Thursday, December 23, 2010

Peguam Rosli Dahlan geng siapa?


Lawyer Rosli Dahalan dilepas mahkamah beberapa hari lepas atas tuduhan bersekongkol (abetting) dengan bekas CID, Dato Ramli Yusof berhadapan dengan tuduhan rasuah. Rosli didakwa kerana tidak membuat deklarasi aset semasa dia dan Ramli ditahan oleh SPRM.

Menurut Malaysia Today, kononnya mereka teraniaya kerana bersungguh2 menyiasat salahlaku terhadap bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli. Tulisan blog Rocky Bru sini menarik perhatian The Unspinners tentang kes ini.

Ini isu dah lama dan posting Neutral Daily bertarikh Disember 17 2009 memberi gambaran mengenai Rosli Dahlan, berikut:

Akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST) menjadi sasaran ketiga tuntutan saman malu seorang seorang peguam ternama Malaysia selepas beliau memfailkan tuntutannya itu di sebuah mahkamah Malaysia.

Rosli Dahlan, selaku plaintif, memfailkan tuntutan saman ketiganya itu ke atas tujuh defendan: The New Straits Times (Malaysia) Bhd, pemilik dan penerbit NST; ketua penyunting dan wartawan akhbar itu; Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dulunya BPR; dan dua orang pegawai kanan SPRM.

Writ saman itu dikatakan difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya, di Kuala Lumpur, pada 10 Disember lalu.

Akhbar Berita Harian pada 5 November lalu melaporkan bahawa Rosli telah mengemukakan tuntutan saman ke atas tiga defendan - The Star Publications (Malaysia) Bhd, syarikat pemilik dan penerbit akhbar The Star, ketua editor dan ketua wartawan akhbar berkenaan - pada 21 Oktober lalu.

Sebelum itu,
beliau pernah mengeluarkan tuntutan saman malu terhadap 17 defendan, termasuk pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara dan akhbar Utusan Malaysia, September lalu, dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta ($20.4 juta).

Dalam writ saman terbarunya, Rosli, menyatakan beliau telah difitnah hingga 'mengalami mudarat, kerosakan, kelukaan dan keaiban yang amat berat' oleh dua laporan yang diterbitkan oleh NST pada 12 Oktober 2007 dan 13 Oktober 2007, serta satu rencana yang didipetik daripada laporan NST dan disiarkan dalam ruangan 'Ehwal Semasa' oleh SPRM di laman webnya pada 12 Oktober 2007.

Peguam warga Malaysia yang didaftar dan diterima masuk sebagai peguam bela dan penguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada 28 Mei 1988 itu tidak pula menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntutnya dalam writ saman tersebut, tetapi menuntut bayaran ganti rugi am, ganti rugi teruk/atau teladan, faedah, kos, permintaan maaf tanpa syarat dan perintah lanjut yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Rosli adalah rakan kongsi kanan firma guaman terkemuka di Kuala Lumpur, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, yang diasaskan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Rosli mewakili bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhjaya Polis Datuk Pahlawan Ramli Yusuff pada 2007.

Dia menasihati Datuk Johari Baharom, yang menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu. Ia melibatkan kes kontroversi mengenai kegiatan sindiket pinjaman wang haram atau 'ah long', yang disiasat pegawai kanan polis itu atas arahan Datuk Johari.


Rosli juga terlibat dalam kes tuntutan sivil syarikat penerbangan milik negara, Malaysia Airlines (MAS), terhadap bekas Pengerusinya, Tan Sri Tajuddin Ramli, yang melibatkan kerugian melebihi RM8 bilion, yang turut disiasat oleh JSJK di bawah arahan Datuk Ramli ketika itu.

Pada 2007, akhbar arus perdana Malaysia itu memetik sumber BPR sebagai berkata bahawa Datuk Ramli disiasat di bawah satu akta pencegahan rasuah negara itu kerana disyaki memiliki aset bernilai RM27 juta.

