Sunday, October 24, 2010

Tujuh perkara untuk kuatkan UMNO


Najib Mahu Seluruh Ahli Laksanakan Tujuh Perkara Dalam Transformasi UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan tujuh perkara yang perlu dilaksanakan anggota dan pemimpin parti sebagai pengisian transformasi parti Melayu terbesar itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Jelas beliau tujuh perkara itu ialah pertama maruah parti lebih penting dari individu, kedua dalam parti yang penting adalah pasukan bukan kumpulan, ketiga memenangi hati dan jiwa rakyat, keempat menjadi juara media baru, kelima menjadikan empat juta pengundi baru sebagai sasaran parti, keenam UMNO mesti menuju sifar masalah dan terakhir ketujuh UMNO mesti mendahulukan rakyat.

Menurutnya kesemua perkara yang disentuh itu bukan sesuatu yang baru sebaliknya adalah asas perjuangan parti yang disebut semula dalam bentuk cadangan oleh perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan pada perhimpunan itu.

“Ramai yang sebut tentang transformasi dalam Umno, saya nak sebut model transformasi Umno ini apa temanya?

“Saya fikir pada waktu perhimpunan, saya hayati hujah, tema yang paling sesuai ialah Umno dahulukan rakyat,” katanya ketika mengulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka, PWTC di sini, petang tadi.

Beliau seterusnya menegaskan transformasi itu mesti dilaksanakan di semua peringkat parti kerana ia amat perlu untuk memperkuatkan parti bagi perjuangan masa depan termasuk untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Sementara itu, menyentuh soal hak istimewa Melayu yang disifatkankannya sebagai “terkunci kemas” dalam perlembagaan sebelum ini, beliau membidas pembangkang yang memutarbelitkan perkara itu.

Katanya, pembangkang berhujah, oleh kerana perkara itu telah terkunci, maka orang Melayu tidak lagi memerlukan UMNO.

“Ini adalah satu pandangan yang tidak benar sama sekali. Walaupun peruntukan itu terkunci kemas tetapi kuasa politik, ia perlu di tangan UMNO untuk mengetengahkan prinsip dan semangat perlembagaan itu.

“Sebab itu, saya tutup ucapan dasar saya dengan berkata, dalam apa jua keadaaan pun, Putrajaya perlu kita pertahankan”, ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut berharap soal hak Melayu tidak lagi dibangkitkan dan dianggap sudah “tutup buku”. - MediaUMNO

3 comments:

  • Anonymous says:
    October 24, 2010 10:28:00 AM GMT+08:00

    walau apapun misi...visi..pemimipin..pantauan perlu ade...ala2 apa perkara baik pun...perkara jahat yang dibuat jangan pula tiada banterasnyer...

    sebab kesian kat pemimpin sebenar bile pemimpin ala2 syok sendiri macam ni yang orang dok tengok...dok fitnah...dok ngumpat..

    walaubagaimanapun...DS Najib...Pak Lah..Tun Mahathir...dan yang lain2...meski sebagai manusia biasa yang punyer kelemahan punyer kekurangan sbg hamba-Nya...tetap terserlah kepimpinannye...

    PAS yang beza...memang berbeza ni...sentiasa di'relevankan' oleh masa...sentiasa di'sesuaikan' ikut keadaan...tapi UMNO ni plak sama..tetap sama...sederhana ajer pendekatannyer...tapi ketegasan pada 'rakan sayap komponen lain' sama...tetap sama...

    Wallahu'alam...

  • hangkedee says:
    October 24, 2010 10:34:00 AM GMT+08:00

    berapa banyak amanat da selagi keri jamban masih disitu Umno tetap tak berubah...bye2 pru13

  • Anonymous says:
    October 24, 2010 11:56:00 AM GMT+08:00

    Najib should also start WEEDING out the lalangs in his team - the ones that do not meet his 7 criteria.

fda