Greetings

Thursday, October 28, 2010

Husam pendengki usah cakap banyak ... Sila jawab!!!


Bila Kerajaan beri bantuan Projek Perumahan Rakyat, masih juga mereka pertikai. Projek rumah mampu milik itu dipertikaikan oleh Husam Musa (Gambar Di atas) semalam. Kononnya beliau dakwa harga tersebut tidak sesuai dengan keluasan cadangan yang diberikan.

Dengan adanya subsidi kerajaan diantara RM 45 ribu ke RM85 ribu akan diberikan bagi setiap rumah tersebut. Menurut beliau dengan subsidi sebegitu banyak, adalah lebih baik bagi rumah itu secara percuma.

Bagi salah, tak bagi pun salah. Entah apa - apa la pemimpin PAS ni fikir. Adakah beliau mengeluarkan kenyataan tersebut kerana berasa malu sebab Kerajaan Negeri tidak mampu membawa pembangunan sedemikian kepada rakyatnya?

Persoalan yang paling tepat adalah adakah Kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu atau sengaja buat - buat tak mampu nak usahakan projek sedemikian?

Sepatutnya mereka bersyukur dengan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat itu. Bukan mempertikaikannya. Jelas dengan tindakkan seumpama ini, PAS mengakui mereka tidak mampu untuk membela nasib rakyat dalam membangunkan kawasan Galas khususnya Negeri Kelantan secara umumnya.

Dari Semut Hitam
Sekarang Husam perlu terangkan kenapa penduduk Kg Kesedar didengki tidak dikeluarkan geran untuk rakyat duduk rumah yang mereka telah beli?
KESEDAR telah membangunkan Kampung KESEDAR di Kampung Cetik, Gua Musang untuk membantu rakyat untuk mempunyai rumah di bawah Program Basmi Kemiskinan.

Projek untuk 142 unit rumah murah dan 150 lot tanah ini melibatkan penduduk-penduduk Kampung Cetek dan juga kampung-kampung berdekatan seperti Kg Mentara dan Kg Lepah Jaya. Rumah-rumah ini sudah siap dibina beberapa tahun yang lepas tetapi masih tidak dapat diduduki oleh pembeli.

Perasaan kecewa pembeli-pembeli yang datang dari keluarga berpendapatan rendah ini amat difahami. Tanpa geran tanah, pihak KESEDAR tidak berupaya untuk membenarkan pembeli menduduki rumah masing-masing. Ini kerana kuasa mengeluarkan geran tanah terletak pada pihak yang berkuasa dalam hal ehwal tanah. Kuasa muktamad ini terletak pada kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS.
Baca sepenuhnya di Galas untuk BN
Bau betul hati Husam ...bau masam ....

18 comments:

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 11:50:00 AM GMT+8

    Tak dapat Royalti Petroleum ditafsirkan macam-macam tetapi tang kelulusan rumah rakyat di kawasan pembangkang di Kelantan bukankah satu bentuk "Mukmin hasad pada Mukmin Lain"? Jadinya siapa yang hipokrit dalam bab membantu sesama Ummah?

    he he

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 11:57:00 AM GMT+8

    rumah dah siap, geran taknak bagi, mesti PAS nak letak logo PAS yang buat, baru nak bagi geran kot.

    cuba buat banner, kerajaan PAS yang buat projek ni, tapi geran tak nak bagi. :p

    projek ladang rakyat siapa yang dapat duit RM200.00 tu, cuba tanya pas mana senarai orang yang dapat duit tu.

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 12:07:00 PM GMT+8

    Pas mana pernah nak mengaku salah. Walaupun Pas ni berak tengah2 jalan, dia tetap kata Umno yg berak.

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 12:22:00 PM GMT+8

    Sikap mukmin totok memang macam itu. Kalau ada individu mengadu yang dia dalam kesusahan dan amat perlukan rumah sebagai tempat berteduh, bermacam-macam respons yang akan timbul.

