Thursday, October 28, 2010

Bilakah PAS jadikan geran sebagai senjata kempen di Galas?


T.A.N.A.H menjadi modal utama untuk sokongan serta undi untuk calon serta parti-parti tertentu.

Di Galas, masyarakat Cinanya telah pun memberi amaran kepada PAS yang berkebetulan merupakan Kerajaan Negeri Kelantan. Mengambil contoh Kampung Pulai yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar Gua Musang, masyarakat yang mendiami perkampungan yang dikatakan wujud hampir 500 tahun silam (sejarah mana yang mengatakan orang Cina datang ke Galas 500 tahun lampau?) majoritinya adalah orang Cina. Kampung tersebut beridentitikan Tokong Kuan Yin dan Tokong Gua Tsao Tse Tung yang terletak di tebing Sungai Galas. (theSun2Surf)

Akibat janji PAS untuk memberikan geran tanah kepada 1000 orang Cina dan 200 orang Siam di kampung itu, PAS besar kemungkinan akan kehilangan sokongan dan undi daripada mereka yang rata-rata merupakan penyokong DAP. (Nampak sangat pembohongnya tentang 500 tahun bermukim di situ)

Mungkinkah dalam tempoh 9 hari berkempen ini, Nik Abdul Aziz akan menggunakan taktik menyerahkan geran-geran tanah kepada masyarakat Cina di seluruh Galas memandangkan orang Cina merupakan faktor penentu dalam mana-mana pilihanraya? Begitu juga dengan Orang Asli serta tanah-tanah TOL yang telah dirampas daripada pengusaha asal untuk diserahkan kepada ahli-ahli PAS serta kroni-kroni pemimpin PAS tempatan?

Yang pastinya, Nik Abdul Aziz dan PAS Kelantan tidak akan melepaskan peluang ini. Dalam keadaan PAS yang agak parah di Galas, MENGHADIAHKAN GERAN TANAH adalah merupakan satu-satunya senjata paling ampuh untuk mengalahkan Abdul Aziz Yusof dan jentera pilihanraya UMNO/BN.

Petikan dari Flying Kick sini

6 comments:

  • Anonymous says:
    October 28, 2010 at 9:07:00 PM GMT+8

    huaaa ingatkan tanah kerajaan tapi tanah orang yg dirampas dan dibagi kepada orang PAS dan kroninya dahsyatnya orang PAS ni , penyamun , perompak , peliwat , pemfitnah semua ada oooo

  • Anonymous says:
    October 29, 2010 at 1:49:00 AM GMT+8

    Geran apanya, ini bukan Perak, Yoep. Ini Kelantan. Orang bukan Melayu mana boleh senang-senang dapat geran! Kome cakap ape ni hah???

  • Anonymous says:
    October 29, 2010 at 8:23:00 AM GMT+8

    takkan kerana undi nak serah tanah kat depa biar waras skit... bangsa melayu dapat apa... takut sangat dengan undi penentu konon kalau tak der orang melayu boleh menang ker sesuatu parti tu... pikir ler menang kalah tak bawa aper2 perubahan dari pas mahupun BN.. tak yah ler sampai nak serah tanah tu..

  • Anonymous says:
    October 29, 2010 at 8:26:00 AM GMT+8

    anon -October 28, 2010 9:07:00 -

    yg ko sebut tadi tu semuanya sifat-sifat puak umno...puak mu lah tu..

    mu ingat mu dok tabur fitnah byk2 ni umnoupco boleh menang kerr..

    time pilihanraya umno sj lah bawak pembangunan...time tu ajer..lah...
    nun kat batu sapi ..ada rumah yg tak de letrik n air.... apa puak-puak bn - umno buat selama ini.

    kat kg di perlis (byk lagi laaa) ...tu negeri umno... apasal byk lagi tak der letrik n air... negeri umno mu tu... ada korang umno kesah... time nak pilihanraya ...mcm muka nampak.... putera, puteri, pemuda, pemudi,... tapi buat joget lambak ajerr...

  • Anonymous says:
    October 29, 2010 at 12:06:00 PM GMT+8

    Pok Nik boleh kasi geran pada kafir munafik sumo tu kerana itu hok dio. Cumonya Pok Nik harus ingat, undi hok kami. Mu beri depo, kami beri undi pado BN. Mu pilih sendiri je, OK

  • komenje says:
    October 29, 2010 at 3:00:00 PM GMT+8

    sejak umno beri geran kuil pada hindu di hulu selangor

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)