Monday, November 1, 2010

Yong samun SLC Sapi Plantation


Kisah kali ini ialah mengenai syarikat yang dimiliki oleh agensi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) atau lebih dikenali dengan nama singkatan SLDB.

SLDB memiliki beberapa syarikat dan salah satunya ialah Sapi Plantations Sdn Bhd (mungkinkah ada kaitan dengan Batu Sapi?).

Sapi Plantations Sdn Bhd (Sapi PSB) adalah syarikat yang terlibat dalam perladangan yang memiliki tanah seluas 142 km persegi di Sandakan yang ditanam dengan kelapa sawit. Luas kawasan itu bersamaan dengan satu suku keluasan Parlimen Batu Sapi. Naaaa yu', cuba kau bayangkan berapa hasil ia boleh keluarkan.

Dipendekkan cerita SLDB menjual saham syarikat ini untuk membuat keuntungan pelaburan dan keuntungan itu mencecah jutaan ringgit. Jual dapat untung tu tidak apa, jangan saja jual tapi rugi.

Masalahnya ialah apabila YTL mahukan keuntungan itu dimasukkan ke dalam poketnya sendiri dan bukan dipulangkan kepada SLDB.

Maka dia arahkan bekas Pengurus Besar SLDB Datuk Wasli Said untuk masukkan RM5 juta keuntungan dari hasil jualan saham Sapi PLB itu dengan menyerahkan wang berkenaan kepada agen YTL.

Inilah juga modus operandi yang dia gunakan untuk mengisap duit Warisan Harta dengan mengulun (membuat arahan secara paksa) kepada Rahman Ghani, Pengarah Urusan Warisan Harta Sdn Bhd (juga GLC Kerajaan Negeri) dalam kes share swap saham blue chip milik Warisan Harta dengan saham murah NBC/NBT.

Inilah fakta yang didedahkan oleh Wasli dalam Mahkamah Sesyen pada 12 Feb 2004. Kenyataan Wasli diterima oleh mahkamah sebagai bukti yang tidak dipertikaikan.

Sepenuhnya di Surat Batu Sapi sini

2 comments:

  • Anonymous says:
    November 1, 2010 at 8:01:00 PM GMT+8

    kalau dah buat salah kenapa tak dakwa YTL kat mahkamah, ke aku yang tak tau !

  • Anonymous says:
    November 1, 2010 at 8:22:00 PM GMT+8

    Salam
    mantap bro,

    LAMAN WEB TERKINI PRK PARLIMEN BATU SAPI DAN DUN GALAS
    malaysiansearch.com

fda

Link2Me WeLinkBk (275)