Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, June 24, 2010

Membeza Wahabi dan Sunnah Wal Jamaah


Ahli Sunnah berpegang kepada Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, berpegang kepada ajaran akidah Imam al-Asyari dan Maturidi dan yang mengikuti mereka sampai masa kini.

Mereka beriman mengenai Allah memiliki sifat sempurna tidak terhisab, tetapi sekurang-kurang perlu diketahui semua orang ialah sifat ada, sedia kala, kekal, tidak menyerupai semua yang baru, berdiri sendiri, Maha Esa, hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan kalam-Nya yang kadim dan azali tidak menyerupai makhluk dalam semua perkara. Zat-Nya tidak seperti zat makhluk, perbuatan-Nya tidak seperti makhluk.

Kalau sesiapa mengatakan ia mempunyai sifat makhluk atau menyerupai makhluk, maka ia terkeluar daripada iman. Sebab itu Imam Tahawi, Syafie, Abu Hanifah dan seterusnya menyebut Ia tidak bertempat, tidak tertakluk oleh masa, tidak berada dalam ruang.

Tidak boleh dikatakan Tuhan berada di atas, di bawah, di kanan, atau di kiri, di belakang atau di hadapan, sebab ia tidak berpihak.

Dalam Ahli Sunnah, ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut sifat Allah seperti sifat makhluk, maka disuruh kita sama ada menerima seperti asalnya (tafwidh) menyerahkan erti hakikinya kepada Allah SWT, atau mentakwilkannya dengan sifat yang layak dengan-Nya.

Ini dilakukan umpamanya oleh penghulu orang Salaf al-Tabari.

Orang Wahabi menerimanya secara literal dan hakiki, kalau disebut Tuhan ada tangan, tanganlah, kalau kaki, kakilah, kalau jari maka jarilah. Ini membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk. Nauzu billahi min zalik.

Seperkara lagi mereka membahagikan tauhid kepada tiga, tauhid Rububiah, tauhid Uluhiah, dan tauhid Asma Wassifat. Setiap satunya terasing daripada yang lain. Rububiah ertinya tauhid mengakui Tuhan Pencipta Alam, Esa, Berkuasa dan lainnya, tauhid Uluhiah ertinya menyembah-Nya dan taat kepada-Nya. Maka dengan skema ini, mereka boleh berkata Abu Jahal itu ahli tauhid dan ikhlas tauhidnya lebih daripada orang yang mengucap ‘Lailahailallah’.

Dengan skema ini juga mereka mengkafirkan orang yang berdoa meminta keberkatan di makam salihin dan anbia dan bertawassul dengan mereka. Ini pula satu tajuk yang tersendiri huraiannya.

Mengenai nabi, Ahli Sunnah mengajarkan, anbia ada sifat maksum (tidak berdosa), apa lagi Nabi Muhammad SAW dan mereka mempunyai sifat benar, amanah, menyampai kebenaran, dan bijaksana; mereka manusia yang makan dan minum serta berkahwin, tetapi mereka sempurna kerana itu diturunkan wahyu kepada mereka oleh Tuhan.

Ini diikuti dengan iman mengenai malaikat, akhirat (termasuk nikmat dan azab kubur), dan qada dan qadar yang menentukan segalanya ialah Allah, manusia diperintah berusaha dan berikhtiar dalam perkara yang baik dan mengelak daripada perkara yang jahat.

Ahli Sunnah mengajarkan kewajipan mengucap syahadah dengan yakin ertinya, menjalankan sembahyang lima waktu, melakukan puasa, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan.

Ia mengajarkan kewajipan menunaikan nazar dan sumpah. Ia mengajarkan membaca al-Quran, lebih-lebih lagi dengan mengerti ertinya, melakukan zikir mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya. Ia mengajarkan manusia bersangka baik terhadap Allah SWT dan jangan bersangka buruk terhadapnya.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa dosa besar ialah sihir, mencuri, berzina, berjudi, membuat sumpah palsu, memakan rasuah, memakan riba, yang terbesar ialah syirik yang berupa dosa yang tidak terampun, melainkan sebelum mati orang yang berkenaan bertaubat dan kembali kepada tauhid. Seseorang yang beriman tidak menjadi kafir dengan melakukan dosa bagaimana besar sekalipun, ia menjadi kafir hanya kerana kufur iktikad, kata-kata atau perbuatannya seperti ia menyembah berhala, kecuali ia dipaksa seperti diancam bunuh.

Orang Wahabi boleh menghukum orang kafir kerana dosa, bahkan kerana bertawassul di kubur nabi dan yang sepertinya.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati, baik dalam rupa bacaan seperti bacaan al-Quran, bertasbih, berdoa, bersedekah, dan amalan lain asalkan diniatkan untuk orang yang mati itu; kalau anak jika tidak diniatkan pun amalan itu sampai kepada kedua-dua ibu bapanya kerana ia lahir kerana mereka. Fahaman Wahabi mengatakan amalan orang hidup tidak sampai kepada orang mati.

Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengajarkan Muslimin wajib taat kepada ulil-amri mereka, tidak boleh derhaka atau keluar menentang mereka, melainkan mereka itu kafir. Orang Wahabi tidak sedemikian sebab itu mereka menentang dan memberontak menentang Sultan Othmaniah dan wakilnya, tetapi mereka berbaik dengan British dan Perancis seperti yang jelas dalam sejarahnya. Ahli Sunnah mewajibkan memberi nasihat yang baik dan ikhlas kepada ulil-amri bukan memberontak. Tidak ada teori memberontak dalam Ahli Sunnah.

Dalam Ahli Sunnah, ulamanya mengajarkan bidaah ada yang baik dan ada yang buruk, tetapi Wahabi mengajarkan semua bidaah tidak dibolehkan; talkin, berwirid ramai-ramai selepas sembahyang, qunut subuh, tahlil arwah, majlis Maulud Nabi dan membaca Yassin pada malam Jumaat.

Banyak lagi perbezaan antara fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah jika mahu diperkatakan. Hakikatnya kita melihat fahaman Wahabi berlainan daripada pegangan dan amalan Ahli Sunnah dan kita tidak boleh membiarkan orang Islam di negara ini terpengaruh dengannya kerana banyak implikasi negatifnya.

Berwaspadalah. Wallahualam.

Petikan dari tulisan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady

28 comments:

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 2:06:00 PM GMT+8

    1.Benda yang dibincangkan diatas merupakan perkara "ranting" jee!!Tak merosakkan akidah pun!!terpulang pada mana-mana individu untuk ikut fahaman yang mereka rasa betul!syafieka!malikika!wahabika!
    2.TAPI!!yang menjadi masalah sekarang ialah setiap puak diatas sering salah menyalahkan antara satu sama lain!Macam si Asri glamour tu!sering BIDAAHkan puak yang amalkan mazhab Syafie!Dalam konteks dimalaysia!belum mendatangkan masalah yang besar!tapi kalau tidak diatasi takut-takut jadi macam diPakistan!!berbunuhan kerana perbezaan mazhab!!Takut-takut jadi macam di Palestin!berbunuhan antara puak sunnah!syiahh!!puak yahudi dok tepuk tangan jee!!
    3.Ada ura-ura puak WAHaBI ni nak masuk UMNO!!Takut-takut puak hangpa akan dok ampu asrila pulak!hangpa semua akan tinggaikan amalan sunnah!!hangpa celup Wahabi la pulak!!
    4.Bukan bolah percaya sangat puak hangpa ni!la ni kutuk Wahabi!bila Najib amalkan wahabi!!hangpa pun wahabi la jugak!!
    5.Yang che det berfahaman Wahabi!!hangpa tak kata apa pun!!pilih bulu ka oiii!!!

  • Org Biasa.. says:
    June 24, 2010 at 2:34:00 PM GMT+8

    Salam...

    Kalau Dr Asri masuk PAS mcm mane lakkan? kalu org tak berpihak pada PAS maka ni la jadinya... menentang..
    mcm Anwar dulu jugak... Hipokrit betul PAS ni...

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 2:36:00 PM GMT+8

    Che Det suruh balik islam yang asal dan bukan dikorotkan oleh ulamak yang berkelahi sesama sendiri.

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 2:37:00 PM GMT+8

    Asri wahabi ka? Dia kata tak. Mana anon 2:06 dapat andaian.

  • xjn says:
    June 24, 2010 at 2:52:00 PM GMT+8

    Whabbi memang suka orang ingat perbezaan antara mereka dan ASWJ kecil tapi sebenarnya besar

    syahadah kita dua salu Allah Satu pada rasul

    kita kena fikirkan kedudukan Rasul dalam syadah ini, baginda merupakan elemen penting dalam Islam, Bagind aNabi, pemberi syafaat dan sebab Allah mencipta Alam ini

    sesiapa yang menghalang salawat haruslah mengingati ayat yang dibacakan setiap Jumaat

    Innallah hawa malaika tahu yu sallu na alan nabi

    Allah dan Malaikat memberi salawat kepada baginda

    Malah Allah sendiri memberi salawat kepada baginda, apalah salahbnya kita sebagai makhluk memberi salawat sebanyak mungkin kepad akekasih Allah bilamana Allah sendiri memberi salawat kepada baginda

    mungkin Wahabbi mengucap duia kalimah syahadah tetapi sebenarnya mereka samada tidak faham syahadah kedua dan implikasinya

    ataupun mereka dengki dengan syahadah kedua dan kedudukan Rasulullah sebagai kekasih Allah

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 2:53:00 PM GMT+8

    Bro semua,

    Manusia ikut apa yang mereka rasakan sebagai benar. Atas sebab itu lahir bermacam kefahaman. Namun, pokoknya mereka adalah Islam.

