UMNO bukan PAS. Oleh itu, apa perlu terikut-ikut cara PAS?
Kebanyakan yang menganggotai UMNO adalah berumur masih muda. Mengapakah penganjur atau yang mengusahakan untuk UMNO kompang mereka sebagai ulamak?
Kalau begitu, yang mahir mengenai agama dalam UMNO selama ini tidak ulamak lagi tapi hanya 40 yang baru nak masuk ini ulamak?
Bolehkah pada umur muda mereka itu, bukankah berlebih-lebihan mereka ini diwar-warkan ulamak?
Aniaya pada orang2 muda ini dengan tanggapan2 dan harapan2 yang berlebih2an. Malah akan jadi mainan orang nanti.
UMNO tidak berpegang kepada konsep pemimpinan ulamak yang diwar-warkan PAS kerana Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Pentadbir mentadbir. Pemimpin memimpin. Ahli perang mengetuai bala tentera. Pakar sains menjadi pencipta dan pengkaji sains. Pemikir berfikir dan menganalisa.
Tok lebai yang hanya tahu bab air sembahyang tak boleh pula jadi Menteri Kewangan. Iman pun boleh bergegar.
Harap bukan ada pihak sibuk nak membodek atau menyelamatkan jawatan, maka dia buatlah usaha untuk tarik perhatian.


Setuju sangat!
umno beb...
salam.. tuan blog.. da lama saya folow blog anda .. nampak sangat cara pemikiran anda yang agak x berapa membina.. tp saya xboleh kata apa cz nie blog anda..
pasal ulama nie.. dorang berilmu agama yang tinggi, lagipon pempunyai lulusan yang tinggi. ini bermaksud ilmu akhirat di sertai dengan ilmu dunia. dorang la yang antara layak memimpin, cara anda fikir tu, macam hanya ilmu agama sesuai utk sembahyang shj. kan nabi berpesan prktikan ilmu islam dalam seganap kehidupan seharian. kalo jadi menteri kewangan pon, iman nya mantap. tidak mengamalkan rasuah. kalo berperang, menggunakan stategi berperang krn Allah dll. naper anda fikir macam celaru sagat?? Rasulluah hebat dari segi pelbagai sudut dr sudut, agama, pemimpin dll. senang citer hal islam ni kiter perlu memperkhikan dalam sis pentdbrn negara..
Sebagai orang luar, pada penglihatan kami, ulama' muda ini nampak segak, kemas, bersih, slim, dapat menyesuaikan diri, sopan dan tidak terlalu memandang kearah kamera. Jadi, apa masalahnya?
Ibarat permainan bola, kehebatan England bukanlah sangat terletak pada para pemainnya.
Kehebatan England di mata peminat dan pengulas sukan adalah disebabkan pengaruh pengurusan imej dan strategi pemasaran yang berkesan.
Dalam konteks ini, pembangkang seolah-olah telah belajar sesuatu dari pihak di England - biar kalah tidak apa asalkan penyokong terus setia.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.
Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.
Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.
Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.
Tarikan amat penting dalam kehidupan seharian. Kalau daya tarikan satu pihak itu kian merosot maka adalah logikal untuk membaik pulih aspek berkenaan.
Bayangkan kejadian ini dan simpulkan kesignifikanannya: dengan hanya menyuruh 'burung tiung' menyebut sepatah atau dua patah ayat yang dekat di hati mukmin, Bukit Gantang bertukar tangan.
salam bro unspin,
kecil jgn disangka anak! kadang2 yg berilmu tinggi ni bukan hanya orang tua saja. yg muda2 semuda 5,6 tahun dah jadi alhafiz! mungkin mereka tidak mahir dlm ilmu lain tapi ayat2 AlQuran senantiasa berdetik di hati. begitu juga ada yg baru 24 tahun tp dah ada Phd dlm bidangnya yg tersendiri. jika digabungkan dgn ilmu agama yg mendalam jadilah mereka aset negara yg sangat berharga.
apa ertinya tua jika ilmunya hanya hafalan semata tanpa berani berdebat secara ilmiah? ramai ustaz2 yg telah lama mengaji kitab2 tetapi tidak mengkaji diluar kitab kerana jumud menyebabkan ilmu mereka terhad kepada apa yg ada dlm kitab shj. tetapi ulama2 muda menggabungkan pengetahuan agama mereka dengan ilmu2 sains, ekonomi, kejuruteraan & lain2 cabang ilmu memperkukuhkan logik minda dgn ilmu agama...marilah kita sama2 menghargai keilmuan mereka ini agar negara kita dapat berkembang secara islamik sepertimana orangramai idamkan, InsyaAllah...
