Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Friday, October 29, 2010

'PKR, kalau tak terjun laut.., mereka bergaduh' - Yong Teck Lee

Jatuh lagi! Apa punya swey ...jatuh dua hari berturut-turut.
Gaduh dengan siapa pulak lepas ini?


SANDAKAN 28 Okt. - "Itulah Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau tidak terjun laut.., mereka bergaduh sesama sendiri," sindir Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi.

Sindiran itu ditujukan kepada calon PKR, Ansari Abdullah yang terjatuh ke laut bersama dua yang lain apabila jeti dilalui mereka runtuh selepas pulang berkempen dari Pulau Api-Api semalam dan memperbesarkan insiden tersebut.

Teck Lee berkata, walaupun bersimpati, namun setiap calon perlu tahu risiko yang bakal dihadapi ketika berkempen tanpa perlu dihebohkan jika berlaku insiden seperti yang menimpa Ansari semalam.

"Saya pernah pergi ke beberapa pulau sebelum ini, memang saya nampak ada jambatan dan jeti yang sudah usang, begitu juga rumah yang senget, jadi kita kena pandai-pandailah.

"Saya kasihan (ke atas nasibnya) sebagai sama-sama calon.., tapi macam saya dan jentera SAPP sewaktu berkempen di kawasan Sundang pada tengah malam, kita pandai-pandai jagalah," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan SAPP di Bandar Leila, Batu Sapi dekat sini hari ini.

Mengulas cabaran Ansari yang mengajaknya dan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin berdebat Ahad ini, Teck Lee berkata, beliau hanya bersedia berdebat berhubung apa juga isu jika cabaran itu dilontarkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Siapa Ansari, dia cuma Ketua PKR Cabang Tuaran. Beliau mahu cakap bagi pihak siapa? Saya presiden parti, boleh cakap untuk SAPP.

"Tapi jika pasal Batu Sapi, orang lain yang ketua cabang PKR di sini. Mungkin Ansari nak cakap pasal jeti?'' kata Teck Lee sinis.

Dalam pada itu, Teck Lee memanggil sidang akhbar berkenaan bagi mengajak Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berdebat berhubung isu Sabah untuk rakyat Sabah dan hak autonomi negeri itu yang dianggap lapuk oleh BN.

"Dokumen Perjanjian Malaysia menyatakan hak Sabah namun malangnya ia semakin terhakis dan oleh itu saya ajak Ketua Menteri berdebat Ahad ini di Dewan Hakka sama ada benar isu ini lapuk atau ia isu tertunggak yang masih belum diselesaikan," ujarnya. - Utusan Malaysia

8 comments:

  • Anonymous says:
    October 29, 2010 at 6:56:00 PM GMT+8

    tu membawa maksud kalau tak mencipap pkr menjubo..yong teck lee

    wakakaka.....

  • Esperalzi says:
    October 29, 2010 at 6:58:00 PM GMT+8

    PKR = Parti Ketawaan Rakyat! Rakyat sedang ketawakan PKR.

    Bukan setakat jatuh laut jer, org2 PKR kini ada yg dah jatuh gigi kerana bertumbuk di pemilihan cabang.

    Ada yg jatuh tonggang langgang dibelasah member2 PKR sendiri yg tak puas hati dengan perjalanan pemilihan peringkat cabang.

    Dan paling teruk ialah ada yg jatuh moral kerana nafsu songsang yg ketagihkan lubang terlarang..

  • Anonymous says:
    October 29, 2010 at 7:00:00 PM GMT+8

    BN lalu tmpt yg sama tapi tak pernah jatuh pun. npk sangat BN selalu melawat kawasan tu sehingga kan faham tempat mana yg boleh dipijak dan mana yg tak boleh dilalui. nampak sangat pkr tak pernah masuk ke kawasan tu.

  • Anonymous says:
    October 29, 2010 at 7:03:00 PM GMT+8

    hahahahahahaha.... padan muka pkr.... suruh pkr tarik diri je laa... org sabah tak faham perjuangan pkr.... nak perjuangkan keadilan atau perjuangkan konek anwar..

  • kingnek says:
    October 29, 2010 at 7:18:00 PM GMT+8

    ishhh, berat dosa si Ansari tu, nampak gaya Islamik, tapi pasal dia sokong seorang agen dajjal, iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim, habis terlingkup dalam laut . . .DUA KALI! Petanda dari Allah SWT yang maha berkuasa. buat teladan bagi penyokong B.A.B.I, habis amalan kamu jika menjadi hamba dajjal!

  • karipap panas says:
    October 29, 2010 at 7:30:00 PM GMT+8

    YTL botak ni pun bukan boleh harap.Dulu kena kencing sampai kuyup dgn aljuburi sampai sanggup tikam belakang BN.Entah apa yg dijanjikan oleh penjubor tu tak taulah,mungkn kerusi KM untuk cina Sabah.

    Pembangkang Sabah Sarawak ni takde idea lain selain memainkan sentimen kenegerian masing2,Sabahan for Sabah,kuasa aotonomi dan yg sewaktu dengannya.Semua main politik kotor nak memecah-belahkan negara.Dulu masa pairin di luar BN pun macam tu lah nadanya.Nampak sangat semua nak kuasa saja,matlamat menghalalkan cara belaka diorang ni.

  • Anonymous says:
    October 29, 2010 at 7:54:00 PM GMT+8

    calon PKR Ansari yang dah jatuh 2x tu...

    mesti umno yang sabotaj...

    kih kih kih pas pis pus.......

  • karipap panas says:
    October 29, 2010 at 9:40:00 PM GMT+8

    ops sabah for sabahan,terbalik pulop

fda

Link2Me WeLinkBk (254)