    Cumanya, kalau kefahaman tentang sifat Tuhan adalah: 'Tuhan tidak itu', 'Tuhan tidak ini', macam mana tiba-tiba boleh muncul ungkapan "tuhan juga bala, bala" yang mana bla- bla itu membawa konotosi negatif.

    Bukankah ungkapan bla, bla, ini bertentngan dengan kefahaman individu berhubung konsep keTuhanan?

    Apapun lazimnya masing-masing menggunakan berbagai saluran dan pendekatan untuk mentafsirkan sesuatu perkara. Atas sebab itu HASILnya tidak sama. Saluran politik hasilnya begini, saluran sains hasilnya begitu dan seterusnya.

    Cumanya, kenapa gunakan 100% pendekatan politik untuk mentafsirkan semua perkara. Kenapa tidak gunakan saluran dan pendekatan seperti spiritual, sains dsbnya apabila keadaan memerlukan? Ini pun masalah juga.

    ALPASIKU

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 3:04:00 PM GMT+8

    Puak yg menuduh sesaorang tu wahabi sebenarnya tak tahu apa itu wahabi. Dia cuma memanjang fithnah org yg anti islam.

    Sebenarnya Islam itu satu (1Islam) yg dibawakan olih Nabi Muhammad SAW dan tidak yg lain. Tidak ada mazhab didalam islam.

    Hukumnya mesti bersandarkan dalil dan nas iaitu AlQuran dan Sunah Nabi SAW.

    Segala ibadat tanpa nas yg sahih (Al Quran dan Hadiths) jgn dikaitkan dgn Nabi. Islam itu akal.Org yg tak berakal (gila, hilang ingatan, nyanyuk,kanakx, dungu dan yg berkaitan akal) tidak dipertanggungjawabkan terhadap agama.

    Wallahua'lam

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 3:20:00 PM GMT+8

    Di Malaysia terutamanya org Melayu, Pelik segala.

    Adakah "Islam" di M'sia lebih Islam dari "Islam" di Arab Saudi tempat dimana turun nya Nabi Muhammad SAW dan Al Quran itu sendiri.

    Adakah Melayu Islam ni "special" diantara bangsax lain.Banyak amalannya berbeza dgn bangsax lain didunia ini.

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 3:30:00 PM GMT+8

    Sistem pembelajaran Islam di Negara ini perlu diperkemaskan.

    Gurux agama sepatutnya mengajar berpandukan kpd kitab muktabar iaitu Al Quran dan Hadis.

    Segala hukum semasa pembelajaran mesti ditunjukkan Nas. Jgn Main hentam dan bertaklik buta. Zaman "tok guru aku kata" tak relevan dlm penyampaian ilmu.

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 3:44:00 PM GMT+8

    Apa semua nak gaduh2 sesama Islam. Mari semua kita keluar ke jalan Allah.. 40 hari ke 4 bulan.
    Tak kira la mazhaab ape..fikrah ape pon.. Sunnah ke Syiah ke Wahabbi ke JI ke Al Qaeda ke... opss cop cop..tapi janji tau jangan bawa bom..kita bawa kayu sugi n ...periuk nasi, talam je nak masak untuk makan2..hehehe...
    Yang kata keluar2 ni bidaah .. pon jom la keluar gak..
    Yang belom Islam pon boleh.. tapi kena masuk Islam dulu..
    Haa baru la cantik...hehehe

  • xjn says:
    June 24, 2010 at 4:33:00 PM GMT+8

    nampaknya dah ada wahabbi di bilik komentar ni

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 4:55:00 PM GMT+8

    Anon 3:04

    Yang menulis artikel ini adalah Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady.

    Rasanya ilmu anda tak sehebatnya.

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 5:15:00 PM GMT+8

    Ini la UMNgookk.. mula2 membuat pergaduhan antara agama.. tak menjadi... selepas itu membuat pergaduhan antara Melayu... tak menjadi... last resort... membuat pergaduhan antara pengamal agama Islam...

    Lihat lah wahai org umnggokk.. Kamu masih tak mahu buka mata!? Ini lah semua kerana UMNgookk.. sapa yang advised mereka?? APCO ISREAL JAHAMAN!!

    Aku pelik betul.. mana perginya otak kamu umngook!?

