Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, November 19, 2010

Pelbagai salahlaku dalam pengurusan PKNS


Kisah salahlaku pengurusan PKNS di bawah Pengurus Besar Osman Omar telah didedahkan oleh GAP dalam satu siri empat Bahagian.

Dalam Bhg 1 sini, skandal pertama PKNS ialah projek pembinaan kondo mewah di Jalan Jelatek (Kg Dato Keramat) yang bermotif jahat untuk menghalau orang Melayu dari kawasan asalnya.

Caranya adalah dengan memaksa keluar penghuni flat PKNS Jalan Jelatek yang kebanyakkannya Melayu dan satu projek RM1.2 billion bernama Datum Jelatek dibina.

Cara projek ini menghalang orang Melayu memiliki rumah adalah dengan meletakkan harga mahal seperti berikut:
  • Unit studio satu bilik berharga RM600 ribu
  • Unit studio dua bilik berharga RM 900 ribu
  • Unit kondo 3 bilik berharga RM 1.5 juta.
Azmin dan Shaari Sungip berkempen menentang projek ini tetapi projek ini bertambah besar dan penghuni asal tidak ditawarkan pampasan yang membolehkan mereka memiliki rumah di Datum jelatek.

Bhg 2 sini mendedahkan pembaziran dari usaha untuk memindah pejabat.

PKNS akan bina pejabat baru di Seksyen 14 Shah Alam bernilai RM90 juta. Ini sudah menarik protes dari penduduk setempat Seksyen 14 berkenaan alam sekitar. Mana dia Elizabeth Wong?

Bangunan PKNS di PJ dan beberapa banguan akan dijual sebagai sebahagian dari REIT. Sementara itu PKNS akan berpindah ke pejabat sementara Seksyen 13. Bebal betul cara begini!

Kenapa tidak pindah saja di bangunan MRCB Shah Alam atau baik pulih bangunan PKNS Shah Alam yang ada, kata protestor?

Memindah pejabat adalah trick biasa untuk sebat duit syarikat dengan menyalurkan kontrak perpindahan, ID dan architecture dan renovation, sewa pejabat baru PKNS, dan pembelian perabut baru kepada kroni.

Kos perpindahan pejabat PKNS yang didedahkan GAP adalah berikut:
  • Sewa bangunan transit - RM 267,932.00 sebulan
  • Sewa untuk 3 tahun - RM9.6 juta
  • Kos perpindahan ke bangunan transit - RM 500 ribu
  • Kos ubahsuai - RM 5.6 juta
  • Kos network - RM 40 ribu.
  • JUMLAH KESELURUHAN KOS RM 15.7 juta.
Manakala dalam Bhg 3 sini, PKNS menghidupkan PKNS Holdings dengan suntikan RM5 juta dan 10 pekerja yang tidak cukup pengalaman tetapi bergaji lumayan. Ini adalah amalan kronisma.

PKNS Holding diberi kontrak memasarkan projek-projek PKNS Bernam Jaya, Kota Puteri, Antara Gapi, dan Selangor Science Park 2. Banyak projek lain akan disalurkan ke situ.

Staf PKNS syak sesuatu tidak kena. Kenapa perlu ada PKNS Holding sedangkan tiga syarikat operasi PKNS - SIC Sdn Bhd, PIB PKNS INfra Sdn Bhd dan PACB Sdn Bhd sudah ada kaliber, track record dan pengalaman organisasi selama 15 tahun?

Ini tidak lain adalah struktur untuk Lembaga Pengarah PKNS (yang ada wakil kerajaan persekutuan) tidak dapat mengetahui intrikasi perjalanan syarikat operasi yang akan diletak bawah PKNS Holding.

Cara ini kroni akan diselit dan bawa masuk ke dalam PKNS Holding dan struktur anak syarikat. Syarikat lama yang ada orang "gomen" akan akhirnya ditutup satu persatu.

