Wednesday, July 21, 2010

Khalid tutup IKYS untuk dana RM60 juta Yayasan Selangor?


IKYS jadi mangsa politik?

KALAU bukan motif politik, sebab apa? Adakah kerana Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) didominasi pelajar Melayu, ia dijadikan mangsa?

Kalau soal keuntungan menjadi alasan, IKYS bukanlah satu institusi yang berorientasi ke arah itu.

IKYS adalah paparan kisah institusi yang disediakan untuk golongan muda yang tidak berpeluang mendapat tempat di universiti. Mereka tidak memiliki syarat kelayakan yang cukup ke menara gading. Tetapi IKYS bukanlah tempat 'buangan'.

Di situ, pelajarnya memiliki kemahuan dan keazaman yang tinggi untuk belajar. Setelah tamat pengajian dan memiliki sijil kemahiran, rata-rata lepasannya mudah diterima menyertai mana-mana sektor industri. Senang cakap, mudah dapat kerja.

Malah, dengan sijil di tangan, mereka berpeluang menyambung ke peringkat diploma dan seterusnya ijazah di universiti termasuk Universiti Industri Selangor (Unisel).

Kerajaan Selangor kelmarin menutup IKYS di Sungai Besar yang kebanyakan pelajar berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu.

Ketika ini, IKYS menawarkan pelbagai kursus kemahiran antaranya pendawaian satu fasa secara sepenuh masa, teknologi penyejukan dan penyaman udara domestik secara sepenuh masa.

Turut ditawarkan adalah kursus pendawaian tiga fasa secara separuh masa, program kawalan motor secara separuh masa dan program intensif peperiksaan yang mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).

Penutupan IKYS yang mula beroperasi pada Januari 2000, dipercayai berpunca daripada dakwaan kerajaan negeri pakatan pembangkang bahawa ia tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri.

Sasaran kerajaan negeri Selangor sebelum Mac 2008 adalah untuk membantu anak golongan miskin mendapatkan latihan di IKYS supaya nasib mereka dapat dibela bagi mengubah taraf kehidupan mereka.

Hakikatnya, arahan kepada pelajar IKYS supaya berpindah ke Kolej Antarabangsa Inpens (Inpens) di Kuala Selangor mendatangkan masalah yang merumitkan pelajar. Rata-rata pelajarnya dari kalangan mereka yang tinggal berdekatan.

Dengan perpindahan tempat belajar, mereka terpaksa berulang-alik dan terpaksa menanggung kos tambahan sedangkan mereka bukannya dari golongan yang kehidupannya senang.

"Kita rasa dukacita dengan penutupan ini terutamanya ia menyebabkan masalah kepada pelajar-pelajar ini dari segi logistik, perpindahan dan gerak kerja mereka.

"Ibu bapa juga agak terkejut kerana masa terlalu awal, keputusan ini mereka terima terlalu awal," keluh seorang bapa pelajar IKYS.

Apa pun alasannya, IKYS ditubuhkan untuk membantu anak golongan berpendapatan rendah yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi bagi mendapatkan latihan kemahiran.

Kalau soal rugi ditimbulkan, IKYS dilaporkan masih mempunyai RM60 juta berdasarkan rekod 2009.

Lagi pun ia dibina bukan bermatlamat mencari keuntungan tetapi membantu rakyat kurang berkemampuan.

Sumber: Utusan Malaysia

12 comments:

  • dinbangi says:
    July 21, 2010 at 9:47:00 PM GMT+08:00

    Yayasan Selangor untung. Bangunan Yayasan Selangor buat duit, ladang sawit buat duit, pembangunan hartanah buat duit.

    Sepatutnya IKYS diperbesarkan dan ditambah kursus-kursus yang ditawarkan -- bukan ditutup.

    Lembaga Pengarah Yayasan Selangor sudah hilang akal dan pertimbangan untuk membangun bangsa.