  • abdul wahub says:
    June 24, 2010 at 6:10:00 PM GMT+8

    Bagi orang2 yang tak tahu(cakap jahil kang marah),wahabi sama saja dengan mazhab2 ahlil sunnah waljamaah yg lain.Padahal tidak.Wahabi itu mengatakan Allah itu bertempat dan berjisim yg menyamai sifatnya makhluk.Ini perkara pokok(bukan ranting) tentang aqidah,asas bab ketuhanan dalam Islam.Kalau aqidah yg asas pun fail,macamana sempurna bab yg lain pun tak guna dah.

    Kebanyakan yg menyokong wahabi sama ada tidak tahu apa itu wahabi atau dia sendiri wahabi.

    Aku tidak berani menghukum wahabi sama ada terkeluar drp Islam atau tidak sebagaimana puak2 wahabi yg mudah mengkafirkan orang yg tidak sebulu dengannya.Lihat bagaimana para wahabi membidaahkan dan mengkafirkan org menyambut maulid nabi,kenduri tahlil dsb.

    Wahabi juga sangat memusuhi gerakan dan orang2 tarikat sedangkan begitu ramai para wali Allah yg lahir dari jalan tarikat/tasauf/kesufian ini.

    Wahabi dah banyak menyusup dalam parti2 politik,gerakan jemaah Islam,ngo2,universiti2 dan orang2 perseorangan.

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 8:58:00 PM GMT+8

    Nak tahu juga amalanx yg dilakukan kat M'sia ni dari sumber mana mereka pakai (Nas)? Jgn cakap tokx kita dulu buat. Itu bukan nas/dalil. Kita nak dalil yg sahih..

    1. Berzanzi/Marhabban berasal dari mana?
    2. Kenduri arwah.
    3. Maulid Nabi - siapa yg mulakan.
    4. Fadhilat Ramadhan - sumbernya?
    5. Membaca Al Quran diatas kubur?
    6. Dan byk lagi.

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 9:03:00 PM GMT+8

    Sebabx timbulnya bid'ah":

    1. Kekurangan Ilmu.
    2. Kejahilan mengenai Bahasa Arab.
    3. Kejahilan mengenai sunah Rasullah SAW.
    4. Kejahilan mengenai konsep ibadat.
    5. Kerana mengikut hawa nafsu.
    6. Bertakliq buta kpd guru yg bukan maksum.
    7. Ajaran mengenai Kasyaf.

  • Anonymous says:
    June 24, 2010 at 11:22:00 PM GMT+8

    Nak tahu juga amalanx yg dilakukan kat M'sia ni dari sumber mana mereka pakai (Nas)? Jgn cakap tokx kita dulu buat. Itu bukan nas/dalil. Kita nak dalil yg sahih..

    1. Berzanzi/Marhabban berasal dari mana?
    2. Kenduri arwah.
    3. Maulid Nabi - siapa yg mulakan.
    4. Fadhilat Ramadhan - sumbernya?
    5. Membaca Al Quran diatas kubur?
    6. Dan byk lagi.

    June 24, 2010 8:58:00 PM GMT+08:00

    Salam.. jika pandangan tidak sealiran dengan tuan. Secara ringkas pandangan saya, tiada masalah mengamalkannya dengan syarat niat qurbatan ila Allah dan sesekali tidak mengaitkannya bahawa amalan tersebut adalah dari Rasulullah dan dilakukan oleh Rasulullah masa hayatnya. Tidak menjadi kafir kita menyambut maulidurasul, membaca yasin setiap malam Jumaat, kenduri arwah dll. Sanggupkah saudara mengkafirka umat Islam di Malaysia atas sebab2 mengamalkan amalan tersebut? Ia bukanlah ibadat wajib seperti sembahyang, puasa, haji dll lain2 yg merupakan ibadah wajib yg tidak boleh ditokok tambah dan dikurangkan. Dengan syarat amalanan berbentuk ibadah td tidak dikaitkan dengan Rasulullah. Adalah menjadi kesalahan besar jika kita mengatakan amalan2 diatas adalah dari Rasullullah. Saya tidak menafikan Rasulullah tidak pernah melakukan tahlil seperti yg diamalkan oleh masyarakat Melayu, menyambut hari jadi baginda, berzanji, marhaban dll namun ia merupakan amalan yg didalamnya dipenuhi dengan tasbih, tahlil, takbir dll yg sememangnya digalakkan oleh Islam. Saya ingin ulangi sekali jangan sesekali mengaitkan amalan tersebut atas nama Rasulullah.

    Soalan2 tuan dari mana amalan di atas bermula ada dijelaskan oleh para ulamak terdahulu. Sila rujuk kitab-kitab yg muktabar. jangan hanya membaca buku2 agama yg dijual ditepi2 jalan lantas menghukum.

    Apa yg menjadi persoalan besar di sini adalah persoalan akidah. Akidah wahabi berbeza dengan ahli sunnah khususnya persoalan tajsim.

