Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Sunday, October 31, 2010

USBO ajak orang Bajau sokong calon Batu Sapi BN

Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) mengajak masyarakat Bajau di kawasan Parlimen Batu Sapi supaya memilih calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 Nov ini.

Penolong Setiausaha Agungnya, Jemil Sidah, berkata masyarakat itu wajar memberi sokongan kepada BN demi kelangsungan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.

"Masa depan dan survival masyarakat Bajau terletak di tangan BN...oleh itu kita perlu memberi sokongan padu kepada calon BN," katanya dalam perjumpaan dengan masyarakat itu di Kampung Sundang, di sandakan Jumaat.

Bernama melaporkan USBO merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui oleh bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Beliau kini merupakan Penasihat Sains dan Teknologi Kepada Ketua Menteri Sabah dan juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian suami Linda, Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam nahas jalan raya pada 9 Okt lalu di Kota Kinabalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS)menewaskan calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk 1,535 pengundi pos.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Linda, Datuk Yong Teck Lee dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan Ansari Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).- Agendadaily 29/10/2010

4 comments:

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    October 31, 2010 at 12:15:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 12:52:00 PM GMT+8

    ooo yg pandai cakap melayu macam kapal sins, lim guan eng yang bagus ye

    yg tu semua anti melayu

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 1:14:00 PM GMT+8

    Yang penting adalah apa yang hendak dinyatakan, ditegaskan atau di sampaikan adalah jelas dan mudah difahami. Itulah asas komunikasi.

    Ternyata ada YB yang bertutur menggunakan bahasa bakul (bukan baku) yang mana loghat dan dialeknya sukar difahami oleh wartawan apatah lagi oleh marhaen di luar Kelantan.

    Ini menunjukkan tidak semua YB Islam mampu bertutur menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul, jauh sekali bahasa baku. Kalau Tok Guru macam tu, apa nak diharapkan pada orang lain?

    Kah-Kah-Kah

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 1:20:00 PM GMT+8

    Pihak media perlukan berita untuk disebarkan. Apapun tidak semua berita layak disebarkan. Contohnya apakah layak berita tentang keinginan Pas untuk membiayai kepulangan pengundi dari luar kawasan Galas dijadikan berita yang baik yani tidak mengandungi elemen tidak baik -- sogokan politik?

    he he

fda

Link2Me WeLinkBk (254)