Greetings

Saturday, October 30, 2010

Terserlah DPP Perak JUMUD, JAHIL dan BONGOK


Pemuda PAS Perak dilaporkan telah menemui Mufti Perak, S.S Tan Sri Harussani Zakaria untuk mengadu Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dikatakan melakukan perbuatan khurafat. Perbuatan yang dimaksudkan adalah melakukan adat tepung tawar tiang seri untuk merasmikan Projek Infra Bina Upaya (IBU) Kampung Guar, Manong.

Nak jawab senang, pinta Pemuda PAS Perak jawab untuk gambar-gambar di atas. Bagi penerangan baik, kami memetik Cucu Tok Wan di Peraktoday sini menerangkan berikut:
Dalam adat Melayu lama, menaikkan tiang seri sesebuah rumah merupakan bahagian terpenting sebelum sesebuah rumah didirikan. Tiang seri yang dinaikkan pula bukanlah tiang konkrit mahupun tiang yang dibeli dari kedai hardware, sebaliknya perlu dicari di hutan dan diusung balik ke tapak rumah didirikan.

Namun adat berkenaan telah lama dilupuskan daripada senarai adat-adat pembinaan sesebuah rumah. Tiada lagi puasa daripada makan daging dan benda-benda berdarah. Tiada juga jampi serapah mahupun jampi mentera meminta perlindungan daripada makhluk.

Seperkara yang agak aneh, mengapa golongan yang telah mengkhurafatkan Zambry Abdul Kadir menggunakan perkataan ‘ANCAK’? Fahamkah mereka apa yang dimaksudkan dengan ANCAK?

Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terhad) seperti berikut :
* Bertih
* Pulut kuning.
* Ayam panggang
* Telur (mentah/rebus)
* Anak patung tradisional
Terdapat juga acak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan dalam bekas.

Berikut adalah contoh bagaimana ANCAK digunakan dalam masyarakat di Perak:
1. Pawang akan meletakkan semua peralatan di atas ke atas rakit batang pisang yang kecil ( 0.5 meter persegi).
2. Ayam jantan yang telah disembelih dan dibuang bulunya diletakkan sebagai ‘hidangan’ / persembahan.
3. Dihanyutkan di tengah sungai yang berolak atau berputar atau di kawasan yang dipercayai terdapat hantu air.
4. Didahului dengan jampi mentera dan dihanyutkan.
5. Biasanya bagi mengelakkan kemalangan, sebelum dan selepas mati lemas, kehilangan atau kematian di sungai. Jika ingin membina jambatan kayu, besi atau batu, pawang akan dijemput untuk membuat ancak – untuk mendapat kelulusan ‘restu’ hantu air.
Adakah yang mereka maksudkan sebagai ANCAK itu sebenar-benarnya ANCAK menurut kefahaman yang boleh menyebabkan SYIRIK dan BERLAKUNYA khurafat dalam adat yang dilakukan oleh Zambry Abdul Kadir? Atau ia sekadar sehelai daun yang fungsinya tidak lebih berbanding daun pandan yang digunakan untuk membuat renjisan? Atau sebenarnya perkataan ANCAK itu digunakan bagi menguatkan HUJAH MEREKA BAHAWA ZAMBRI ABDUL KADIR ADALAH PELAKU KHURAFAT?

Atau barangkali sewaktu Zambry sedang merenjis mahupun mengikut daun berkenaan ke tiang pertama yang didirikan, penghulu majlis telah membaca jampi serapah yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu memohon perlindungan daripada jin-jin tanah, jembalang hutan, puaka dan orang halus?

Sebenarnya kedatangan Islam tidak pernah menghapuskan adat. Adat atau uruf tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan selagi mana tidak menyalahi syarak dan nas-nas yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasul-Nya. Kesalahan berlaku apabila adat diletakkan mendahului tuntutan agama dan dijadikan perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan. Bagaimanapun dalam kes ini, perkara adat tidak mendahului permohonan doa kepada Allah Taala. Malahan perbuatan merenjis tiang berkenaan dengan air juga, tidak menyebabkan tuntutan agama diabaikan.

Tak tahulah sewaktu melakukan adat berkenaan, semua yang ada di situ, tidak menunaikan solat Zohor apabila azan telah berkumandang… atau barangkali juga terlupa menyebut Basmallah ketika memulakan sebarang pekerjaan.

Prof.Madya Dr.Rugayah Tibek, Timb. Dekan (Hal Ehwal Akademik), Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, dalam adat menepung tawar misalnya, perlu dilihat tujuan perbuatan berkenaan. Seandainya perbuatan menepung tawar tersebut berhasrat untuk menolak bala, maka Islam TIDAK MEMBENARKANNYA sama sekali. Sekiranya ianya dilakukan untuk meraikan tuan rumah atau penganjur, itu tidak bertentangan dengan syarak.