    Persoalan ini juga telah dijelaskan oleh ulamak2 terdahulu. Jika ada masa terluang bacalah kitab2 mereka.

    Untuk menjadi pengkaji yg adil dan mencari kebenaran, kita perlu membaca kitab2 dari kedua2 pihak.

    Isu2 ini adalah merupakan penyumbang kepada perpecahan umat Islam yg sediakala telah berpecah terutamanya di negara kita yg tercinta ini.

    Pada saya persoalan ini perlu dibincangkan dipentas yg khusus..kerana ia perlu perbincangan yang panjang lebar dan ilmiah.
    Wallahuaalam...

  • Anonymous says:
    June 25, 2010 at 1:02:00 AM GMT+8

    Salam untuk saudara/ri,

    Apa saja amalan yang tidak diamalkan satu masa dulu makanya tidaklah semestinya ia bertentangan dengan tuntutan agama.

    Contohnya sukan:

    Dulu tak ada golf, apakah sekarang tak boleh main golf?

    Tok arab tidak pula mewarnakan rumah mereka dengan warna hijau, makanya apakah kita tidak boleh?

    Begitu juga dengan mengundi. Apakah tok arab dulu-dulu mengundi? Kalau tidak apakah ia tidak selari dengan agama?

    Ini bermakna semua pihak akan menggunakan konsep baru tetapi konsep sebegitu tidak semestinya menjadi konsep yang popular satu masa dulu.

    Cumanya janganlah anggap konsep sendiri saja yang semuanya selari dengan agama tetapi konsep orang lain bertentangan dengan agama!

    Dalam lain perkataan kenapa mencari kesalahan orang lain. Kalau salah sekalipun, ia bukan alasan untuk mengasingkan diri dan berpuak-puak.

    Chinglot

  • Anonymous says:
    June 25, 2010 at 6:46:00 AM GMT+8

    Adakah Melayu Islam ni "special" diantara bangsax lain.
    ...
    Melayu memang agak special kalu nak dibanding bangsa yahudi

    Melayu adalah bangsa yg Allah punya sebab lebih memaafkan (kerana dilihat kondisi ciri2nya bangsa itu) kalau nak dibandingkan dengan yahudi..
    (ini adalah tafsiran seorang ulamak sufi)


    Keturunannya(ke 18) sendiri, Nabi mem'bisik'kan agar SEORANG ULAMAK (keturunannya ke 18)pergi ke kepulauan Melayu ..agar mengembangkan ajaran agama islam..

    ini dah kira agak special tuan2..yg mulia..

    DAN SATU LAGI MENGENAI NIK AZIZ..ORG YG SELAlUNYA IJHTIHAD DARI ULAMAK BESAR2 (YB BIASANYA PERLU BEBAS, ATAU DILIHAT BEBAS)

    OK LAH JIKA TUAN2 SUDAH NAMPAK POK NIK NI SANGAT BESAR..(means bolehla beritihat utk umat)

    BIASANYA ITJIHAT YG TULEN KEBIASAANKITA AKAN NAMPAK 'KENEUTRALAN' ITU..

    DAN BERSIFAT HALUS. IA IBARAT 'KELUAR' DARI MASALAH RUMIT KE 'MEMBEBAS' SATU RESOLUSI YG NAMPAK 'BIJAKSANA'

    ADAKAH POK NIK ADA MACAM NI
    ITJIHAT BELIAU BIASANYA:-
    1.TIDAK NEUTRAL
    2.TIDAK KELUAR DARI 'KERUMITAN'
    3.TIDAK MEMBEBASKAN KELUAR MASALAH
    4.TIDAK NAMPAK BIJAKSANA

    PERASAN TAK.!! JAWABAN DIA TIDAK DITUJUKAN KEPADA UMMAH AM..TAPI DISESUAIKAN DENGAN KEHENDAK POLITIK DIA...

    HOOII KALU HANG NAMPAK NI KIRA HEBAT LA

    (TIDAK JIKAK TAK BERUPAYA, JGN MARAH DIRI SENDIRI DAN KONAR KOT LAIN KATA MAHATHIR PUN WAHABI..IS IS IS TAK STANDART LANGSUNG)..

    PADA AKU YG TAKLAH HEBAT SANGAT NI: KERANA DIA ADA DASAR POLITIK YG KUAT (BUKAN AHLI SEMATA2) DIA TIDAK LAYAK IJTIHAD APA2 PONG.
    !!

  • Anonymous says:
    June 25, 2010 at 10:18:00 AM GMT+8

    Saya tertanya-tanya...
    Pertama ; Wahabi ni ajaran sesat ke? kalau sesat kenapa tak fifatwakan sesat. Kalau tak sesat kenapa nada suara akhir-akhir ini macam mengesahkan ianya sesat?? Pening aku....