    Yang paling jengkel adalah apabila ada dermawan yang baik hati sanggup menyumbangkan pembiayaan sebanyak 80% untuk mendirikan rumah buat individu tadi, yang bersyukur hanyalah penerimanya saja.

    Yang lain adalah seumpama Husam yang akan mencelah dengan sindiran ini: "Eleh kalau cam tu kenapa tak dermawan itu sponsor kesemuanya sekali". Dalam kata lain beri rumah percuma.

    Ini bermakna perkara yang sepatutnya diberikan penghargaan tetapi disebabkan sesuatu dalam jiwanya maka kesudian dermawan itu diputarbelitkan menjadi kecaman.

    Jiwa yang berasa tidak senang dengan kelebihan yang dipunyai oleh orang lain dan dalam masa sama tidak mahu mengaku kelemahan sendiri hanya akan membawa ummah mengundur ke belakang.

    Menyandarkan harapan pada insan yang memiliki jiwa seumpama itu bagi merealisasikan kemunculan sebuah tamadun gilang gemilang adalah seumpama mengharapkan " pelompat-pelompat parti " untuk menjadikan kerajaan 916 satu kenyataan.

    ALPASIKU

  • Anak Lenggong says:
    October 28, 2010 at 1:02:00 PM GMT+8

    Yang Kusam Musang tu dengki sangat disebabkan perasmian projek ni telah dilakukan oleh BN so habis laa modal dia untuk jual minyak kat penyokong nya dengan menyatakan projek tu daripada kerajaan negeri..ini disebabkan selalunya didalam ceramah PAS ..dia dan pemimpin PAS yang lain selalu menipu rakyat dengan mengatakan bahawa kerajaan pusat tak memberi bantuan dan peruntukan kepada kerajaan negeri kelantan dengan menyatakan semua projek yang dilaksanakan dikelantan tu hasil daripada kerajaan negeri walaupun sebenarnya projek tu dibiayai oleh kerajaan pusat.

    KUSAM OOIII...KALAU TAK TAU NAK MENTADBIR DAN MENJANA EKONOMI NEGERI JANGAN LAA IRI HATI PULAK..BAIK KO JAGA JE KAMBING KO TU...CUBA PAK LOBAI PAS SENARAIKAN APA PROJEK YANG DIJALANKAN OLEH KERAJAAN NEGERI TOK AJIS UNTUK MENJANA EKONOMI DAN KESENANGAN RAKYAT ...TARAKKK...mengkayakan diri sendiri adalah projek Dinar tu..

  • borhan says:
    October 28, 2010 at 1:22:00 PM GMT+8

    Yang bak PAS tak betul tu memang tak betullah.. Ini bak rumah rakyat yang lebih mahal tali dari lembu yang Husam sebutkan tu.. jelaskanlah. Betulke kos pembinaannya lebih mahal dari kos pembinaan kondo harga pertengahan di Damansara Jaya. Dibina oleh Pak Musang kut..habis bulu-bulu ayam pun ditelannya...

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 1:34:00 PM GMT+8

    mana ada benda pree zaman skrg ni. bebbb. nak tengok konek sendiri pun kena bayar 50 sen.

    jahat betul PAS ni, tolong je la mudahkan urusan org2 kg yg nak kediaman yg lebih selesa. tolong org susah dapat pahala bebb.

    tapi PAS beri tanah pree ke pemimpin2 mereka bleh plakk, sbb tu di kelantan setat2 PAS berlumba2 nak jadi juara politik, tampa segan silu mengkapir kan saudara seislam. sebab ganjaran dunia yg menggunung menunggu.

    baru habis ngaji , cap jari belom kering dah masuk kandang politik. baca ayat al-quran lebih kurang dan tafsir ikut pala bapak nik aziz.

    jahanam malaysia ni kalau dibiarkan PAS kuasai minda org2 melayu.

    sudin

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 1:41:00 PM GMT+8

    kalau semua kawasan parlimen di kelantan buat plan membasmi kemiskinan macam yg kuli buat ni rasa2nya sepenggal je dah hapus kemiskinan tegar disana. tapi malangnya rakyat ditipu 20 thn oleh pemimpin2 pas.

    bayar ke portal 4juta boleh pulak. itu yg heran bin ajaib.

