Wednesday, June 30, 2010

Wahabi bukan Salafi sebenar


Dalam posting mengenai Al Azhar memfatwakan Wahabi sebagai sesat, mereka menyebut Wahabi bukan Salafi sebenar.

Perkara ini penting dihuraikan sedikit kerana puak Wahabi gemar menggelar gerakan mereka sebagai Gerakan Salaf atau Salafi. Maka kami buat sedikit rumusan dari posting Melayu Cyber.

Apa yang dinamakan “Gerakan Salaf” itu sama sekali tidak ada! Yang ada dalam kitab-kitab Ilmu Qalam kaum Ahli Sunnah Wal-Jamaah, adalah apa yang dinamakan ‘faham Salaf’ dan ‘faham Khalaf’.

Erti perkatan “Salaf” ialah “dahulu” dan “Khalaf” ertinya “terkemudian.” Dengan demikian, “orang Salaf” ertinya “orang dulu-dulu” dan “orang Khalaf” adalah “orang terkemudian”.

Faham Salaf dan Khalaf terdapat terdapat dalam istilah Usuluddin dari mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Hakikatnya sama iaitu menta’wilkan ayat-ayat Mutasyabih tetapi perbezaan dalam cara menta’wilkannya.

Umpamanya dalam menta’wilkan perkataan dalam ayat 10 Al-Fat-h yang bererti Tangan Allah diatas tangan mereka.

Menurut ulama Khalaf, bukanlah dimaksudkan tangan, tetapi kekuasaan. Maka erti ayat itu: Kekuasaan Tuhan diatas dari kekuasaan makhluk. Manakala menurut ulama Salaf, Tuhan punya tangan sebagai yang dikatakannya itu tetapi tanganNya tidak serupa dengan tangan makhluk.

Kedua-dua faham ini adalah faham Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ulama’ Usuluddin dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah berkata bahawa ta’wil secara Khalaf adalah adalah lebih aman untuk zaman sekarang.

Ada orang mengatakan bahawa orang Salaf itu ialah antara para sahabat, tabi’in dan tabi’ittabi’in, dan ada yang mengatakan orang yang hidup dizaman 300 tahun sesudah Nabi wafat.

Orang fahaman Salaf dan Khalaf ada yang baik dan ada yang jelik. Orang Salaf yang berfaham baik umpama keempat Khalifah - Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali, Sheikh Hasan Basri, Imam Malik, Hanafi, Syafie, Ahmad bin Hambal, Bukhari, Muslim dll. Orang Khalaf yang berfaham baik umpama Imam Ghazali, Imam Nawawi, Ibnu Hajai Alhaitami dll.

Puak Wahabi lebih gemar menggelar gerakan mereka sebagai ‘Salafi’ untuk menyembunyi gerakan mereka. Namun perlu difahamai, mereka bukan Salafi sebenar yang merupakan ahli Sunnah Waljamaah.

Untuk mengenali perbezaan tersebut, antaranya adalah saperti berikut.
1. Dalam Usuluddin harus menganut faham Ibni Taimiyah.
2. Didalam Feqah harus memakai Madzhab Hambali (untuk berselindung juga)
3. Madzhab Syafie dibuang.
4. Melarang keras ummat Islam mendo’a dengan Tawassul
5. Melarang menziarahi kubur, walaupun kubur Nabi.
6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan, kerana hal itu semuanya menjadikan manusia syirik. Gedung besar yang dibina diatas tempat lahirnya Nabi diruntuhkan.
7. Melarang membaca qasidah yang memuji-muji Nabi saperti qasidah berzanji, burdah dan lain-lain.
8. Melarang menghisab rokok dan makan sireh.
9. Melarang ummat Islam meraya dan memperingat maulid Nabi.
10. Sembahyang berkaum-kaum, berjemaah adalah wajib
11. Melarang mengaji ‘sifat 20’ .
12. Faham Ashaari, iaitu faham Ahli Sunnah Waljamaah dibuang jauh-jauh.
13. Tidak boleh membaca kitab ‘Dalail –ul Khairat’, ‘Burdah’ dan lain-lain wirid yang memuji-muji Nabi.
14. Tidak boleh melagukan lafadz Qur’an, umpamanya dengan lagu Fuqaha, lagu Masri dan lain-lain. Qur’an harus dibaca lurus sahaja, begitu juga Adzan; tidak boleh dilagukan.
15. Tidak boleh bertahlil – membaca zikir ‘La-ila- ha –illallah’ beramai-ramai.
16. Imam tidak membaca basmalah dalam sembahyang.
17. Amalan ‘Tarikat’ , umpama Tarikat Naqsabandi, Tariqat Qadri , Tariqat Sazali , Tarikat Saman dan lain-lain dilarang keras.
18. Dan lain-lain lagi ...
Petikan dari blog Melayu Cyber. Sila baca ke sini untuk artikel sepenuh.

8 comments:

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 5:52:00 PM GMT+8

    8. Melarang menghisab rokok

    Yang ni larangan yang baik, tak begitu?

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 6:08:00 PM GMT+8

    Salam, kebanyakan larangannya adalah baik, cuma beberapa yang saya tak setuju... tapi mana yang part sesatnya?