    Kedua; Dikhabarkan juga wahabi berasal dari arab saudi.malah kini di sana ia menjadi pegangan dan diamalkan secara meluas. kalau sesat wahabi ni, maka sesat jugalah iman-imam di masjidil Haram. habis tu macam mana orang kita di malaysia ni yang kata wahabi sesat boleh sembahyang berimamkan imam wahabi...sesat sekali la kita masa umrah dan haji tu ke??? Siapa berani mendakwa iman masjidil haram tu sesat???

    Ketiga; ikut sejarah, golongan wahabi ni kerjanya asyik kata orang lain sesat je.. sikit-sikit sesat...tapi di malaysia ni aku tengok puak yang claim ASWJ yang asyik kata wahabi sesat....sikit-sikit sesat, sikit2 pemecah perpaduan, sikit2 JI, pengganas...dah terbalik pulak dah... + - = pening x 3

  • Anonymous says:
    June 25, 2010 at 10:33:00 AM GMT+8

    anon 06:46..

    mana dapat kata nabi membisik pulak ni...hanya tuhan maha mengetahui...

    anyway, tak kan itu boleh dikatakan melayu tu special sebab "bisikan" tersebut.

    Kalau gitu orang cina lagi special...sebab ada orang kata nabi pernah pesan tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina.

    Ke kepulauan melayu kamu kata nabi bisik untuk hantar ulama ajar ilmu...tapi ke cina nabi suruh tuntut ilmu di sana...maknanya orang cina lagi handal la ye...

    sebenarnya kenapa tak kita pakai ajaran nabi yang mengatakan bahawa Allah tidak memandang kita mengikut mana-mana kaum, bangsa, keturunan...yang dilihat hanya ketakwaan...yang bertakwa tu la yang lebih baik dari yang lain...tak kira la, melayu ke, jawa ke, orang asli ke, ....pegang yang ni je cukuplah...

  • kingnek says:
    June 25, 2010 at 3:22:00 PM GMT+8

    Hati-hatilah dengan ajaran wahabbi. kalau dilihat dari luar, wahabbi ni memang hebat, mahu menghancurkan bidah dan negara wahabbi banyak minyak, iaitu Saudi Arabia.

    Namun, kalau dikaji sejarah, ketika Sharif Hussein menggelarkan dirinya Khalifah setelah kejatuhan khalifah di Ottoman Turki, AGEN British yang lagi satu, pihak Al Saud terus dihantar untuk menghancurkan khalifah buat selama-lamanya.

    Pihak Wahabbi suka mengkafirkan orang Islam dan lebih sayang orang kafir dari orang Islam yang bukan wahabbi. Kerana mereka, Islam sentiasa bergaduh sesama sendiri bab perkara2 kecil.

    Jangan lupa cara Al Saud menipu askar Salafiyyah nya, bila British memberi bantuan 5000 pound sterling pada tahun sebelum dan sesudah perang dunia pertama, dia menipu askarnya bahawa wang itu jizyah, hahaha, ingat British ke Al Saud yang diperkudakan untuk menghapuskan sistem Islam

    Fikirkan lah saudara ku, wahabbi itu sesat dan WAJIB kita memerangi mereka!

  • Anonymous says:
    June 25, 2010 at 3:41:00 PM GMT+8

    Nak tahu bangsa melayu nie bangsa special, cuba google BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH

    Fakeh Khalifah Saka

  • Anonymous says:
    June 27, 2010 at 9:11:00 PM GMT+8

    salam,

    perbezaan beribadah dlm islam tidak menyebabkan seseorang itu menjadi murtad selagi dia berpegang kepada 4 mazhab utama. jika terdapat perbezaan dari segi kefahaman & diterjemahkan dalam perbuatan yg menyimpang dari ajaran islam, terkeluar dari amalan 4 imam besar yg diakui oleh umat islam, maka barulah dia boleh dikatakan fasik. itupun kita tidak boleh dgn nyata menjatuhkan hukuman kerana Allah SWT jualah yg mengetahui kebenarannya...banyak kisah yg boleh kita jadikan iktibar. baca & hayatilah sirah nabi2 & rasul2 yg boleh menguatkan iman & membantu kita mengenali siapa kita disisi Allah SWT

    anon @ 3:41:00 PM,

    melayu islam berfahaman sunnah wal jama'ah memang bangsa yg hebat.

    mengenangbudi

  • Esperalzi says:
    June 29, 2010 at 6:33:00 PM GMT+8

    Wahabbi juga telah dan sedang memusnahkan tapak2 warisan sejarah Islam di Mekah untuk mencegah perbuatan jemaah haji yang suka menziarahi tapak2 ini kononnya perbuatan ziarah ini adalah bid'ah...

