa dan negara.....

    wallahu'alam..

  • Fuard says:
    January 1, 2011 3:57:00 PM GMT+08:00

    Salam...itu yg kita mau. Bkn setakat ada pilihanraya je rajin turun padang. Penduduk Johor semua dah matang politik. Jajan2 dh tak jalan dah... Aduan rakyat jgn terus msk dlm rhobok. Tp saya tgk Yb Ayub ni pndai sesuaikan diri dgn lapisan umur dan berbilang kaum. Syabas bro.. Happy New Year2011.

  • Anonymous says:
    January 1, 2011 7:43:00 PM GMT+08:00

    jgn nk berlagak jd hero...kaw sendiri tu ok ke? jaga kaw sendiri sudahlah...


    btg berjuntai.

  • afeeq says:
    January 2, 2011 7:25:00 AM GMT+08:00

    d DUN Kemelah pun byk masalah,,, selesaikan dulu d sana,, bakal YB d DUN Tenang akan selesaikan,,,,
    jgn byk melobi calon d DUN Tenang hingga penggundi lari n benci,,,
    generasi sekarang tau apa yg "tersurat n tersirat",,,,,
    pasti ke YB ADUN Kemelah sekarang selesa n mampu kekal sebagai calonnya,,,,

  • Anonymous says:
    January 3, 2011 1:09:00 PM GMT+08:00

    sebagai wakil rakyat sudah menjadi tanggungjawab untuk membantu, lebih2 lagi utk PRK ni tak kiralah wakil rakyat BN tu datang dari mana sekalipun..

    kita perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, bukan mendatangkan atau mengada-adakan masalah.

    yg menjatuhkan umno bukan org lain, org umno jugak. ;)

fda