
Sekurang-kurang 12 Dalil ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia), pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) perlu dinilai semula kerana dibimbangi bercanggah dengan akidah Islam.
Demikian penegasan yang dibuat oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dalam kertas kerjanya “Pluralisme Agama dan Anwar: Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam” yang diedarkan kepada semua peserta Wacana Sehari di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Setiap peserta dibekalkan kompilasi ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di LSE, London (18 Mac 2010) dalam dwi-bahasa, teks asal ucapan Ketua Umum PKR itu dalam Bahasa Inggeris dan teks ucapan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Manakala untuk menjawab teks ucapan Anwar itu, turut dilampirkan bersama kertas kerja Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady.
“Kompilasi ringkas ini adalah bagi menunjukkan satu contoh penyebaran luas fahaman Pluralisme Agama serta menjawab fahaman salah mereka yang mengusung idea yang ingin menyamaratakan semua agama”, ditulis dimuka depan kompilasi bertajuk “Menyanggah Pluralisme Agama Menyelamatkan Umat Islam Di Malaysia” itu.
12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :
1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.
Anwar Ibrahim: Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.
Uthman El-Muhammady: Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.
Baca baki 11 lagi di AIDC sini.
Apa Dr Mohd Nur Manuty buat? Takkan biar saja .... Sama sesat ka? Sampai ke situ ka politik?


Sejak bila hang pandai kupas isu2 agama lak ni
Anwar dengan pluralisme nya, Khalid Samad dengan membela kristian nya..Agama Islam tergadai, Bangsa musnah, negara porak peranda.
Saudara 9:10 pm...
Persoalannya adakah Anwar berkata begitu.. Sekiranya tidak anda perlu membuktikanya dan sekiranya ya apa pandangan saudara... Tak perlulah kita mempertikaikan hak orang lain untuk berkata...
Anon 9:10 PM. Semua orang pun berhak mengupas isu agama kerana kalau DAP pun boleh buat ikut suka hati mak bapak komunis mereka, kenapa kita yang memang Islam tak boleh buat?
ini ke anugerah tuhan yg slalu wan azizah angkat??ikot suke mulot longkang die je nak banting pluralisme
Jangan enak ngomong saja wahai Anwar anak Ibrahim. Dan bila cakap jangan banyak konar untuk men”camouflage”kan sifat kemunafikanmu dengan menggunakan bahasa akademik dan intelektual konon.
Andainya benar semua agama itu sama, sebagaimana yang didakwa oleh kaum pluralisme agama ini, bagi yang mau berfikir, coba kita tanya diri kita; mengapa Allah SWT mengutus Khatamman Nabi (Penutup Segala Nabi) iaitu Nabi Muhammad Rasulullah SAW? Bukankah tugas murni Baginda yang diperintahkan oleh Allah ialah untuk menegakkan semula agama wahyu yang telah bengkok, seperti ajaran Esa AS yang telah dibengkokkan oleh rahib-rahib Nasrani, dan ajaran Musa AS yang telah dibengkokkan oleh rahib-rahib Yahudi? Apakah Anwar mahu jadi rahib Hindraf yang menyamar dalam Islam yang mau membengkokkan akidah agama suci ini? Atau Anwar jelmaan Masih AdDajjal di akhir zaman yang mau menggugat iman dan akidah kaum Muslimin? Semoga Allah selamatkan akidah semua saudara Muslimin kita di Malaysia ini. Amin
Apa salahnya kalau orang islam kupas tentang isu agama sendiri. Sedangkan bukan islam pun guna quran untuk kempen. Masuk masjid pun boleh. Agaknya si nuar brahim nak jadikan negara kita anarki bagi lepaskan dirinya. Secara tak langsung nuar galakkan gay di
Malaysia sebab kawan dia semua gay. Apa nak jadi satu hari nanti semua orang kena taruk belakang
Kalau dah semua agama sama,lebih baik jadi freethinker je..tak payah pikir lebih,hidup untuk semua,semua untuk hidup.Boleh balun,buat apa saja dan mentekedaghah semuanya!