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    June 30, 2010 at 6:40:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 6:53:00 PM GMT+8

    Ada pihak nak permudahkan bahaya wahabi. Jelas dari komen ambil mudah atau konar pusing.

    Amalan diluar adalah petanda apa di dalam akidah mereka. Tak boleh dipermudahkan mereka.

    Kekejian wahabi mengkafirkan orang Islam lain dalam memusuhi orang Islam yang bukan menerima sect mereka adalah bahaya.

    Ia memecah belahkan masyarakat, menimbulkan permusuhan sesama islam dan menyesatkan akidah.

  • The Unspinners says:
    June 30, 2010 at 6:57:00 PM GMT+8

    Anon 6:40

    Menyelit perkataan tertentu menyebabkan lari tajuk.

    Peduli kalau kamu marah. Kami memang lebih strict dan tidak seadil kepada pro pembangkang.

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 7:25:00 PM GMT+8

    Salam buat rakan dan pemblog,

    Faham 'dulu', faham 'kemudian' dan akan faham 'terkini'?

    Ini menunjukkan pemerhatian, penganalisaan dan PENAAKULAN manusia terhadap sesuatu perkara (terutama yang bersumberkan manusia lain) adalah berubah-ubah.

    Dan oleh kerana manusia ada kelemahan tertentu makanya apa jua pandangan dan saranan manusia terdahulu, tidaklah semestinya betul atau tidak boleh diubah.

    Adalah logikal untuk manusia terkini menilai semula karya yang ditulis oleh manusia sebelumnya. Mana yang baik diteruskan dan mana yang tidak baik ditinggalkan.

    Justeru dalam konteks sama ada "Wahabi adalah Salafi sebenar atau tidak?", kemungkinannya adalah tidak kerana faktor-faktor yang disebutkan di atas.

    Cumanya, yang perlu dipertekankan ialah sama ada perubahan dari dulu, kemudian dan terkini membawa impak yang positif atau negatif.

    Kalau perubahan itu membawa kepada keburukan, perpecahan, kekeliruan, permusuhan, dan kesesatan makanya ia bukanlah satu perubahan yang positif, boleh dibangga-banggakan, dan dialu-alukan.

    JejakKaryaMaya

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 10:41:00 PM GMT+8

    betuiii tu...

    wahabi bukan salafi.....

    perjuangan dr. maza mirip perjuangan salafi.

    balik ke asal.....tapi bukan senang.

    lebih2 lagi utk faham epistimologi.... yg ustak uthman janggut perang terangkan.

    ibadat yg bersumberkan hadith sahih sahaja yg boleh diamalkan.

    hanya Allah swt sahaja yg berhak membuat ibadat, begitu dan begini.

    manusia tak berhak utk merobah atau menokok tambah dengan harapan akan memperolehi pahala.

    ibadat yg bukan bersumberkan al-quran dan hadith, maka tertolak.

    aku rasa2 benda ni byk yg boleh terima. salaf ckp mcm ni, gardawi pun sama , imam makzhab yg lain2 pun sama.

    cuma bab tawassul, dan tauhid ketiga yg wahabi ni tak passs.

    tu yg al-azhar kata sesat tuu.... lebih2 lagi wahabi ni mmg pakar kapirkan org dan pecah-belahkan ummah.

    mak bapak yg tak sokong pun dikatakan kapir. bayangkan.

    cuma berdasarkan satu haith mereka tolak semua innovation dlm ibadat.

    hadith mereka yg fofular...any innovation are miss guidance, and any miss gudiance will go to hell fire.

    itu la hadith yg puak2 ni ulang2 utk kapirkan umno, pas, tabligh, dll.

    messi

  • Anonymous says:
    July 2, 2010 at 12:16:00 PM GMT+8

    umat islam yg sebenar tidak meninggalkan rukun islam yg lima & rukun iman yg enam perkara. jika fardhu yg asas ini tidak dikukuhkan tetapi yg remeh2 diperbesarkan, jadilah mereka puak2yg sentiasa bertelagah...

    aku tak tahu arwah pak mat di kampung aku jemaah mana, parti mana sebab dia memang tidak pernah berparti & berpolitik. yg aku tahu arwah takdak sijil, diploma, ijazah, masters atau phd sebab tak sekolah tapi aku nampak arwah ni tak pernah mengata ka sapa2, kerja dia selalu tolong orang mana yg patut, suka bersihkan surau, anakbini dia jaga elok2, solat, posa tak tinggal, sedekah sedia2. masa meninggal, masyaallah...atas sejadah, lepas solat subuh, hari raya aidulfitri qubra, jatuh hari jumaat. urusan kebumi lancar, kata yg usung, ringan mcm kapas, wangi sepanjang ke kubur. sapa pun tak pernah sangka tuah dia...mana nak cari orang macam ni kalau asyik brparti, kutuk2 orang, nak bodek2, makan puji, makan rasuah?

    bagi aku amalan baik seseoranglah yg menentukan kedudukannya disisi Allah. aku tak nampak apa yg baiknya jika berparti semata2 nakkan syurga kerana tidak berlaku adil kepada semua orang islam atas dunia ni bila anggap puak dia saja yg layak masuk syurga....adaka?

    tersedak

fda

Link2Me WeLinkBk (275)