    Pengurus Besar Yayasan Selangor patut dipecat atau letak jawatan.

  • Anonymous says:
    July 21, 2010 at 10:11:00 PM GMT+08:00

    Salam Bro,

    Boneka Tidak Ada Kuasa

    Selama ini dengan adanya kuasa di tangan banyak yang dapat diagihkan dalam bentuk merakyatkan pendidikan, ekonomi dll.

    Tanpa adanya kuasa di tangan banyak benda yang bersifat ekslusif akan hanya dinikmati oleh golongan elit tertentu saja.

    Justeru tak payah tunggu PRU 13, insiden IKYS ini sudah cukup membuktikan kuasa yang dimiliki selama ini sudahpun terlepas dari genggaman!

    ALPASIKU

  • Anonymous says:
    July 21, 2010 at 10:41:00 PM GMT+08:00

    siap ko nanti....aku ajar ko cukup cukup pilihanraya nanti babi khalid

  • karlozpaco says:
    July 21, 2010 at 11:56:00 PM GMT+08:00

    NAMPAK SANGAT BANGSA MELAYU NI SEDANG DIHAKIS OLEH ORG2 MELAYU SENDIRI DIMANA TUAN2 SEPET MENJADI DALANGNYA.DIPENANG HABIS DIKERJAKAN DAN KINI MENULAR KENEGERI KU SENDIRI.WAHAI BANGSA KU YG MUDAH LUPA,MARILAH KITA BERSATU SEMULA UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP ANAK2 DAN CUCU2 KITA DIMASA HADAPAN.AS FOR KHALID.....U FUCK OFF FROM THE MB SEAT AS SOON AS POSSIBLE PLEASE.WE THE TRUE SON OF THE SELANGOR SOIL HATE U FOR WHAT U HAVE DONE TO OUR RACE.

  • hanizam says:
    July 22, 2010 at 12:09:00 AM GMT+08:00

    ni adalah antara hadiah untuk rakyat selangor pada PRU 12 lepas...lepas ni, pakat-pakatlah pikir, sape yang boleh memerintah dengan baik untuk rakyat @ sebaliknya...

    Pada aku, seteruk-teruk UMNO @ BN, ada gak pembangunan untuk rakyat...ada gak tolong bangsa sendiri..ada gak martabatkan ISLAM ditempat sepatutnya...

    jangan ditanya apesal hukum hudud BN tak buat lagi, tanyalah apesal kat kelantan tak buat...

    tanyalah dulu haram bergabung dengan kafir, tapi sekarang, ape dah jadi???

    dalam PAKATAN semuanya boleh...malang-malang PAS terus sesat..lebih malang terus menyesatkan penyokongnya juga...

  • Anonymous says:
    July 22, 2010 at 8:52:00 AM GMT+08:00

    Pada aku, seteruk-teruk UMNO @ BN, ada gak pembangunan untuk rakyat...ada gak tolong bangsa sendiri..ada gak martabatkan ISLAM ditempat sepatutnya...


    Tang mana tu?

    Pembangunan = BINA ISTANA guna poket rakyat??

    MARTABATKAN ISLAM = bagi penyapu kat orang? bawa anak2 shopping g disneyland guna poket rakyat???

  • Anonymous says:
    July 22, 2010 at 9:00:00 AM GMT+08:00

    HAH! KASIHAN kerajaan BN sekarang baru sedar...utamakan kebajikan murid2 bukan wang ringgit ... apa rakyat malaysia buta ke utusan ? tulis rencana biar la yang benar...kerajaan PR tahu apa yang perlu untuk murid2 , kerajaan PR adalah kerajaan Rakyat yang sebenar2 nya ...