Begitu juga dengan perbuatan memalu gong bagi merasmikan sesuatu majlis. Perbuatan tersebut sekiranya dianggap dapat mendatangkan keuntungan atau memanggil tuah, adalah perbuatan khurafat. Sebaliknya perbuatan memalu gong yang dilakukan oleh hampir kesemua pemimpin politik termasuklah Nik Abdul Aziz dan Hadi Awang sekadar meraikan penganjur majlis, tidak menjadi kesalahan kerana ia sekadar satu adat semata-mata.
Cucu Tok Wan membuat kesimpulan tuduhan dan fitnah ini menunjukkan betapa JUMUD, JAHIL dan BONGOK sekali ahli-ahli PAS.

Mereka mengatakan perbuatan Zambry Abdul Kadir sebagai khurafat, sedangkan mereka sekadar menilai daripada beberapa keping gambar dan ilmu yang cetek tentang adat menaikkan tiang seri.

PAS nampak sangat terdesak hingga sedia guna peristiwa begini sebagai senjata politik murah mereka untuk menyerang peribadi Zambry Abdul Kadir.

Mereka hanya berharap ramai umat Islam, terutama ahli-ahli PAS tidak tahu bezakan antara hukum dan adat akan terpengaruh. Justeru ini bermakna kepentingan politik PAS hidup dengan membiarkan rakyat dalam kejahilan dan kejumudan.

Umat Islam dituntut mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan agar tidak mudah ditipu oleh golongan berkepentingan seperti para pemimpin PAS yang sangat cenderung untuk menyesatkan fikiran dan akidah umat.

12 comments:

  • Anonymous says:
    October 30, 2010 at 11:08:00 PM GMT+8

    salam bro,
    juak-juak pas ni memang bodoh dalam agama. dia orng ni namanya islam tetapi tak tahu tentang hukum hakam.
    dia orng ingat apa yng dia buat semuanya betul padahal jika dia orang memahami apa yng terkandung dalam Al-Quran dan Hadis baru orng2pas ni sedar.
    tahniag bro kerana membongkar kemungkaran.

    Allahhu akhbar
    Allahhu akhbar
    Allahhu akhbar

    ikansopat

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 12:22:00 AM GMT+8

    umno hampeh memang betol orang cakap umno pasal agama zero tolur .....

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 2:31:00 AM GMT+8

    kalau zero tolur sekalipun, boleh belajar lg untuk lebih faham ajaran ISLAM & tingkatkan amalan, ape salahnyer kn?
    lain la org2 PAS, jaminan syurga la katakan..

  • kingnek says:
    October 31, 2010 at 4:00:00 AM GMT+8

    Apa niat Dr Zambry buat demikian? Puak PAS sendiri tahu, ini isu murahan, cukuplah dengan perbuatan khawarij mu, orang Asli beragama Islam di Kelantan pun kamu tindas, nak sibuk hal kecik ini

    Tengok buddha sebesar Warisan Merdeka merata Kelantan, tak khurafat ke tu?

  • Melayu Pasir Gudang says:
    October 31, 2010 at 7:44:00 AM GMT+8

    PAS KAFIR

  • Longchepoh says:
    October 31, 2010 at 7:46:00 AM GMT+8

    PAS ialah PARTI YANG SENTIASA CARI KESALAHAN ORANG LAIN. Untuk kamu setiasa haram dan untuk aku sentiasa Halal. Ni lah yang lebih teruk sesat

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 7:59:00 AM GMT+8

    Malunyaaa... ramai gak orang pas pis pus ni yang "mempunyai hati yang sangat bussssuuukkk!"

  • eN. tEddY says:
    October 31, 2010 at 9:08:00 AM GMT+8

    haha...kalau salah antar laa memo kat semua mufti mcm pemuda pas buat...

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 9:54:00 AM GMT+8

    penganut PAS takda kerja dah... otak lembu.

  • Abu Garcia says:
    October 31, 2010 at 10:02:00 AM GMT+8

    N.ajis buat apapun tak pa...Nizar komunis pun ok....sebab semuanya masuk syurga pas.... memang dasar khawarij ... sentiasa memperkudakan islam utk kepentingan kuasa.

    Patutnya penggunaan perkataan Islam atau Demokratik atau keadilan diharamkan saja utk elakkan penyelewengan mcm nilah.

    Contohnya, dalam aspek demokratik, kebanyakan negara yang amalkannya tak gunapun perkataan demokratik pun .... tapi lihat saja Korea Utara @ DPR ... samalah mcm PAS ... mempergunakan islam untuk dpt sokongan tapi akhlak mcm komunis.

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 11:17:00 AM GMT+8

    Abes, baik Nicky Ajis dan semua puak2 PAS dok merenjis air mawar kepada pasangan pengantin baru tu macam mana pulak bro?

  • Anonymous says:
    October 31, 2010 at 3:20:00 PM GMT+8

    Perkara khurafat dan syirik ni dah lama hapus... Tapi umngok cuba menghidupkan kembali diketuai oleh pemimpin mereka. Adakah perkara syirik ini dikatakan kecik bg mereka. Moga Allah berikan lah petunjuk kpd merekax ini yg telah menyengutui mu ya allah.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)