Sebaliknya, pertuduhan ke atasnya ditukar menjadi penyalahgunaan kuasa, manakala aset yang dikatakan gagal diisytiharkannya itu melibatkan isu dua unit pejabat bernilai RM1 juta dan beberapa saham yang tidak mencapai jumlah RM27 juta seperti yang dilaporkan terdahulu.

Malah, Datuk Ramli telah dibebaskan daripada pertuduhan menyalahgunakan kuasa, iaitu menggunakan pesawat polis bagi kepentingan peribadi oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu kerana pihak pendakwaan 'gagal membuktikan kes prima facie dan Tertuduh berhak dilepaskan' setelah mendapati Datuk Ramli menjalankan tugas rasminya ketika itu.

Dalam siri tindakan guamannya, Rosli juga mendakwa bahawa beliau dianiaya kerana kes kontroversi yang dikendalikannya dan juga kerana membela Datuk Ramli.

Rosli Dahalan ini geng siapa?

Kes Rosli Dahalan dan bekas pegawai polis Dato Ramli Yusof begitu giat sekali diperjuangkan oleh Malaysia Today dan kuncu2.

Hairanya semasa Ramli membuat sidang akhbar ketika akan ditangkap dan didakwa dahulu pada tahun 2007, dia tidak benarkan Malaysia Today dan Malasyiakini hadiri sidang akhbar.

Adakah Ramli dan Rosli bersekongkol dari dahulu dengan MT dan kuncu2?

Dalam memperjuangkan Ramli dan Rosli, Malaysia Today dan kuncu2 terlalu banyak sangat mendendangkan seloka konspirasi dan pelbagai intrig untuk boleh dipercayai.

Kononnya Ramli dikenakan oleh bekas IGP Tan Sri Musa Hasan untuk membolehkannya naik pangkat menjadi IGP. Ramli didakwa atas kes rasuah. Rosli Dahalan turut sama didakwa kerana abetment.

Kononnya Ramli ditahan kerana dia mahu dedahkan Musa Hasan sebagai mempunyai hubungan dengan gangster.

Kononnya Tajuddin bersekongkol pula dengan Musa Hasan dan AG Gani Patail. SPRM dituduh tidak mahu menyiasat. AG tidak mahu mendakwa.

Kononnya Ramli mendedahkan sesuatu jenayah besar dan Musa hasan nak tutup.

Kaitan ini dan kaitan itu, sebab ini dan sebab itu, pakatan ini dan pakatan itu, ... hingga boleh buat hikayat sepanjang tapi tidak sehebat 1,001 malam. Terlalu banyak cerita dan konspirasi yang diceritakan hingga susah untuk diterima akal.

Apabila kelihatan satu cerita dan tuduhan dibuat dan diulang bagaikan propaganda Goebbels (tanpa fakta yang terang, jelas dan menyakinkan) selama dari tahun 2007 hingga kini tanpa henti2.

Pasti banyak tokok dan tambah serta disedapkan dengan gorengan rempah ratus. Ingat ye ... MT pernah memutar belit kebenaran tentang kematian Altantunya dan laporan perubatan Pusrawi. Raja Petra lari dari berhadapan dengan kebenaran dan undang2.

Cakap seorang penipu dan pengecut tidak boleh dipercayai. Once bitten twice shy

11 comments:

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 11:09:00 AM GMT+8

    saya mengikuti kedua dua perbicaraan kes Dato Ramli & Rosli dan saya kadang kadang ketawa & tersenyum keseorangan apabila membaca ulasan mengenai gelagat pendakwa dan saksi saksi pendawaan kerana nampak sangat tidak berkualiti jadi kita tidak bolih salahkan sesiapa apabila kita kalah dalam kedua dua kes ini.Dimasa depan hendaklah kita membuat 'homework'atau buat researched yg mendalam sebelum mendakwa org di mahkamah supaya tidak nampak semacam hendak mengenakan/atau menganiaya orang.

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 11:52:00 AM GMT+8

    Dendam membuatkan individu sakit hati dan berusaha untuk membalas dendam. Makanya tidak hairan kalau moderator Malaysia Today memberikan liputan luar biasa dalam kes seumpama ini sejak sedari dulu lagi.

