Monday, November 29, 2010

Ronnie Liu ... lelaki komunis terakhir

Ronnie Liu tewas sekali dalam pemilihan untuk jawatankuasa negeri untuk Selangor. Dia menduduki tempat ke 21 dengan hanya undi sebanyak 369.

Sebelum itu, proksi kepada exco negeri yang penuh kontroversi ini, Ang Leng Kiat dan pasukannya kalah teruk di pemilihan jawatankuasa bahagian Klang pada bulan Oktober. Ini amat memalukan fraksi Lim Guan Eng.

Kini kerjaya Ronnie sudah dipenghujung jalan. Dengan iringan lagu Selamat Tinggal Romeo (anggaplah sebagai Ronnie), kita mengimbas kembali Ronnie yang ditulis Malaysia Instinct:


Siapa tidak kenal dengan Ronnie Liu, Exco Selangor yang paling kontroversi khusus berkaitan dengan arahan dan tindakannya yang dilihat mencabar kewibawaan orang Melayu dan Islam di negeri berkenaan.

Kita semua tidak mungkin lupa bagaimana Ronnie mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka di sana.

Perkara itu juga telah dikecam oleh UMNO Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Wee Choo Keong (Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco (yang dipercayai ditujukan pada Ronnie) yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

Ronnie juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007

Adun Pandamaran itu turut diminta oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk memberi penjelasan mengenai peruntukan lebih setengah juta ringgit yang diagihkan oleh pejabat beliau dalam tempoh enam bulan.

Ronnie adalah antara yang dipanggil oleh Selcat untuk menerangkan bagaimana dana awam berjumlah RM611,933 dibelanjakan dalam tempoh tersebut!

Untuk pengetahuan anda, beliau juga sering dipulaukan oleh pemimpin DAP lain kerana perbuatannya yang dilihat menyimpang dari perjuangan parti tersebut.

Sebagai contoh, saya difahamkan, Ronnie telah dipinggirkan ketika muncul pada majlis makan malam yang diadakan untuk meraikan pendaki Everest N. Mohanadas dan M. Magendran

Kedua-dua mereka menerima pingat Datuk daripada kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin negeri menghadiri majlis itu, tetapi mereka seolah-olah cuba menjauhi Ronnie sehingga kelihatan seorang diri.

Ronnie datang ke majlis agak lewat dan seorang diri, dan ketika melangkah anak tangga, beberapa pemimpin parti dari kumpulan memihak kepada Guan Eng kelihatan tidak selesa.

Sebelum ini pemimpin veteran Dr Chen Man Hin dan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi secara terbuka telah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Pandamaran ini agar meletakkan jawatan kerana terlibat dalam kontroveri mengeluarkan surat sokongan politik, yang didakwa telah menjejaskan imej parti.

Dalam laporan-laporan sebelum ini Ronnie antara lain berkata beliau ada menandatangani surat sokongan ataupun tandatangan beliau dipalsukan.

Ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock mengaku menandatangani surat sokongan sedemikian untuk pemohon mendapatkan kontrak kerja kerajaan termasuk anaknya.

Tee akhirnya dipecat dari parti pada 6 Ogos lalu. Ronnie juga berhadapan dengan lembaga disiplin pada 12 Ogos tetapi bebas dengan amaran.

Baca sepenuh di sini
Ronnie Liu juga adalah pemimpin DAP pertama yang memperakui secara terbuka Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan sebelum dihidupkan sebagai satu agenda perjuangan Pakatan Rakyat.

Seperti yang kami pernah dedahkan hingga menimbulkan kemarahan dan memerlukan penafian dari Ronnie sendiri adalah pendedahan Ronnie pernah terlibat sebagai cadre komunis semasa kecil. Dia pernah menjadi pembawa bekal untuk komunis semasa zaman kanak-kanak di Pahang.


Latarbelakangnya dengan puak-puak pengganas dari kecil yang membentok perangai angkuhnya dan penglibatannya dalam kegiatan samseng gelap. Dengan bantuan Raja Petra, Ronnie telah mereka cipta dan memfitnah bekas IGP, Tan Sri Musa Hasan ada penglibatan dalan gangsterism.

Padahal Raja Petra dan Ronnie membela satu kumpulan samseng dari tangan-tangan undang-undang. Kumpulan ini termasuk blogger Din Merican.

Raja Petra dan Din Merican turut sama membela bekas Timbalan IGP, Ramli Yusof dan loyar Rosli Dahalan yang pernah ditahan dan dicaj atas tuduhan rasuah. Masaalahnya mereka dilepaskan mahkamah tolol kita yang tidak terima apabila satu-satu orang tidak boleh terangkan harta dalam tangannya.

Ramli buat deklarasi ada harta sebanayak RM7 juta manakala Rosli Dahalan enggan declare hartanya. Macam mana seorang Timbalan IGP boleh ada harta sedemikian banyak?

Sedihnya ada orang-orang UMNO pun turut sama tertipu dengan permainan jahat Ronnie Liu dan Raja Petra.

Sekarang kita tengok saja berapa lama lagi DAP mahu simpan Ronnie sebagai exco. Duit dari judi, pelacuran, urut, arak, dll, Lim Kit Siang si abang sayang Mummy Foo mahu. Bila dah diketahui, konon-konon mahu tendang Ronnie.

Akhir sekali, tahniah para blogger2 yang terlibat mendedahkan kebenaran mengenai Ronnie Liu hingga dia tersungkor ... muahahahha.

4 comments:

  • Aspirasi says:
    November 29, 2010 at 11:26:00 AM GMT+08:00

    Salam bro... ronnie liu hanya ikan bilis je... ni bapak komunis tak jatuh lagi.. Kit Siang dan Guan Eng..

    Siapapun perintah asalkan DAP... pastinya sangat membahayakan bangsa Melayu

  • Anonymous says:
    November 29, 2010 at 12:08:00 PM GMT+08:00

    yaa....tepat tu..DAP akan bahayakan melayu...tapi UMNO akan menjahanamkan melayu dan perjuangan Islam...
    Islam yg ada pada UMNO skrg ni ...entahlah...korang cai UMNO tanyalah PM dan bininya...

  • Aspirasi says:
    November 29, 2010 at 12:18:00 PM GMT+08:00

    bodoh punya anon.. hahaha..

    korang tu pencacai DAP je... hidung kena cucuk dengan tali...

  • Anonymous says:
    November 29, 2010 at 6:09:00 PM GMT+08:00

    DAp anti islam dan melayu akan terus dengan agenda racist mereka iaitu perjuangan hanya untuk kaum cina dan negara china dan pemimpin komunis china ... macam ni kaa lim kit sial kata patriotik ???

    Kalau cakap dengan puak DAP ni dan kritik pasal Negara China memang melenting laa mereka ni semua !!! Tapi tak malu nak jadi rakyat Malaysia .

fda

Link2Me WeLinkBk (275)