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 1:46:00 PM GMT+8

    pemimpin ni bila diberi amanah tapi khianat, tunggu je lah balasan tuhan nanti. rumah itu lah lembu dan tanah tu tali. sepatutnya kjaan negeri yg punyai kuasa muktamad pada tanah dah beri kelulusan dan geran sebelum rumah tu siap.

    kesian org2 kelantan dpt pemimpim macam PAS. sentiasa kena anaiya.

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 2:00:00 PM GMT+8

    depa tau ni kawasan kuli sebab tu depa kerejekan cukup2.... tak dapat belasah kuli....belasah org yg beri undi ke kuli pun cukupp....tu memang jenihh hati yahudi......

    di kelantan ni yahudi pakai kepiahh...

  • saiful derita says:
    October 28, 2010 at 2:14:00 PM GMT+8

    kalau nk selamat dari dikata org, pakailah jubah sebagai pendinding, pasti ko boleh mengata org pulak tanpa dikata org balik kah3.... fening..

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 2:36:00 PM GMT+8

    PRK = 2008+2009+2010 + GALAS

    PAKATAN = 9 , UMNO B-END =3


    PRU 13...UMNO ...BYE-BYE...

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 3:07:00 PM GMT+8

    Anon 2.36,

    Aku tak kesah korang nak babai puak UMNO, yang aku kisah nasib bangsa, rakan dan sedara mare. Kalo korang saja masuk gaung bersama bersama-sama dengan pakatan rimba (pakatan serba hipokrit) aku tak kesah.

    Tetapi kalo sedara mare aku terbabit masuk gaung kerana termakan dakyah palsu korang, hanya korang saje yang aku cari.

    kah kah kah!

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 3:07:00 PM GMT+8

    ada gak bewak PASir bye-bye kat sini...bye-bye...he..he..he..

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 3:12:00 PM GMT+8

    anon - October 28, 2010 3:07:00 PM - mu bewak najis umno......

    eeeeeee...weeekkkkkk..
    yaahoooooo...umno kalah....

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 3:38:00 PM GMT+8

    Laaa...buruk perangai bewak PASir ni...main uwek-uwek macam budak kecik kalah main batu semban...he..he..he

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 4:02:00 PM GMT+8

    di sini fofular denge CAH KETING... dale maksud dio tuuh... cah keting ni srupo yahudi, yahudi buleh bunuh semua ore palestin tapi tok se. tapi dio racun semuo taname di palastin.

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 4:11:00 PM GMT+8

    Anon 3.38,

    Sikap orang yang tidak ada pendirian memang macam itu. Kalau dia (mukmin A) kalah kerana pihak lawan (mukmin B) membentuk pasukan pelbagai bangsa maka dia akan kata pihak lawannya sebagai tidak adil kerana bergabung dengan lain-lain bangsa.

    Kini, disebabkan keinginan untuk menang adalah memuncak, mukmin A ini sanggup menubuhkan pasukan pelbagai bangsa meskipun sebelum ini mereka mengecam pasukan semacam itu. Munafik gitu.

    Paling jelik ialah apabila kemenangan adalah segala-galanya, dan kerana sedar bahawa kunci kemenangan adalah terletak dalam genggaman bukan mukmin, tanpa segan silu mukmin A sanggup berbuat apa saja waima memakai 'burqa roket' sekalipun.

    Ini menunjukkan pada satu tahap manusia yang tidak ada kekuatan dalaman akan akhirnya sanggup melacurkan agama, moral, jati diri dsbnya semata-mata untuk melihat dan merasai kejayaan.

    Chinglot

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)