Atau,paling kurang bila hati susah (mana ada manusia hari-hari hati senang!)teringat tuhan pulak,masuk je gereja, kuil atu tok pek kong,kita pakat sembah-sembah. Kemudian masuk pulak masjid. sembah apa pun terpulang lah..paling baik tok moyang!
Beza kita dengan binatang sikit je! Akal..dari mana datang nya akal? Akal tak guna jadi lah binatang, akal di salah guna jadi lah syaitan, akal cacat jadi lah OKU,terlebih akal,orang lain semua bodoh, terkurang akal orang kata tak siuman.Pendek, akal, bengap. Hilang akal,bangang!
Cuba cerita dan beritahu rupa, bentuk akal.Siapa sahabat akal?
Cuma akal yang sempurna akan duduk nya jiwa yang tenang/sederhana, BERakal kerana menuntut dan mengguna ilmu dengan hak yang betul.
Buat lah kajian...Akhir nya jua... akan ketemu zat Allah SWT.Bahawa Allah itu benar,Nabi muhammad itu benar, AlQuran itu benar,Malaikat itu benar,Qada' dan Qadar itu benar dan senang cerita,semua MILIK Allah adalah benar...
Maka para saintis gila akal(suka buat kajian tak masuk akal dan tercari-cari dan mencari hujung jawapan kajian...akan di buka hijab untuk menerima 'kebenaran' dengan izin Nya...Agama Islam itu BENAR. Tak pernah lagi ada catatan lain-lain agama perbandingan terdapat jawapan nya dan setaraf kebenaran Islam!Demi itu mana boleh sama?
Mati Akal atau akal mati? Jika ada yang jawab tidak benar dan bukan hak Allah, sama ada dia itu gila atau segaja suka menjadi gila membelakangkan akal.Sebab akal dah mati,lalu bunuh diri.
Maka Hak Allah kepada mati ialah mati beriman.Mati sesat atau mati sebab di sesatkan atau penyesatan, maka JANJI syaitan kepada Allah, telah berjaya...
Sebalik nya kalau percaya semua bernyawa akan merasa mati dan MATI, lenyap dan hilang lah akal.Maka yang menjawab di alam barzah bukan lagi akal tetapi...
Kepada Allah SWT jua kita memohon keampunan dan hidayah.Insyaallah.
Umat Islam kena tekad imannya. Tiada kesamaan di dalam beragama. Pluralisme hanya suatu alasan kepada agama lain untuk berdakwah kepada umat Islam. Semoga saudara seagama kita di dalam parti PAS kembali bersatu sesama Islam untuk mempertahankan agama kita ini. Insya Allah.
Kalau tak faham tak usah komen. Dr. Mhammad tu kalu hebat dan rasa diri dia betul buat lah satu debat dengan Anwar apa masalah nya. Dan soal lah Anwar apa kefahaman nya dan bincang.
Jangan asyik nak kata orang lain semua salah dan hanya diri sendiri yang betul.
Dan kamu ni pulak suka menyebar dan cuba melagakan orang. Kalau awak bodoh maka diam sahaja lah dan jadi lah bodoh seorang diri.
anon 8.05
Wow, this Distinguished Academic Fellow of the International Institute of Islamic Thought and Civilisation is not good enough to put forth his argument against exhortations of "Plularisme Agama a la Anwar Ibrahim"?
Anti-Secularism in Islam
Bila manusia mengenali erti komoditi, untung dan rugi maka bermulalah aktiviti berjual-beli. Dan secara konsepnya manusia beranggapan apa saja boleh dijual-beli!
Untuk menjadi terkenal dan ternama bermacam pendekatan diaplikasikan. Bagi yang 'pintar' bodekan adalah jalan pintas menuju keternamaan. Wow! mudahnya!
Makanya tidak hairanlah kalau manusia sanggup jual apa saja atau membodek meskipun secara tidak bermaruah asalkan mendapat untung, terkenal dan ternama.
ALPASIKU
Anon 9:10
baca dulu sebelum tinggal komen
Aon. 8:05
Ini bukan masalah pandai atau bodoh..kerana ini akan jadi masalah MURTAD