@Anon 12:03
anda kena faham apa maksud sebenar TU tulis..
bukan hanya tafsir terus dari penulisan tanpa berfikir..
i.e..
takkan la ustaz belajar syariah di Mesir terus dijadikan menteri kewangan.. mesti la kena yang mengetahui selok belok kewangan..
pasal 40 ahli baru UMNO itu pun.. bagi saya agak terlalu diMEDIAkan..
macam nak menunjuk sangat yg UMNO ini sudah semakin keISLAMAN(walhal selama ini mmg memperjuangkan ISLAM yakni melayu)
dan disebabkan itu lah juga saya rasa ustaz MAZA tidak berminat untuk menyertai UMNO dengan cara begitu(diKOMERSIALkan sangat)
p/s--->muda-muda ini bahaya sikit..
waktu2 itu la dugaan kuat semacam.. ala macam kes TAHFIZ kne tangkap khalwat kat IPTA.. opps..
sudah-sudahlah tu ... patut hormati apa juga keputusan yang mereka buat,sebagamana kita hormati keputusan seseorang memilih langkah mereka tersendiri nak masuk parti politik mana. yg penting BE POSITIVE - jangan asyik nak kutuk aja. utusan ni pun kadang2 satu hal jugak. mulut takder lesen betul. tu yg membuatkan ornag macam saya pun kadang2 menyampah, walhal saya sendiri pun bekas wartawan.
pertama , kita kena hormati mereka , walau masih muda tapi ada ilmu yg tinggi , semoga kemasukan mereka dalam Umno ada faedahnya utk negara , agama dan bangsa kita ,
kedua , mereka tu belum matang dalam berpolitik , didiklah mereka , beri tunjuk ajar mana yg patut, mudah2an esok jadi benteng kepada agama bangsa dan negara ,
ketiga ,sudah2 la, tak perlu dihebohkan sangat , kelak jadi bahan fitnah oleh pembangkang , dah dihebahkan dalam media dan sebagainya , cukuplah tu ,
yg penting MELAYU mesti bersatu , masa depan kita semakin kelam dibumi sendiri , cukup2lah bersengketa sesama sendiri ,fikir masa depan agama , bangsa , negara tercinta ini dimana akhirnya , jangan sampai menang sorak negara tergadai , kita tidak mampu kehilangan lagi , jadikan sejarah sebagai pengajaran ..
Yer aku setuju kemasukan Ulama tu tak payahla..nak dibesarkan2. Yg penting UMNO ikhlas dlm perjuangan dlm membela kesucian agama Islam.
Jgnla jd mcm Parti Islam tuh. Bila 40 ulamak masuk UMNO terus dicopnya ulama tinkosong. Katanya mereka tu da sesat berjuang di jalan yg salah. Dengan bongkaknya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan "PAS Tidak Gentar Ribuan Orang Agama Sertai Umno"
Cuba bandingkan UMNO menerima kemasukan 40 org ulama, tetapi PAS mula membukan Dewan Himpunan Penyokong PAS utk org bukan Islam utk lebih ramai org bukan Islam bersama PAS?
PAS sepatutnya tidak layak dan berasa malu kalau nak mengkritik UMNO yg menerima ahli agama dan ulama, tetapi PAS sendiri yg kononnya sebuah Parti Islam menerima org bukan Islam utk meraih sokongan politik.
cuba fikir2kanlah..
sokong ulasan argentina.Aku rasa puak2 pah sedikit gabra dlm hal ni.Ulamak mmg jadi pemimpin pun. cuba tgk Harun Din,rasa2nye lah 90% umat respect kat dia tak kira apa parti dia.KITA BULEH TANGKAP KEIKHLASAN HATI DIA. KEBYKAN ULMAK PAS PULA XDPT BERI PENJELASAN NEUTRAL. Skaligus gagal jd 'pmimpin' umat.Mrk lebih jd pemimpin pendpt politik satu2 fahaman politik& tidak mjangkau national& international pun.Mrk juga GAGAL jd 'pmimpin' UMAT DUNIA! Mrk xda pmikiran politik dunia pung.BahKn P.ASIA pun KOSONG !!
Salam tuan blog . . .Wahai orang2 muda . .. Hangpa dah mendaftar sebagai pengundi . .? Tulis berapi2 dalam blog proBN pun . .tapi kalau tak mendafter tak guna jugak . . .Ajak semua kawan2 . .kalu tak mau orang2 cina take over bumi orang melayu ni . .cepat2