    Apabila hati sakit di dalam, ia akan sedikit lega kalau pihak yang menyakitkan hatinya itu akan turut merasai apa yang dia rasai.

    Dan untuk menjadikan pihak yang menyakitkan hati RPK akan merasai perkara yang serupa (sakit hatinya), laga-lagakan mereka! Ya! kata kunci dalam polemik ini adalah LAGA. Noktah.

    Kah-Kah-Kah

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 12:17:00 PM GMT+8

    npk sangat trend dan pattern Malaysian Today mau bermain dengan persepsi.

    masa tu, thn 2007 target MT ialah utk menimbulkan keraguan org ramai pada IGP dan peguam negara..... itu saja point mereka.....

    alahhh ini semua arahan dari anwar jubo..... lepas tu anwar saman IGP dll. 16 sept dsbnya lepas tu dah jadi sejarah temberangan terbesar negara.

    lepas tu satu demi satu pekung dan perancangan jubo anwar terbuka di khalayak...

    patut di kalungkan di leher anwar, anugerah kelentongan negara....

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 12:18:00 PM GMT+8

    2 juta yg dikasi umno ke MP lompat pun anwar tak buktikan lagi. anwar juara menipu!!!

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 12:22:00 PM GMT+8

    tapi anwar kesayangan tok garu, nak buat cam noo... buleh ganti sayo jadi musamdol am, sebak dio doh di uji...hok hok hok

    keluar dari mulut paderi nyanyuk yg terima arahan tuhan suruh ampunkan dosa adun selising.....

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 12:26:00 PM GMT+8

    bro, this is not regarding 'geng siapa' but a game of manipulation. how far you can foresee one issue, how far can goes, till the end then manipulate to view the end and beginning at yr side.

    x-spy

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 12:52:00 PM GMT+8

    NAMPAK SGT UNSPINNERS DAH TERLAMPAU SPIN SAMPAI PALA ATAIH BWAH DH TERBELIT ;D JGN SBB KO NAK HANTAM MT KO NAK SPIN YG BUKAN2 TNTG DATO RAMLI DGN ROSLI, MMG KALO FOLLOW KES TU BETUL2 PIHAK PENDAKWARAYA 2 GANI PAK TONGKO + KEVIN MORAIS(CONFIRMED GAY!) DAH SCREW UP GILA BABENG, PATUTNYA DAH LAMA KES NI DI REJEK, TP DI LENGAH2KAN DEMI KESEJAHTERAAN TAJUDIN '8BILLION RM MAN' RAMLI, TP LEPAS NI SIAP LA KO TAJUDIN!

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 1:41:00 PM GMT+8

    Rosli Dahlan was fucking Dr Kamsiah Hyder the dentist mow married to Din Merican.

    Rosli Dahlan is a close friend of Ramli Yusuff - who was Raja Petra's Deep Throat from Sabah.

    Ramli Yusuff is an Anwar Ibrahim supporter. In 1998, Ramli Yusuff was the policeman who exposed Anwar's black eye to the media.

    They are all the same gang.

    Rosli Dahalan, Din Merican, Dr Kamsiah Hyder, Ramli Yusuff, Raja Petra Kamarudin.

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 8:49:00 PM GMT+8

    Din Merican tu pun sama kaki betina. Kamsiah bini ke 4.

    Bini pertama disepak2 pasal anak cacat.

    Bini kedua lama skit akhirnya bercerai.

    Bini ketiga saudara mara putera sihanouk cambodia masa dia mengajar sana. Ada anak duduk di Perancis.

    Bini keempat sisa tiga suami lain sebelum ini, Rosli Dahlan dan banyak lagi jantan lain.

    Inilah dunia PKR yang penuh kinky

  • Anonymous says:
    December 23, 2010 at 8:51:00 PM GMT+8

    Anon 12:52

    Sama hebat ke dengan anwar lengah2kan kes?

  • Truthseeker says:
    December 23, 2010 at 8:55:00 PM GMT+8

    Anon 11:09

    Jadi Ramli dan Rosli lepas pasal tecnicality kerana prosecutor tak buat homework?

    Kalau buat homework maknanya mereka sepatutnya bersalah ke?

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)