    Wahhabbi telah musnah rumah Siti Khadijah dan dibina tandas atas tapaknya. Wahhabi roboh rumah Rasulullah SAW dan dibina perpustakaan dan parking lot atas tapaknyanya. Wahhabi telah musnahkan masjid yg dibina cucu Rasulullah SAW utk halang jemaah ziarah masjid ini. Dan banyak lagi.

    Perbuatan Wahabbi memusnahkan tapak2 warisan Islam di Mekah atas alasan bid'ah dikutuk oleh orang2 Islam dan juga bukan Islam. Orang2 Islam marah kerana pemusnahan ini menghapuskan warisan Islam yg tak ternilai untuk dilihat dan dikenang oleh generasi umat Islam akan datang. Orang2 bukan Islam marah kerana tapak2 ini merupakan warisan arkeologi bersejarah yang tidak terniali dan perlu dipelihara sebagai warisan dunia...

    Wahabbi mengaku mereka Penjaga Dua Tempat Sci tapi sebenarnya mereka PEMUSNAH DUa Tempat Suci...Wahabbi baru 80 tahun menguasai Mekah tapi telah banyak merosakkan Kota Suci itu. Hari ini Wahhabi sedang bina pencakar2 langit sekeliling Masjidil Haram yg bukan saja merosakkan landskap dan suasana beribadat di Mekah tapi pencakar2 langit ini juga menghalang tembusan cahaya matahari secukupnya ke Masjidil Haram...

  • Esperalzi says:
    June 29, 2010 at 7:15:00 PM GMT+8

    Baca ini, terjemahan aku dari artikel berbahasa Inggeris dari laman ini:

    https://hasnain.wordpress.com/2008/12/26/saudi-arabia-wahhabis-destroy-heritage-of-meccashadows-over-mecca/

    Laman itu pula memetik dari laporan wartawan Daniel Howden dari akhbar UK, The Independent, di sini:

    http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/shame-of-the-house-of-saud-shadows-over-mecca-474736.html

    Ini terjemahan aku, maaf kalau terjemahan aku tak bagus, aku bukan pakar bahasa, tak ada foto utk terjemahan ini:

    Arab Saudi: Wahhabi Musnah Warisan Mekah…Bayang-bayang di atas Mekah

    Oleh Daniel Howden - Rabu, 19 April 2006

    Terdapat satu bayang kini yang sedang menyelubungi tapak paling suci dalam Islam. Hanya beberapa meter dari dinding Masjidil Haram di Mekah pencakar-pencakar langit sedang menerjah lebih jauh ke langit, perlahan-perlahan menghalang kemasukan cahaya. Pencakar-pencakar langit yang sangat besar dan hebat ini merupakan pendatang baru yang menjadikan batu granit hitam yang membentuk Kaabah, tumpuan empat juta umat Islam di musim haji setiap tahun, kelihatan begitu kerdil sekali.

    Akhbar UK Independent telah menerbitkan foto-foto dari Yayasan Warisan Islam (Islamic Heritage Foundation) yang jelas memperlihatkan bahawa ideologi Wahhabi, dianuti oleh Istana Saud, yakni keluarga Diraja Arab Saudi, sedang memusnahkan tapak-tapak yang bernilai bukan saja kepada umat Islam, tetapi juga bernilai atas sebab-sebab arkeologi, dan sebahagian dari warisan dunia.

    Gambar di atas menunjukkan bagaimana Masjidil Haram di Mekah sedang dibayangi oleh pencakar-pencakar langit yang semakin tinggi, termasuk Menara Zam Zam, yang sedang dibina oleh keluarga bin Laden

    Pelampau-pelampau agama dari fahaman Wahhabi tidak suka tapak-tapak suci, kerana mereka percaya menziarah tapak-tapak tersebut menggalakkan bid’ah dan pemujaan berhala. Pihak berkuasa Arab Saudi telah terlibat dalam pemusnahan secara borong tapak-tapak bersejarah sejak berdekad-dekad.

    Dalam tahun 1998, kubur Siti Aminah binti Wahb, bonda Nabi Muhammad SAW, telah dimusnahkan dengan bulldozer dan dibakar dengan minyak gasolin. Irfan Ahmed al-Alawi, yang mempengerusikan Yayasan Warisan Islam, berkata walaupun beribu orang di kalangan umat merayu agar tidak dimusnahkan tapak itu, pihak berkuasa Saudi meneruskan pemusnahan itu.

    Tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW mengalami ancaman 50 tahun lepas, apabila Istana Saud mengambil keputusan untuk membina sebuah perpustakaan di atas tapak tersebut. Arkitek yang terlibat kemudian memujuk pihak berkuasa agar membenarkannya mengekalkan sisa peninggalan tapak tersebut di bawah perpustakaan. Sekarang pihak berkuasa mahu menurap tapak tersebut dengan konkrit untuk menjadikannya sebuah padang letak kereta.