PKNS Holding mengadakan dua JV yang dipersoalkan dengan Syarikat Andaman dan UAPE yang tidak mengikut arahan MB

PKNS ada syarikat marketing tetapi dilantik konsultan bernama Prof Dr Erman Papazian dari Dubai dengan bayaran kos termasuk penerbangan kelas pertama, bayaran sebanyak RM450,000 untuk Taman Sains Selangor 2 dan RM485,000 untuk Bernam Jaya, dan komisyen.

Bhg 4 sini mendedahkan seorang bernama Sahul Hamid bin Sheikh Daud sudah ada tiga syarikat tetapi tetap diberikan kontrak oleh PKNS. Butiran:
1. PING Teknologi Sdn Bhd. untuk menyewa peralatan ICT dan software telemarketing. jumlah kontrak RM731 ribu.

2. Agensi pekerjaan, People Resources Malaysia Sdn Bhd menerima kontrak sebagai Pengurus Telemarketing dengan kontrak berjumlah RM 975 ribu.

3. My Event Sdn Bhd mendapat kontrak menyelenggara database berjumlah RM 961 ribu.
Ketiga-tiga kontrak di atas telah diluluskan tanpa mendapat kelulusan mesyuarat jawatankuasa tender perbadanan!

Persoalannya:
  • Adakah salah GM, Osman Omar?
  • Atau arahan Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi?
  • Atau salah Lembaga Pengarah?
  • Atau Jawatankuasa khusus yang dianggotai oleh Khalid, Azmin, Theresa Kok dan Ir Iskandar yang bebal main lulus apa yang disogok oleh Osman kepada mereka?
Ranaplah negara kalau puak-puak ini ke Putrajaya!

3 comments:

  • Megat Alam Gempita says:
    November 19, 2010 at 10:54:00 AM GMT+8

    syyyy

    Ada isu money laundering terbaru dalam Perbendaharaan Selangor utk tampung kerugian yang dibuat oleh Khalid Gagap. Eli dan Ronnie dah kelam kabut cari sponsor utk cover!!!

    SSDE ayuh bongkar!!!

  • Anonymous says:
    November 19, 2010 at 11:12:00 AM GMT+8

    Ini adalah satu 'kerugian' pada marhaen. Kerana PKN adalah medium yang diadakan khusus untuk kebajikan mereka dalam aspek ekonomi, perumahan dan guna tenaga.

    Pengundi secara tidak langsung menjadi penentu kepada siapa yang bakal menguruskan PKN. Kalau 'sabut' yang mereka pilih maka timbullah ia tetapi kalau batu yang dipilih maka tenggelamlah ia.

    Namun, satu undi yang diberikan bukan saja mampu membawa perubahan kepada positif tetapi silap-silap haribulan ia bersifat negatif. Ini bermakna ada risiko.

    Salah satu risiko dalam bab ini adalah kos tambahan yang harus dikeluarkan untuk memenuhi keperluan dan tuntutan pihak pengurusan baru dan ini termasuklah aspek citarasa dan selera-mera.

    Semua itu tidak jatuh dari langit tetapi perlu dimasukkan ke dalam kos operasi. Sama ada ia bakal membawa pulangan setimpal atau tidak belum dapat dipastikan kerana faktor risiko.

    Dilihat dari sudut jimat cermat, wang sebanyak itu kalau disalurkan kepada golongan sasaran sudah tentu nampak faedahnya. Malangnya, marhaen tidak didahulukan.

    Lebih malang kalau 'harta rampasan perang' yang sepatutnya dinikmati oleh para juak dan balaci tetapi disebabkan tersalah mengandaikan nawaitu rakan-rakan, kalangan elit ultrakiasu juga yang dapat isinya!

    Kah-Kah-Kah

  • Anonymous says:
    November 20, 2010 at 11:27:00 AM GMT+8

    jangan menuduh sebarangan tanpa usul periksa dan mengaibkan orang dgn menggunakan media. media pula suka putar belitkan fakta utk kepentingan politik. melayu ni banyak PHD. bukan doktor tetapi PERASAAN HASAD DENGKI. macam mana nak maju? asyik cari kesalahan orang je.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)