  • Anonymous says:
    July 22, 2010 at 9:01:00 AM GMT+08:00

    Sebagai Utusan kepada tuan UMNO,penulisan diatas menghina Melayu. Jika penulis beranggapan tahap kemahiran Melayu hanya ke IKYS, ianya amat mengecewakan.Inpens mampu melonjak tahap kemahiran yg lebih tinggi tapi penulis mahu Melayu kekal ke tahap sediada supaya tuannya UMNO boleh memperbodohkan Melayu. Bandingkan Melayu keluaran Inpens dan IKYS yang mana lebih berjaya! Mungkin penulis mahu Melayu kekal macam Utusan yang hanya menjadi UTUSAN dan saya yang menurut perintah. Kesian.

  • Anonymous says:
    July 22, 2010 at 9:01:00 AM GMT+08:00

    Utusan Malaysia: "Inpens yang menawarkan kursus pengurusan"
    Berdasarkan website berikut http://www.inpens.edu.my/v1/courses.html kolej ini tiada pun tawarkan kursus pengurusan.
    Pihak Utusan perlu berhati hati bila menyampaikan berita. Berita palsu bukan sahaja menjejas imej Utusan tapi imej Parti.

  • Zulkarnain says:
    July 22, 2010 at 10:50:00 AM GMT+08:00

    Anon July 22, 2010 8:52:00:

    "Tang mana tu?

    Pembangunan = BINA ISTANA guna poket rakyat??

    MARTABATKAN ISLAM = bagi penyapu kat orang? bawa anak2 shopping g disneyland guna poket rakyat???"

    ehh bukan. tang beli kek blackforest harga ribu2. tang luluskan lesen kedai ekor & arak kat "serambi mekah" supaya "orang bukan isle buleh menikmatinye". lagi satu tang sakau balak. itu memang champion. dah la keldai2 dap, pegi je la sakau pasir.

  • Peneroka says:
    July 22, 2010 at 12:15:00 PM GMT+08:00

    Sedih bila melihat sebuah Yayasan mementingkan keuntungan semata2........macamnie kalau semua organisasi dlm negara berasakan profit, musnahlah negara. Anda mungkin dapat mengagak siapa dibelakang kerajaan negeri Selangor? Satu bangsa kiasu yg berorientasikan keuntungan maksimum dlm semua hal.Konsep tadak duit mana boleh hidup maaa....

    PRU12, UMNO di hukum kerana kebongkakan pemimpin2 nya. Bukan kerana kekuatan PR.

    PRU13, saya yakin PAS akan dihukum sehina-hinanya (walaupun jika bukan kerana kekuatan UMNO), PAS + PKR yang kini bukan sahaja keras kepala dan bongkak melampaui UMNO sebelum PRU12 tetapi mebgkhianati amanat agama Islam dan bangsa Melayu.

    Saya yakin akan hukuman Allah kepada PAS.

  • Anonymous says:
    July 23, 2010 at 1:35:00 AM GMT+08:00

    Anonymous said...

    "Sebagai Utusan kepada tuan UMNO,penulisan diatas menghina Melayu. Jika penulis beranggapan tahap kemahiran Melayu hanya ke IKYS, ianya amat mengecewakan.Inpens mampu melonjak tahap kemahiran yg lebih tinggi tapi penulis mahu Melayu kekal ke tahap sediada supaya tuannya UMNO boleh memperbodohkan Melayu. Bandingkan Melayu keluaran Inpens dan IKYS yang mana lebih berjaya! Mungkin penulis mahu Melayu kekal macam Utusan yang hanya menjadi UTUSAN dan saya yang menurut perintah. Kesian."

    July 22, 2010 9:01:00 AM GMT+08:00

    Kalaulah tujuannya adalah untuk kejayaan bukankah elok dihantar ke luar negara?

    Kalau betullah tujuannya untuk menaikkan kualiti pendidikan kenapa tidak di pertingkatkan keupayaan IKYS?

    Udah tu Kenapa di turungredkan IKYS kepada pusat bina insan - menghasilkan insan yang akan diperbodohkan oleh PR pula?

fda

Link2Me WeLinkBk (275)