    Rumah Siti Khadijah, isteri pertama Rasulullah, telah dimusnahkan dan digantikan dengan tandas. Rumah Saidina Abu Bakar, sahabat Rasulullah dan ayahanda Siti Aishah yang merupakan orang pertama yang menyusun ayat-ayat Al-Quran, telah dimusnahkan bagi membina Hotel Hilton.

  • Esperalzi says:
    June 29, 2010 at 7:22:00 PM GMT+8

    bersambung...terjemahan..

    Orang-orang kebanyakan, dan dalam beberapa kes termasuk juga beberapa orang Senator Amerika Syarikat mungkin boleh dimaafkan kerana menyangka Istana Saud sebagai penjaga dua kota suci untuk selama-lamanya. Namun demikian, hanya baru 80 tahun telah berlalu sejak ketua puak Ibn Saud menguasai Mekah dan Madinah. Istana Saud telah terikat dengan fahaman Wahhabi sejak kurun ke 18 apabila reformis agama Muhammad Ibn Abdul-Wahab menandatangani perjanjian dengan Muhammad bin Saud pada tahun 1744. Tentera pelampau Abdul Wahab membantu menakluki sebuah kerajaan untuk ketua-ketua puak. Istana Saud mendapat kekayaan dan kekuasaan, dan ulamak-ulamak Wahhabi mendapat jentera negara bagi menyibarkan ideologi fundamentalis mereka ke seluruh dunia. Raja di negara yang masih baru ini memerlukan pengiktirafan dengan mengistiharkan dirinya sebagai “penjaga dua kota suci”.

    Akhbar Independent menyatakan bahawa se awal tahun 1929, pengikut-pengikut Wahhabi telah mula menapis siapa yang boleh menziarahi Kaabah, dan upacara-upacara apa yang boleh dijalankan. Jemaah haji dari Mesir telah dilarang dari menjalankan upacara-upacara Mahmal, dan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam tahun tersebut.

    Hari ini terdapat kurang dari 20 tapak yang masih tinggal yang berasal dari zaman Nabi Muhammad SAW. Gambar di atas menunjukkan pemandangan pemusnahan apabila muttawa atau “polis agama”, kelihatan dengan penutup kepala berwarna merah, menyelia pemusnahan Masjid Imam Al Uraidh yang kuno. Masjid ini, dibina 1200 tahun dulu, terletak atas sebuah tapak di mana, Al-Uraidh, cucu Nabi Muhammad SAW, pernah tinggal. Sekarang ia ditutupi hasil runtuhan.

    Gambar di atas menunjukkan sekadar sisa yang tertinggal dari kubur isteri Nabi Muhammad SAW, Al Baqi. Kubur ini dimusnhakan 50 tahun lepas, muttawa mengawal tapak ini bagi menghalang jemaah haji meletakkan bunga atau berdoa di runtuhan tapak ini.

    Gunung yang tertunjuk dalam gambar in adalah Gunung Al-Nur atau “Gunung Cahaya”. Sebuah gua terdapat di gunung ini, di mana di sinilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertamanya yang menjadi ayat-ayat pertama dalam Al-Quran . Akhbar Independent menyatakan: “Ulamak pelampau mahu gua ini dimusnahkan bagi menghalang jemaah haji dari menziarahinya. Di kaki bukit ini terdapat fatwa Wahhabi berbunyi: “Nabi Muhammad SAW tidak mengizinkan kita mendaki bukit ini, tidak mengizinkan bersolat di sini, tidak mengizinkan disentuh batu-batu, dan mengikat tali pada pokok…”

    Arab Saudi begitu senang hati sekali membelanjakan duit sebagai subsidi untuk Taliban di Afghansitan. Apabila Taliban meletupkan tapak Warisan Dunia di Bamiyan, di mana terletaknya patung-patung Buddha gergasi yang dipahat ke dalam tubir gunung, dunia menunjukkan rasa marah. Pemusnahan di Mekah juga tak kurang sebagai satu aktiviti yang memalukan, dan kedua-dua golongan Muslim dan bukan Muslim patut menunjukkan rasa marah yang sama terhadap vandalisme yang berleluasa di Mekah.

    Diterjemah dari:

    https://hasnain.wordpress.com/2008/12/26/saudi-arabia-wahhabis-destroy-heritage-of-meccashadows-over-mecca/

    Laman di atas memetik dari:

    http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/shame-of-the-house-of-saud-shadows-over-mecca-474736.html

  • Anonymous says:
    October 23, 2014 at 2:33:00 AM GMT+8

    Mana hujah puak wahabi?Bertaubatlah dan ikutilah ajaran sebenar ASWJ

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)