Friday, November 26, 2010

GEMPAQ!!! PKR guna surat palsu ketepi saman Jenapala!

Macam real aje PKR berjaya ketepikan permohonan Jenapala di Mahkamah semalam. Baca si portal penipu Malaysiakini semalam sini.

Rupanya dia orang guna dokumen palsu! Petikan dari laporan Agendadaily sini berikut:


Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim Jumaat membuat laporan polis mendakwa PKR memalsukan sepucuk surat bertarikh 2 Febuari 2009 yang kononnya beliau keluarkan selaku Setiausaha Agung PKR pada masa itu.

Surat palsu berkenaan telah digunakan dalam kes saman pemula bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenepala mengenai soal pemilihan PKR yang telah ditolak oleh mahkamah Khamis.

Salehuddin yang membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi dalam kenyataan medianya berkata, beliau mengetahui kewujudan surat ini setelah dimaklumkan oleh peguam Jenepala.

Menurut Sallehuddin satu afidavit daripada setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut.

“(Surat) yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu,” kata beliau.

Jelas Sallehuddin, beliau membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri. ...
Ini kerja Saifuddin Jerawat Batu. Falsifying document satu kesalahan besar. Layak duduk sebilik dengan Anwar di Sg Buloh. Bila dah tak dapat, jerawat batu pun Anwar sapu.


Sementara itu, begini rupa dewan semasa Sam Ketot berucap tadi di Mesyuarat Agung AMK.

Mana tak orang boikot, dia kalahkan Chegu Bard dengan hanya beberapa undi. Taktik dia adalah menggunakan cabang di sabah dan sarawak yang mana kedatangan hanya 30-40 orang dan dari situ boleh ada undi sampai 400-500 orang.

Laporan Agendadaily sini di bawah ini:

Waktu itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin sedang menyampaikan ucapan dasar.

Kebanyakan kerusi kosong.Sepatutnya kira-kira 1,000 perwakilan AMK terdiri dari pemuda dan wanita hadir.

Hanya kira-kira 400 orang dalam dewan.

Sebelum itu Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husein Ali merasmikan mesyuarat AMK itu.Waktu Syed Husein rasmi dewan penuh termasuk dengan kehadiran pimpinan pusat termasuk Azmin Ali dan lain-lain.

Baca sini nak dengar apa si komunis tua meraban.



Kelihatan sana sini merreka yang pakai armband. Pasti besuk lagi gempaq. Baca sini.

2 comments:

  • Anonymous says:
    November 27, 2010 at 11:29:00 AM GMT+8

    Laa sampai surat pun palsu?
    Laporan Palsu,
    Pemilihan parti Palsu,
    Keterangan Palsu
    Tuduhan Palsu,
    Wawasan Palsu,
    Keadilan Palsu,
    macam-macam palsu, sampai JANTAN dia pun palsu(Jantan syok Jantan)


    SO apa masih yang ORI kat PKR ni?

  • Anonymous says:
    November 28, 2010 at 3:14:00 PM GMT+8

    kalu nik aziz, dia kata parti palestik.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)