
Bohonglah kalau ramai manusia spesis lelaki tak mengakui bahawa mereka tak tertarik kepada seks. Kalau bercerita tentang bab ini, lelaki dari golongan awal baligh hinggalah ke penghujung senja pun bukan bukan main ligatnya.Dengan demikian, tak usahlah ...
Dalam hal-hal nafsu, jangankan kata orang biasa-biasa, pak lebai dan tok imam pun akan tunduk kalau kena gaya godaannya. Sebab itulah didalam kitab pun ada berkata bahawa perempuan itu adalah ujian paling dahsyat kepada kaum lelaki.
... saya tak hairan sangat jika ada khabar yang mendakwa bahawa calon PAS bagi DUN N45 Galas iaitu Dr Zulkifli pernah ditangkap kerana berkhalwat. Calon PAS ini bukanlah maksum. Dia juga bukanlah dari golongan tok kiyai yang hanya menumpukan terhadap pengajian dan mengajar agama.Begitu juga dengan kisah Din Puduraya dan selebriti PAS terkini Dr Zulkefli.
Seperti juga Mat Sabu yang pernah dicekup ketika berdua-duaan didalam Hotel bilik 121 bersama pasangan perempuannya. Malang nasib Mat Sabu kerana yang “dibelasahnya” itu adalah isteri orang. Tetapi nasib Mat Sabu sedikit baik kerana dia “beragama” PAS. Mati keringlah dia kalau pada masa itu dia menganut fahaman UMNO.
Baca sepenuhnya di MyKMU sini
Sebaik saja The Unspinners mengeluarkan cerita khabar angin Dr Zulkefli bertarikh October 22, 2010 sini, Parpukari mendedahkan pagi ini bahawa kertas pertuduhan ke atas Dr Zulkefli telah hilang di JAIK. Seorang taukeh telah beri RM70,000 bantuan untuk memudahkan pencacai PAS dan calon mengatakan dokumen tak ada.

Ada tidak sesiapa tertanya kenapa isteri Dr Zul tidak kelihatan sepanjang kempen? Kenapa beritahu media, dia calon tapi PAS siarkan dah kahwin? Tak tertanyakah kenapa Dr Zul yang berumur 44 tahun mempunyai isteri berumur 30 tahun?
Parpukari mendedahkan ...
Dilaporkan Malaysiakini sini, N.Ajis berkata:Sebenarnya Dr Zul sudah pun berkahwin dengan Zainab bt Jalar, dia adalah seorang janda beranak satu. Sekarang aku akan ceritakan sedikit latar belakang Zainab yang tak pernah korang dengar sebelum ini.
Zainab ni pernah kahwin dengan seorang muallaf (Cina masuk Islam) yang bernama Lee, masa itu Zainab bekerja di sebuah hotel, tapi mak bapak Zainab tak setuju dengan perkahwinan ini, akhirnya jodoh mereka tak panjang yang membawa kepada penceraian Zainab dan Lee.
Zainab kemudiannya bekerja dengan Armalah (ini kiranya tempat penjagaan ibu tunggal yang dibuat PAS la). Disinilah Zainab bertemu dengan Dr Zul yang sangat aktif dalam program-program anjuran PAS sehinggakan kliniknya sendiri pun terabai.
Bila dah hari-hari berjumpa, maka dari mata turun ke hati, lahirlah bibit-bibit cinta diantara mereka, sebelum tu pembaca sekalian, Dr Zul adalah seorang yang sudah berumahtangga, ya dia sudah beristeri. Walau sudah beristeri Dr Zul tetap ada hubungan dengan Zainab! Biasalah orang-orang PAS nafsu kuat!
Dalam asyik masyuk mereka bercinta ni, tup-tup satu hari mereka kena tangkap basah pada bulan Julai tahun 2009 di Kuala Krai, bila dah kena tangkap basah, maka isteri Dr Zul dapat tahu, apalagi kecohlah lepas tu mereka bergaduh dan akhirnya perkara ini membawa kepada penceraian mereka.
Dr Zul menjadi duda dan tidak berapa lama lepas tu dia menjadi suami semula sebab dia berkahwin dengan Zainab. Ya la, dah kena tangkap basah, kena kahwin la! Ironiknya pihak PAS langsung tak tahu mengenai hal tangkap basah ini.
Sepenuhnya di Parpukari sini
“(PAS) kena ajar (Umno). Orang kalau hati lembut kita kenyit-kenyit mata pun dia faham, tapi kalau jiwa hamba abdi ni, orang jahat ni, kena rotan baru dia reti (faham).”Baiklah kita tak reti-reti. Kebenaran masih dituntut.
Silalah rotan ... ponggong kami akan rasa sakit. Kerana kami bukan macam kawan baik Tok Guru yang bernama Anwar Ibrahim atau digelar pasangannya sebagai Mat King Leather. Lagi kena pukul, lagi dia ghairah :)
P/S Sila komen ke blog-blog yang di link untuk komen


